Tuesday 26 February 2013

PENGUNDI CINA DI PETALING JAYA SELATAN MULA SEDAR


Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA PJS dengan kerjasama erat persatuan-persatuan Cina Petaling Jaya yang diadakan di Seksyen 17 Petaling Jaya pada 24 Februari 2013. Program yang dikawal selia oleh Datin Wong Fong Leng daripada MCA PJS telah berjaya menarik lebih 2000 orang penduduk setempat mendekati serta beramah mesra bersama pemimpin-pemimpin MCA. Kehadiran Senator Dato' Donald Lim, Raja Dato' Hanipuddin selaku Pengarah Jentera PRU DUN Taman Medan serta ramai lagi pemimpin-pemimpin komponen BN hadir telah memeriahkan majlis ini.







Tahniah Raja Dato' Hanipuddin dan Datin Wong Fong Leng, pemimpin macam ni yang harus diangkat sebagai calon PRU13 nanti. Ramai penduduk terutama di Taman Medan dan disekitarnya sangat kenal dan tahu mereka berdua ni memang kuat bekerja untuk kemenangan BN di parlimen PJS. Dan tak lupa jentera BN di PJS yang tidak pernah kenal erti penat dalam menjalankan tugas yang dipertangungjawabkan.


kita nak cari pemimpin yang sentiasa bersama rakyat.. bukan macam pkr, dap dan pas yang sentiasa tabur janji tapi sampai sekarang habuk pun tak de perubahan... 

[Sumber: Headbomb]

RMK: Usaha gigih MCA - BN untuk membuktikan mereka lebih berkredibiliti berbanding pembangkang untuk menjadi wakil rakyat di Petaling Jaya Selatan mula membuahkan hasil. Good job! Keep up the momentum!

APABILA MELAYU BUKAN LAGI ISLAM


Mulianya orang Islam bukanlah diukur dari jumlah sumbangan derma atau kebajikan yang ditunjuk-tunjuk. Tetapi kerana tingginya iman dan cara kita “membawa” diri di dalam masyarakat sehingga orang lain hormat pada kita tanpa pengaruh wang ringgit dan kuasa.
Masyarakat Melayu di Malaysia umumnya Islam. Di sini usahlah kita pertikaikan sejauh mana “Islam”nya seseorang itu. Hubungan antara makhluk dan pencipta ini adalah milik individu. Kita hanya boleh menasihat, menegur dan berdoa. Selebihnya atas individu itu sendiri.
Pernah dulu kita dikejutkan dengan berita ribuan Melayu yang keluar dari Islam dan memeluk Kristian, Buddha atau Hindu. Bagi orang bukan Islam, ini adalah hak individu, tapi bagi kita, ini sesuatu yang terlalu serius untuk dibiarkan begitu sahaja. Masih ingat kisah Hartina, Nor Aishah Bokhari, Lina Joy? Atau ramai lagi yang keluar dari Islam dan menjadi musuh yang paling besar dengan menyebar dakyah tentang buruknya Islam. Walau apapun agama kita, rasanya tiada agama yang mengesyorkan supaya kita mengeji dan memburukkan agama lain.

Sejarah Melayu di Singapura telah membuktikan bagaimana PAP yang diketuai oleh Lee Kuan Yew sanggup melakukan apa sahaja cara untuk meraih undi orang Melayu bagi memegang tampuk kekuasaan pentadbiran Singapura. APA SAHAJA CARA, perlu meraih undi meskipun terpaksa memakai songkok semasa masuk ke perkampungan Melayu.

Dan hasilnya, setelah memegang kuasa, maka orang Melayu Singapura dengan segala hormatnya disisihkan secara beransur-ansur, termasuk pemberian jawatan Presidennya kepada Melayu cukuplah hanya sekali dan diabadikan di not-not wang kertas negara tersebut.



Jadi, apakah bezanya dengan apa yang dilakukan oleh anak didiknya DAP di Malaysia? Mereka melakukan apa sahaja cara yang bercirikan 'kemelayuan' bagi meraih sokongan orang Melayu, sehingga diberikan jolokan 'KHALIFAH UMAR' Lim Guan Eng?

Setelah bersungguh-sungguh orang Melayu Pulau Pinang memberi sokongan kepada 'Khalifah' ini, maka pasca PRU 12 tahun 2008, agaknya apakah nasib orang Melayu di negeri tersebut? Semakin mewahkah kehidupan orang Melayu Pulau Pinang dengan kebajikan yang ditabur oleh 'Khalifah'? Makin terbelakah nasib orang Melayu Pulau Pinang dengan kepimpinan 'Khalifah'? Dan yang penting, makin terpeliharakah syiar agama Islam hasil daripada pentadbiran 'Khalifah' ini?

