Friday 8 February 2013

4000 ORANG ASLI DI KUALA LANGAT DERITA AKIBAT KEZALIMAN KERAJAAN KHALID IBRAHIM!





4000 Orang Asli di penempatan Pulau Kempas, Kuala Langat kini dirundung masalah dengan pihak kerajaan negeri Selangor yang di bawah pimpinan Menteri Besarnya Khalid al-Gagap's apabila tanah yang menjadi penempatan adat dan tanah rayau yang telah diwarisi sejak turun-menurun telah dipindah milik oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat.



Tanah yang mempunyai keluasan 17900 ekar di Mukim Tanjung 12 daerah Kuala Langat telah dipindah milik oleh pihak Pejabat Tanah Daerah di Bangunan SUK kira-kira 3 tahun lepas dan wujudnya penipuan oleh Pejabat Tanah Daerah untuk mengambil tanah Orang Asli tanpa pengetahuan dan kebenaran penduduk, kata Jafirn Malam, wakil penduduk.

Apa yang mengejutkan, aktiviti mengorek pasir turut dijalankan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) sehingga boleh membentuk kawasan lombong yang secara tidak langsung boleh mengundang bahaya dan kemusnahan alam sekitar yang amat teruk. Jelas di sini bahawa janji mereka (Pakatan Rakyat) yang dibuat pada PRU 12 yang lalu, di mana mereka  berjanji akan menutup sebarang aktiviti mengorek pasir, tapi sehingga kini, Pakatan Rakyat meninggalkan janji mereka begitu sahaja. Malah lebih rakus melakukan aktiviti korek pasir.




Apabila diajukan soalan tersebut kepada al-Khalig Gagap's mengenai hal ini beliau telah mencabar agar Orang Asli di kawasan teresebut membawa kes ini ke mahkamah. Hebat betul permainan Khalid ni. Dan wakil penduduk Orang Asli yang diwakili Japrin anak Malam telah pun membawa perkara ini ke muka pengadilan.

Semasa ditemuramah oleh team PUcTD, beliau berkata, laporan polis pada 29 Jan 2013 terpaksa  dilakukan terhadap Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat kerana pejabat itu telah memberikan tanah TOL tersebut kepada orang luar walaupun kes ini masih dalam proses mahkamah.

Turut hadir Tan Hwang Hwang, aktivis alam sekitar dan beberapa orang wakil penduduk.




RMK: Kerajaan MB Selangor sibuk uar-uarkan yang mereka tu telus sangat. Tapi hakikatnya lebih bijak mengaburi mata rakyat dengan berselindung di sebalik topeng 'negeri berkebajikan'. Berkebajikan la sangat! Habis tanah orang dirampas. Dapat keuntungan, masuk poket sendiri!


No comments:

Post a Comment