Friday, 2 August 2013

GEMPAR!!!!! PENDEDAHAN EKSKLUSIF ANWAR PALSUKAN MC



Sekarang sedang diadakan sidang media Yuktesh yang merupakan Bekas Pembantu Shankara nair, peguam Anwar Ibrahim dalam kes Liwat untuk membongkar dokumen-dokumen Sulit Penipuan Anwar untuk Membodohkan Rakyat serta mencabar Pihak AG, KETUA POLIS & MAJILIS PEGUAM kenapa tiada tindakan mengenai laporan polis yang dibuat dalam 2 minggu yang lepas serta Laporan mengenai isu dakwaan 40k Bangla yang telah mengundi pada PRU-13 yang lepas sehingga parti BN mendapat kemenangan.

Laporan polis telah dibuat sebanyak 2 kali oleh Yuktesh. Beliau telah bekerja selama 2 tahun setengah dengan Anwar dan mengetahui segala perancangan buruk Anwar dalam BERSIH. Tengoklah ketika BERSIH, unit ANAL PAS senang je diperbodohkan oleh Anwar semasa bertugas.  Selain itu, laporan ni juga mendedahkan penipuan Anwar yang mengatakan seramai 40K Bangla telah mengundi pada PRU-13 lepas. Selain tu Anwar memang sengaja nak rosakkan hubungan Malaysia dengan negara luar. 

Berdasarkan email yang ditunjukkan, yang dihantar oleh Sankara Nair (peguam Anwar bagi kes liwat), kenapa email tu seperti terdesak? Memohon MC semasa kes perbicaraan yg bakal berlangsung? Email mnunjukkan sankara hantar kali ke 2 selepas bekas P.A nya hantar tapi tiada langsung respond dari chegubard. Salinan email tersebut turut dihantar kepada Anwar. So nampak sangat MC ni sengaja dipalsukan untuk mengelakkan diri dari menghadiri perbicaraan kes liwat.

Gambar-gambar sidang media bersama Yuktesh :









Wednesday, 31 July 2013

Apa Kata Anwar, Rafizi Jika Orang Sebelah Sanjeevan itu Penagih Dadah?




Pelbagai usaha pihak pembangkang mahu tutup rasa bersalah mereka di atas banyak sekali insiden pembunuhan akibat pemansuhan EO dan ISA yang mereka tuntut. Keadaan yang begitu menakutkan sekarang tentu akan menyalahkan mereka.

Ada seorang penulis di media maya yang mahu salahkan polis rasuah dengan kejadian bunuh membunuh. Lojikkah hujah demikian?

Pembangkang sering tuduh polis dah lakukan rasuah lama. Kenapa dulu tiada berlaku pembunuhan ternuka dan kejam begitu lumrah sekali. Tiap-tiap hari ada berlaku pembunuhan. 

Dua hari lepas, Anwar bersama Rafizi dan Sivarasa membuat kenyataan di pejabat Keadilan Menjangkit penyakit bodoh macam lembu si Rafizi kepada Anwar.

Anwar memberitahu sidang media bahawa pihak polis mengetahui bahawa Sanjeevan, Pengerusi MyWatch telah terima banyak ugutan dan diancam akan dtembak. 

Katanya lagi, Sanjeevan telah  membuat beberapa laporan polis berkaitan ugutan tersebut tetapi tiada sebarang tindakan dari pihak polis. Apa tindakan yang dia mahu dari polis?

Anwar kata dia rasa amat dukacita polis tidak menyediakan kawalan ketat kepada mangsa di hospital yang mana orang ramai boleh bebas bergerak di wad rawatan dan mendesak IGP supaya memberi perlindungan kapada mangsa.

Apa bodoh sangat Anwar, kalau nak ungkit, kenapa tak suruh polis sediakan pengawal untuk Sanjeevan, tu dah isu bodoh?
Bila dah dalam hospital dan kes dia sensasi, apa dia nak bising.

Kononnya lagi, banyak insiden tembak berlaku di negara ini tetapi tiada penyelesaian. Pada April 11 2013, empat lelaki telah menyerang Sanjeevan di sebuah hotel di KL dan laporan polis telah dibuat tetapi polis tidak ambil tindakan.

Ingat senang nak ambil tindakan dan penyelesaian bila ianya melibatkan kes melibatkan professyenal dan sindiket jenayah? 
Sapa bahalaol yang tuntut undang-undang pencegahan dimansuhkan??? Bukankah Anwar Ibrahim.

