Friday 22 February 2013

GEMPAR! DALANG PERPECAHAN TERBONGKAR!






KENYATAAN Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang bahawa Pas akan meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya didapati gabungan itu merugikan Islam dan Melayu boleh di anggap sebagai satu kenyataan bahawa Pas seolah-olah  baru sedar dari tidur nyenyak yang panjang.

Pertamanya, saya melihat kenyataan itu tidak lebih daripada usaha terdesak untuk menenangkan hati ahli dan penyokong Pas yang sebahagiannya mula bangkit dan mengambil tindakan drastik meninggalkan parti yang mereka telah mereka bersama-sama  untuk mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

Kedua, kenyataan itu juga sebagai melunakkan komponen parti dalam Pakatan yang di asak bertubi-tubi oleh ahli dan penyokong Pas dalam berbagai isu. Sehingga kini pimpinan tertinggi parti-parti tersebut tidak mampu memberikan jawapan terhadap beberapa isu besar yang timbul seperti isu kalimah ALLAH.

Ketiga, kenyataan tersebut mungkin didorong oleh kumpulan parasit yang kini tersepit dan mereka memerlukan tali hayat untuk menjadi terus relevan mewakili Pas dalam PRU13 yang akan datang.

Keempat, kenyataan tersebut dilihat seolah-olah untuk mengesah dan menyokong tuntutan pimpinan ulama seperti Timbalan Mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulama yang mengambil pendirian yang tegas dan dicisive terhadap beberapa isu diakhir-akhir ini.

Kelima, kenyataan tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk melunakkan pekerja jentera pilihanraya Pas supaya memberikan khidmat yang terbaik kepada semua parti komponen Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU13 yang akan diumum pada bila-bila masa sahaja.

Dan keenam, kenyataan tersebut boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk memancing semula undi pengundi-pengundi Melayu Islam yang telah mula berpaling daripada Pas di kawasan-kawasan majoriti Melayu Islam di mana Pas dijangka meletakkan calon.

Bagi saya kenyataan Presiden Pas itu tidak mempunyai kekuatan disebabkan telah terbukti sejak Pas menyertai Pakatan Rakyat, idealisme perjuangan Pas hampir diketepikan sepenuhnya  atas keinginan yang melonjak untuk ke Putrajaya.

Hampir dalam semua isu baik yang kecil dan terpencil hinggalah yang besar  melibatkan aqidah dan syariah, Pas didapati tidak mempunyai kekuatan langsung untuk mempertahankan prinsip perjuangan asal parti tersebut iaitu mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

Kita tidak perlu mengulang dan mendetailkan satu persatu isu-isu tersebut. Yang jelasnya pimpinan Pas perlu menununjukkan kepada ahli dan penyokong Pas isu yang mana yang melibatkan Pas dalamana parti tersebut mampu berdiri tegak mempertahankan asas-asas perjuangan parti Islam itu.

Pun begitu masih ada pimpinan Pas yang cuba meyakinkan ahli dan penyokong parti bahawa negara Islam dan hudud akan terus dilaksanakan setelah Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Seandainya soal kecil seperti penggunting rambut wanita di Kota Bharu, soal papan iklan dan pusat-pusat hiburan beroperasi dalam bulan Ramadan di Kedah pun tidak dapat dipertahankan, mana mungkin Pas mampu dan dapat melaksanakan agenda Negara Islam dan hudud di Putrajaya nanti.

Saya ingin melontarkan beberapa soalan yang menyentuh berbagai isu seperti di bawah:

a. Apakah kenyataan Karpal Singh bahawa langkah mayatnya dahulu jika Pas berhajat untuk melaksanakan negara Islam dan hudud itu menguntungkan Islam?;

b. Adakah persetujuan Pakatan Rakyat untuk membolehkan kalimah ALLAH diguna oleh bukan Islam khususnya penganut Kristian yang jelas tujuan tersiratnya adalah untuk menyebarkan fahaman Kristian di kalangan orang Melayu menguntungkan Islam?;

c. Adakah Buku Jingga yang tidak langsung memberi peruntukan kepada Islam dan hudud yang menjadi “kitab” rujukan utama  komponen Parti Pakatan Rakyat menguntungkan Islam?;

d. Adakah amaran dan ugutan pimpinan tertinggi DAP untuk meletakkan jawatan secara beramai-ramai sekiranya Pas melaksanakan hudud menguntungkan Islam?;

e. Adakah usaha membawa fahaman pluralisme agama dan Islam liberal serta percubaan untuk mengiktiraf LBGT menguntungkan Islam?

