Pakatan Pembangkang Bakal Bangkrapkan Negara
Pakatan Rakyat (PR) nekad ambilalih
konsesi tol yang meraih keuntungan melampau tetapi membebankan rakyat, bermula
dengan konsesi lebuhraya Maju Express (MEX) jika menawan Putrajaya.
Mengapa MEX yang pertama? Sebabnya
mudah, kerana ia adalah akses lebuhraya yang kurang sesak tapi bernilai tinggi menghubungkan Kuala
Lumpur ke Putrajaya. Pengambialihan MEX akan memudahkan para kontraktor kroni fuckatan memonopoli tanah sekitar
MEX untuk dibangunkan dengan pelbagai projek
mewah. Selama ini terdapatnya perjanjian melarang sebarang pembangunan di kawasan rezab bukit, hutan dan
tanah kerajaan di beberapa kawasan tepi MEX. Sebarang pembangunan pesat akan
menjejaskan penduduk dan kualiti alam sekitar di Bukit Jalil, Seri Kembangan,
Puchong dan Putrajaya! Tapi kerana nakkan persen dan imbuhan besar dari pemaju
kroni, fuckatan sanggup tipu rakyat
atas nama kebajikan konon!
Tony Pua si Setiausaha Publisiti
DAP cakap pengambil-alihan MEX akan dilaksanakan mengikut syarat -syarat yang
tertakluk dalam perjanjian konsesi.
Akhirnya mengaku jugak bahawa pengambilalihan MEX akan dilaksanakan mengikut
syarat. Banyak terma syarat yang termaktub dalam perjanjian konsesi lebuhraya
MEX ini dan setiap pihak tidak boleh
mencabuli syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian. Antaranya tempoh pemilikan,
perjawatan, kontrak penyelenggaraan, kutipan tol dan sebagainya. Andaikata ada antara
syarat perjanjian ini dicabuli, maka
pihak pemegang konsesi, para pekerja dan kontraktor yang diberhentikan atau
menerima pampasan yang tidak setimpal boleh mencabar sebarang keputusan di mahkamah dan menyaman pihak yang mencabuli perjanjian konsesi tersebut.
Dalam
isu tol Grand Saga yang dipercumakan
oleh Perdana Menteri, fuckatan menghasut
30 pekerja tol yang kehilangan kerja
kononnnya kerajaan zalim. Nak soal fuckatan; kalau tol MEX dihapuskan, adakah
tiada pekerja-pekerja MEX diberhentikan?
Selama ini kerana ada bayaran tol MEX,
banyak kenderaan mengelak menggunakannya. Bagaimana nanti jika tol dah mula
free dan pemaju kroni diberi izin meneroka tanah sekitarnya? Fuckatan berjanji
jenis tak pakai otak, tapi fikir perut dan bawah perut mereka sahaja! Asyik
bagi alasan syarikat konsesi dah untung berjuta dan dimiliki kroni. Syarikat konsesi untung berjuta pun
tetap bayar gaji pekerja dan jalankan penyelenggaraan, bayar jugak cukai
korporat tahunan pada kerajaan dan CSR pada rakyat! Mereka ada kemahiran dan networking baik dapatlah projek. Fuckatan
pun ada kroni!
PR berjanji akan mengambil alih
semua lebuh raya di Malaysia jika memerintah Malaysia. Keuntungan Petronas,
KWSP dan Khazanah Berhad akan digunakan membiayai pengambilalihan tersebut.
Lagi janji bohong fuckatan yang ghairah menginzalkan nafsu rakyat. Berapa sangat duit GLC-GLC ini. Untung Petronas
dikhabarkan RM90 bilion, KWSP ada RM444.5 bilion. Tu belum masuk Khazanah
Nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Felda, Tabung Haji dan sebagainya.
Tapi relakah kita mengadai simpanan tersebut
semata-mata nak mengikut nafsu tamak, dengki dan rakus pihak chauvinist DAP. Jangan jadi kuli dan barua DAP la!
Tu fuckatan belum tengok lagi rezab
Bank Negara US$134.326 bilion dan
rezab matawang asing US$19.650 bilion
beb! Semuanya dijana oleh kerajaan BN
selama 55 tahun! Tapi fuckatan
bercita-cita nak merembat kekayaan ni macam harta rampasan perang jika dapat tawan Putrajaya dan melahapnya dalam
masa 100 hari demi memenuhi janji sesat
Buku Jingga. Ingat senang-senang ke GLC’s atau Bank Negara ni nak gadai rezab mereka?
Rakyat akan bangkit membantah bila dana awam rakus disalahguna untuk tujuan politik!
PR berjanji tetap juga mengambil-alih
semua lebuhraya jika menang PRU13
Berapa pulak kos pengambil alihan hampir
50 lebuhraya bertol ye? Kos asal semasa pembinaan lebuhraya-lebuhraya ketika pembinaan dulu seperti
berikut;
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dihubung ke NKVE - RM6 bilion,
Lebuhraya KL-Karak - RM451 juta,
Lebuhraya Damansara-Puchong/LDP - RM1.08 bilion,
Lebuhraya MEX - RM1.08
bilion,
Lebuhraya Grand Saga Kajang-Cheras - RM390 juta,
Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor/LATAR – RM958 juta,
Lebuhraya Pantai Barat
Banting - Taiping - RM7.07 bilion,
Lebuhraya
Timur Barat - RM1.9 bilion,
Lebuhraya Skudai-Johor Bharu - RM1.365
bilion,
Lebuhraya Ampang-Lembah Klang (AKLEH) – RM754 juta,
Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS) – RM1.116 bilion,
Lebuhraya Penyuraian KL
Barat/SPRINT – RM1.5 bilion,
Lebuhraya LKSA – RM750 juta,,
Jambatan Pulau Pinang – RM944 juta,
Jambatan Kedua Pulau Pinang – RM4.5
bilion,
Lebuhraya Kulim-Butterworth – RM944
juta,
Terowong Smart – RM1.8 bilion,
Lebuhraya Kinrara–Damansara (KIDEX) – RM2.2
bilion.
Tak termasuk kos bina Lebuhraya Besraya, SKVE, Guthrie, Link Kedua
Johor – Singapura dan beberapa lagi lebuhraya bertol berskala kecil sedia ada dan yang sedang dibina seperti DASH & SUKE.
Nilai semasa
semuanya melebihi RM50 bilion. Ini tidak termasuk kos pampasan akibat kehilangan pekerjaan, lupus kontrak
penyelenggaraan dan pampasan eletrik kepada TNB. Berapa banyak pula kerajaan akan
kehilangan kutipan tahunan cukai korporat tol. Belum lagi janji palsu fuckatan nak
hapuskan PTPTN, air dan eletrik percuma, petrol murah, makanan murah...semuanya
kerajaan kena tanggung pampasan dan subsidi lebih RM100 bilion setahun!
Alahai fuckatan cukuplah bermimpi dan berdusta. kalau macam ni setahun dah bankrap negara!
No comments:
Post a Comment