Monday 18 August 2014

WAN AZIZAH DAN AZMIN ALI TAK BOLEH JADI MB #SELANGOR??

Isu perlembagaan Negeri Selangor 

Siapakah yang bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sememangnya menarik. Walauapapun, kita perlu merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor (UUTNS) untuk mencari jawapannya.

Menurut pendapat pengamal undang undang iaitu tiada satu perenggan pun di dalam UUTNS yang menyatakan bahawa seorang menteri besar itu perlu lahir dan membesar di Negeri Selangor. Ianya merupakan satu “convention” yang difahami oleh semua orang. Tetapi dari sudut undang-undang kita perlu sedar bahawa di dalam Perkara 51 UUTNS telah dinyatakan syarat-syarat untuk seseorang itu layak untuk menjadi Menteri Besar di Negeri Selangor. 

Perkara 51 UUTNS menyatakan bahawa hanya Yang Amat Mulia Paduka Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar. Perkara 51 (2) pula menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu hendaklah dari bangsa Melayu dan beragama Islam. 

Tidak dinyatakan pula di dalam mana-mana peruntukkan bahawa hanya “anak kelahiran Selangor” sahaja yang berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar. Tetapi ianya boleh dikira sebagai pilihan Sultan bahawa Menteri Besar yang ingin dilantik oleh Baginda mestilah rakyat yang lahir di dalam negeri Selangor. Perkara yang sama juga tertakluk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, hanya Islam & Melayu sahaja yang dinyatakan.



Namun apa yang menarik di dalam UUTNS ialah perenggan dibawah Perkara 53 (3) dimana ia menyatakan bahawa Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara “naturalisasi” dan juga kewarganegaraan mengikut Perkara 17 Perlembagaan Malaysia. 



Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (yang telah dipinda) menyatakan kewarganegaraan seseorang semasa beliau sedang bermastautin di Malaysia ketika hari merdeka 31 Ogos 1957. 

Terma “naturalisasi” mempunyai banyak penterjemahan. Kebanyakkan negara yang mengambil pendekatan bahawa sekiranya seseorang itu lahir di negara lain dan berdaftar sebagai warganegara mereka akan dikira sebagai warganegara yang telah di”naturalisasi”kan. Naturalisasi berlaku samada dengan tindakan ataupun dengan tiada tindakan. Contohnya apa yang berlaku di Soviet Union (USSR) yang merupakan satu empayar besar sebelum berakhirnya Perang Dingin. Seorang rakyat Soviet Union yang lahir di Uzbekistan tetapi setelah USSR berpecah beliau menetap di Turkemenistan. Maka beliau di neutralisasikan di Turkemenistan yang merdeka dan menjadi rakyat di sana. Orang ini dikira sebagai warganegara yang telah di”neutralisasi”. 

Perkara yang sama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu apabila perpecahan berlaku sebelum dan selepas pembentukkan Malaysia. Kita semua tahu bahawa Brunei dan Singapura adalah kedua-duanya pernah atau ingin menganggotai Persekutuan Malaysia. Sekiranya rakyat yang lahir di negara-negara ini ingin menjadi warganegara, mereka akan melalui satu proses Naturalisasi yang membenarkan mereka untuk menjadi warga Malaysia yang sah.

Jabatan Pendaftaran Malaysia juga telah menetapkan bahawa warganegara yang yang datang dari proses seperti ini ditandakan sebagai nombor 71 di dalam kad pengenalan mereka. Bukan kerana diskriminasi, tetapi mungkin ada atas sebab-sebab keselamatan tindakan ini dilaksanakan. No 71 juga ditandakan kepada semua warganegara Malaysia yang lahir di luar negara.


Berbalik kepada isu diatas, kedua-dua “calon Menteri Besar” ini mempunyai nombor 71 tertera di dalam kad pengenalan mereka. Mereka adalah produk naturalisasi kewargaan negara. Kita sudah mengetahui bahawa perlantikkan Menteri Besar Selangor perlu mematuhi UUTNS dan juga perkenan Yang Amat Mulia Sultan Selangor. Apakah perlantikkan pada kali ini bakal melanggar bukan sahaja UUTNS dan juga bakal mengundang murka Sultan dengan membelakangkan pilihan baginda?

