Wednesday, 6 February 2013

KISAH BENAR: PERBUALAN INI BUKTI PAS CUBA MERACUN PEMIKIRIAN RAKYAT DENGAN AUTA





Ikuti dialog antara pemandu teksi yang mengaku kerja dengan kerajaan, tapi berkempen totok Pas di dalam teksinya, dengan seorang penumpang yang mempertahankan logik akalnya.

Ini adalah kisah benar, yang diceritakan kepada saya oleh penumpang itu.

Penumpang itu telah menaiki teksi bermeter dari hentian bas HKL ke Taman Tasik Titiwangsa pada hari Jumaat 1 Februari 2013 kira-kira pukul 5.30 petang dalam keadaan lalu lintas tidak lancar, sedikit sesak.

Setelah menaiki teksi itu, penumpang (P) berkata hendak ke Taman Tasik Titiwangsa. Pemandu teksi (PT) itu kata OK. Penumpang duduk di kerusi hadapan sebelah pemandu. Sebaik-baik sahaja menaiki teksi, penumpang kebetulan membaca akhbar Utusan Malaysia. Tiba-tiba pemandu teksi itu menyampuk tanpa hormat kepada penumpang.

PT: Baca Utusan (merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia), orang dah tak baca Utusan ni.

P: Kenapa, banyak berita kita dapat.

PT: Ini akhbar bohong banyak, auta, suka pelagakan orang.

P: Tak adalah, sebab you tak baca, jadi you tak tahu cerita sebenarnya. Harakah tu betul sangat ke? Kata Kerajaan Jepun bayar berbilion-bilion ringgit kepada Kerajaan Malaysia sebagai wang pampasan kepada veteran tentera dan wang itu lesap, betul ke? Dulu Harakah kata Felda bankrap, tahu-tahu peneroka dapat durian runtuh".

PT: Betul! Kalau tak betul kenapa tak saman? Betul laa tuu. Utusan tu, dah banyak kali kena saman, kalah di mahkamah, kena bayar ganti rugi.

P: Sudah laa, Kedutaan Jepun dah nafi, berita itu tidak benar. Utusan kalah bukan bermakna Utusan itu berbohong, atau auta, atau sukakan pelagakan orang. Ia bergantung kepada kebijaksanaan peguam bela masing-masing. Dulu Abang Jak (penyokong Pas dari negeri Kelantan) pun didakwa di mahkamah di Kedah oleh penyokong UMNO kerana menunjukkan batang ***** kepada Puteri UMNO semasa kempen PRK, memang dia tunjuk batang *****, ramai orang nampak, tetapi mahkamah bebaskan dia kerana tidak cukup bukti. Sama laa dengan Utusan pun. Ada kes bunuh, kes edar dadah boleh bebas jika peguam bela bijak.

PT: Tak ada laa! Surat khabar (akhbar) pembangkang yang betul, saya kerja kerajaan (penjawat awam) di Jabatan Kesihatan DBKL, saya tahu semua, kerajaan BN korup, rasuah sana-sini, tindas rakyat. Pemimpin pembangkang OK bersih.

P: Kepala hotak (otak) kau, pemimpin-pemimpin pembangkang tu betul sangat ke? Mat Sabu, pemimpin No. 2 dalam Pas yang (didakwa) kena tangkap basah (khalwat) di Bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu satu ketika dulu pun didapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana kekurangan bukti. Sudahlah, Mat Sabu tu mengarut, komunis dikatakan Hero", hero kepala ***** dia.

PT: Memang Mat Indera tu hero, lawan polis penjajah British.

P: Itu bukan polis British, itu polis di bawah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, you bodoh tak baca sejarah. Dah bunuh berpuluh polis kita, bakar hidup-hidup bersama budak-budak kecil dikatakan hero? Saya bekas tentera, pernah menerima latihan di Kem Komando (Pusat Latihan Peperangan Khas, Sg. Udang, Melaka), tak ada pulak Komandan beritahu komunis tu hero, yang kita tahu lawan komunis. Kalau hero sangat kenapa Mat Indera tu tidak dianugerahkan pingat PGB atau SP macam Kanang?

PT: Kerajaan BN bodoh, sudahlah, Kerajaan BN tindas rakyat, tidak jujur.

P: Pemimpin pembangkang tu baik sangat ke? Jika nak jadikan kerajaan ni jujur, pergi ambiklah (ambil) Imam Mekah atau Ketua Gereja di Vatican jadi Perdana Menteri Malaysia. Tahu tak Nik Aziz, Haji Hadi, Mat Sabut tu ikut telunjuk DAP? Kalimah Allah pun nak jual kepada orang kafir kerana politik punya pasal. Ini ke pemimpin Islam!