Perlu juga dibangkitkan di sini mengenai pemecatan saya dan Nasharudin Mat Isa, yang digugurkan dari Majlis Syura. Saya dipecat bukan atas sebab saya terlibat dengan mana-mana kegiatan yang bertentangan dengan syariat.

Saya dipecat antara lain disebabkan tindakan saya untuk mencegah arak, judi, rumah urut dan percubaan mengkristiankan orang-orang Melayu Islam di negeri Selangor. Kesemuanya dilakukan atas sifat saya sebagai Exco Hal Ehwal Islam yang memang portfolio tersebut menghendaki saya memainkan peranan itu. Adakah tindakan saya itu merugikan Islam?

Mengenai Nasharudin pula adakah usaha beliau untuk menjalin ukhuwwah dan mahabbah antara pimpinan  umat Islam dan juga diperingkat antarabangsa yang melibatkan  para pemikir Islam dan di kalangan  mereka yang tertindas seperti di Palestin itu merugikan Islam?

Sebenarnya hati kecil saya cenderung untuk menerima kenyataan Hadi itu lantaran saya mengenali beliau secara dekat buat sekian lamanya. Tetapi kenyataan itu tidak mudah untuk ditelan akibat daripada tindakan Pas menangani isu-isu Islam yang ramai berpendapat Pas sudah sama sekali kehilangan daya juang dan semangat jihad.

Ada pihak yang mengatakan Pas seolah-olah seperti sudah dirasuk makhluk halus dan kelihatan terpukau dengan mainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan ramai lagi. Sebab itu dikatakan di awal tadi bahawa pimpinan Pas seolah-olah tidur lena buat sekian lamanya. Tiba-tiba tersentak bangun membuat kenyataan seperti yang dibuat oleh Presiden Pas itu.

Akhirnya, atas nama kejujuran dan keikhlasan serta atas nama semangat perjuangan Islam yang ditiupkan kepada ahli dalam usrah, tamrin, rehlah, munaqashah, ijtima’, Pas perlu melakukan sesuatu yang decisive dengan meninggalkan Pakatan Rakyat sekarang juga. Gesaaan-gesaan ke arah ini sudah terdengar sekian lamanya khususnya dikalangan pimpinan ulama di dalam Pas.

Kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Presiden Pas itu bagi sesetengah pihak dianggap sebagai anti klimaks. Klimaks sebenarnya ialah tinggalkan Pakatan. Hanya selepas itu rakyat dapat melihat  jantannya pimpinan Pas.

Rakyat juga dapat melihat tindakan decisive Pas itu nanti menatijahkan betapa haru birunya DAP dan PKR dalam menghadapi PRU13 terutama dalam menggarap sokongan pengundi Melayu Islam.


Sumber: talkwithhand.blogspot.com

RESPON PEMIMPIN PAKATAN HARAM PASAL LIDAH NIK AZIZ YANG KEJI




KARPAL SINK KATA
"nik aziz membuatkan rakan pakatan rasa sungguh kiciwa"

ANUAR IBRAHIM KATA
"saya rasa itu pendapat peribadi beliau" dalam hati (demmit kau orang tua mulut tak jaga huh)

MAT SABU KATA
"saya tak fikir beliau berkata begitu, ini semua mainan umno" dalam hati (kepala hotak kaulah nyusahkan betul)

LIM GUAN ENG KATA
"ini tidak menceleminkan apa yang di kehendakinya pun oleh pakatan rakyat" dalam hati (thewww ini olang manyak hansap)

MAHFUZ OMAR
"memang br1m adalah rasuah, tu sebab orang boleh launch dengan saya tengah hari ini" dalam hati (betul-betul bagi sakit jiwa betul ini orang tua lah)

sebahagian dari kata-kata pemimpin pakatan rakyat yang mungkin berbulu dengan ayat-ayat sadis dari tuan guru nik aziz berkenaan BR1M, dikatakan penerima BR1M adalah haiwan.. tu dia aih.. punya terpelanting otak cecei bila baca stament dari tuan guru nik aziz.. sebab merekalah paling ramai menerima BR1M ni.. haha


Sumber: headbomb.blogspot.com


RMK: Memang hina Pakatan Haram nih!

