Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Wednesday 23 October 2013

Bukti Bergambar : Hanya Dengan Menjadi Ahli PAS, Anda Akan Mudah Dapat Tanah Di Selangor.

Satu penyelewengan yang perlu rakyat Selangor tahu.



Lihatlah bagaimana anak Selangor ditipu oleh PAS. Hanya dengan menjadi ahli PAS, anda akan dipermudahkan untuk mendapat tanah di Selangor walaupun anda bukan lahir di Selangor.

Tanah milik anak negeri dijadikan umpan oleh pembangkang untuk meraih sokongan. Akhirnya, anak Selangor akan merempat di bumi sendiri.

MyMassa masih ingat, dahulu anak Selangorlah paling bertuah semasa BN memerintah. Dari segi pelajaran, mereka mendapat kemudahan Yayasan Selangor. Setiap insentif Kerajaan Negeri, anak kelahiran Selangorlah yang dapat dahulu.

Tapi pembangkang tahu mereka takkan dapat undi dari anak jati Selangor. Mereka tahu bahawa ramai anak Negeri Pantai Timur, Utara dan Selatan menetap di Selangor mencari rezeki. Sebab itulah segala kemudahan anak Negeri Selangor telah dieksploitasi untuk meraih undi pemastautin dari negeri lain.

MyMassa berpandangan sudah tiba masanya DYMM Sultan Selangor masuk campur dalam hal tanah. Janganlah sampai semua tanah telah tergadai kepada anak Negeri lain sehingga tiada yang tinggal untuk anak jati negeri sendiri seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

*Mohon maklumat ini disebarkan kepada anak-anak jati Negeri Selangor.


Sumber: MyMassa

Wednesday 18 September 2013

Konflik pejabat MB Selangor makin parah?



Saifuddin Nasution Ismail

SHAH ALAM - Pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah PR yang melewati penggal kedua dilaporkan kian berantakan.

Sebuah portal mesra BN melaporkan, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang dilantik sebagai Ketua Staf Pejabat Menteri Besar Selangor baru-baru ini memperli atau cuba mengaburi mata rakyat kerana tidak memasuki pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Saifuddin memberitahu media beliau sudah memulakan tugas di pejabatnya, yang menurut beliau serba lengkap dari segi kemudahan dan kakitangan.

"Saya dah masuk, pejabat saya cantik, berhawa dingin dan mempunyai kakitangan yang berdedikasi, saya puas hati dengan keberadaan pejabat saya yang baru.

"Antara tugasan lain saya sebagai ketua staf pejabat kepada Tan Sri Khalid (Ibrahim), adalah berkenaan pembangunan desa, dari segi strukturnya saya akan berada dalam sekretariat dan unit perancangan ekonomi negeri,” katanya.

Bagaimanapun, sumber Bahagian Pengurusan dan Penyelenggaraan bangunan SUK mempertikaikan dakwaan bahawa Saifuddin diberikan pejabat "cantik dan kakitangan berdedikasi", menurut portal berkenaan.

Sebaliknya menurut sumber itu, Saifuddin hanya diberikan  sebuah bilik tanpa kemudahan asas mahukan pasukan kakitangannya sendiri di tingkat 5, berhampiran Seksyen Sektoral Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor.

“Bilik berkenaan hanya dilengkapkan dengan sebuah meja dan kerusi. Sehingga hari ini tidak ada sebarang permintaan daripada pejabat Menteri Besar atau Datuk Saifuddin sendiri untuk mendapatkan sambungan telefon, komputer serta peralatan pejabat yang lain," kata sumber itu.

“Kami difahamkan, pejabat itu akan digunakan secara sementara, tetapi belum ada sebarang arahan untuk menyediakan bilik tetap seperti di tingkat 21,” kata sumber itu lagi.

Tingkat 20 dan 21 Bangunan SUK menempatkan pegawai-pegawai kanan Khalid termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin dan Setiausaha Akhbarnya Arfa Aziz untuk menyenangkan mereka berurusan terus dengan Khalid.

Saifuddin nampaknya tidak mempunyai kemudahan seperti itu.

Malah menurut portal itu lagi, cubaan menghubungi Saifuddin di SUK mengesahkan kenyataan itu apabila telefonis SUK memaklumkan pemimpin kanan PKR itu tidak mempunyai talian langsung.