Orang-orang Pas tu, nak pergi ke Mekah, dia check ke pilot kapal terbang tu orang jujur atau tidak? Kalau nak check semua, pergi ke Mekah dengan kapal layar buatan sendiri laa jawabnya. Orang lain dah balik dari Mekah, kita duk tengah laut lagi, silap hari bulan tenggelam mampus, makan dek ikan yu.

PT: Tak ada, pembangkang bagus. Tengok Kelantan maju, tak ada jenayah, aman je!

P: Sudah laa, you tak baca Utusan, sebab itu laa you tak tahu cerita sebenarnya. Buang bayi pun ada di Kelantan, buang bayi macam buang sampah, sembelih anak pun ada di Kelantan. Penagih dadah tak usah cakap laa!

Pemimpin Pas kuat bohong, undi Pas masuk syurga! Quran mana Nik Aziz baca, kitab mana Nik Aziz baca? Tak usah cakap banyaklah, di Malaysia ni aman damai selamat, boleh pergi ke masjid tanpa gangguan, peluang ekonomi cukup luas, senang bergerak, pinjaman bank disediakan, macam-macam pinjaman ada, ini semua hasil kebijaksanaan pemimpin UMNO.

You tak tengok laporan Utusan setiap hari, jadi you tak tahu cerita sebenarnya, pergi laa ke UiTM di Puncak Alam tu, you tengok macam mana. Kerajaan BN buat kampus baru UiTM untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak. Belum cakap lagi setiap negeri ada kampus UiTM. Sekarang setiap kampus itu hendak diperbesarkan lagi bagi menampung keperluan masa depan.

Kerja Pas hanya maki hamun orang UMNO saja tanpa suluh jasa-jasa pemimpin UMNO terdahulu, tak sedar diri. Orang Asli pun tak kutuk pemimpin UMNO macam you ni. Di Malaysia ni dah lengkap dah. Otak you belum lengkap lagi sebab you hanya baca Harakah. Tahu tak? Kalau anak lelaki kita sangat pandai ada MCKK atau UPNM. Kalau anak perempuan kita sangat pandai ada Kolej Tengku Khursiah yang sebelum ini dipanggil The Malay Girl College".

Kalau anak kita jahat ada sekolah jahat Henry Gurney. Kalau kita gila ada hospital gila, kalau bini kita nak beranak ada hospital bersalin, kalau anak kita penagih dadah ada tempat pemulihannya Pengasih, kalau gagal masuk U ada IKM dan macam-macam lagi.

You tak baca Utusan sebab tu laa otak you tak terbuka, you ni macam budak bodoh walaupun dah tua. Tahu tak? Nik Aziz kata dulu tahun 1999, Pas menang di Terengganu, Nik Aziz kata berpuluh-puluh ribu malaikat turun dari langit ke bumi membantu memegang tangan orang-orang UMNO untuk mengundi Pas.

Bila kalah pada tahun 2004 Nik Aziz kata UMNO jahat bawa pengundi hantu" dari KL ke Terengganu. Mana perginya malaikat itu? Pas lagi auta. Sudahlahhh, semua ada dalam poket seluar saya. Islam yang ada pada Nasharudin Mat Isa ditolak perwakilan Pas, perwakilan Pas pilih Islam yang ada pada Mat Sabu, nak muntah dengar! Cakapan Nik Aziz itu kotor laa, dah tua-tua pun kata kat Nasharuddin Mat Isa tu lidah panjang.

Nik Aziz tu dah tak endah lagi pantang larang agama. Nik Aziz kata tidak boleh sambut Maulidur Rasul (hari kelahiran Rasulullah SAW) kerana perbuatan itu adalah bidaah", tapi peliknya Nik Aziz sendiri menyambut hari jadinya di rumah Karpal Singh. Buruk betul perangai Nik Aziz tu dan tak layak dipanggil tok guru.

Ok lah berhenti di sini, saya nak turun!

PT: (Pemandu teksi HB 7**2 itu masih tidak puas hati)

Kesimpulan daripada dialog itu, golongan yang terlalu taksub ini semakin ramai.

Kita bimbang gejala ketaksuban dan kepompongan minda ini yang selama ini bercambah dalam masyarakat Taliban di Afghanistan akan berakar-umbi di sini.

Ingat lagi kisah remaja perempuan Afghan, Malala Yousufzai yang pernah saya tulis dalam Cuit? Dia ditembak di mukanya oleh militan Taliban hanya kerana gadis itu memperjuangkan hak pendidikan untuk golongannya.

