Melalui "Tweet" Pengarah
Strategik PKR, Rafizi Ramli difahamkan telah ditahan oleh pihak polis dan kini
ditahan di Balai Polis Hulu Kelang. Beliau akan didakwa di Mahkamah Tinggi Shah
Alam pukul 10.00 pagi ini. Dua hari lepas, Rafizi Ramli telah dipanggil oleh
Bank Negara untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan melakukan kesalahan di
bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).