Khalid sebelum ini berkata, Saifuddin tidak perlu masuk ke pejabat kerana urusan kerja boleh dibereskan dengan komputer riba, justeru tidak perlu datang ke pejabat.

Kemelut mengenai kedudukan Saifuddin di pejabat Menteri Besar Selangor mendedahkan politik dalaman PKR yang masih panas, membabitkan Faekah, Khalid dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saifuddin "dihantar" bekerja di pejabat Khalid atas arahan Anwar, namun keputusan itu  tidak disenangi Faekah dan Khalid.

Justeru, Saifuddin dipinggirkan oleh kedua-dua mereka sehingga dinafikan kemudahan asas pejabat yang setara dengan kedudukannya di Pejabat Menteri Besar.

Thursday 9 May 2013

MB Selangor: PAS Ugut Keluar PR Jika Wakilnya Tidak Dilantik #TolakPR



Siapa yang akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor sehingga kini terus menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi selepas Pengerusi PR Selangor, Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu.

Kenyataan bekas MB Selangor itu memberi satu makna jelas mengenai ketidaksepakatan yang sedang dihadapi PR tika ini dalam menentukan calon yang sesuai untuk jawatan MB selain mengesahkan berlakunya perebutan jawatan itu sesama rakan sepakatan.

Tika ini perebutan jawatan itu berkisar antara PKR sesama PKR melibatkan Khalid dan Azmin Ali, di masa yang sama PAS pula menuntut hak ke atas jawatan MB berasaskan kelebihan yang mereka miliki berbanding PKR.

Dari segi kedudukan, Khalid kelihatan mempunyai peluang untuk mengekalkan jawatan tersebut sekiranya mendapat sokongan Azmin, bagaimana pun realiti yang berlaku tidak semudah itu kerana Azmin juga agak kemaruk untuk merasai keempukan kerusi MB Selangor.

Dalam PRU-13 yang baru berlalu, PR berjaya meraih kemenangan di 44 kerusi DUN dari 56 yang dipertandingkan di mana 15 dimenangi oleh PAS, diikuti DAP 15 sementara PKR pula hanya berjaya mempertahankan 14 kerusi DUN. Manakala BN pula hanya menang di 12 kerusi DUN.

Dari konteks ini jelas sekali, jawatan MB lebih layak disandang oleh pemimpin PAS. Tambahan pula PAS mempunyai kelebihan tersendiri kerana semua 15 wakilnya adalah Melayu Islam berbanding PKR yang hanya 9 orang sahaja terdiri dari pemimpin Melayu Islam.

Pun begitu, DAP selaku regu utama PKR tentu sahaja tidak akan membiarkan jawatan MB jatuh ke tangan PAS kecualilah terdapat seorang calon dari PAS yang mudah dicucuk hidungnya sama seperti bekas MB Perak, Nizar Jalamaluddin barulah mereka akan menerimanya dan memberi sokongan padu. 

Berikutan polemik yang berlaku, sudah ada ura-ura di kalangan pemimpin PAS Selangor mengugut untuk menarik diri dari PR seandainya wakilnya tidak dilantik sebagai MB. Jika itu menjadi kenyataan, maka baik Khalid mahu pun Azmin Ali akan gigit jari sendiri.

Menyedari keributan yang berlaku mungkin memudaratkan PR maka Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali segera memberi jaminan PAS tidak akan menuntut jawatan tersebut dari PKR meskipun di masa yang sama gerakan sulit untuk memastikan jawatan MB dimiliki wakil PAS terus berjalan.

Apa yang pasti, keributan yang berlaku di Selangor sekarang ini tidak hanya akan menguji sejauh mana kesepakatan PR, ia juga akan menjadi tanda aras untuk PAS Selangor dalam menonjolkan kepentingan mereka dalam menentukan percaturan politik negeri terkaya di Malaysia ini.


Wednesday 24 April 2013

[WAJIB BACA] PART 3: RAHSIA SEBENAR 'MAT TYSON' SERTAI PAS TERBONGKAR!!! #PRU13 #BetterNation



Tentangan penyokong PAS diperingkat akar umbi terhadap tindakan Mat Taib menyertai parti itu sudah dijangka. Mereka mempersoalkan niat sebenar Mat Taib dan tindakan para pemimpin Pas yang mengagung-agungkan kedatangan Mat Taib ke dalam parti itu.

