Showing posts with label Isu Kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label Isu Kalimah Allah. Show all posts

Wednesday 8 January 2014

Rampas Injil Tidak Akan Berlaku Jika Pihak Kristian Ikut Undang-undang



Dalam memperkatakan mengenai tindakan JAIS merampas Injil berbahasa Melayu dan Iban di premis Bible Society of Malaysia baru-baru ini, kita wajar merujuk kepada Enakmen 1988 mengenai Kawalan Penyebaran Agama (lain) kepada Orang Islam di Selangor. Untuk pengetahuan, enakmen tersebut yang menyatakan bahawa bukan Islam adalah dilarang menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka termasuk ‘Allah’, ‘Nabi’, ‘Injil’ dan InsyaAllah’, tidak pernah dimansuhkan.

Selain itu, kita juga wajar merujuk keputusan kes The Herald sebelum ini yang mana turut menghalang penggunaan nama Allah di dalamnya dan bahawa penggunaan nama Allah dalam aktiviti dan risalah keagamaan Kristian hanya dibolehkan di Sabah dan Sarawak.

Enakmen dan keputusan kes The Herald adalah selaras dengan amalan harian masyarakat Malaysia sejak azali lagi. Penganut Kristian tidak pernah mengalami masalah dengan amalan dan undang-undang ini dan umat Islam juga tidak ada masalah dengan penganut Kristian.

Bagaimanapun, pada hari ini beberapa pemimpin Kristian telah dengan sengaja ingin mengubah amalan tersebut sekali gus mencetuskan masalah dan ketegangan. Pemimpin agama Kristian akhir-akhir ini dilihat sengaja mencabar undang-undang di mana melalui BSM, mereka berdegil menggunakan kalimah Allah di dalam 320 Injil berbahasa Melayu dan Iban yang bakal diedarkan. Tindakan mereka pastinya menyentak kesabaran pihak berkuasa serta menimbulkan kemarahan umat Islam.

Lebih dari itu ia turut menimbulkan kehairanan di kalangan penganut Kristian sendiri yang rata-ratanya tidak pernah, tidak ingin dan tidak nampak apa-apa keperluan pun untuk menggunakan nama Allah dalam amalan agama mereka. Peliknya, mereka juga enggan bersuara mempersoalkan tindakan pemimpin agama mereka.

Pemimpin Kristian ini mendapat pembelaan NGO yang memperjuangkan liberalisasi iaitu keterbukaan dan kebebasan tanpa had - meliputi agama dan perlakuan seks. NGO ini yang diwakili oleh Marina Mahathir yang juga mewakili Majlis Perundingan Perpaduan Negara telah bertindak menyertai penganut Kristian di gereja Our Lady of Lourdes, Klang bagi menyatakan sokongannya terhadap BSM dan juga kecamannya terhadap JAIS.

Marina menyatakan bahawa tindakan tegas JAIS ke atas pihak Kristian yang melanggar undang-undang adalah tidak adil atau bersifat membuli. Marina bagaimanapun langsung tidak membangkitkan soal kenapa perlunya Kristian merujuk kepada Tuhan mereka sebagai ‘Allah’ akhir-akhir ini.

Pendek kata, bagi Marina, Kristian punya hak untuk menggelar Tuhan mereka dengan apa jua nama termasuk nama Allah, biarpun sifat Tuhan agama Kristian langsung tidak menepati Allah yang Esa dan JAIS atau umat Islam tidak punya hak untuk mempersoalkannya.

Marina mahu agar rakyat melihat JAIS sebagai zalim dan kerajaan sebagai berat sebelah kepada Islam biarpun yang mula-mula mencabar Islam dan undang-undang adalah pihak Kristian.

Kita tertanya-tanya, inikah yang dipanggil ‘keadilan’ dalam kamus liberalisasi Marina, iaitu apa-apa yang bertentangan dengan Islam pastinya zalim, kejam, kolot dan salah? Sedarkah Marina bahawa penganut Kristian sendiri merasa pelik melihat gelagat Marina dan pemimpin Kristian yang gemar mencari masalah dengan umat Islam?

Marina terlalu angkuh dan tidak mampu membayangkan dirinya dari kaca mata orang. Di dalam dunia Marina yang sempit, beliau menyangkakan bahawa lebih seratus orang yang menyatakan sokongan kepadanya itu sebagai mewakili suara majoriti rakyat. Sedangkan, realitinya amatlah jauh dari yang disangkanya.

