Tol Percuma: Janji Kosong Pakatan Pembangkang
Rakyat Malaysia
semua, Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan menghapuskan bayaran tol lebuhraya
seperti mana janji 100 hari Buku Jingga dan jika menawan Putrajaya.
Janji tinggal janji.
Janji 100 hari PR dan kerajaan DAP di Pulau Pinang untuk hapuskan Tol Sg Nyiur
dan Tol Jambatan Pulau Pinang sejak Mac 2008 sampai sekarang gagal ditunaikan.
Sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak berjasa membina lebuhraya
bertol pun sanggup menghapuskan Tol Sg Besi dan Tol Batu 9 Cheras-Kajang kerana
prihatinkan rakyat. PAS pulak tak kisah jilat kahak sendiri bila bercadang bina
lebuhraya bertol 4 lorong bernilai RM1.9 bilion dari Kota Bharu ke Kuala Kerai!
Mana PAS sanggup nak bagi free!
Kerajaan BN berjaya
menasihatkan pengendali-pengendali lebuhraya antaranya PLUS Expressway,
Pro-Lintas, Kesas, Sprint dan Litrak untuk memberikan diskaun-diskaun kepada
pengguna lebuhraya setiap kali musim perayaan sebagai bukti tanggungjawab
sosial korporat (CSR) mereka kepada rakyat! Malah banyak kemudahan disediakan
pihak lebuhraya yang tidak terdapat pada jalan biasa.
Penghapusan tol-tol
di 29 buah lebuhraya akan mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung kos yang
tinggi untuk penyelenggaraan kebersihan dan keselamatan di lebuhraya termasuk
jalan bertar, lampu-lampu dan kawasan R n R. Jadi mana kerajaan nak korek duit?
Nak pakai semua duit pembayar cukai baiki jalan-jalan berlubang dan lampu
rosak? Itu kerja bodoh, tak ekonomik memang bengap PR ni!
Selama ini duit-duit
kutipan tol itulah yang digunakan untuk menanggung kos penyelenggaraan termasuk
membayar gaji pekerja-pekerja lebuhraya, kontraktor-kontraktor penyelenggara
serta membayar dividen tahunan kepada para pemegang saham konsesi. Siapa nak
tanggung sara hidup dan bayar pampasan jika mereka ini semua hilang pendapatan
akibat penutupan tol ? Adakah PR boleh menjamin kerja alternatif kepada mereka
semua? Berapa bilion ringgit pulak duit rakyat yang PR nak perabiskan untuk
bayar pampasan pengambilan tol?
Kerajaan Malaysia
setiap tahun pasti mengutip cukai dari pengendali-pengendali lebuhraya bertol.
Hasil kutipan cukai ini digunakan membangunkan pelbagai kemudahan seperti
jalanraya, sekolah, rumah ibadat, subsidi petrol, bahan makanan dan biasiswa.
PR hanya janji kosong, hasilnya tak pernah ada langsung, tapi bab mentekedarah
hasil orang lain merekalah paling gelojoh!
PR akan menggunakan
dana-dana kerajaan dalam Khazanah Nasional, KWSP, Petronas atau rezab Bank
Negara untuk membayar pampasan kepada pemegang konsesi, penyelenggara dan
pekerja-pekerja lebuhraya bertol.
Memang idea bengap
lagi bangang! Bab nak pelahap duit negara memang PR pakar konon nak jaga
kebajikan rakyat, tapi bab nak jana duit PR memang hampeh. Bayangkan kalau
rezab dana-dana kerajaan ini habis atau semakin susut, datang pulak masalah
kemelesetan ekonomi habis semuanya akan lingkup. Terpaksalah kerajaan pinjam
duit dari luar negeri macam dari Bank Dunia dan IMF. Nak pinjam mesti cagar dan
gadai janji itu dan ini pada peminjam asing. Ekonomi negara akan terikat, tidak
bebas sebaliknya dikawal asing. Kerajaan serata dunia berlumba nak tingkatkan
rezab negara, puak fuckatan pulak pelahap nak perabis duit negara!
Tak heran bila
fuckatan marah sangat jika BN menggunakan dana KWSP dan Khazanah Nasional
memberi pinjaman kepada FELDA atau mana-mana GLC untuk tujuan
pembangunan. GLC’s menolak berhutang dana asing kerana mereka tidak mahu
dikawal oleh mereka kerana mengenakan faedah yang tinggi. Memang patut pun
Fuckatan takut bila dana KWSP dan Khazanah habis, susahlah mereka nak balun
duit negara jika berjaya perintah Malaysia nanti. Diorang ingat duit negara ni
duit mak bapak mereka! Baru bayar cukai sikit dah nak berlagak macam puak
mereka saja yang bayar cukai!
Kerajaan BN sungguh
zalim, tetap mengutip tol sepatutnya semuanya free!
Kepala hotak punya
PR, zalim apa kejadahnya? Mana ada benda free kat dunia ni. Nak masuk syurga
pun kena belanjakan duit! Tu yang kita bayar zakat, pergi haji, sedekah sana sini
tu semuanya pakai duit bukan air liur je. Jangan ingat bagi tol free dah jamin
masuk syurga. Bayangkan beribu-ribu rakyat Malaysia terpaksa dibuang kerja
gara-gara penutupan tol! Mereka yang tertindas ini akan berdemonstrasi ganas
menentang PR pula!.
Kalau macam tu,
pemimpin PR janji kosong dan kuat menipu lah?
Memang pun, dasar
Penipu Rakyat. Janji kosong yang mereka sendiri mustahil melaksanakannya tapi
kerana geletik nak undi dan kemaruk kuasa, sanggup menipu!!!
No comments:
Post a Comment