Thursday 2 January 2014

Mcm Mana Bekas Banduan Boleh Ada Berjuta-juta ringgit??



Petaling Jaya, 2 Jan: Bagi mendedahkan dana kekayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas pembantu Shankara Nair (peguambela kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim) Yuktesvaran a/l Malaipan telah mengadakan satu sidang media khas bertempat di Kafe Strawberry Fields sekitar 12.30 tengahari tadi.




Dalam sidang media itu tadi Yuktesvaran menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai pelaburan jutaan ringgit oleh anak Datin Seri Rosmah Mansor dalam industri perfileman di Hollywood. Namun DS Anwar tidak pula mendedahkan kekayaan yang dimilikinya sendiri.

Selain itu, Yuktes berkata,"Sebagai seorang bekas banduan tidak mungkin dia boleh memiliki harta berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat. DS Anwar Ibrahim memberi alasan bahawa beliau merupakan seorang pensyarah di Dubai dan Amerika Syarikat akan tetapi beliau tidak pernah memiliki kelulusan akademik untuk menjadi pensyarah."
Yuktes juga memberitahu bahawa DS Anwar telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk perbelanjaan kes liwat yang melibatkan pakar forensik, DIA dan pakar untuk mengendalikan kes tersebut.

Antara pendedahan lain yang dinyatakan oleh Yuktes ialah Anwar telah membayar RM109,000.00 setelah kalah dalam satu kes saman V Lingam dan beberapa kes yg lain melibatkan Hamzah Zainuddin dan Khairi. Sekiranya segala kos yang diguna untuk mengendalikan kes DS Anwar ini ditanggung oleh Kerajaan Selangor maka ianya adalah satu kesalahan.

Yustes juga mendedahkan bahawa DS Anwar memiliki 3 pejabat di Dubai dan Amerika Syarikat di mana setiap pejabat dibayar USD 6,000.00 sebulan. Di samping itu DSAI membelanjakan berjuta ringgit utk mengendalikan Ibu pejabat PKR Pusat.

Bukan setakat itu, DS Anwar memiliki sebuah rumah banglo di No 11, Jln 3/61, Bkt Segambut Dalam, Kuala Lumpur yg mana penuh dgn ciri-ciri keselamatan dan nilai pasaran ketika dibeli adalah RM 7 juta.

"Beliau adalah peliwat, perasuah dan ejen CIA. Dana-dananya disalurkan oleh CIA. Beliau juga memiliki akaun simpanan di bank Al Barakah dimana beliau sendiri merupakan pengarah bank itu".

Yuktesvaran juga mendakwa bahawa DS Anwar telah membelanjakan berjuta ringgit untuk keluar negara menggunakan wang kerajaan Negeri Selangor. Lawatan luar negara tersebut langsung tidak membawa manfaat kepada pelaburan Negeri Selangor yg kini menjunam sehingga 80%. Selain itu, Yustesvaran juga mempertikai kos perkahwinan anak DS Anwar yang mencecah sehingga RM 3 juta.

Yuktesvaran menyatakan bahawa sidang media ini adalah bertujuan untuk mendesak DS Anwar menjelaskan sumber dana yang diperoleh dan mencabar DS Anwar berdebat dengan beliau secara terbuka.

"Dua laporan polis telah dibuat berhubung penyelewengan DS Anwar Ibrahim serta penglibatannya dengan CIA tetapi belum ada tindakan daripada pihak polis". 

Beliau percaya DS Anwar mempunyai ramai penyokong dalam beberapa jabatan dan Agensi Kerajaan yang lain.

RMK : TENGOK BERITA BULETIN UTAMA MALAM NI UTK LAPORAN PENUH


No comments:

Post a Comment