Sudah menjadi lumrah, seorang pemimpin UMNO yang khianat dan sertai PAS akan mendapat layanan 1st class oleh pimpinan PAS. Maka heboh sana-sini seperti meraikan suatu kejayaan yang besar. Sebab itu ramai akar umbi PAS benci dengan perangai sesetengah pemimpin PAS. 

Jadi timbul persepsi yang pelbagai terhadap tindakan Mat Taib itu. Bagi penyokong yang positif, mereka membuat andaian kononnya tindakan Mat Taib adalah satu strategi untuk membawa Pas dan UMNO ke jambatan perpaduan. Manakala yang negatif, mereka tidak senang kerana Mat Taib dikatakan sarat dengan skandal yang tiada untungnya dan boleh merosakkan Pas.

Bermula dengan skandal hubungan terlarang bersama Ku Yah (adik kepada Sultan Selangor), selepas itu skandal melarikan wang haram berjumlah RM3.5 juta ketika sedang menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor masih bermain di ingatan rakyat. Ekoran skandal itu, Mat Taib tidak lagi menjadi Menteri Besar Selangor.

Namun apa yang didedahkan oleh blog pro-pakatan haram, Milosuam sungguh mengejutkan. Dalam entri tidak lama dahulu, blog itu kononnya mendedahkan skandal Mat Taib. Berikut adalah entri tersebut:

Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib atau lebih dikenali sebagai Mike Tyson buat perangai lagi. Naib Presiden UMNO ini pernah menggemparkan dunia sebagai seorang pemimpin Melayu yang handal - bapak rasuah dan kaki betina.

Baru-baru ini satu lagi skandal Mike Tyson terbongkar iaitu beliau mempunyai hubungan sulit bagi tujuan seks dengan Ummi Hafilda.

Pada 23 April 2001 ( Isnin) yang lalu, sekitar jam 9.00 pagi, isteri Tan Sri Muhammad Taib telah menyerang Ummi Hafilda di sebuah restoren di Sri Hartamas. Ummi yang baru selesai 'breakfast' dan sedang membuat pembayaran di kaunter, telah diheret ke dalam kereta dan diserang oleh isteri Tan Sri Muhammad Taib.

Ummi dilapurkan malu dan menangis kerana beliau diheret tangannya, dimaki hamun dan diserang oleh isteri Mike Tyson di hadapan khalayak ramai sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan. Telefon bimbit Ummi juga dirampas dan dilemparkan sehingga pecah dan berkecai.

Sejurus Ummi keluar dari kenderaan tersebut, muka Ummi didapati mempunyai kesan-kesan calar dan luka berkemungkinan akibat pertengkaran yang berlaku di dalam kenderaan isteri Mike Tyson.

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan isteri Tan Sri Muhammad, hubungan suaminya dengan Ummi telah sekian lama dipantau sehinggalah pada 21 April 2001 (Sabtu) yang lalu apabila beliau dapat mengesan percubaan Ummi untuk menghubungi Tan Sri Muhammad Taib melalui telefon. 

Malangnya, panggilan tersebut telah dijawab oleh isteri Tan Sri Muhammad Taib sendiri dan beliau terus memaki hamun Ummi kerana menceroboh kebahagian rumah tangganya. [Tranungkite]


Itulah cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh hampir semua pemimpin politik, jika silap langkah, mereka pasti terjerumus ke dalam kancah skandal yang bisa memusnahkan karier politik mereka.

Walau bagaimanapun, Mat Taib hanya dipergunakan oleh pemimpin PAS untuk dijadikan modal propaganda mereka sahaja. Mungkin juga mereka saling mempergunakan. Alasan kerana UMNO sudah hilang roh adalah alasan tidak masuk akal.

Sejak akhir-akhir ini, ramai ulama dan pemimpin berlatar belakangkan agama secara terbuka menyokong UMNO. Malah ada yang tinggalkan PAS dan berjuang bersama UMNO. Mereka kata PAS sudah lari dari perjuangan asalnya, penuh dengan korupsi dan salah guna kuasa. Dan terbaru seorang pemimpin PAS terlibat dengan skandal seks apabila video lucahnya tersebar di media sosial.

