Wednesday, 8 August 2012

APA CERITA : Selangor Negeri Berkebajikan?? Pelajar UNISEL Bergelandangan??



Kuala Selangor, 7 Ogos 2012.. Lebih 1000 pelajar UNISEL hidup bergelandangan kerana terpaksa tinggal merata tempat kerana tidak diberikan kunci asrama di kampus Bestari Jaya walaupun telah mendaftar masuk seminggu yang lalu.. Ada antaranya terpaksa menebalkan muka untuk menumpang di bilik kawan-kawan atau di surau berhampiran. Lagi berita, baca sini.
Siapa yang jadi mangsa sekarang?.. Pelajar-pelajar yang datang mendaftar dari jauh, bukan rakyat tempatan yang tak tahu selok belok kawasan dicadang supaya tinggal di Asrama Kota Puteri yang tiada kemudahan asas seperti kedai makan dan pengangkutan??.. Ditambah pula dengan kehadiran warga asing yang tinggal di kawasan tersebut.. Faktor keselamatan juga turut diabaikan.. Dimanakah kebajikan yang dicanang-canangkan oleh Pakatan Putar Alam nie?.. 
Apakah ini menunjukkan hasrat Pakatan Putar Alam tentang Negeri dan Negara Berkebajikan??.. Kepada penyokong-penyokong Pakatan Putar Alam nie, tolonglah bukak mata dan minda anda seluas-luasnya.. Sudah terang lagi bersuluh, kuman depan mata tak nampak, gajah seberang laut yang jelas kelihatan.. Kalau bab nak mencarik salah Kerajaan Pusat, serah jer kat Pakatan Putar Alam nie.. Semua yang betul pun salah.. tapi kalau puak-puak dia, yang salah, semua boleh jadi BETUL dan LOGIK..

Kita tengok nanti ape kesudahan kecelaruan pimpinan si Khalid Gagap nie dalam menyelesaikan hal ni.. 




SELANGOR DARUL URUT???? APA SUDAH JADI DENGAN PAS SELANGOR??


Selangor oh Selangor! Ape laa nak jadi dengan Selangor nie.. Ke mana hilangnya pak-pak janggut dengan serban nie?.. Takkan orang dah tarik serban sampai terbukak, pun masih boleh senyum-senyum simpul lagi?.. Masih boleh batuk-batuk kecil lagi?.. Ini soal agama.. Soal pokok yang menjadi pegangan perjuangan puak PAS.. Takkan senyum aje?

Utusan Malaysia bertarikh 8 Ogos 2012 dalam ruangan Utusan Kota, terpampang berita "BATANG KALI CATAT SEJARAH".. Dah ada pusat urut plak dahh.. Siap tawarkan urutan batin.. namanya urutan ping pong..  ape yang ping pong pun tak tau lah.. aduhaiii..

Kalau iyer pun si kafir Ronie Liu tu yang punya kuasa, awak yang bersekongkol sebagai satu kerajaan tu, tak bole nak tegur ker?.. ke takut nasib jadi macam Hassan Ali? Kebenaran maner yang kau perjuangkan nie?.. Maner Islamnya??

Tempat sendiri tak habis nak jaga, ada hati nak jaga tempat orang.. Satu negeri tak terbela.. ada hati pulak nak bela satu negara.. lagi haru biru la jadi nyer..  


Thursday, 2 August 2012

Bantahan Tazkirah Berunsur Politik Di Masjid Dan Surau



Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memintanya menyisat tazkirah Ramadan berunsur politik di masjid dan surau di sekitar negeri ini.
Wakil kumpulan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, menyerahkan memorandum itu kepada Timbalan Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad di pejabat Jais di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

 Hamidzun memberitahu pemberita bahawa memorandum itu bertujuan memohon pihak Jais memantau dan mengambil serius perkara itu bagi memastikan masjid dan surau terus bebas dari apa jua unsur politik seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor.

"Kami sangat menyanjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Ketua Agama Islam Selangor. Baginda sudah banyak kali mengingatkan masjid dan surau di negeri ini supaya tidak menjadikannya sebagai tempat penganjuran ucapan politik," katanya.

Beliau diiringi kira-kira 50 orang anggota GAPS, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Jati Selangor, Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS) dan Gerakan Prihatin Selangor.

Hamidzun berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara itu daripada orang ramai yang mendakwa terdapat pemimpin politik dan Exco Kerajaan Selangor memberi takzirah berunsur politik di masjid dan surau di Selangor.

Antara mereka ialah Dr Halimah Ali, Khalid Samad dan Dr Siti Mariah yang turut tidak mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk menyampaikan tazkirah.

Hamidzun berkata Jais wajar menyiasat aduan dan rungutan ahli kariah dan orang ramai serta mengambil tindakan tegas ke atas pemimpin yang melakukan perkara itu.

"Oleh itu, kami menggesa Jais mengambil langkah proaktif dengan menyiasat perkara ini bagi memastikan masjid dan surau tidak dijadikan lauk politik oleh mereka yang cuba mencemarkan rumah Allah," tegasnya.


- Bernama

Wednesday, 1 August 2012

RAFIZI RAMLI DITAHAN SEBAB TAK PUASA KE???


Melalui "Tweet" Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli difahamkan telah ditahan oleh pihak polis dan kini ditahan di Balai Polis Hulu Kelang. Beliau akan didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam pukul 10.00 pagi ini. Dua hari lepas, Rafizi Ramli telah dipanggil oleh Bank Negara untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan melakukan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).


Monday, 30 July 2012

31 Julai Hari Pahlawan


PINGAT SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP)

Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat PINGAT SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP) merupakan anugerah Persekutuan yang tertinggi dan paling kanan dalam senarai keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan. Ia dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan diwartakan pada 11 Ogos 1960. Anugerah ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan keberanian luar biasa atau melakukan sesuatu dengan gagah dan penuh pengorbanan.



Inilah barisan pahlawan-pahlawan PDRM yang diberikan penganugerahan di atas khidmat bakti dan jasa yang telah ditaburkan kepada negara dan tanah air. - Sumber



Pahlawan Kemerdekaan
Ciptaan: Usman Awang

PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara

jika pusaramu tanpa nama

jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.




SELAMAT HARI PAHLAWAN 2012!