-pemikir

Friday 15 August 2014

TENG MULA BUKA PEKUNG DALAM PENTADBIRAN S’GOR



Teng Chang Khim
Dr Halimah Ali disifatkannya sebagai “tidak boleh dipercayai dan munafik”
(Malaysiakini) – Krisis politik Selangor memasuki episod baru hari ini apabila bekas exco Datuk Teng Chang Khim mula membuka pekung dalam pentadbiran Selangor dengan melancarkan serangan ke atas anggota exco PAS yang masih setia pada Tan Sri Khalid Ibrahim.
Beliau mensasarkan serangannya pada exco hal ehwal pendidikan, Dr Halimah Ali yang disifatkannya sebagai “tidak boleh dipercayai dan munafik” kerana didakwa berpura-pura tidak tahu mengenai rancangan Khalid untuk membubar DUN.
Tidak cukup dengan itu, beliau juga membangkitkan isu pemberian peruntukan untuk sekolah persendirian Cina di Selangor yang didakwanya dilengah-lengahkan oleh anggota exco tersebut.
Dakwanya, bermula dari tahun 2009, empat sekolah Cina persendirian di Selangor mendapat peruntukan automatik dari kerajaan negeri sebanyak RM2 juta setiap tahun.
Namun bermula tahun ini, dakwanya, sekolah-sekolah itu diminta mengisi borang untuk mendapat peruntukan tersebut dan dikenakan pelbagai syarat.
“Ada beberapa contoh sebelum ini, antaranya sekolah-sekolah Cina persendirian dijanjikan peruntukan (dari kerajaan negeri) tetapi beliau melengah-lengahkan pemberian peruntukan itu,” kata Teng.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan Halimah pagi ini yang mendakwa tidak tahu menahu tentang kenyataan Teng berkenaan pembubaran DUN.
Teng semalam mendakwa beliau mendapat ‘khabar’ dari sumber tertinggi yang Khalid akan membubarkan DUN dalam masa terdekat.
“Saya tidak tahu menahu tentang perkara itu,” kata Halimah sewaktu ditemui wartawan pagi tadi sebelum memasuki pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

RMK : Mcm mane nak ade pakatan kalo antara parti-parti di dalamnya pon tak boleh nk sepakat?
lepas ni ape lagi la pekung yg akan dibuka lagi..kite tungguuu~

Monday 11 August 2014

bang non speechless sultan selangor kekalkan @khalid_ibrahim mb #selangor


Datuk Seri Anwar Ibrahim terkedu sejurus selepas Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu bahawa sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasannya bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Dalam reaksi segeranya di Twitter, Anwar menjawab tweet sebuah portal berita yang melaporkan perkembangan itu, hanya dengan menulis dua tanda soal “??”.

Menjawab soalan sultan, Khalid hari ini menjelaskan, di sebalik pemecatannya daripada PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti anggota dewan negeri.

Justeru, kata Khalid, sultan berpuas hati dengan penjelasan yang dipersembahkan dan selanjutnya memperkenannya terus memegang jawatan menteri besar.

sumber 


aiyoyo~~


Tuanku Perkenan @Khalid_ibrahim Kekal MB #Selangor #MBcrisis

TERKINI – Isu MB Selangor: Tuanku Perkenan Khalid Kekal MB Selangor


Berikut merupakan sidang media oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Selepas Mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor berhubung kedudukan beliau sebagai MB Selangor. Mesyuarat itu turut dihadiri Sultan Selangor.


Sultan Selangor memperkenankan MB Terus Menjalankan Tugas sebagai Menteri Besar Selangor.


Khalid Memperjelaskan Bahawa beliau Masih Memperoleh Kepercayaan Dewan DUN walau di Pecat Dalam PKR. Oleh itu, sehingga ada perkembangan baru beliau masih MB dan akan menjalankan tugas dan amanah rakyat Seperti Biasa.


Selain itu, Exco Kerajaan Negeri sedia ada akan dikekalkan dan beliau akan bertemu dengan semua Exco dalam masa terdekat.


Menurut Majlis Dewan Diraja Selangor, pentadbiran Negeri ditadbir Oleh Menteri Besar dan dibantu oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan bukannya oleh parti politik, Oleh itu, tiada masalah atau kekurangan ketetapan dalam membuat sesuatu Keputusan Kerajaan Negeri.