Tuduhnya lagi, Sanjeevan juga pernah diserang di LCCT dan tiada sebarang tindakan. Tindakan macam mana kalau tindakan pencegahan dah tak boleh buat? Dah lepas berlaku baru polis boleh buat apa-apa? Bukankah nyawa boleh hilang bila nak puaskan hati peguam-peguam bayaran Anwar?
Anwar kata insiden-insiden yang berlaku terhadap Sanjeevan ada kaitan dengan pihak polis. Kenapa beliau kata demikian?
Yang hanya dpaat dikatakan adalah beliau yakin insiden tembak Sanjeevan dilakukan oleh pihak polis kerana cara melepaskan tembakan jelas menunjukkan suspek adalah seorang yang terlatih dan ini menunjukkan pihak polis terlibat dalam insiden tersebut.Bukti takde!

Bila pulak polis dilatih naik motor kapcai dan tembak mangsa dalam kereta. BUkankah ini cara biasa dilakukan pembunuh upahan profesyenal dan pengganas komunis?
Merepek cakap Anwar. Macam orang dah kena AIDS
Ekoran dari itu, Rafizi Ramli pun ada berkata beliau ada berbuka puasa dengan Sanjeevan pada Julai 25hb. 
Rafizi kata ternampak satu sampul surat yang dipegang oleh Sanjeevan. Kata Sanjeevan, dalam sapul itu terdapat maklumat dan bukti penglibatan pihak polis dalam pengedaran dadah. Tapi dia tak membaca kandungan dalam sampul surat tersebut kepada Rafizi. 

Hanya berdasarkan kata Sanjeevan Rafizi dah percaya dan anggap ianya betul????. 

Apa kata kita katakan Sanjeevan berbohong dan sebenarnya dia terlibat dengan sindiket jenayah. 

Apabila dia risau sesuatu akan berlaku pada dirinya kerana dia sudah mungkir janji dengan gangster lain, dia sudah ketakutan dan cuba persalahkan polis dengan harapan polis boleh linduanginya. 
Dia buat pelbagai laporan polis yang mana isi kandung tak lojik untuk disiasat.
Apa kata Anwar dan Rafizi jika dia ketahui bahawa orang yang di sebelah Sajeevan ketiak kejadian cubaan bunuh itu adalah seorang pengedar dadah? 

Bila itu My Watch dah kena tembak, naru dia ambbil peduli.

Masa Timbalan Ketua Pengarah Kastam yang kena dia buat tak tau lagi. Nampak sangat kalau nyawa kakitangan awam tak jadi apa tapi kalau orang macam MyWatch terus pihak tertentu buka mata pasal takut kena hentam.


Monday, 29 July 2013

@NAJIBRAZAK @MUHYIDDINYASSIN @ZAHID_HAMIDI - HARAMKAN FILEM PRO-KOMUNIS THE NEW VILLAGE !!!

Kupasan Dr MiM:


Kita tentu terkejut dengan kewujudan satu filem baru bertajuk "The New Village" yang kononnya menceritakan kesusahan pendatang Cina di Malaysia di kampung-kampung baru yang dibina semasa penentangan pihak komunis keparat.



Jika melihat trailer filem tersebut. ianya juga menceritakan tentang seorang Cina komunis dan bercinta dengan seorang gadis Cina dan berlakukah konflik disamping menimbulkan perpsepsi pihak komunis adalah hero untuk 'melepskan negara ini daripada cengkaman pihak British'

Filem berat sebelah ini tidak pula menceritakan kekejaman pihak Komunis

Memang sesuatu yang cukup mengejutkan apabila sebuah filem yang pro komunis dengan mudah dapat ditayangkan manakala filem sejarah perjuangan Bekas Perdana Menteri kita ditangguhkan banyak kali seolah-olah ianya merupakan sebuah filem “jenayah berat”. Kami rakyat Malaysia menuntut perkara ini dihakimi dengan sewajarnya. 
 Ini menunjukkan tanda-tanda yang amat ketara bahawa mereka yang bertanggungjawab dalam memberi kelulusan penayangan filem merupakan pihak yang menyokong pembangkang. Sekiranya mereka ini menafikan bahawa mereka dari pihak pembangkang, adakah mereka cuba memberitahu rakyat bahawa mereka merupakan pengecut tahap kronik yang melutut kepada pembangkang. 
Hero dan heroin 

Filem pro Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero itu bakal ditayangkan di pawagam Negara kita mulai 23 Ogos ini. 

