Tawaran terbaik dari BN Selangor
Bandingkan dengan manifesto PR 2008...
dan yang tak berjaya ditunaikan...
![]() |
kerana...
Selangor, bangkit dan jangan salah pilih lagi!
![]() |

Laporan penuh [di sini].SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) perlu menguasai semula Selangor bukan sahaja untuk kesejahteraan rakyat negeri ini, malah kepada seluruh rakyat Malaysia.
Perdana Menteri berkata ini kerana Selangor yang terletak di Lembah Klang menyumbang peratusan yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sekali gus boleh memacu negara menjadi sebuah negara maju pada masa depan.Beliau berkata jika BN tidak dapat menguasai Selangor, kerajaan Pusat sukar untuk memastikan kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang diperlukan Malaysia bagi mencapai status negara maju."Masalah bekalan air di Selangor (misalnya) satu perkara yang serius kerana ia boleh merosakkan pertumbuhan ekonomi Selangor dan Kuala Lumpur yang terletak di Lembah Klang yang strategik."60 peratus GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) dari Lembah Klang, jadi potensi menjadi negara maju bergantung kepada Selangor sebab peratus GDP di Selangor begitu besar," katanya ketika merasmikan Aku Janji BN Selangor di sini, malam ini.Sehubungan itu, Najib mengajak pengundi di Selangor untuk memilih BN pada pilihan raya umum 5 Mei ini bagi memastikan masa depan yang lebih baik kepada mereka.Beliau berkata rakyat perlu menilai kegagalan kerajaan pakatan pembangkang menunaikan janji mereka selama lima tahun mentadbir Selangor berbanding kejayaan Kerajaan Pusat memenuhi serta menepati keperluan rakyat menerusi pelbagai dasar dan inisiatif."Saya yakin dan percaya kalau persoalan yang dibangkitkan dalam minda setiap pengundi di Selangor, kalau boleh lihat kegagalan mereka (kerajaan pakatanpembangkang) memenuhi janji selama lima tahun jika dibandingkan dengan kejayaan kita menepati janji di Pusat."Saya beri jaminan pencapaian yang sama (dalam menepati janji kepada rakyat) akan kita saksikan di Selangor di bawah pemerintahan BN," katanya. - Bernama
"Manifesto (Aku janji) dianggap sebagai janji... kalau kita anggap sebagai janji, manifesto bukanlah satu dokumen yang boleh dipermainkan atau dipermudahkan oleh sesiapa.
"Kalau manifesto itu bukan janji, saya nak tanya? Apa gunanya bentang manifesto kepada rakyat? Rekod BN tunaikan janji tidak boleh dipertikaikan lagi, malah penganalisis politik dan ekonomi mengakui kerajaan BN telah membawa perubahan besar berdasarkan kepada program transformasi nasional." - Bernama