Orang Melayu semakin tersisih dibumi Pulau Pinang, apabila sampai satu masa nanti, didalam Pulau Pinang sudah tiada ada lagi perniggalan Melayu mahupun orang Melayu itu sendiri menetap didalam Pulau Pinang. Orang melayu akan dihalau keluar seperti anjing kurap dengan keadaan sehelai sepinggang bersama keluarga  balik ke tanah besar.

Mungkin sidaang pembaca akan menganggap penulis adalah RASIS , itu penulis tidak peduli, Nak saman, sialakan lah, Penulis menulis bukan kerana NAMA , WANG BERJUTA , HARTA BERTIMBUN-TIMBUN. Tetapi kerana masa depan anak bangsa,penulis rasa terpanggil untuk menyedarkan anak bangsa terutama generasi muda. 

Fikir-fikirkanlah dimana BANGSA MELAYU yang gah dengan "TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"

[Sumber: Talk With Hand]

RMK: Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah.

Monday 25 February 2013

PANAS! KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT DI SACC, SHAH ALAM: MANIFESTO PRU13 PAKATAN HARAM. BERSEDIA UNTUK DITIPU LAGI


Khalid Ibrahim dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di SACC, Shah Alam

Pagi ini puak-puak pembangkang anjurkan Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di SACC, Shah Alam. Tagline diorang baik punya: 'Pakatan Harapan Rakyat' konon. Dalam program ni manifesto PRU13 dilancarkan. Mari kita lihat apa 'janji' Pakatan Haram jika menang dalam PRU13:

Untuk lebih jelas sila klik sini

Nampak menarik kan?

Tapi jangan sesekali kita lupa kata MB Selangor Khalid Ibrahim Ogos 2012 lepas:
 'MANIFESTO BUKAN JANJI'
Klik untuk besarkan

Sekiranya MB Selangor pun boleh twist perkataannya begitu, pemimpin Pakatan Haram lain juga ada kemungkinan untuk melakukan perkara sama. Terutamanya Anwar Ibrahim. Lidah bercabang.

Jangan terpedaya.


Saturday 23 February 2013

Penangan Zul Noordin. GERUNLAH TENGOK!


Lagi gambar dikirimkan oleh rakan RMK. Kali ni dari program Debat Rakyat YB Zulkifli Noordin di Seksyen 9, Shah Alam yang baru sahaja tamat (22 Februari 2013). Khabarnya Dato' Hasan Ali yang sepatutnya hadir tidak dapat berbuat demikian atas masalah kesihatan. Beliau digantikan dengan Ustaz Norman Toha. RMK tak berniat nak cakap panjang. Tak sabar nak kongsikan gambar-gambar yang bakal membuat puak penchahai meroyan.





Ustaz Norman Toha

Bandingkan dengan kehadiran program pembangkang semalam [rujuk sini]. Teaser:



Anda sendiri nilaikan.

Serius, rakyat dah muak dengan  penipuan pembangkang. Mereka lebih berminat serta lebih terbuka menerima pendedahan dan penjelasan daripada pihak YB Zul Noordin yang pernah bekerja rapat dengan puak Pakatan Haram. Ternyata siri debat rakyat ini semakin mendapat sokongan padu rakyat. Semoga YB Zul dan rakan-rakan istiqamah dalam perjuangan ini.

Apa kata penchachai pembangkang?

Friday 22 February 2013

PAKATAN HARAM DIRAMAL KALAH TERUK DALAM PRU13!