Pada hari ini, Marina memperlihatkan hipokrasi dirinya dan penentangannya terhadap Islam dengan jelas. Marina hidup di kalangan kelompok kecil kumpulan liberal yang berkiblatkan Barat. Marina mempunyai mentaliti dijajah yang kronik. Baginya, adat dan agama yang berkaitan bangsanya sendiri iaitu Melayu dan Islam adalah buruk dan memalukan.

Dari segi psikologi, Marina adalah contoh manusia yang mempunyai ‘inferiority complex’ yang rumit. Beliau angkuh dalam rasa rendah dirinya. Beliau memusuhi diri sendiri sebagai Melayu yang dilahirkan dalam keluarga beragama Islam. Oleh itu, Marina akan menyokong apa saja yang bertentangan dengan Melayu dan Islam. Sesiapa yang menunjukkan cara pemikiran yang berbeza darinya akan ditempelak sebagai kolot dan hanya dirinya sajalah yang bijak.

Jika ini tidak benar, maka Marina tentu dapat melihat dengan jelas bahawa isu JAIS merampas Injil dari Bible Society of Malaysia (BSM) tidak akan berlaku sekiranya BSM akur pada undang-undang dan hormat pada umat Islam. Malangnya, Marina tidak dapat melihat apa-apa lagi kerana telah dibutakan oleh keangkuhan dan kebodohan sendiri.

Friday 3 January 2014

Syaitan GHOST RIDER Kelihatan Di Selangor!!PANASS


Pada 27 Dis lepas, Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence  Andrew menerusi satu portal berita tempatan berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Malaysia walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Lantaran dengan itu UMNO Bahagian K.Langat dgn kerjasama NGO-NGO K.Langat tlh mengadakan satu perarakan membantah penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja tersebut selepas solat jumaat hari ini di medan letak kereta MDK.Langat. Mereka kemudian telah berarak ke IPD K.Langat utk membuat laporan polis berhubung kenyataan Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence  Andrew membabitkan isu kalimah ALLAH tersebut dan mendesak supaya Andrew untuk menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam.








Semoga Paderi Andrew ni sedar kesalahan die, memohon maaf dan  tarik balik kenyataan die.. jangan cabar umat Islam.


nak jaga hak orang bukan Islam, Hak orang Islam pulak mcm mana??

"Tiga Ahli Dewan Negeri Selangor meminta Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga."- TMI

Baru-baru ini  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menemui ratusan Bible Bahasa Melayu selepas melakukan serbuan ke pejabat Persatuan Bible Malaysia di Petaling Jaya.


Difahamkan JAIS berjaya merampas 300 Bible yang berbahasa Melayu dari premis tersebut.



Ekoran dari kejadian tersebut,  YB Yeo Bee Yin, YB Rajiv Rishyakaran dan YB Lau Weng San, yang masing-masing Adun Damansara Utama, Bukit Gasing dan Kampung Tunku ni nak mengemukakan cadangan pindaan itu dalam sidang Dewan Negeri Selangor akan datang untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.





Mereka menyifatkan tindakan Jais sebagai kasar, helo da bagi warning da melarang orang bukan Muslim di Selangor dari menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”..gi buat gak psl ape? mereka berkata apa yang berlaku menjadi panggilan kesedaran untuk mengkaji semula sub-seksyen 9 kepada enakmen 1988 itu. 



Mereka juga kata seksyen ini jelas bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada semua rakyat Malaysia untuk percaya, mengamal dan menguruskan agamanya.



YB-YB ni baca sampai abih ke tidak enakmen 1988 dgn perkara 11 Perlembagaan Persekutuan ni? 



kalo YB baca sepenuhnya enakmen 1988 ni dekat page awal sekali da bleh faham dah kenapa JAIS buat kerja mereka tu.






mmg la dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan tu cakap pasal kebebasan beragama, tapi kalo YB-YB baca sampai abih ayat tu kan ade lagi sikit sebut "..tertaklut kepada Fasal (4)". Lepas tu cuba baca plak fasal 4 tu apa.. kalo rajin lagi baca Fasal 5.