Beliau juga akan mempertimbangkan tawaran PAS supaya menjadi ahli parti tersebut.


Berhubung mesyuarat kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan empat exco dari Pas. Katanya, itu sudah memadai baginya untuk beliau mengadakan mesyuarat kerajaan negeri walaupun tanpa exco dari PKR dan DAP. Ini berdasar tatacara Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.


Berhubung lain-lain Exco yang tidak mengikut tatacara Artikel 52.2B, mereka dinasihatkan untuk melepaskan jawatan. Beliau akan menemu bual setiap Exconya esok bagi mengetahui sokongan mereka.




P/S : ape next move abg non? ngeh ngeh ngeh..


Kembalikan mandat kepada rakyat


Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang menyokong Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sepanduk bantahan terhadap tindakan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang memecat MB Selangor itu sewaktu berlangsungnya Forum Krisis Selangor berkaitan MB Selangor Belot Pakatan? yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

EPISOD perebutan kerusi Menteri Besar (MB) Selangor sampai kemuncaknya apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan memecat penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti tersebut.

Keputusan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan sebaliknya sudah dijangka sejak awal lagi apabila isu ini tercetus. Ia memandangkan ramai pihak amat memahami seni politik dalam PKR apabila sesuatu tindakan itu melibatkan impian pemimpin kanan mereka, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun mendapat sokongan padu daripada Pas yang tetap mahu Abdul Khalid kekal, namun PKR mengambil langkah songsang tersebut dengan pelbagai hujah memualkan.

Dakwaan ke atas Abdul Khalid yang bertujuan bagi 'menghalalkan' pemecatan beliau, bukan sahaja boleh dipertikaikan malah boleh dianggap sekadar alasan sahaja.

Sebagai contoh, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengatakan, mereka turut mengambil kira keingkaran Abdul Khalid terhadap keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan proses perbincangan mengenai projek Langat 2, kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Selangor. Abdul Khalid juga didakwa ingkar kerana meneruskan projek Lebuhraya Kidex walaupun parti mengarahkan beliau mengkaji semula projek tersebut.

Persoalannya, kalaulah semua tindakan Abdul Khalid itu dilihat tidak betul dan tidak wajar kenapakah kepimpinan Pas di semua peringkat tertingginya termasuk Majlis Syura Ulama menentang sekeras-kerasnya penyingkiran beliau?

Kenapakah PKR tidak berunding terlebih dahulu dengan Pas bagi membentangkan hujah-hujah tersebut terutamanya sebelum memulakan `Langkah Kajang' yang difahamkan Pas langsung tidak tahu menahu.
Pas hanya diseret untuk terlibat sama dalam kemelut perebutan kerusi MB apabila PKR memerlukan sokongan bagi membolehkan perancangan politik yang disusun oleh Anwar terutamanya bagi melantik isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menduduki jawatan itu tercapai.

Oleh itu, PKR tidak perlulah memberikan alasan yang dianggap sengaja direka bagi memenuhi nafsu politik pemimpin-pemimpinnya. Apatah lagi dalam kes melibatkan Abdul Khalid, beliau langsung tidak diberi keadilan yang selama ini kononnya menjadi pegangan parti tersebut.
Kalau benar mereka mahu memberi keadilan, mengapakah Abdul Khalid tidak pernah dipanggil memberi penjelasan di hadapan ahli-ahli Majlis Presiden Pakatan Rakyat kenapa beliau tidak mematuhi arahah yang diberikan?

Satu lagi, kenapakah Abdul Khalid didesak meletakkan jawatan serta-merta sedangkan beliau mempunyai tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan? Apakah ini bermakna kepimpinan PKR hanya bersandiwara dengan memberikan tempoh itu?

Tetapi tiada apa yang harus dihairankan apabila PKR dikaitkan dengan sandiwara kerana selama kewujudannya sudah banyak sandiwara dipertontonkan oleh pemimpin-pemimpin parti itu.
Namun begitu apa yang menjadi persoalannya besar sekarang, apakah dengan menggantikan Abdul Khalid dengan Wan Azizah, ia boleh memberikan jaminan rakyat Selangor tidak akan menyaksikan lagi perebutan kuasa memerintah negeri itu yang dicetuskan oleh PKR.