Walaupun UMNO dituduh mengamalkan korupsi dan pelbagai tuduhan jahat, belum ada lagi bukti yang didedahkan. Sebaliknya kegiatan jahat pemimpin PAS yang banyak terdedah. Dakwaan tanpa bukti itu fitnah!!!

Ini apa maksudnya? Parti mana yang hilang roh? UMNO atau PAS?

Bersambung...nantikan pembongkaran PART 4


Tuesday 23 April 2013

[WAJIB BACA] PART 2: RAHSIA SEBENAR 'MAT TYSON' SERTAI PAS TERBONGKAR!!! #PRU13 #BetterNation



Mengapa sekarang? Mungkin itu antara persoalan yang bermain di fikiran rakyat ekoran tindakan Mat Taib menyertai Pas dan menjadi ahli seumur hidup parti itu baru-baru ini.

Sebelum ini, dalam pembongkaran PART 1, penulis menceritakan tentang kekecewaan Mat Taib kerana tidak dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) menjadi antara punca krisis jiwa yang dihadapi Mat Taib hingga sanggup meninggalkan wadah perjuangan beliau sebelum ini. [klik sini]

Penulis yang berkesempatan mendengar sendiri ceramah sulung beliau di Shah Alam malam tadi bersyukur kerana beliau tidak langsung menghentam kepimpinan UMNO sebaliknya memberitahu hadirin bahawa UMNO tetap ada jasa terhadap rakyat di negeri Selangor.

Antara ucapannya, beliau memuji diri sendiri kerana menjadi arkitek kepada pembangunan di Shah Alam dan Selangor. Beliau mengulangi dan menceritakan bagaimana timbul kesedaran menyertai PAS dengan memberi alasan bahawa UMNO sudah hilang rohnya, dan PAS sahaja sebuah parti yang konsisten terhadap perjuangan menegakkan syiar Islam. Pemimpin yang hebat, tidak memuji diri sendiri.

Syiar Islam? PAS yang tegakkan? Dalam sepanjang kewujudan PAS sila nyatakan bentuk syiar Islam yang ditegakkan oleh PAS Tiada kan? PAS sebenarnya tidak pernah menyumbang kepada pembangunan ummah apatah lagi menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Itu hakikatnya, PAS hanya pandai mengkritik dan hanya juara mulut longkang dengan menggunakan pentas ceramah untuk mengeliru dan merosakkan fikiran rakyat. Sifat ceramah ini seharusnya tentang kebenaran, dan kebenaran itu beri ketenangan. Namun, sesiapa yang dengar ceramah PAS, mereka pulang dengan kemarahan, jiwa penuh kebencian, tiada langsung tanda-tanda ketenangan terpancar pada raut wajah mereka.

Itu semua bibit-bibit perpecahan yang dicipta oleh PAS untuk berkuasa. Itu syiar Islam? Itu semua kerja syaitan!!!

Maka, adakah tindakan Mat Taib sertai PAS dengan menjadikan alasan bahawa Pas sahaja yang mampu menegakkan syiar Islam itu tepat? Kamu silap besar Mat Taib!!!

Berbalik kepada persoalan awal, kenapa sekarang? Kononnya jika sebelum penamaan calon, orang akan ingat Mat Taib nak jadi calon. Itu semuanya alasan.

Yang pasti, kekecewaan adalah punca pokok kenapa Mat Taib berubah dan sertai PAS!

Bermula dengan kekecewaan akibat kalah di dalam pemilihan UMNO dimana beliau bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, beliau sekali lagi cuba menghidupkan sisa-sisa kerjaya politiknya dengan melobi untuk dicalonkan sebagai calon BN di PRK Hulu Selangor 2010. Semuanya berakhir dengan kekecewaan.

Sejak itu, segala program UMNO telah dipulaukannya hingga tidak lagi menjalankan tugas sebagai Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya. Jawatan itu ditinggalkan begitu sahaja tanpa kata-kata. Jelas bahawa Mat Taib bukanlah pemimpin yang bertanggungjawab.

Mat Taib semakin kerap ke Masjid dan Surau kononnya untuk memberi tumpuan kepada ibadah, tetapi sebenarnya cuba mencari jalan mengubati kekecewaannya. Maka disitulah semuanya bermula.

