Showing posts with label Faekah. Show all posts
Showing posts with label Faekah. Show all posts

Wednesday 18 September 2013

Konflik pejabat MB Selangor makin parah?



Saifuddin Nasution Ismail

SHAH ALAM - Pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah PR yang melewati penggal kedua dilaporkan kian berantakan.

Sebuah portal mesra BN melaporkan, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang dilantik sebagai Ketua Staf Pejabat Menteri Besar Selangor baru-baru ini memperli atau cuba mengaburi mata rakyat kerana tidak memasuki pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Saifuddin memberitahu media beliau sudah memulakan tugas di pejabatnya, yang menurut beliau serba lengkap dari segi kemudahan dan kakitangan.

"Saya dah masuk, pejabat saya cantik, berhawa dingin dan mempunyai kakitangan yang berdedikasi, saya puas hati dengan keberadaan pejabat saya yang baru.

"Antara tugasan lain saya sebagai ketua staf pejabat kepada Tan Sri Khalid (Ibrahim), adalah berkenaan pembangunan desa, dari segi strukturnya saya akan berada dalam sekretariat dan unit perancangan ekonomi negeri,” katanya.

Bagaimanapun, sumber Bahagian Pengurusan dan Penyelenggaraan bangunan SUK mempertikaikan dakwaan bahawa Saifuddin diberikan pejabat "cantik dan kakitangan berdedikasi", menurut portal berkenaan.

Sebaliknya menurut sumber itu, Saifuddin hanya diberikan  sebuah bilik tanpa kemudahan asas mahukan pasukan kakitangannya sendiri di tingkat 5, berhampiran Seksyen Sektoral Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor.

“Bilik berkenaan hanya dilengkapkan dengan sebuah meja dan kerusi. Sehingga hari ini tidak ada sebarang permintaan daripada pejabat Menteri Besar atau Datuk Saifuddin sendiri untuk mendapatkan sambungan telefon, komputer serta peralatan pejabat yang lain," kata sumber itu.

“Kami difahamkan, pejabat itu akan digunakan secara sementara, tetapi belum ada sebarang arahan untuk menyediakan bilik tetap seperti di tingkat 21,” kata sumber itu lagi.

Tingkat 20 dan 21 Bangunan SUK menempatkan pegawai-pegawai kanan Khalid termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin dan Setiausaha Akhbarnya Arfa Aziz untuk menyenangkan mereka berurusan terus dengan Khalid.

Saifuddin nampaknya tidak mempunyai kemudahan seperti itu.

Malah menurut portal itu lagi, cubaan menghubungi Saifuddin di SUK mengesahkan kenyataan itu apabila telefonis SUK memaklumkan pemimpin kanan PKR itu tidak mempunyai talian langsung.

Khalid sebelum ini berkata, Saifuddin tidak perlu masuk ke pejabat kerana urusan kerja boleh dibereskan dengan komputer riba, justeru tidak perlu datang ke pejabat.

Kemelut mengenai kedudukan Saifuddin di pejabat Menteri Besar Selangor mendedahkan politik dalaman PKR yang masih panas, membabitkan Faekah, Khalid dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saifuddin "dihantar" bekerja di pejabat Khalid atas arahan Anwar, namun keputusan itu  tidak disenangi Faekah dan Khalid.

Justeru, Saifuddin dipinggirkan oleh kedua-dua mereka sehingga dinafikan kemudahan asas pejabat yang setara dengan kedudukannya di Pejabat Menteri Besar.

Thursday 21 June 2012

PKR : Makin lama makin kalut, makin melalut, serabut.. dan KUSUT!


Sinar Harian Edisi Khamis, 21 Jun 2012.. Muka depan.. Tajuk besar lagi.. Hahahaha... "RIBUT PEJABAT MB".. Hallo, PKR.. ape kes??

Semua gara-gara Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor, Khalid Gagap yang dikatakan telah mempertikaikan keputusan Majlis Pimpinan PKR yang  bersetuju melantik si Tanggang Moden, Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihanraya PKR selain dakwaan berkuasa terhadap pengeluaran peruntukan di bawah Geran SelangorKu dan program pembangunan untuk rakyat Selangor.

Sekonyong-konyong nya, terpampang pulak kenyataan si Azmin Ali ni yang menafikan bahawasanya dia adalah merupakan dalang terhadap kempen tersebut.. Alahaii.. Kesian betul la aku tengok orang yang desprado giler kuasa nie.. Tak habis dengan putar alam.. berdolak-dalik.. sekarang dia bermuka-muka pulak.. Dasar musuh dalam selimut betul.. Kalau bukan kau, siapa pulak yang nak jadi dalang??.. Bukan si Faekah tu buat kenyataan pasal kau ker?

Rupanya banyak betul watak dan pelakon dalam PKR nie.. Tak payah susah-susah nak pegi audition.. Berlakon kat dalam parti jer pun dah cukup.. Maner tau, kalau kena gaya, bole dapat 'habuan yang besar' kan?.. Hahahaha.. Kesian.. Kesian..  Siap offer nak  jadi orang tengah bagai.. Ada ape-ape ker, Shuhaimi oiii.. Nak jadi hero kah??  Kak Zuraida pun ape kurangnya.. Watak heroin masih lagi kosong.. Bole la cuba nasib.. ;)