Benarkah Wan Azizah mendapat sokongan majoriti pemimpin dan ahli PKR bagi menduduki jawatan tersebut? Kalau betul kenapakah wujud desakan supaya Azmin Ali turut disenaraikan sebagai calon MB Selangor? Sepatutnya situasi itu adalah isyarat bahawa politik Selangor tetap tidak akan aman selagi PKR terus diberi ihsan oleh Pas untuk menduduki kerusi MB.

Oleh itu mahu tidak mahu, suka atau tidak, kalau benarlah PKR begitu yakin bahawa penyingkiran Abdul Khalid adalah demi kesejahteraan rakyat Selangor, maka mereka juga perlu bersikap terbuka menyerahkan kembali mandat kepada rakyat membuat keputusan dengan meletakkan Wan Azizah sebagai 'panglima perang' bagi menggantikan Abdul Khalid.

Biarlah rakyat Selangor menentukan adakah benar mereka mahu Wan Azizah menjadi MB mereka dan terus bersedia menyokong pakatan pembangkang. Pada masa ini, apa yang dilakukan oleh kepimpinan PKR adalah tidak adil apabila mereka memaksa rakyat mengikut setiap rentak dan perancangan politik parti itu biarpun ia cukup memalukan.

Tindakan secara sengaja bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan sudah membuktikan bagaimana rakyat Selangor dipaksa untuk melayani nafsu politik pemimpin-pemimpin PKR.

Oleh itu sudah sampai masanya, politik songsang ini diletakkan noktahnya. Ia hanya boleh dilakukan jika Abdul Khalid memberikan pandangan kepada Sultan Selangor untuk membubarkan DUN bagi membolehkan sebuah pilihan raya negeri diadakan.

Sememangnya kita tidak menafikan pilihan raya kecil itu akan memakan belanja mencecah RM50 juta dan satu pembaziran kepada wang rakyat tetapi itu sahaja caranya bagi menghentikan kegilaan pemimpin-pemimpin PKR berpolitik.

Hanya rakyat Selangor berhak menentukan nasib negeri mereka dan bukannya orang lain apatah lagi seorang MB yang bukan anak jati negeri itu. Mereka tidak harus selama-lamanya dipaksa menyaksikan satu demi satu sandiwara politik yang direka oleh pemimpin-pemimpin PKR.

Apabila pilihan raya diadakan, kita menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh rakyat tetapi buat masa ini, adalah tidak wajar jika penyingkiran Abdul Khalid diterima sebagai satu amalan demokrasi dan hak mutlak sesebuah parti.

Ini kerana Abdul Khalid tidak melakukan apa-apa yang menyusahkan rakyat atau menyebabkan Selangor muflis, sebaliknya tindakan yang beliau lakukan sepanjang mentadbir negeri itu adalah demi masa depan rakyat.

Tetapi malangnya, bukan itu yang dimahukan oleh pemimpin-pemimpin PKR. Yang mereka mahukan Abdul Khalid terus mengikut rentak mereka berpolitik termasuklah dengan Kerajaan Pusat. Bayangkanlah kalau Abdul Khalid yang tidak mempunyai apa-apa kaitan kekeluargaan dengan mana-mana pemimpin-pemimpin utama PKR boleh dipaksa berbuat demikian sehingga dipecat, bagaimana kalau pemimpin yang menjadi MB mempunyai hubungan tersebut?

Seperkara lagi, kalau Abdul Khalid boleh dipaksa untuk tunduk dengan perancangan politik PKR biarpun apa yang beliau laksanakan demi kepentingan rakyat, bagaimana kalau pemimpin lain khususnya daripada Pas menduduki jawatan itu, apakah jaminan bahawa tiada amalan politik gertak menggertak dilakukan termasuklah ancaman mengadakan undi tidak percaya di DUN?

Sebab itulah, dalam menyelesaikan konflik politik di Selangor yang tercetus akibat kerakusan dan kegilaan pemimpin-pemimpin PKR meraih kuasa, cara terbaik adalah kembali mandat kepada rakyat, jika benar pakatan pembangkang memperjuangkan rakyat dan begitu mempertahankan prinsip 'suara rakyat adalah suara keramat'.