Thursday 21 February 2013

NIK AZIZ KATA PENERIMA BR1M MACAM AYAM!


 Datuk Nik Aziz mengkritik keras pemberian bantuan saperti BR1M dan lain-lain yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan hasil cetusan idea YAB Perdana Malayasia

Beliau menyamakan pemberian bantuan-bantuan wang tunai tersebut sama seperti memberi hampas kepada ayam, dan juga seperti memberi jerami kepada lembu. 

  Orang PAS yang terima BR1M ini juga turut dihina oleh Nik Aziz sebagai haiwan. Sanggup Nik Aziz hina orang PAS sendiri dengan panggilan sebegitu. Namun kalau Nik Aziz beri duit untuk orang lain pangkah PAS, apa pula gelaran yang sesuai diberikan oleh Nik Aziz?

Pemimpin PAS yang dianggap sebagai TOK GURU, begini cara dirinya menghargai rezeki yang telah diizinkan Oleh Allah untuk diagihkan kepada setiap rakyat Malaysia yang layak untuk menerimanya. Malah penghinaan pula yang dilemparkan kepada mereka-mereka yang menerimanya. Ini termasuk lah ahli Pas, DAP dan Pkr yang merasakan bahawa mereka layak utk menerima segala bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira apakah undi mereka. 

Adakah ini yang dikatakan sebagai sebuah KERAJAAN ZALIM oleh golongan-golongan Pro-Pakatan Rakyat terutama sekali golongan yang terlalu taksub dengan ajaran Pakatan Rakyat? 


Sumber: talkwithhand.blogspot.com


RMK: Hinanya pemikiran kau Nik Aziz!

TERKINI! VIDEO YANG TAKKAN KELUAR DI BLOG-BLOG PAKATAN HARAM. MESTI TONTON!


Penipuan kerajaan Selangor terbongkar. Harap pencacai Pakatan nangis tengok video ni.




Jawab, jangan tak jawab!

Teresa Kok TAMAK! Pegang Banyak Jawatan Tapi Tak Mampu Deliver! EPIC FAIL.





Teresa Kok, Ahli parlimen Seputeh (merangkap ADUN Kinrara) didesak meletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP didakwa gagal melaksanakan tugas dan sikap pilih bulu dalam menangani masalah rakyat.  Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R.Vellasamy yang mendakwa banyak masalah rakyat, terutama masyarakat India di Selangor yang tidak dapat diselesaikan oleh beliau.

Ramai yang menentang Teresa Kok yang menimbulkan banyak masalah di Selangor dan menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak. 

Teresa Kok tidak layak jadi pengerusi DAP Selangor kerana beliau mengakibatkan DAP berpecah hingga akar umbi. Ini menyebabkan DAP semakin tidak sekutu dan menimbulkan perpecahan parti.

Pada konvensyen DAP 2010, Teresa hanya dapat 437 undi drpd 803, hampir separuh tak undi beliau. Ini jelas menunjukkan kepimpinan beliau ditolak.

Walaupun,Teresa merupakan pengerusi DAP Selangor namun sampai sekarang tiada seorang pun Ketua Komuniti India daripada ahli DAP. Persoalkan kenapa Teresa tidak mendesak MB utk lantik ahli DAP sebagai Ketua Komuniti India. Ini jelas menunjukkan beliau meminggirkan kaum India.

Selain itu, dalam Kongres DAP Kebangsaan yg lalu, Teresa hanya mendapat no ke 18, hampir separuh tidak memilih beliau, tetapi Lim Guan Eng tetap lantik beliau sebagai Naib Pengerusi, tak malu kah Teresa?

Bukan setakat itu sahaja, malah penduduk Kinrara pun menolak Teresa. Beliau gagal  berkhidmat dengan baik kerana memegang banyak jawatan.

Pada  2011 di Sg Pelek, Sepang, Teresa mengadakan pertemuan bersama masyarakat Cina di Sungai Pelek, Sepang bagi menyelesaikan masalah rumah ibadat dan sekolah, tetapi tidak mengadakan pertemuan serupa bagi menyelesaikan masalah masyarakat India. 

Teresa Kok bersikap rasis hanya mengambil berat kaum Cina sahaja.



RMK: Ada sumber yang boleh dipercayai kata, di Kinrara, Teresa Kok ambil kredit daripada apa yang orang lain buat, dan bukannya atas hasil usahanya sendiri. Memang dasar komunis!