Bersambung. Nantikan pembongkaran PART 3.

[WAJIB BACA] PART 1: RAHSIA SEBENAR 'MAT TYSON' SERTAI PAS TERBONGKAR!!! #PRU13 #BetterNation




Khabar angin kononnya bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib (Mat Taib) akan menyertai PAS terjawab hari ini apabila beliau secara rasmi menyerahkan borang ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat PAS.


Tindakan Mat Taib sudah dijangka sejak awal lagi apabila beliau tidak lagi menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya selepas dikatakan kecewa kerana tidak dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor pada 2010.

Ketika itu, adik beliau, Dato' Raduan Muhammad Taib memainkan peranan penting sebagai pelobi supaya abangnya dilantik sebagai calon BN di PRK Hulu Selangor. Raduan juga dikesan bertemu dengan beberapa pemimpin kawasan di Batang Kali, Sungai Choh dan Sungai Buaya. Maka lahirlah banner kononnya menggambarkan bahawa rakyat di Hulu Selangor mahukan Mat Taib sebagai calon di sana.







Namun, kepimpinan BN ketika itu tetap memilih calon yang dipilih oleh MIC kerana kerusi Hulu Selangor memang milik MIC sejak duhulu lagi. Calon yang dipilih adalah P. Kamalanathan.

Akibat kecewa, Mat Taib juga menolak untuk menjadi salah seorang penceramah untuk membantu kempen BN di Hulu Selangor ketika itu. Beliau memberi alasan yang pelbagai. Namun ramai orang UMNO percaya beliau kecewa kerana tidak dicalonkan. Alhamdulillah. BN menang di PRK Hulu Selangor dan merampas kembali kerusi parlimen itu.


Kekecewaan berlanjutan hingga beliau tidak lagi hadir dalam program UMNO sama ada di peringkat negeri Selangor dan Pusat. Sejak itu beliau tidak lagi menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya. Ramai yang menjangkakan beliau akan berundur dari arena politik ketika itu.



Maka ketika itu, beberapa pemimpin PAS mengambil kesempatan berdamping dengan Mat Taib. Antara pemimpin PAS yang terawal bertemu dengan Mat Taib adalah Mustapha Ali. Pertemuan yang pertama berlaku pada tahun 2011 di mahligai milik Mat Taib sendiri di Seksyen 7, Shah Alam. 

Semua tahu, sudah menjadi tabiat PAS memburu pemimpin UMNO yang kecewa.

Pertemuan dengan Mustapha Ali diatur sendiri oleh adik Mat Taib, Dato' Raduan. Namun, bukan pemimpin PAS sahaja yang bertemu dengan Mat Taib, beberapa pemimpin PKR turut dikesan beberapa kali bertemu dengan Mat Taib di Restoran Darul Ehsan di Seksyen 3, Shah Alam. 

Pertemuan mereka semakin kerap pada awal tahun 2012, kemuncaknya adalah apabila Presiden PAS sendiri bertemu dengan Mat Taib di kediamannya di Seksyen 7. Pertemuan di antara Mat Taib dengan Hadi Awang berlaku sebanyak tiga kali. Antara pemimpin PAS dan PKR yang dikesan pernah bertemu dengan Mat Taib ialah Mustapha Ali, Salahuddin Ayub, Nasharuddin Mat Isa, Dr Rani, Nizar Jamaluddin dan Haron Din.








Siapa pemimpin ini yang menerima envelope dipercayai berisi wang yang diserahkan oleh pegawai keselamatan Anwar Ibrahim di KLIA tahun lepas??? Apa kaitan pemimpin ini dengan Mat Taib??? Nantikan pembongkaran - PART 2

Saturday 20 April 2013

Update #GE13: Herman Tino Bertanding di Tanjung Karang



Tanjung Karang: Penyanyi 80-an, Herman Tino bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Tanjung Karang, sekali gus bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAS.  - Berita Harian

Friday 19 April 2013

Update #PRU13: Makluman Penutupan dan Lencongan Jalan Sempena Hari Penamaan Calon di Ampang




Sumber: PDRM Selangor


RMK: Sekadar menyampaikan. Semoga bermanfaat untuk semua.

