Friday, 5 April 2013

Terharu! PAS AMAT BERSUNGGUH-SUNGGUH PERJUANGKAN PENDIDIKAN PERCUMA!

Suatu hari di Puncak Alam, Kuala Selangor, sedang RMK berjalan-jalan, terjumpa satu benda menarik.


Oh, dah mula kempen rupanya PAS kawasan ni. Gigih ya perjuangkan pendidikan percuma untuk rakyat. Memang terbaik.



Tapi...



Tiba-tiba RMK tergerak hati untuk membandingkan...

Yuran Tadika PASTI (PAS):

Pendaftaran (RM30) + Yuran Tahunan (RM70) + Yuran Bulanan (RM120) = RM220


Yuran Tabika KEMAS (Kerajaan Barisan Nasional):
 MENGIKUT KEMAMPUAN IBU BAPA



Inilah negara berkebajikan versi PAS. Letak yuran tadika tinggi, kemudian sibuk perjuangkan pendidikan percuma.

Azmin, Kenapa Tak Bincang Dulu? PAS Wilayah Persekutuan Kesal dengan @AzminAli #PRU13 #GE13


KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan (WP) kesal dengan tindakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengumumkan peletakan calon di parlimen Setiawangsa dan Labuan tanpa persetujuan PAS dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS WP Mohamad Noor Mohamad berkata, Azmin tidak berbincang dengan Majlis Pakatan Rakyat WP mengenai kerusi Setiawangsa dan Labuan terlebih dahulu.
Malah sehingga kini kerusi Parlimen Setiawangsa masih dalam perbincangan dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat masih belum membuat keputusan muktamad berhubung kerusi tersebut.
“PAS WP merasa kesal dengan pengumuman Azmin Ali dalam media semalam bahawa PKR akan bertanding di tiga kawasan iaitu di Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan.
“PAS WP merasakan kenyataan Azmin tidak mencerminkan semangat setiakawan dan perpaduan antara Pakatan Rakyat khususnya peringkat Wilayah Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa di sini hari ini.



RMK: Nampak sangat pakatan pembangkang tak bersepakat. Semakin lama, semakin ketara. Haha.

GEMPAR! NURUL IZZAH UPAH GANGSTER PUKUL BEKAS PEGAWAINYA KERANA MEMBONGKAR RAHSIA?



Hebat Anak Anwar nie rupanya nampak baik didepan akan tetapi Ganas jugak sampai boleh bawa Pencacai untuk mengugut Bekas Orang kuat PKR lembah pantai untuk membongkar penipuan.

M.Parthiban Bekas Pengarah Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan, Pejabat Nurul Izzah telah mengadakan Sidang Akhbar membongkar penipuan Nurul Izzah, secara tiba-tiba seorang gangster yang merupakan pengikut tegar PKR telah mengacau dan cuba mengugut Parthiban.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lembah Pantai didakwa melakukan gerakan pendaftaran pengundi baharu secara tidak sah apabila menggunakan borang palsu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memancing lebih banyak undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Mendedahkan perkara itu, bekas Pengarah Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, M. Parthiban mendakwa, strategi kotor yang menggunakan pelajar institut pengajian tinggi itu dikenal pasti bermula sejak 2009 dan dipercayai telah berjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 pengundi baharu dalam kalangan penduduk.

Mengulas lanjut, Partiban juga tidak menolak kemungkinan gerakan itu turut melibatkan PKR peringkat Pusat yang dipercayai bertanggungjawab memindahkan maklumat pengundi termasuk meniru tanda tangan mereka ke borang asal SPR.

"Bagaimanapun, katanya, hanya pengundi yang cenderung menyokong pembangkang sahaja akan dipindahkan maklumat mereka ke borang asal dan didaftarkan sebaliknya, pengundi pihak kerajaan tidak didaftarkan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Partiban berkata, seramai 40 hingga 50 ahli PKR kawasan Parlimen itu dilaporkan akan keluar dari parti itu dalam masa terdekat

Setelah beberapa ketika meng'ushar' Parthiban dan Md Noor dari jauh, seorang dari mereka iaitu Bidin Besi, tokey kedai besi di P20, yang juga menjaga Bilik Gerakan PKR P20, telah bertindak lebih gangster di hadapan semua press yang hadir bila menepuk Parthiban dan memberi amaran.