Trailer filem yang wajib dibatalkan :



Bukan sahaja Astro Shaw tidak sensitif tetapi produksi filem itu juga sangat meragukan. Namanya ialah Yellow Movie Sdn Bhd.


Apakah ianya kebetulan atau berkaitan dengan pro-pembangkang dan pembangkang yang menggunakan warna kuning untuk perhimpunan haram mereka?

Kuning semasa Beersih anjuran pembangkang

Filem ini jelas tidak mengambil kira sensiviti pihak majoriti di negara ini termasuk pejuang-pejuang bekas tentera yang menentang komunis keparat.

MiM marah dan kecewa apabila pihak The New Village sendiri telah mengeluarkan satu kenyataan yang menghina pejuang-pejuang anti-komunis tersebut !

Anda baca printscreen di bawah :


The New Village bermaksud pejuang-pejuang yang terkorban di Bukit Kepung bukan hero? Sungguh kurang ajar ! How dare the admin of TNV Facebook said like that?

MiM merayu kepada rakan-rakan dan pembaca-pembaca sekalian supaya tidak berdiam diri dan membiarkan sahaja filem pro-komunis ini disiarkan pada 23Ogos ini. 

Kita perlu bersuara lantang membantah keras filem rekaan yang tidak berdasarkan kepada kebenaran atau 'true story'

Anda boleh komen Facebook The New Village klik sini dan juga flagkan trailer filem tersebut klik sini



MiM juga menyarankan kepada Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Zahid Hamidi supaya proaktif, membantah keras dan mengharamkan filem tersebut. 

Malah, tolong siasat bagaimana caranya filem sedemikian rupa boleh diluluskan sedangkan filem yang berdasarkan fakta iatu 'Tanda Putera' begitu susah untuk disiarkan.

MiM percaya jika kerajaan tidak berkeras untuk mengharamkan filem tersebut, lebih ramai rakyat yang sangat kecewa dengan BN, percayalah !

Thursday, 25 July 2013

PRK Kuala Besut: Helah-helah yang PAS Boleh Guna



Dengan jumlah keluar mengundi merosot di PRK Kuala Besut, BN masih dapat menaikkan jumlah majoriti. Ini bermakna pengundi atas pagar yang mengundi PAS telah pusing kembali ke BN. Mungkin mereka sedar bahawa mereka perlu terus menyokong BN.

PAS tak dapat menuduh BN bermain kotor kerana senarai fitnah dan serangan black op yang penuh tidak etika diketahui ramai. Sekurang0kurangnya yang mengikuti blog. Yang tak ikuti, apa boleh buat kalau mereka ini kuno sedikit.

Tentulah PAS perlu satu alasan baik untuk kekalahan mereka. Nak kata media berat sebelah, rasuah politik, dll, ianya akan terpalit balik sebagaimana fitnah PAS terhadap UMNO terpalit ke muka PAS.


AKhirnya mereka sedar ada alasan yang boleh dikelentong lebai-lebai bangang dan ustaz/ustazah misegera PAS. Mereka boleh kata tersilap meletakkan suruh undi Che Long tapi di kertas undi tiada nama Che Long tapi nama Azlan. Ini telah mengelirukan lebai dan ustaz/ustazah PAS.

Jawab kami .... kalau logo PAS pun tak boleh kenal, berat ni. Padanlah mereka ini mudah ditipu pemimpin PAS dan dikuda cina-cina DAP dan PKR. Mereka memang bodoh.

Samalah jika Peguam PAS Hanipa Maidin akan menguli satu roti canai cerita bahawa ada penipuan berlaku oleh SPR. Kesilapan nama di kertas undi akan dipersalahkan pada SPR.

Langsung satu demo Blackout akan diadakan. Pakai baju hitam. Konon akan boikot upacara angkat sumpah Tengku Zaihan. Kompang nak buat petisyen tapi sebagaiana petisyen yang dikompang Rafizi dan sedikit oleh PAS melalui Hanipa Maidin, SEMUA DITOLAK MAHKAMAH.

Oh ye ... dakwat yang telah dijadikan isu kempen mungkin akan diungkit balik dan dikompang terus walaupun tiada satu pun insiden dakwat boleh hilang kali ini.

Kalau mereka bising, bukan saja celup jari dalam ink tapi celup kepala dengan kopiah dan jilbab mereka sekali. 