Ingatlah jika di peringkat tadika lagi anak- anak kecil pernah diasuh memijak gambar- gambar pemimpin negara, apa akan terjadi kepada mereka satu generasi lagi? Seperti pemandu teksi itukah? Atau lebih teruk?






RMK: Pengikut PAS terlalu taksub dengan parti sampai apa saja yang ketua dia cakap semua terima. Samalah dengan sedut saja auta dalam Harakah tu. Kesian. Masih kolot.

Tuesday, 5 February 2013

ZALIM! PAKATAN RAKYAT CUBA BUNUH TADIKA KEMAS SECARA HALUS!


Ikuti pendedahan dari [Sel13.com].

Puchong-20130204-00171
Semakin hampir dengan PRU13, Pakatan Rakyat semakin jadi tidak tentu arah. Kejahatan dan kezaliman yang mereka lakukan kepada rakyat, seringkali dilindungi dengan pelbagai cerita-cerita retorik yang membusungkan dada, sedangkan hakikatnya, rakyat menderita kerana dasar pemerintahan Pakatan Rakyat sangat kejam dan tidak mengira sesiapa, walaupun terhadap kanak-kanak.
TADIKA KEMAS ANGSANA USJ 1, Subang Jaya menjadi bukti kezaliman Pakatan Rakyat Selangor yang diterajui oleh Khalid Ibrahim-Teresa Kok. Tadika tersebut merupakan Tadika KEMAS terbesar di Malaysia yang mengandungi 4 buah kelas dan dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Jumlah pelajar adalah lebih kurang 100 orang. Murid-muridnya pula terdiri daripada pelbagai bangsa termasuklah Melayu, Cina dan India.
Pada zaman UMNO-BN menjadi Kerajaan Negeri, semua bil tadika berkenaan, dibayar oleh penduduk. Bagaimanapun, selepas Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Selangor, semua bil tadika tersebut telah dipindahkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Sekali imbas, seolah-olah Pakatan Rakyat sangat bertanggungjawab dan enggan membebankan penduduk lagi. Kononnya Kerajaan Tempatan yang Ahli-Ahli Majlisnya terdiri daripada puak-puak Pakatan, lebih bertanggungjawab, prihatin dan lebih telus berbanding Ahli-Ahli Majlis dari kalangan UMNO-BN.
Namun itu hanyalah retorik untuk melindungi niat sebenar Pakatan yang cukup kuat menzalimi rakyat itu.
Awal-awal lagi, Pakatan Rakyat telah mempromosikan tentang gerakan ‘MEMBEBASKAN DEWAN KOMUNITI’. Di sana sini ‘kejayaan’ Pakatan Rakyat mengunci pagar dan pintu dewan komuniti atau dewan masyarakat digembar-gemburkan sebagai satu pembebasan.
Puchong-20130204-00172Puchong-20130204-00173
Tadika KEMAS dari awal penubuhannya lagi telah menjadikan dewan komuniti atau dewan masyarakat sebagai tapaknya. Tadika yang tidak berasaskan keuntungan itu, menjadi tempat kanak-kanak pra-sekolah menimba ilmu pengetahuan selain mula mempelajari alam persekolahan sebelum mereka melangkah ke sekolah sebenar.
Niat jahat Pakatan Rakyat sudah boleh dilihat dari awal lagi apabila mereka banyak menghalau, menutup, bahkan mengunci tadika-tadika KEMAS di seluruh negeri-negeri yang mereka tawan. Alasannya, dewan masyarakat atau dewan komuniti tidak boleh dijadikan sebagai tempat untuk mendidik kanak-kanak. Tadika KEMAS pula dilihat dan ditanggapi sebagai tempat mendidik kanak-kanak dengan politik UMNO dan Barisan Nasional.
Sesuatu yang tidak diceritakan dan diterangkan oleh Pakatan Rakyat ialah, KESEMUA DEWAN MASYARAKAT dan DEWAN KOMUNITI telah dibina oleh UMNO dan Barisan Nasional sebelum diwakafkan kepada masyarakat setempat. Dan premis tersebut dibina untuk tujuan kemudahan masyarakat setempat, bukannya semata-mata untuk mesyuarat parti politik semata-mata.
Puchong-20130204-00174
Puchong-20130204-00175
Rupa-rupanya setelah MPSJ diberikan hak untuk membayar semua bil, apa yang dilakukan amat menyedihkan, sekaligus mencerminkan sikap sebenar Pakatan Rakyat. Semua bil tersebut diperuk dan disimpan tanpa dijelaskan bayarannya.
Hari ini, petugas SYABAS telah datang dan memotong bekalan air TADIKA KEMAS ANGSANA USJ1.  Jumlah bayaran yang tidak dijelaskan oleh MPSJ adalah sebanyak RM430.16.
Penduduk yang prihatin dengan nasib kanak-kanak di tadika tersebut, mengambil inisiatif sendiri dan mengambil keputusan untuk membayar bil berkenaan.
Puchong-20130204-00176
Sama ada Kerajaan Pakatan Selangor akan mengeluarkan pelbagai dalih dan alasan sambil menyalahkan petugas SYABAS kerana membuat potongan bekalan air tersebut, ianya pasti akan memperlihatkan sikap hipokrit mereka yang amat keterlaluan.
Bagaimana pula dengan reaksi daripada MPSJ?
Setakat berita ini ditulis, tiada sebarang reaksi atau jawapan daripada MPSJ diberikan… kita tunggulah sama-sama apa lagi pembohongan yang akan dibuat oleh Pakatan Rakyat Selangor.