Portal Malaysiaaktif.my, sebuah portal bebas pada hari ini mengeluarkan dapatan pakatan pembangkang berkaitan kajian sokongan terhadap Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijalankan mereka.
Pembangkang mula risau apabila Kajian tersebut memperlihatkan pakatan Pembangkang dijangka akan kehilangan banyak kerusi kepada BN pada kali ini.
Ini ditambah lagi dengan Analisis Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist yang disiarkan di Malaysian Insider pada hari ini juga mendapati perkara yang sama bakal berlaku.
Lolong melihat suasana ini adalah suasana positif kepada BN. Isu-isu yang dimainkan pembangkang dilihat semakin hambar dan lebih kepada isu dikitar semula. Isu seperti Scorpene, isu Altantuya, Isu Kugan, Teoh Beng Hock, dimainkan setiap hari di dalam ceramah mereka. begitu juga isu-isu AES yang semakin dipandang sepi rakyat kerana telah terbukti dengan adanya AES, kemalangan dapat dikurangkan.
Akhir-akhir ini kita dapati pembangkang mula mengeluarkan rajah yang menunjukkan mereka akan menang di banyak kerusi. Malah Nizar Lambai mengeluarkan angka ini :
Imej
Angka ini juga sedang dimainkan oleh pembangkang di semua media sosial. Ini menurut sahabat lolong yang berada di unit risikan politik PKR sebagai satu taktik‘winning psychology’ yang dilakukan oleh pembangkang bagi menjatuhkan semangat juang penyokong BN, menaikkan moral penyokong pembangkang dan menarik undi pengundi yang masih belum menetapkan pilihan mereka. Hakikatnya mereka resah dengan pelbagai isu yang timbul dan juga kegagalan mereka menyatukan saf kepimpinan di bawah satu payung Pakatan yang masih tidak berpakat.
Manakala Ini adalah gambaran yang Lolong dapat daripada seorang sahabat di dalam pakatan pembangkang. Mereka mendakwa, pakatan pembangkang sudah mulai goyah. Ini adalah dapatan sebenar kajian yang dilakukan Pakatan Pembangkang:
Imej

Yang paling resah adalah PAS, parti yang selama ini konsisten bertanding di 66/67 kawasan dijangka akan kehilangan 5 kerusi terutamanya di Kedah dan Kelantan. Ini adalah kerana dua negeri ini dikenali sebagai pengundi Melayu/Islam yang amat sensitif dengan isu agama. Kesilapan Presiden PAS yang bersetuju dengan penggunaan Kalimah Allah dalam Bible memakan diri. Ramai daripada pengundi tegar di kawasan ini mempersoalkan halatuju perjuangan Islam PAS.
DAP pula diketahui sebagai tidak begitu teruk berubah kedudukan. ini kerana DAP adalah sebuah parti yang secara turun temurun ‘bermain selamat’ dengan hanya bertanding di kawasan bandar dan kawasan Majoriti Cina. Jika parti ini bertanding di kawasan Melayu sudah tentu mereka telah dikuburkan hidup-hidup. Setakat ini, Kajian memperlihatkan DAP dijangka kehilangan 4 kerusi terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur. Kedudukan ini tidak merisaukan sangat kerana mereka tahu mereka tetap menguasai majoriti kawasan bandar besar.
Parti yang dijangka akan kehilangan paling banyak kerusi adalah PKR. Sebagai sebuah parti yang mempunyai angan-angan tinggi, mereka dijangka akan bertanding tidak kurang 90 kerusi. Namun, daripada jumlah 31 parlimen yang mereka menangi tahun 2008 akan tinggal hanya 15 kerusi. 16 kawasan akan kembali kepada BN atas beberapa isu yang melanda pembangkang khasnya isu Anwar. Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin yang sensasi dan banyak masalah ini. Selain itu, corak pengundian juga berubah. Jika 2008 memperlihatkan kebanyakan undi yang diterima pembangkang adalah undi emosi atau paparan kemarahan/kekecewaan/kesedihan/ akibat calon mereka tidak dipilih dan beberapa isu lain, kini rakyat mulai sedar bahawa pembangkang lebih teruk daripada BN. Isu-isu penyalahgunaan kuasa di Selangor misalnya yang berkaitan isu curi pasir, ladang babi di Sepang, Isu kegagalan tadbirurus UNISEL, Isu Talamgate dan sebagainya memberikan kesan negatif kepada pembangkang khususnya paling teruk PKR.
Kegagalan MB Selangor menunaikan banyak janji juga memberikan kesan. Dakwaan beliau ‘itu hanya manifesto, bukan janji’ membakar perasaan ramai pengundi yang berasa tertipu terutamanya golongan ibu tunggal, warga emas dan sebagainya yang dijanjikan bantuan.
Kedudukan terkini ini juga menimbulkan keresahan ramai di dalam PAS. Puak Anwarinas kita lihat masih belum membuka mulut dalam sebarang isu. Golongan Ulama telah menunjukkan sikap dan tidak menyokong Anwar menjadi PM. Manakala Pemimpin tertinggi seperti Nik Aziz dan Hj Hadi kejap ke hulu kejap ke hilir dalam membuat kenyataan. Ini menguatkan bukti bahawa mereka dalam keadaan tidak tentu arah!


RMK: Harap Pakatan Haram rasa tertekan haha.