Kebebasan
bersuara di Indonesia dan Myanmar lebih baik berbanding Malaysia!
Bagus apa kejadahnya! Kalau bagus
tak de la orang Indon dan Myanmar datang berduyung-duyung masuk secara halal
dan haram untuk bekerja di Malaysia setiap tahun sampai menyusahkan ramai pihak
macam polis, tentera, imigresen dan majikan sendiri. Orang Indonesia terseksa
hidup di negara sendiri lantaran terlalu banyak demonstrasi, pergaduhan etnik
dan agama kerana terlalu bebas bersuara. Pemimpin kaya pulak banyak korupsi
untuk menambah kekayaan.
Jangan bandingkan dengan Myanmar
yang baru dapat kebebasan setelah lama ditekan junta tentera, memang mereka
terlalu teruja setelah dipencilkan sekian lama. Sama juga dengan komunis Vietnam
dan China dulu. Tapi kenapa puak fuckatan nak Malaysia mencontohi demokrasi
Myanmar dan Indonesia… jawapannya kerana kedua-dua negara tersebut mendapat pembiayaan
besar dari dana Yahudi seperti Kondrad Adeneur Foundation (KAF) dan National Endowment
for Democracy (NED) yang sengaja menghuru-harakan negara tersebut demi menguasai
politik dan ekonominya.
Tabung
Haji jual 83,000 hektar ladang sawit di Riau, Indonesia menyebabkan negara rugi
RM3 juta sehari dan menjejaskan pendeposit Tabung Haji.
Kenapa fuckatan sibuk sangat bila
syarikat GLC kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji (T.H) berhasrat nak menjual
aset mereka di Riau bernilai US$900 juta pada PT Borneo milik Robert Kuok.
Sebabnya mereka terliur dengan keuntungan RM3 juta sehari dan US$900 juta beb.
Bayangkan kalau duit RM3 juta dan US$900 juta tu masuk kocek mereka, T.H akan
dijulang setinggi Menara Tabung Haji! Samalah mereka menuduh Felda mengadai
ladang dan tanah rumah peneroka untuk proses penyenaraian FGVH di bursa saham, tapi
akhirnya kantoi menipu!
Tapi betul ke T.H nak jual tanah
mereka di Riau? Maklumat yang sahih dari TH mengumumkan mereka menerima secara
bersyarat daripada syarikat P.T TH Indo Plantation (THIP) untuk menguasai 95%
pegangan ekuiti syarikat perladangan Indonesia tersebut yang mengusahakan 83,879
hektar ladang sawit di Riau, Indonesia. Pelaburan ini Insya Allah akan
melonjakkan keuntungan T.H jika diusahakan dengan baik dan ikhlas pasti akan menguntungkan
para pendeposit, tambahan lagi harga sawit tinggi buat masa ini. Bila dah
untung bolehlah T.H beri dividen dan faedah tahunan yang tinggi dengan
mengekalkan subsidi kos pada jemaah haji. Macam tahun lepas pendeposit dapat
bonus 6%. Tak syukurkah lagi ke wahai umat Islam pergi haji kosnya murah dan
dijaga segala kebajikan mereka oleh kerajaan. Duduk pulak di hotel mewah milik
Felda betui-betui di depan Kaabah…fuh… masya Allah! Kalau bagi pada puak-puak
fuckatan yang jahil ekonomi, memang berniaga buat koperasi pun rugi! Oppss lupa…fakta maklumat ini tidak didedahkan
atau disiarkan oleh fuckatan, takut lari sokongan rakyat yang jahil beb!
Wang
rakyat digunakan untuk membeli aset. Lebuhraya MEX dijual dengan harga RM1.7
bilion kepada vendor Proton dan Perodua; EP Manufacturing Berhad (EPMB) oleh
Maju Holding Sdn Bhd, sedangkan harga asal pembinaan RM1.08 bilion!