Hangat #PRU13: SENARAI PENUH CALON PAKATAN SELANGOR #GE13 #ManifestoBukanJanji #TolakPR



Berikut ialah senarai penuh calon pakatan Selangor yang akan bertanding di 22 kerusi Parlimen dan 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Umum 13, diumumkan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam Khamis.

Kerusi DUN Kota Damansara yang ditandingi Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada pilihanraya lalu, masih belum dimuktamadkan statusnya.

PARLIMEN

Selayang : William Leong Jee Keen (PKR)
Pandan : Mohd Rafizi Ramli (PKR)
Serdang : Dr Ong Kian Ming (DAP)
Kelana Jaya : Wong Chen (PKR)
Petaling Jaya Selatan : Hee Loy Sian (PKR)
Petaling Jaya Utara : Tony Pua (DAP)
Klang : Charles Santiago (DAP)
Hulu Selangor : Khalid Jaafar (PKR)
Kuala Selangor : Dr Dzulkefly Ahmad (PAS)
Gombak : Mohamed Azmin Ali (PKR)
Ampang : Zuraida Kamarudin (PKR)
Hulu Langat : Che Rosli Che Mat (PAS)
Puchong : Gobind Singh Deo (DAP)
Subang : R.Sivarasa (PKR)
Shah Alam : Khalid Abdul Samad (PAS)
Kapar : G.Manivanan (PKR)
Kota Raja : Siti Mariah Mahmud (PAS)
Kuala Langat : Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)
Sabak Bernam : Dr Abdul Aziz Bari (PKR)
Tanjong Karang : Mohamad Rashdi Deraman (PAS)
Sepang : Mohamed Hanipa Maidin (PAS)
Sungai Besar : Mohamed Salleh M.Husin (PAS)


DEWAN UNDANGAN NEGERI

Teratai : Tiew Way Keng (DAP)
Bukit Gasing : R. Rajiv (DAP)
Bukit Lanjan : Elizabeth Wong (PKR)
Kinrara : Ng Sze Han (DAP)
Gombak Setia : Hasbullah Mohd Ridzwan (PAS)
Kota Anggerik : Dr Yaakop Sapari (PKR)
Batu Tiga : Rodziah Ismail (PKR)
Seri Andalas : Dr Xavier Jayakumar (PKR)
Selat Klang : Dr Halimah Ali (PAS)
Chempaka : Iskandar Abdul Samad (PAS)
Pandamaran : Tan Pok Shyong (DAP )
Seri Kembangan : Ean Yong Hian Wah (DAP)
Sungai Pinang : Datuk Teng Chang Khim (DAP)
Taman Medan : Haniza Mohamed Talha (PKR)
Sekinchan : Ng Suee Lim (DAP)
Bukit Melawati : S.Manikavasagam (PKR)
Rawang : Gan Pei Nei (PKR)
Batu Caves : Amirudin Shari (PKR)
Hulu Klang : Saari Sungib (PAS)
Bukit Antarabangsa : Mohamed Azmin Ali (PKR)
Lembah Jaya : Khasim Abdul Aziz (PAS)
Kajang : Lee Chin Cheh (PKR)
Bangi : Mohd Shafie Ngah (PAS)
Balakong : Ng Tien Chee (DAP)
Subang Jaya : Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP)
Seri Setia : Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
Kampung Tunku : Lau Weng Sang (DAP)
Damansara Utama : Yeo Bee Yin (DAP)
Meru : Dr Abd Rani Osman (PAS)
Pelabuhan Klang : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR)
Kota Alam Shah : V.Ganabatirau (DAP)
Sri Muda : Shuhaimi Shafiei (PKR)
Sijangkang : Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS)
Teluk Datuk : Loh Chee Heng (DAP)
Sungai Panjang : Mohd Fadzlin Taslimin (PAS)
Sungai Air Tawar : Wahid Rais (PAS)
Sabak : Sallehen Mukhyi (PAS)
Hulu Bernam : Muhamad Idris Ahmad (PAS)
Kuala Kubu Bharu : Lee Kee Hiong (DAP)
Batang Kali : K.Ramachandran (PKR)
Sungai Burong : Mohamad Judi Sarjo (PAS)
Permatang : Mohd Yahya Mat Sahri (PKR)
Jeram : Muhmmad Rashid Muhmmad Kassim (PAS)
Kuang : Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (PKR)
Taman Templer : Zaidy Abdul Talib (PAS)
Dusun Tua : Razaly Hassan (PAS)
Semenyih : Hamidi A Hassan (PKR)
Sri Serdang : Noor Hanim Ismail (PAS)
Paya Jaras : Mohd Khairuddin Othman (PAS)
Sementa : Dr Daroyah Alwi (PKR)
Morib : Hasnul Baharadin (PAS)
Tanjung Sepat : Mohd Haslin Hassan (PAS)
Dengkil : Borhan Aman Shah (PKR)
Sungai Pelek : Lai Nyok Lan (DAP)
Ijok : Dr Idris Ahmad (PKR)

