Saturday, 6 April 2013

Panas! VIDEO GONCANG YANG MEMALUKAN KHALID IBRAHIM TERSEBAR!



MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah pun mendapatkan perkenan Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 4 April 2013.

Apakah Khalid berpeluang untuk mempertahankan kerusi MB Selangor untuk penggal yang berikutnya?

Kini telah mula tersebar video goncang yang amat memalukan Khalid Ibrahim.

Malu berganda untuk Khalid, video tersebut ditaja oleh sebuah syarikat yang Kerajaan Negeri Selangor sendiri punya pegangan 30% saham di dalamnya.




RMK: Kerajaan Selangor dalang penipuan terbesar terhadap rakyat negeri ini.

#Sayangi Selangor: Salahguna Dana RM20,000 Cabang PKR Kuala Selangor


Pentadbiran pakatan haram di Selangor cukup tragis. Bermula dengan menggula-gulakan rakyat Selangor semasa PRU12 yang lepas telah berjaya memperdayakan mereka mengundi pakatan haram. Cuma mereka lupa bahawa rakyat yang mereka gula-gulakan itu tidak pernah lupa pada janji yang ditabur.
Namun rakyat Selangor begitu hampa apabila Khalid Ibrahim telah mengistiharkan bahawa manifesto PRU12 yang lepas bukanlah janji yang harus ditepati. Dengan kata lain pakatan haram mengamalkan penipuan manifesto dan memfitnah Barisan Nasional.
Senjata makan tuan apabila seorang anggota di cabang PKR yang diketuai Khalid Ibrahim telah membuat laporan ke atas menteri besar Selangor itu atas dakwaan menyalahguna dana berjumlah kira-kira RM20,000 dari cabang parti itu.
Malahan satu video yang disiarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di portal Youtube menunjukkan anggota cabang berkenaan, Airos Shahidin Manaf yang membuat laporan berkenaan atas dakwaan tidak menerima penjelasan sewajarnya berhubung isu tersebut. Isu berkenaan telah dibangkitkan dalam mesyuarat agung cabang tersebut enam bulan lalu.
cabang sgor
Laporan ke atas Abdul Khalid, yang merupakan ketua cabang PKR Kuala Selangor, menunjukkan lebih banyak sentimen tidak puas hati akar umbi berkenaan yang mungkin memaksa beliau bertanding di DUN lain. Dalam video tersebut, Airos Shahidin berkata beliau turut mengesyaki terdapat pemimpin lain dalam cabang berkenaan yang terlibat menyalahguna dana berkenaan.
Namun apa yang pasti lelaki berkenaan juga menafikan bahawa beliau dinaungi Umno dan menegaskan bahawa beliau bertindak demikian bagi memastikan parti itu ditadbir dengan telus.
Harap SPRM buat siasatan dengan terperinci. Harap Khalid Ibrahim tak tergagap-gagap jawab tuduhan ini. Ini bukan kali pertama laporan penyelewengan dan rasuah dibuat ke atas kerajaan Pakatan di Selangor.

sayangi selangor1
Antara laporan penyelewengan dan rasuah ke atas pakatan haram Selangor adalah isu lembu korban anak syarikat kerajaan negeri Selangor diagihkan di luar negeri Selangor iaitu di kawasan parlimen Menteri Besar Selangor sahaja (Bandar Tun Razak).
Laporan juga telah dibuat ke atas Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri yang menguruskan perlombongan pasir. Pasir dilombong secara berleluasa di atas tanah kerajaan negeri tetapi hasil masuk tidak seperti yang dijangka.
Pakatan haram tidak pernah telus dalam mentadbir. Propaganda telus yang dicanangkan sebelum ini merupakan retorik semata-mata untuk mengaburi jenayah mereka.

Friday, 5 April 2013

Info Penting! Penjelasan Isu Pengundi Hantu VS Calon Hantu #PRU13 #GE13


1. PENGUNDI HANTU 



Setiap kali pilihan raya, isu pengundi hantu akan didendangkan oleh pembangkang.


Secara umumnya, pembangkang menganggap orang yang tidak menetap di satu tempat pengundian sebagai pengundi hantu. Hujah mereka, bila mereka datang dan bertanya kepada orang yang duduk di rumah A tidak mengenali pengundi yang menggunakan alamat rumah A.



Sebab itulah setiap kali daftar pemilih diwartakan, pembangkang mendakwa ada berjuta pengundi hantu dalam  daftar pemilih. Mereka hanya menuduh dan jarang untuk mereka membawa perkara ini  ke muka pengadilan kerana mereka tahu bahawa amat sukar untuk membuktikannya. Ini kerana kadang kala sebuah rumah telah disewa beberapa kali dan penyewa menggunakan alamat tersebut untuk mendaftar sebagai pengundi.

MyMassa ambil contoh kes ini.





PAS Selangor terpaksa membayar setiap pengundi RM200 kerana menuduh pengundi yang diwartakan dalam daftar pemilih sebagai pengundi hantu.


Modus operandi pembangkang mudah. Mereka tuduh dulu baru bukti.



MyMassa yakin ramai di antara kita telah dicop sebagai "PENGUNDI HANTU" kerana alamat di daftar pemilih dan alamat terkini kita tak sama. Adakalanya kerana kita mendaftar mengundi di kampung. Ada pula di antara kita yang pernah menyewa atau duduk di kuarters Kerajaan kemudian terpaksa berpindah ke tempat lain.



2. CALON HANTU.



Menurut definasi pembangkang, PENGUNDI HANTU adalah orang yang tidak duduk di alamat yang sama dengan alamat di daftar pemilih. Bagi MyMassa pula, CALON HANTU adalah CALON YANG BUKAN BERASAL DARI SATU KAWASAN YANG SAMA DENGAN TEMPAT MEREKA BERTANDING.