RMK: Semakin dekat dengan pilihan raya, semakin banyak pendedahan yang menampakkan niat sebenar Pakatan Rakyat. Dok gebang telus konon. Cehh!

Monday, 4 February 2013

ISU KALIMAH ALLAH: JANGAN KITA JADI BODOH MACAM PAS!


Selepas pilihan raya umum 2008 hinggalah 8 Januari 2012 Pas konsisten bersama PKR dan DAP membenarkan agama kristian menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka versi Bahasa Melayu. 

Walaupun pelbagai pandangan, nasihat, teguran dan bantahan dinyatakan Pas tetap konsisten membenarkan kalimah suci umat islam itu digunakan oleh kristian. Sebaliknya Pas menuduh orang-orang yang menegur dan membantah tindakan mereka sebagai tidak tahu hukum dan tidak cerdik agama.

Isu kalimah Allah yang telah reda sebelum ini kembali hangat menjelang krismas 2012. Dibangkitkan semula oleh tokong Pulau Pinang. Tujuannya untuk mengalihkan isu pemilikan tanah dua pemimpin DAP Perak di Kelantan. 

Akhirnya tokong Pulau Pinang berjaya. Kehangatan media dan orang ramai memperkatakan tentang isu tanah DAP di Kelantan beralih kepada isu kalimah Allah. 


Api kemarahan orang melayu kembali meningkat. Kemarahan semakin meningkat apabila Haji Hadi bersama Anwar dan Kit Siang dalam satu kenyataan pada 8 Januari terus bersetuju untuk membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan islam.

Melihat kemarahan orang-orang melayu semakin meningkat Pas mula takut. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat Majlis Syura pada 13 Januari bagi membincangkan isu kalimah Allah.

Selepas mesyuarat, pimpinan Majlis Syura Pas lari keluar melalui pintu belakang kerana tidak mahu berdepan dengan media yang menunggu di pintu depan. 

Hanya sehelai kertas yang sampai kepada pihak media yang menyatakan Pas membuat u turn dengan tidak membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah. 

Kenapa kristian beriya-iya hendak menggunakan kalimah Allah dalam bible berbahasa melayu ???

Setiap tujuan mesti ada niat, dan setiap niat mesti ada tujuan....

Orang masuk tandas pun ada niat samada hendak buang air kecil atau air besar. Tidak ada orang yang buat sesuatu dengan tidak berniat.

Apa yang sedang mereka lakukan adalah rancangan jangka masa panjang. Apabila rancangan jangka panjang maka sudah tentulah kesannya juga lambat lagi. 

Kita yang ada pada hari ini mungkin tidak akan atau mudah tersesat dengan dakyah-dakyah atau kekeliruan yang mereka timbulkan. Kita tidak menongkat langit. Satu hari kita pasti akan pergi jua. Tetapi sebelum kita pergi kita kena siapkan tugas agar generasi kita akan datang tidak tersesat atau terkeliru dengan apa yang pihak kristian sedang lakukan sekarang.

Hari ini kita mengajar anak-anak kita bahawa Allah mewajibkan kita sembahyang lima kali sehari. Jangan sampai satu hari nanti cicit kita mengajar anaknya sembahyang seminggu sekali pada hari Ahad.

Sebab itu saya kata apa yang sedang mereka rancang adalah satu rancangan jangka masa panjang.....

Sekarang saya nak ajak rakan-rakan semua berfikir cara mudah.....

Kristian nak guna perkataan Allah dalam bible Bahasa Melayu....

Perkataan ALLAH itu Bahasa Arab....