Ke YB2 ni baca buku perlembagaan negara Israel atau negara lain? Mana plak dtg term "tetapi tidak dibenarkan menyekat hak bukan Islam dalam cara untuk mengamalkan kepercayaannya"??. Lepas tu bile plak term "menyekat pengembangan" diganti dengan "mengehadkan penyebaran"? YB2 jangan la pandai-pandai mengubah ayat. kalo yer pon nk ubah sile la dptkan persetujuan Agong n dewan dulu. 

Dulu masa menggubal perlembagaan ni your ancestors agreed on it tetapi bile u dah memerintah mulalah naik tocang nak memimpin Malaysia. Malaysia ni hak orang Islam dan orang bukan Islam membantu menjayakan dasar ekonomi yg termaktub dalam perlembagaan. Mungkin YB kene gi sekolah balik belajar perlembagaan persekutuan Malaysia ni..


Enakmen 1988 dgn Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan tu da buat elok da supaya kedaulatan agama Islam dan umatnya terjamin dan agama lain boleh diamalkan oleh penganutnya dengan aman. jgn la da bagi betis nak peha..nnt dah bagi peha nak ape plak lg..? 

RMK : tp kalo betul la dierg nk usul supaya enakmen 1988 ni digubal, dengan 44 kerusi DUN puak Pakatan Haram derg pegang mmg ada chance la Selangor jadi negeri Malaysia pertama membolehkan penyebaran agama kristian dilakukan secara bebas. kite tgk je la apa yg PAS Selangor dgn PKR Selangor akan buat.

Friday 29 November 2013

Isu Comango Boleh Jadi Asas Muzakarah PAS - UMNO


Ahli Parlimen BN - Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, kesepakatan pimpinan PAS dan UMNO dalam menolak tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) khusus melibatkan penggunaan kalimah Allah boleh dijadikan sebagai asas untuk menyahut pelawaan muzakarah.




RMK: Sepatutnya muzakarah PAS dan UMNO diadakan dari dulu lagi. Lupakan kisah lama. Muzakarah sekarang demi memelihara agama suci kita Islam.

Saturday 29 June 2013

Kemelut Kalimah Suci : Tuntutan Tersurat Disebalik Tersirat

Isu kalimah Allah ni rasenya hampir semua org kt msia ni da tau da seblom PRU 13 lg. tp sini ada sikit info yg sy rasa amat berguna kpd kita utk memahami isu ini dgn lebih mendalam dan mengukuhkan lagi pendirian kita umat Islam dan org melayu untuk mempertahankan kesucian dan kedudukan agama kita...

Monday 4 February 2013

ISU KALIMAH ALLAH: JANGAN KITA JADI BODOH MACAM PAS!


Selepas pilihan raya umum 2008 hinggalah 8 Januari 2012 Pas konsisten bersama PKR dan DAP membenarkan agama kristian menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka versi Bahasa Melayu. 

Walaupun pelbagai pandangan, nasihat, teguran dan bantahan dinyatakan Pas tetap konsisten membenarkan kalimah suci umat islam itu digunakan oleh kristian. Sebaliknya Pas menuduh orang-orang yang menegur dan membantah tindakan mereka sebagai tidak tahu hukum dan tidak cerdik agama.

Isu kalimah Allah yang telah reda sebelum ini kembali hangat menjelang krismas 2012. Dibangkitkan semula oleh tokong Pulau Pinang. Tujuannya untuk mengalihkan isu pemilikan tanah dua pemimpin DAP Perak di Kelantan. 

Akhirnya tokong Pulau Pinang berjaya. Kehangatan media dan orang ramai memperkatakan tentang isu tanah DAP di Kelantan beralih kepada isu kalimah Allah. 


Api kemarahan orang melayu kembali meningkat. Kemarahan semakin meningkat apabila Haji Hadi bersama Anwar dan Kit Siang dalam satu kenyataan pada 8 Januari terus bersetuju untuk membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan islam.

Melihat kemarahan orang-orang melayu semakin meningkat Pas mula takut. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat Majlis Syura pada 13 Januari bagi membincangkan isu kalimah Allah.

Selepas mesyuarat, pimpinan Majlis Syura Pas lari keluar melalui pintu belakang kerana tidak mahu berdepan dengan media yang menunggu di pintu depan. 

Hanya sehelai kertas yang sampai kepada pihak media yang menyatakan Pas membuat u turn dengan tidak membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah. 

Kenapa kristian beriya-iya hendak menggunakan kalimah Allah dalam bible berbahasa melayu ???