Dalam PRU kali ini, ramai pemimpin pembangkang yang jadi CALON HANTU. Dari pemerhatian MyMassa, pemimpin pembangkang menjadi CALON HANTU kerana mereka tidak yakin dengan keupayaan mereka atau mereka tidak yakin dengan track record mereka dalam menjaga kawasan yang telah dimenangi dalam PRU sebelum ini. Sebab itulah dalam PRU 13, masing-masing melilau mencari kawasan selamat untuk bertanding.



Anehnya, pemimpin pembangkang ini cuba mencari kawasan selamat di kerusi yang majoritinya pengundi Cina. Mengapa agaknya?



MyMassa rasa pembaca dapat memahami apa yang MyMassa cuba nak sampaikan. Sebagai penutup, MyMassa menyeru kepada pengundi-pengundi di kawasan yang mana CALON HANTUbertanding menilai apakah yang telah dilakukan oleh CALON HANTU ini semasa menjadi wakil rakyat. Tidak pelik kalau beralih kawasan dalam Parlimen atau Negeri yang sama. Cuma jika ianya melibatkan negeri yang berbeza seperti dari PERAK ke JOHOR atau dari KELANTAN ke KEDAH, mesti ada yang tak kena.

Sumber: MyMassa

Rasuah Rakyat?: Kerajaan Selangor Jilat Ludah Sendiri!

Puak-puak pakatan ni memang double standard!



Bila PM Najib bagi BR1M, mereka kata itu rasuah kepada rakyat untuk pancing undi. Tapi bila Khalid Ibrahim pula bagi RM300 untuk kakitangan kerajaan negeri, dia kata 'penghargaan'.

Lawak pulak RMK dengar.


Oi Khalid, tunaikan dulu janji-janji kau nak buat itu ini kat Selangor ni.


Oh, lupa.


Chegu Bard Yang Kecewa Walaupun Selepas Sudi Diliwat Anwar Ibrahim #PRU13 #GE13

chegubard_anwar
Tiada orang yang lebih kecewa dalam PKR berbanding Chegu Bard atau Badrul Hisham Shaharin, bekas pesaing terkuat Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai Ketua AMK. Walaupun selepas melakukan pelbagai perkara, Chegu Bard akhirnya diketepikan begitu sahaja. Beberapa NGO yang ditubuhkannya termasuklah SAMM, langsung tidak berfungsi dan memberikan impak terbaik untuk PKR dan Anwar Ibrahim. Bahkan kewujudan NGO-NGO di bawah kendalian Chegu Bard, tidak ubah seperti menambahkan lagi beban kepada PKR dan Anwar Ibrahim, memandangkan NGO-NGO tersebut telah memberikan persepsi negatif.
Berdasarkan perancangan awal, Chegu Bard sepatutnya bertanding di Rembau. Tetapi atas ‘sebab-sebab tertentu’, kedudukannya di Rembau telah terancam. Chegu Bard memilih untuk meninggalkan Rembau dan bertanding di Nibong Tebal.
Berdasarkan maklumat yang diterima, Chegu Bard sudah berulang-ulang kali memujuk Lim Guan Eng untuk membenarkan dia bertanding di Parlimen Nibong Tebal. Bagaimanapun, baik Lim Guan Eng mahupun Anwar Ibrahim mempunyai perancangan lain di Nibong Tebal.
Akhirnya Chegu Bard kehilangan segala-galanya. Namanya tidak naik di Nibong Tebal, sebaliknya Nibong Tebal akan ditandingi oleh seorang lagi anak perempuan Anwar Ibrahim iaitu Nurul Nuha.
Difahamkan, dalang utama di sebalik penyingkiran Chegu Bard yang cukup mengkagumi Che Guera, pejuang sosialis Cuba itu, adalah Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Shamsul Iskandar atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot amat bimbang sekiranya pengaruh Chegu Bard lebih besar darinya dan kemudian akan bersaing merebut jawatan Ketua AMK yang disandangnya sekarang, atau lebih teruk lagi, Chegu Bard akan dipilih untuk menduduki hierarki yang lebih kanan dalam kepimpinan pusat PKR.
Chegu Bard adalah contoh di mana kewujudan demokrasi dalam PKR hampir mustahil, sebaliknya Anwar Ibrahim yang sangat sibuk menuntut agar UMNO dan Barisan Nasional mengutamakan kebebasan bersuara dan demokrasi, lebih banyak mengamalkan kukubesi selain fahaman, DIA SAJA YANG BETUL.
Sudah ada ramai golongan muda yang menyokong PKR sebelum ini, melahirkan kekecewaan apabila Chegu Bard tidak akan dicalonkan di mana-mana, baik  DUN mahupun Parlimen. Rata-rata mereka berpendapat, Anwar Ibrahim dan konco-konconya terlalu mementingkan kroni dan tembolok sendiri tanpa menghiraukan nasib parti serta individu yang komited kepada PKR seperti Chegu Bard. Mereka sudah membayangkan akan memboikot PKR pada PRU13 nanti sekiranya Chegu Bard tetap tidak dicalonkan oleh kepimpinan pusat PKR.
Apa, para penyokong Chegu Bard fikir mereka lebih bijak daripada Anwar Ibrahim? Mereka fikir daya fikiran mereka lebih cerdas berbanding Shamsul Iskandar Mohd Akin?
Mereka akan tersilap besar… PKR sebenarnya tidak memerlukan Chegu Bard yang sentiasa gagal dalam apa-apa sahaja yang dilakukannya, termasuklah untuk menjadi BUDAK PUNGGUNG buat Anwar Ibrahim!