dalam siri 3 ni kite tgk kat negeri Melaka..
Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Goh Leong San dari DAP meletakkan jawatan serta-merta apabila disindir oleh ADUN DAP kerana ucapannya yang memuji Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Seri Haron.Beliau sebelum itu menyuarakan rasa kagum dan memuji kematangan yang ditonjolkan Idris dalam menerajui kepemimpinan kerajaan negeri.Peletakan jawatan Leong San telah diikuti oleh ADUN Bachang, Lim Jak Wong sebagai Ketua Whip.
Leong San |
Adalah sungguh memeranjatkan apabila Leong San bertindak sedemikian kerana selama ini DAP Melaka merupakan satu-satunya negeri dalam parti itu yang masih bersatu dan walaupun berlainan kem, masing-masing sanggup berdiam diri atau menyelesaikan kemelut dalam keadaan tertutup dan sukar dihidu oleh mana-mana pihak.Leong San juga dianggap sebagai musuh utama yang sering tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi pusat mentadbir parti itu. Pernah beberapa kali secara lantang dia mengkritik dinasti Lim. Adalah agak sukar untuk dinasti Lim dan puaknya melebarkan kuasa di Melaka seandainya Leong San masih berpengaruh di negeri itu.Natijahnya, akibat memuji Ketua Menteri, alasan itu terus dipergunakan untuk menekan beliau sehingga meletak jawatan. Pada pemilihan parti depan, Leong San sudah tentunya tidak lagi berpeluang memegang jawatan itu lagi. Dengar khabar, salah seorang keluarga terdekat dinasti Lim akan memegang jawatan Pengerusi negeri tersebut.
to be continued...
No comments:
Post a Comment