Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik aziz. Show all posts

Thursday 4 April 2013

Nik Aziz Kata Sembahyang Orang UMNO Tak Dapat Pahala #PRU13 #TukarKelantan


NIK ABDUL AZIZ NIK MAT... Mursyidul Am Pas itu berucap di Kampung Jambu, Kota Bharu malam tadi.

Aku dah cakap! tolonglah... tolonglah, bersara Pok Nik weh!!! cukup-cukup lah tu...

Semakin hari dilihat semakin nyanyuk.... kami tak mahu menghina Pok Nik diatas sikap Pok Nik yang keterlaluan ini....

Ada baiknya Pok Nik berundur sekarang dan berehatlah Pok Nik...

Inilah waktu yang sesuai untuk Pok Nik menghabiskan sisa-sisa waktu Pok Nik bersama anak cucu...

Utusan Online - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SWT tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.

Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya.


Thursday 21 February 2013

NIK AZIZ KATA PENERIMA BR1M MACAM AYAM!


 Datuk Nik Aziz mengkritik keras pemberian bantuan saperti BR1M dan lain-lain yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan hasil cetusan idea YAB Perdana Malayasia

Beliau menyamakan pemberian bantuan-bantuan wang tunai tersebut sama seperti memberi hampas kepada ayam, dan juga seperti memberi jerami kepada lembu. 

  Orang PAS yang terima BR1M ini juga turut dihina oleh Nik Aziz sebagai haiwan. Sanggup Nik Aziz hina orang PAS sendiri dengan panggilan sebegitu. Namun kalau Nik Aziz beri duit untuk orang lain pangkah PAS, apa pula gelaran yang sesuai diberikan oleh Nik Aziz?

Pemimpin PAS yang dianggap sebagai TOK GURU, begini cara dirinya menghargai rezeki yang telah diizinkan Oleh Allah untuk diagihkan kepada setiap rakyat Malaysia yang layak untuk menerimanya. Malah penghinaan pula yang dilemparkan kepada mereka-mereka yang menerimanya. Ini termasuk lah ahli Pas, DAP dan Pkr yang merasakan bahawa mereka layak utk menerima segala bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira apakah undi mereka. 

Adakah ini yang dikatakan sebagai sebuah KERAJAAN ZALIM oleh golongan-golongan Pro-Pakatan Rakyat terutama sekali golongan yang terlalu taksub dengan ajaran Pakatan Rakyat? 


Sumber: talkwithhand.blogspot.com


RMK: Hinanya pemikiran kau Nik Aziz!

Wednesday 20 June 2012

Bila Si Kafir memetik ayat Al-Quran.. Apa kata Nik Aziz??

Ntah ape la yang si kafir nie sebut.. Ada hati nak petik ayat Al-Quran.. Betul ker kau faham ayat yang kau petik tu?? Kalau takat main petik jer, sebab nak bagi sedap ucapan, baik tak payah..


Yang Nik Aziz pulak.. Cuba korang dengar komen dia.. Bole ker cenggitu??   "Nak guna dia punya pasal"..   "Salah tafsir, dia punya pasal"??   Kalau cam tu, kat maner Tuk Guru letak KESUCIAN Al-Quran nie??  Tolong jawab sket, Tuan Guru Nik Aziz..







Sumber : Jejarikami.blogspot.com

Tuesday 1 May 2012

What really happened on 28/4?



Nik Aziz Nik Mat in his tweet blames the police in an accident which he suggested pedestrians were injured (some people even said the victim DIED), when actually there was NO REPORT of anyone hit by a car.

The mob were seen inflicting serious injuries to the policeman driver involved. Was Nik Aziz telling the truth? Apparently not. He was hiding it, to justify the protestors actions.

Here I'm showing you how the incident really happened.

1. Mob attacked police car

2. Notice the cone thrown on the bonnet

Full video here

3. Driver was hurt, slumped on the steering wheel, and car moved on. Notice the broken windscreen, and the cone still on bonnet.

4. Car headed to crowd. Notice the dent on the car side.

5. Car hitting crowd.

Full video here

6. Mob attacked halted car. Notice the cone was still on the car.

7. Notice the car now suffer further damage.

8. Mob getting at the driver (suspected unconcious already by then).

9. Now more people are getting at the driver, not to help him, but to hurt him even more.

(In advanced country, people don't get after hurt driver to inflict more injury on him, even if he was a criminal, now here we have a policeman in distress.) 

10. And the rest of the scene is here (link), as propagandised by Nik Aziz Nik Mat.

My opinion, if anyone was killed in the incident, the guilty party was the mob. I'm so sad that a leader of Nik Aziz's stature, a self-acclaimed ulama who's supposed to preach good deeds, actually has a total disregard of an innocent person, not an ordinary person, but one responsible for public safety and peace.

Footage from Malaysiakini

This is really really SAD

11. And, finally...


credits to pageorama.com