Hangat #PRU13: Senarai Penuh Calon DAP Selangor. Mana Perginya Teresa Kok dan Ronnie Liu?? #GE13 #TolakPR


EXCO Selangor Ronnie Liu telah digugurkan dari senarai calon DAP pada pilihan raya umum kali ini.


Manakala Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok disahkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Kinrara sebaliknya hanya diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Seputeh.

Ronnie yang merupakan penyandang wakil rakyat DUN Pandamaran dipertanggungjawabkan untuk memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor.

DAP turut menyenaraikan pengarah strateginya Ong Kian Ming untuk kerusi parlimen Serdang, menggantikan penyandang Teo Nie Ching yang dipilih untuk bertanding di kerusi Pulai, Johor.

Penyandang kerusi DUN Sungai Pinang Teng Chang Khim pula akan mempertahankan kerusinya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang ditanya mengenai keputusan tidak mencalonkan Teresa di kerusi negeri berkata, ia adalah atas permintaan EXCO Selangor itu sendiri.

"Keputusan ini berdasarkan input dan pendatangan dari pelbagai pihak, jadi saya rasa kita biarkan sebegitu," kata beliau yang turut mengumumkan 19 senarai DAP Selangor.

Sepuluh daripada 15 calon DAP di kerusi negeri adalah muka baru.


Berikut adalah senarai calon DAP Selangor:


PARLIMEN

1. Serdang – Ong Kian Ming

2. Puchong – Gobind Singh Deo

3. Petaling Jaya Utara – Tony Pua

4. Klang – Charles Santiago


DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

1. Sekinchan – Ng Suee Lim

2. Kuala Kubu Bahru – Lee Kee Hiong

3. Teratai – Tiew Way Keng

4. Kinrara – Ng Sze Han

5. Kampung Tunku – Lau Weng San

6. Damansara Utama – Yeo Bee Yin

7. Balakong – Ng Tien Chee

8. Sri Kembangan – Ean Yong Hian Wah

9. Subang Jaya – Hannah Yeoh Tseow Suan

10.Bukit Gasing – Rajiv Rishyakaran

11.Sungai Pinang – Teng Chang Khim

12.Pandamaran – Tan Pok Shyong

13.Kota Alam Shah – Ganabatirau Veraman

14.Teluk Datuk – Loh Chee Heng

15. Sungai Pelek – Lai Nyuk Lan

Thursday 18 April 2013

Manifestasi Akujanji BN Selangor VS #ManifestoBukanJanji Pakatan Selangor #PRU13 #GE13 #TolakPR

Tawaran terbaik dari BN Selangor














Bandingkan dengan manifesto PR 2008... 



dan yang tak berjaya ditunaikan... 


kerana...



Selangor, bangkit dan jangan salah pilih lagi!

[Update]: Intipati Pelancaran Akujanji BN Selangor di SACC Shah Alam





SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) perlu menguasai semula Selangor bukan sahaja untuk kesejahteraan rakyat negeri ini, malah kepada seluruh rakyat Malaysia.

   
Perdana Menteri berkata ini kerana Selangor yang terletak di Lembah Klang menyumbang peratusan yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sekali gus boleh memacu negara menjadi sebuah negara maju pada masa depan.   
   
Beliau berkata jika BN tidak dapat menguasai Selangor, kerajaan Pusat sukar untuk memastikan kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang diperlukan Malaysia bagi mencapai status negara maju.
   
"Masalah bekalan air di Selangor (misalnya) satu perkara yang serius kerana ia boleh merosakkan pertumbuhan ekonomi Selangor dan Kuala Lumpur yang terletak di Lembah Klang yang strategik.
   