Perkataan ALLAH jika diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris akan jadi GOD.....

Perkataan ALLAH jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu akan jadi TUHAN.....

Perkataan GOD jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu juga akan jadi TUHAN.....

Mereka nak guna dalam bible Bahasa Melayu tetapi perkataan TUHAN nak guna Bahasa Arab iaitu ALLAH. 

Kenapa mereka tak nak guna perkataan Tuhan ? 

Di situ pun kita sudah boleh nampak apa niat mereka yang sebenarnya ?

Kenapa lagi kita perlu tentang mereka guna kalimah Allah ?

Rujuk kepada Surah Al Ikhlas (QulhuAllahuAhad)

Surah ini tak panjang....empat baris sahaja....mungkin Allah jadikan surah ini pendek supaya setiap umat islam mampu meningatinya dan ingat apa Allah pesan....

Kita sentiasa ingat dalam kepala kita bahawa Allah itu satu, Allah tidak beranak, tidak diperanakkan dan tiada sesiapa yang menyerupai Allah. 

Itu pegangan setiap orang islam daripada dia dilahirkan sehinggalah bangkit di hari akhirat kelak....

Manakala kristian pula tuhan mereka ada anak dan ada bapa....
Mana boleh mereka nak ganti perkataan Tuhan atau god dengan Allah dan mereka jadikan Allah itu beranak dan berbapa....

Sedangkan Allah hanya satu, tidak ada anak dan tidak ada bapa.....

Sebab itu kita konsisten menentang kristian daripada menggunakan perkataan Allah.....

Sebab itu para-para ulama dan mufti berkata sesiapa yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kristian termasuk dalam golongan syirik. Malah ulama Pas , Haron Din sendiri pun kata begitu. Sini....

Syirik adalah dosa yang paling besar.....

Sekali kau syirik , maka habislah segala amalan yang kau lakukan sebelum itu.....

Hari ini orang-orang Pas kata mereka pun dah tidak benarkan kristian menggunakan kalimah Allah. 

Ya betul ! 

Tapi kau masih lagi bersekongkol dengan pihak yang membenarkannya....

Apa bezanya ?

Oleh yang demikian wahai umat-umat islam sekalian, janganlah kita menjadi bodoh seperti Pas atau diperbodohkan Pas. Kita harus tentang dan lawan habis-habisan perkara ini. Kita harus pertahankan kalimah Allah daripada digunakan dalam bible Bahasa Melayu. 

Ini bukan soal politik, ini bukan soal nak dapat undi, ini bukan soal siapa nak jadi hero. Ini tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan Allah yang satu, Allah yang Esa ,Allah yang tidak beranak dan Allah yang tidak diperanakkan dan juga demi untuk memastikan akidah generasi akan datang tidak terpesong.



RMK: Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang benar kepada kami ini. Kuatkanlah iman serta aqidah kami agar tidak terpesong dari ajaran suciMu Ya Allah. Amin Ya Rabb.

KHALID IBRAHIM DILEMPANG KALI KEDUA AKIBAT TAK TUNAI JANJI!




Alhamdullillah.... selepas tuntutan ibu tunggal .... hari nie sekali lagi kerajaan negeri Selangor mendapat tamparan kedua apabila mahkamah tingi Shah Alam hari ini memutuskan tuntutan rakyat menang peringkat pertama dan tolak permohonan batal oleh kerajaan negeri, jadi menurut Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato' Sohaimi Shahadan.... kes ini akan diteruskan. Satu kemenangan moral untuk rakyat Selangor yang dinafikan hak air percuma.....









RMK: Tahniah rakyat Selangor! Teruskan bagi pressure kat kerajaan negeri nih!

Tuesday, 29 January 2013

Mereka yang sepatutnya dihadapkan ke RCI!!!



Sarapan pagi hari ini, MyMassa hidangkan poster Pemimpin-Pemimpin Pembangkang yang harus dihadapkan ke RCI!

1) Badrul Amin : Baca disini http://mymassa.blogspot.com/2011/08/gempar-siapa-pemimpin-pembangkang-yang.html

2) Lahirul Latigu : Baca disini http://mymassa.blogspot.com/2013/01/rci-ketua-pemuda-pas-sabah-pendatang.html

3) Zairil Khir Johari :Baca disini http://mymassa.blogspot.com/2013/01/panas-pemimpin-dap-mangsa-pertama-rci.html

Pencacai Pakatan, jangan cuba nak spin plak. Kalau nak bangkang pun cuba bagi fakta. Jangan jadi macam lembu dicucuk hidung. Asyik angguk-angguk saja!

Credit to MyMassa