Tuduhan kononnya kerajaan jual
badan korporat untuk menjana wang pilihanraya adalah tuduhan liar yang tak
berasas hanya ikut sedap mulut kerana diarahkan oleh para chauvinist rasis DAP
yang opportunis lagi tamak dan dengki. Kalau kerajaan membeli sesuatu aset dari
duit rakyat pun apa salahnya. Lebih baik pakai duit rakyat dari pakai duit
yahudi atau duit IMF dan duit Bank Dunia.
Hukum perniagaan mesti ada untung
rugi. Orang yang menjual tentu nak untung dan setiap barangan yang berguna
tentu akan meningkat harga pasarannya. Samalah macam harga aset lebuhraya atau
bangunan, mestilah meningkat ikut tahun semasa. Hukum ekonomi mudah macam ni
pun fuckatan tak tahu patutlah pembangunan ekonomi negeri di bawah jajahan regim
mereka terbantut! Maju Holding Sdn Bhd adalah syarikat Malaysia yang membayar
cukai tahunan korporat pada kerajaan walaupun untung jual MEX dapat RM620 juta.
EP Manufacturing juga syarikat Malaysia. Jadi apa masalahnya jika
syarikat-syarikat Malaysia menguasai ekonomi negara? Bukan duit mengalir keluar
ke tangan syarikat asing pun, bahkan tiada pekerja MEX dibuang kerja dengan
penjualan tersebut!
Kerajaan
gagal mengawal kenaikan harga barangan kerana perniagaan dimonopoli kroni
Kenaikan harga barangan di seluruh
dunia ditentukan oleh kuasa pasaran. Namun kerajaan sentiasa mengambil inisiatif
mengawal harga dari terus meningkat dengan menambah subsidi, penguatkuasaan dan beberapa inisiatif menubuhkan
Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia (K1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M),
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Saham 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
dan sebagainya. Fuckatan kata semuanya rasuah politik, tetapi adakah janji manismu fuckatan bukan rasuah
politik? Disebabkan rasuah politiklah banyak janji fuckatan tidak dapat
dilaksanakan kerana Allah sendiri tak memberkatinya!
Tak ada sebab rakyat tidak tahu
maklumat sahih dan tepat dari media-media atau berusaha mengambil tahu.
Janganlah selalu baca tabloid yang menyebarkan fitnah dan benci…opsss lupa…
mengetahui dan menerima kebenaran itu satu dosa tidak terampun bagi puak-puak
fuckatan. Itulah banyak sangat maki hamun dan fitnah orang siang malam tapi kedarah
jugak segala nikmat yang diberikan kerajaan. Ni memang jenis manusia yang tak
tahu bersyukur dan kufur nikmat!. Kalau mereka dapat memerintah, alamatnya hancur
negara, bangsa dan agama! (Nauzubillah semoga Allah mengagalkan niat jahat
fuckatan tersebut…amin)
Puak fuckatan dah meroyan sebab
takde lagi modal untuk pembangunan ekonomi rakyat dan negara. Yang ada dalam
benak fikiran mereka ialah bagaimana nak habiskan duit-duit simpanan dan rezab
kerajaan dalam Petronas, KWSP, Khazanah Nasional, Felda, Tabung Haji dan
sebagainya untuk mempercumakan segala-galanya. Sambil tu hari-hari tabur fitnah
dan maki hamun. Bengap nak menjana kewangan negara, hanya tahu bagaimana nak jual
balak-balak, pasir dan tanah dengan harga mahal ke negara jiran! Tidak pun
memajak dan menjual tanah-tanah ke tokey-tokey Singapore atas alasan bina ladang
rakyat tetapi hakikatnya semua balak dan tanah habis dikebas oleh pemimpin fuckatan
yang korup! Bila alam sekitar dah rosak
mula salahkan kerajaan. Tapi untuk cover
line mereka terjerit-jerit jadi jaguh alam sekitar dan bumi hijau. Alahai!