"60 peratus GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) dari Lembah Klang, jadi potensi menjadi negara maju bergantung kepada Selangor sebab peratus GDP di Selangor begitu besar," katanya ketika merasmikan Aku Janji BN Selangor di sini, malam ini.
Sehubungan itu, Najib mengajak pengundi di Selangor untuk memilih BN pada pilihan raya umum 5 Mei ini bagi memastikan masa depan yang lebih baik kepada mereka.
    
Beliau berkata rakyat perlu menilai kegagalan kerajaan pakatan pembangkang menunaikan janji mereka selama lima tahun mentadbir Selangor berbanding kejayaan Kerajaan Pusat memenuhi serta menepati keperluan rakyat menerusi pelbagai dasar dan inisiatif.
  
"Saya yakin dan percaya kalau persoalan yang dibangkitkan dalam minda setiap pengundi di Selangor, kalau boleh lihat kegagalan mereka (kerajaan pakatan
pembangkang) memenuhi janji selama lima tahun jika dibandingkan dengan kejayaan kita menepati janji di Pusat.
   
"Saya beri jaminan pencapaian yang sama (dalam menepati janji kepada rakyat) akan kita saksikan di Selangor di bawah pemerintahan BN," katanya. - Bernama
  Laporan penuh [di sini].


Dalam ucapan DS Najib malam tadi, beliau sempat menyelar kerajaan pakatan Selangor yang tahu berjanji sahaja tanpa berjaya menunaikannya:
"Manifesto (Aku janji) dianggap sebagai janji... kalau kita anggap sebagai janji, manifesto bukanlah satu dokumen yang boleh dipermainkan atau dipermudahkan oleh sesiapa.

    
"Kalau manifesto itu bukan janji, saya nak tanya? Apa gunanya bentang manifesto kepada rakyat? Rekod BN tunaikan janji tidak boleh dipertikaikan lagi, malah penganalisis politik dan ekonomi mengakui kerajaan BN telah membawa perubahan besar berdasarkan kepada program transformasi nasional." - Bernama


DS Najib juga mempersoal banyak janji kerajaan pakatan pembangkang yang masih tidak ditunaikan seperti elaun khas bulanan kepada ibu tunggal, pengurangan cukai pintu 20 peratus serta elaun RM75 sebulan kepada anak-anak yang dihantar ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak.


Antara perkara utama dalam Aku janji BN Selangor adalah sambungan pajakan tanah secara automatik akan dipertimbangkan dan menubuhkan Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di 14 pihak berkuasa tempatan (PBT).


Selain itu, berikut merupakan ringkasan Akujanji BN Selangor ini:

1. Memberi bantuan sara hidup sebanyak RM 250 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang layak. 


2. Memperluaskan klinik 1Malaysia di seluruh negeri Selangor. 

3. Menyemak dan menurunkan cukai pintu, tanah dan perniagaan yang telah dinaikkan oleh kerajaan pakatan. 

4. Pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah dan pemilik rumah PPR yang berdaftar dengan e-Kasih. 

5. Pemberian peralatan sekolah secara percuma kepada pelajar yang miskin dan biasiswa kecil RM 80 sebulan untuk sekolah rendah & RM 150 untuk sekolah menengah... 

6. Menyediakan skim perumahan mampu milik untuk golongan pendapatan rendah dan menyediakan 25 ribu rumah mesra rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggir bandar dengan nilai RM 50 ribu, 15 ribu rumah keluasan 850 kaki persegi untuk golongan berpendapatan RM 3 ribu sebulan. 

7. Memberi 20 ml padu air percuma dan untuk memastikan semua rakyat Selangor mendapat air percuma, penukaran semua meter pukal kepada meter individu dan kos penukaran ditanggung oleh kerajaan negeri. 

8. Penyediaan kuarters untuk kakitangan awam negeri. 

9. Peruntukan RM 500 untuk setiap kelahiran baru anak Selangor sebagai deposit awal tabung SSPN. 

10. Menyediakan skim mikrokredit berjumlah RM 250 juta untuk modal perniagaan. 



RMK: Biar BN ambil alih tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat Selangor. BN Janji Ditepati. Pakatan pula?