Friday, 19 July 2013

DAP BERJAYA JADIKAN PAS PARTI DAYUS

Dalam isu kalimah ALLAH, pujian harus diberi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjanji akan mempertahan serta melindungi Islam dan kedudukannya sebagai agama persekutuan.

Pendirian tegas beliau bukanlah sekadar untuk meraih populariti atau menyedapkan hati umat Islam tetapi adalah komitmen berterusan bagi memastikan Islam tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

Kenyataan Duta vatican City, Archbishop Joseph Marino telah mengundang kecaman dan kutukan keras dari pelbagai pertubuhan Islam dan Melayu di negara ini sejak kontroversi itu tercetus beberapa hari lalu.

Namun dalam kemarahan umat Islam yang diluahkan dalam setiap ruang media, satu perkara yang amat mengejutkan ialah sikap pihak pembangkang khususnya Pas yang terus membisu hingga ke hari ini.

Tidak sepatah bantahan pun telah dikeluarkan oleh Pas setakatnya untuk mengecam kenyataan ketua biskop itu.

Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, sikap Pas amat dikesali malah seharusnya turut dikutuk seprrti juga komen Archibishop Marino.

Ini kerana Pas sepatutnya menjadi badan politik pertama di kalangan organisasi siasah pembangkang yang menyuarakan bantahan terhadap apa yang dilihat sebagai campurtangan pihak asing dan penghinaan terhadap Islam oleh pihak wakil Paus Francis I itu.

Tetapi Pas memilih untuk berdiam diri dan berpeluk tubuh ketika Islam berdepan dengan ancaman pihak luar.

Parti itu nampaknya telah hilang semangat untuk mempertahankan Islam akibat persekongkolannya dengan Dap dan PKR.

Pas lebih rela melawan calon Islam daripada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Besut daripada menentang pihak Kristian untuk mempermainkan agama.

Sememangnya sikap pas itu telah mengesahkan tanggapan umat Islam bahawa parti itu telah menjual maruahnya kepada Dap.

Tidak salah kalau umat Islam melabel Pas sebagai keldai tunggangan Dap kerana itulah hakikatnya.

Pas telah hilang legitimasi untuk bercakap bagi pihak Islam kerana demi kepentingan politik, agama pun sanggup dikorbankan dan dibiarkan untuk diperlecehkan oleh orang kafir.

Sejak berada dalam pakatan pembangkang apakah sumbangan parti itu kepada pembangunan syiar Islam di negara itu.

Tidak kedengaran pendapat-pendapat bernas serta pandangan yang lahir daripada pemikiran tinggi pemimpin-pemimpin Pas.

Yang keluar dari mulut mereka hanya cacian, cercaan dan maki hamun terhadap saudara seagama yang berlainan ideologi politik.

Dalam PRU13, Dap menggunakan peluang untuk mendapat undi Melayu sehingga parti rasis itu muncul sebagai parti yang paling banyak memenangi kerusi Parlimen berbannding Pas dan PKR.

Jika ini masih belum dapat membuka mata dan minda pemimpin Pas bahawa mereka telah dieksploitasi sehabis-habisnya oleh parti Cina perkauman itu, eloklah bubar sahaja Pas.

Ini kerana kewujudan Pas hanya memecah-belahkan umat Islam dan tidak menyumbang sedikit pun kepada pembangunan minda serta memperkukuhkan status agama di negara ini.

Semakin lama Pas berada bersama-sama Dap dan PKR, semakin parah perpaduan umat Islam yang dilihat semakin longgar.

Kekalahan Anwar Ibrahim untuk membawa kejayaan kepada pakatan pembangkang sepatutnya menjadi pengajaran kepada pas untuk menilai semula kedudukan dan kepentingannya berdamping dengan dua sekutunya itu.

Sudah tiba masanya Pas membersihkan parti itu daripada anasir dan elemen Anwarinas yang menghalang parti itu untuk merealisasikan potensinya sebagai gerakan yang memperjuangkan Islam.

Dalam kedudukan sekarang Pas hanya menjadi perkakas kepada Anwar untuk mempergunakan parti itu untuk kepentingannya.

Anwar telah menumpulkan ketajaman perjuangan Pas sehingga sanggup menukar slogan 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' semata-mata untuk mengambil hati Dap.

Di mana maruah dan integriti Pas sehingga dap berjaya menjadikannya sebagai parti yang bacul dan dayus!
[Sumber]