Setiap tujuan mesti ada niat, dan setiap niat mesti ada tujuan....

Orang masuk tandas pun ada niat samada hendak buang air kecil atau air besar. Tidak ada orang yang buat sesuatu dengan tidak berniat.

Apa yang sedang mereka lakukan adalah rancangan jangka masa panjang. Apabila rancangan jangka panjang maka sudah tentulah kesannya juga lambat lagi. 

Kita yang ada pada hari ini mungkin tidak akan atau mudah tersesat dengan dakyah-dakyah atau kekeliruan yang mereka timbulkan. Kita tidak menongkat langit. Satu hari kita pasti akan pergi jua. Tetapi sebelum kita pergi kita kena siapkan tugas agar generasi kita akan datang tidak tersesat atau terkeliru dengan apa yang pihak kristian sedang lakukan sekarang.

Hari ini kita mengajar anak-anak kita bahawa Allah mewajibkan kita sembahyang lima kali sehari. Jangan sampai satu hari nanti cicit kita mengajar anaknya sembahyang seminggu sekali pada hari Ahad.

Sebab itu saya kata apa yang sedang mereka rancang adalah satu rancangan jangka masa panjang.....

Sekarang saya nak ajak rakan-rakan semua berfikir cara mudah.....

Kristian nak guna perkataan Allah dalam bible Bahasa Melayu....

Perkataan ALLAH itu Bahasa Arab....

Perkataan ALLAH jika diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris akan jadi GOD.....

Perkataan ALLAH jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu akan jadi TUHAN.....

Perkataan GOD jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu juga akan jadi TUHAN.....

Mereka nak guna dalam bible Bahasa Melayu tetapi perkataan TUHAN nak guna Bahasa Arab iaitu ALLAH. 

Kenapa mereka tak nak guna perkataan Tuhan ? 

Di situ pun kita sudah boleh nampak apa niat mereka yang sebenarnya ?

Kenapa lagi kita perlu tentang mereka guna kalimah Allah ?

Rujuk kepada Surah Al Ikhlas (QulhuAllahuAhad)

Surah ini tak panjang....empat baris sahaja....mungkin Allah jadikan surah ini pendek supaya setiap umat islam mampu meningatinya dan ingat apa Allah pesan....

Kita sentiasa ingat dalam kepala kita bahawa Allah itu satu, Allah tidak beranak, tidak diperanakkan dan tiada sesiapa yang menyerupai Allah. 

Itu pegangan setiap orang islam daripada dia dilahirkan sehinggalah bangkit di hari akhirat kelak....

Manakala kristian pula tuhan mereka ada anak dan ada bapa....
Mana boleh mereka nak ganti perkataan Tuhan atau god dengan Allah dan mereka jadikan Allah itu beranak dan berbapa....

Sedangkan Allah hanya satu, tidak ada anak dan tidak ada bapa.....

Sebab itu kita konsisten menentang kristian daripada menggunakan perkataan Allah.....

Sebab itu para-para ulama dan mufti berkata sesiapa yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kristian termasuk dalam golongan syirik. Malah ulama Pas , Haron Din sendiri pun kata begitu. Sini....

Syirik adalah dosa yang paling besar.....

Sekali kau syirik , maka habislah segala amalan yang kau lakukan sebelum itu.....

Hari ini orang-orang Pas kata mereka pun dah tidak benarkan kristian menggunakan kalimah Allah. 

Ya betul ! 

Tapi kau masih lagi bersekongkol dengan pihak yang membenarkannya....

Apa bezanya ?

Oleh yang demikian wahai umat-umat islam sekalian, janganlah kita menjadi bodoh seperti Pas atau diperbodohkan Pas. Kita harus tentang dan lawan habis-habisan perkara ini. Kita harus pertahankan kalimah Allah daripada digunakan dalam bible Bahasa Melayu. 

Ini bukan soal politik, ini bukan soal nak dapat undi, ini bukan soal siapa nak jadi hero. Ini tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan Allah yang satu, Allah yang Esa ,Allah yang tidak beranak dan Allah yang tidak diperanakkan dan juga demi untuk memastikan akidah generasi akan datang tidak terpesong.



RMK: Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang benar kepada kami ini. Kuatkanlah iman serta aqidah kami agar tidak terpesong dari ajaran suciMu Ya Allah. Amin Ya Rabb.