Nurul Izzah Besi selalu menuduh UMNO Lembah Pantai mengamal politik keganasan. Ini bukti bahawa PKR di bawah Nurul Izzah lah pengamal politik keganasan.

Thursday, 4 April 2013

[Video] Eksklusif! Anggota PKR Buat Laporan SPRM Terhadap MB Selangor @Khalid_Ibrahim Seleweng Kuasa dan Wang Parti!


PUTRAJAYA, 4 April  - Sekumpulan 15 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor hari ini membuat laporan terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kekeliruan penyata kewangan mesyuarat agung tahunan (2010) PKR cawangan itu, di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.
Seorang daripada mereka, Airos Shahidin Manap, 45, berkata mereka mengesyaki berlaku penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam penyata kewangan itu sehingga Abdul Khalid gagal menjelaskan isu itu sehingga hari ini.
“Kami telah memberi masa selama enam bulan kepada beliau untuk menjelaskan isu tersebut tetapi sehingga hari ini kami tidak menerima sebarang penjelasan atau jawapan.
“Kami syaki berlaku penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam penyediaan penyata kewangan itu. Sebagai ahli kami rasa ada hak dan kuasa untuk menegur kelemahan beliau dan memperbetulkan suasana yang tak betul,” katanya kepada Bernama selepas membuat laporan itu.
Airos mendakwa penyata kewangan itu mengelirukan kerana banyak yang tidak disokong dengan resit, selain perbelanjaan tahun 2009 turut dimasukkan dalam kira-kira tahun 2010 yang semuanya tercatat dalam buku mesyuarat agung tahunan yang diedarkan kepada 243 ahli yang hadir.
“Malah penyata kewangan itu tidak ditandatangani oleh juruaudit, sebaliknya dua ahli jawatankuasa didapati bertindak sebagai pemeriksa kira-kira yang tidak sah yang dilihat sebagai satu percubaan penyalahgunaan kuasa,” katanya. - Umno-online

\
Penyelewengan demi penyelewengan telah terbongkar oleh pihak dari dalam parti PKR sendiri. Kali ini melibatkan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim yang dikatakan telah menyalahguna kuasa dan wang dari dalam cabang PKR Kuala Selangor. Ahli PKR yang berjuang berhabis-habisan demi parti sangat kecewa dengan kepimpinan tertinggi PKR yang menghina dan menidakkan perjuangan mereka.


Kredit: Lensa Kini

RMK: Alahai Khalid. Dah tau nak kalah ke dalam PRU13 ni? Sebelum kalah songlap duit dulu, tak gitu? Kih kih kih..

