Melalui "Tweet" Pengarah
Strategik PKR, Rafizi Ramli difahamkan telah ditahan oleh pihak polis dan kini
ditahan di Balai Polis Hulu Kelang. Beliau akan didakwa di Mahkamah Tinggi Shah
Alam pukul 10.00 pagi ini. Dua hari lepas, Rafizi Ramli telah dipanggil oleh
Bank Negara untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan melakukan kesalahan di
bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
Wednesday, 1 August 2012
Monday, 30 July 2012
31 Julai Hari Pahlawan
PINGAT SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP)
Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat PINGAT SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP) merupakan anugerah Persekutuan yang tertinggi dan paling kanan dalam senarai keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan. Ia dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan diwartakan pada 11 Ogos 1960. Anugerah ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan keberanian luar biasa atau melakukan sesuatu dengan gagah dan penuh pengorbanan.
Inilah barisan pahlawan-pahlawan PDRM yang diberikan penganugerahan di atas khidmat bakti dan jasa yang telah ditaburkan kepada negara dan tanah air. - Sumber
Pahlawan Kemerdekaan
Ciptaan: Usman Awang
PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya
Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang
Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat
Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.
SELAMAT HARI PAHLAWAN 2012!
Fakta Penting Krisis Air Lembah Klang
- Sejak 1 Januari 2005, operasi perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur (Lembah Kelang), dan Putrajaya diuruskan oleh syarikat konsesi membabitkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Konsortium Abbas Sendirian Berhad, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sendirian Berhad, dan Puncak Niaga Sendirian Berhad.
- National Water Resources Study (NWRS) dan SYABAS menyatakan bahawa krisis air yang sangat meruncing akan berlaku di Lembah Kelang pada 2013 kerana simpanan air untuk kegunaan penduduk Lembah Kelang semakin kritikal ekoran permintaan penggunaan yang semakin meningkat.
- Catatan penggunaan meter air domestik di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya bagi tempoh Januari 2009 hingga Ogos 2009 ialah sebanyak 216 liter per kapita sehari.
- Sebagai perbandingan, rakyat Singapura yang sangat sensitif dengan penggunaan air menggunakan155 liter sehari, manakala Thailand 90 liter sehari, Afrika 50 liter sehari, dan India 100 liter sehari.
- Setakat ini, kapasiti penghasilan air terawat di Selangor berjumlah 4326 juta liter sehari. Menjelang 2012, peningkatan permintaan bekalan air terawat di Lembah Kelang diunjurkan meningkat kepada 4625 juta liter sehari. Hal ini bermakna, terdapat peningkatan permintaan sebanyak 6.9 peratus atau bersamaan 299 juta liter sehari.
- Kerajaan Persekutuan di bawah pelan penstrukturan industri air di Selangor mahu berunding dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan projek bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor untuk menhadapi krisis air di Lembah Kelang.
- Projek bekalan air mentah ini hanya berjalan lancar jika pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dapat diteruskan mengikut perancangan.
- Kerajaan Negeri Selangor melengah-lengah rundingan penstrukturan ini kerana berpendapat bahawa amaran krisis air di Lembah Kelang hanyalah propaganda Kerajaan Persekutuan.
- Kerajaan Negeri Selangor mendakwa bahawa sebenarnya bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya mencukupi sehingga 2019 kerana masih terdapat pelbagai sumber air yang lain seperti air bawah tanah dan air tadahan hujan.
Yang kat atas ni sumber dari Dewan Masyarakat.
Tengok poin yang akhir:
"Kerajaan Negeri Selangor mendakwa bahawa sebenarnya bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya mencukupi sehingga 2019 kerana masih terdapat pelbagai sumber air yang lain seperti bawah tanah dan air tadahan hujan."
Kerajaan Negeri Selangor kata bekalan air cukup sampai 2019, jadi....
Friday, 27 July 2012
Sharing is Caring - Krisis Air Selangor
Labels:
Air,
DAP,
Khalid Ibrahim,
krisis,
PAS,
penindas rakyat,
PKR,
rakyat merah kuning,
Selangor,
syabas
Tuesday, 24 July 2012
Simbol Kempen Selangor Shines - Bukti Pakatan Rakyat Diresapi Komunis
Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah dikeluarkan kepada setiap Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan penggunaan logo Selangor Shines.
Logo itu diluluskan oleh Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan ke 40/l2OO9 yang di adakan pada 9 Disember 2009 meluluskan penggunaan logo tersebut bagi sempena Kempen Tahun Melawat Selangor 2011.
Surat itu berikut:
Bahasa pun bukan bahasa kebangsaan tetapi Inggeris. Kemudian itu, perhati betul2 logo itu. Serupa tidak dengan berikut:
Ingat pesanan sini dan fikirkan mereka ini ...
Baca sepenuhnya di blog Gelombang Wangsa Maju sini
sumber: http://theunspinners.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)