AL-KISAH PEREBUTAN KERUSI PALING MEMALUKAN BUAT PAKATAN RAKYAT #PRU13 #GE13


DALAM satu-satu pilihan raya, adalah adat satu-satu parti komponen berjuang dan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak kerusi bagi parti masing-masing.
Sama ada suka atau tidak, kita kena menerima hakikat yang ‘darjat’ dan maruah sesebuah parti itu tak banyak sikit terletak pada jumlah kerusi yang dimenanginya dalam satu-satu pilihanraya.
Dalam Barisan Nasional (BN) sendiri, perkara yang sama berlaku.
UMNO nak lebih, MCA nak lebih, MIC nak lebih walaupun kerusi yang dipertandingkan itu BELUM TENTU menjanjikan kemenangan.
Jadi bila perkara yang sama berlaku dalam Pakatan Rakyat, kita semua boleh faham dan menerima rasional terjadinya perkara sebegitu.
Namun berbeza dengan Pakatan Rakyat, BN berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan cukup teratur, licin dan tidak menjatuhkan maruah mana-mana pihak.
Akhirnya setelah dicampur, ditolak, didarab dan dibahagi….keutamaan diberikan pada calon yang boleh menang (winnable candidate).
Walaupun ada pihak yang ‘makan hati’, semua itu dianggap lumrah dalam perjuangan dan akhirnya semua parti komponen dalam BN menerimanya dengan hati yang terbuka.
Malangnya, konsep yang sama bukan saja gagal dihayati malah turut gagal dipraktikkan dalam Pakatan Rakyat.
Di sebalik konsep ‘kesatuan dan satu hati’ yang kononnya terjalin erat di antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat seperti yang mereka sering gembar-gemburkan itu, apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Sebagai contoh, tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak ‘lambat’ mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk membincangkan isu pembahagian kerusi ini namun apa terjadi, Pakatan Rakyat gagal memanfaatkan perkara itu.
Malah sehingga Parlimen dah nak bubar pun, mereka masih ‘berperang’ tentang perkara pembahagian kerusi ini.
Berikut adalah contoh apa yang berlaku.
gaduh johor
gaduhPKr-pas
PR_BANGANG_002
SAM_0225
PR_BANGANG_001
(Pahang tidak akan melepaskan kerusi Parlimen Bentong jika DAP enggan bertolak-ansur untuk menyerahkan dua kerusi DUN sebagai pertukaran, kata Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Keputusan itu kata Anthony Loke (Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP), telah mendapat persetujuan dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tanya YB (Anthony Loke), comel tak dia datang ke Bentong rumah saya, dia cakap awak tolong keluar, dan saya hendak rumah awak? Jadi patut tak dia buat macam itu?,” katanya
“Saya tidak mahu cakap banyak, nanti saya keluarkan perkataan tidak elok. PKR akan terus pertahankan kerusi Bentong”.
“Dari segi kita (PKR Pahang), kita pertahankan keputusan kita, kalau dia hendak kerusi Parlimen Bentong itu, jadi maknanya kita akan ambil dua kerusi DUN (Ketari dan Tanah Rata) itulah,” katanya.) - 
TERBARU adalah pergeseran antara Pas dan PKR dalam merebut kerusi Parlimen Bera, Setiawangsa, Labuan, Temerloh dan Kangar.
Bayangkan, PKR mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan iaitu kerusi yang ditandingi PAS pada pilihan raya umum 2008.
Pertukaran kerusi antara sekutu pakatan pembangkang itu terpaksa dibuat berikutan timbulnya bantahan di kalangan penyokong PKR apabila PAS mendahului dengan menamakan calon mereka bertanding di Parlimen Temerloh dan Kangar.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, gantian ketiga-tiga kerusi berkenaan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
“Datuk Seri Anwar (Ibrahim) sudah hubungi Datuk Seri (Abdul) Hadi dan saya sendiri berbincang dengan Datuk Mustafa bagi menyuarakan bantahan ahli PKR apabila PAS umum bertanding di Temerloh dan Kangar.
“Bagaimanapun kami ambil keputusan untuk akur dan terima baik perkembangan itu. Jadi PKR akan bertanding di Bera sebagai gantian kerusi Temerloh.
“PKR juga akan bertanding di Labuan dan Setiawangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.
PAS sebelum ini mengumumkan Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan Tantawi bertanding di Parlimen Temerloh selain turut akan meletakkan calon bertanding di Kangar.
Kedua-dua kerusi berkenaan ditandingi PKR pada pilihan raya umum yang lalu.
perebutan-kerusi-pr-negeri-kedah
Begitu juga pergeseran PKR dan DAP dalam isu merebut kerusi Gelang Patah.
Datuk Chua Jui Meng dilaporkan telah ‘menghilangkan’ diri sejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan hasratnya pada 18 Mac lalu untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.
Chua sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk bertanding di kerusi Gelang Patah.
Hasratnya itu dikritik Dr Boo Cheng Hou sehinggakan Pengerusi DAP Johor itu menuduh Chua membawa masuk eleman MCA ke dalam Pakatan Rakyat.
Selepas ‘kehilangan’ Chua, kedudukannya sebagai Pengerusi MPN Johor diambil alih sementara oleh timbalannya, Dr Ahmad Faidhi.
Kesimpulannya di sini, PRU-13 sama ada disedari atau tidak benar-benar telah memalukan Pakatan Rakyat dalam erti kata yang sebenarnya.
Baru peringkat pembubaran Parlimen, dah terjadi huru-hara di kalangan mereka…tak tahulah apa lagi yang akan berlaku andaikata kita ‘membenarkan’ mereka memerintah negara Malaysia yang tercinta ini.
Anda ada kuasa, undi anda akan menentukan segalanya…lihatlah dengan mata hati, tanya diri sendiri. – Mynewshub.my