Showing posts with label Menteri Besar. Show all posts
Showing posts with label Menteri Besar. Show all posts

Monday 18 August 2014

WAN AZIZAH DAN AZMIN ALI TAK BOLEH JADI MB #SELANGOR??

Isu perlembagaan Negeri Selangor 

Siapakah yang bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sememangnya menarik. Walauapapun, kita perlu merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor (UUTNS) untuk mencari jawapannya.

Menurut pendapat pengamal undang undang iaitu tiada satu perenggan pun di dalam UUTNS yang menyatakan bahawa seorang menteri besar itu perlu lahir dan membesar di Negeri Selangor. Ianya merupakan satu “convention” yang difahami oleh semua orang. Tetapi dari sudut undang-undang kita perlu sedar bahawa di dalam Perkara 51 UUTNS telah dinyatakan syarat-syarat untuk seseorang itu layak untuk menjadi Menteri Besar di Negeri Selangor. 

Perkara 51 UUTNS menyatakan bahawa hanya Yang Amat Mulia Paduka Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar. Perkara 51 (2) pula menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu hendaklah dari bangsa Melayu dan beragama Islam. 

Tidak dinyatakan pula di dalam mana-mana peruntukkan bahawa hanya “anak kelahiran Selangor” sahaja yang berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar. Tetapi ianya boleh dikira sebagai pilihan Sultan bahawa Menteri Besar yang ingin dilantik oleh Baginda mestilah rakyat yang lahir di dalam negeri Selangor. Perkara yang sama juga tertakluk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, hanya Islam & Melayu sahaja yang dinyatakan.



Namun apa yang menarik di dalam UUTNS ialah perenggan dibawah Perkara 53 (3) dimana ia menyatakan bahawa Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara “naturalisasi” dan juga kewarganegaraan mengikut Perkara 17 Perlembagaan Malaysia. 



Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (yang telah dipinda) menyatakan kewarganegaraan seseorang semasa beliau sedang bermastautin di Malaysia ketika hari merdeka 31 Ogos 1957. 

Terma “naturalisasi” mempunyai banyak penterjemahan. Kebanyakkan negara yang mengambil pendekatan bahawa sekiranya seseorang itu lahir di negara lain dan berdaftar sebagai warganegara mereka akan dikira sebagai warganegara yang telah di”naturalisasi”kan. Naturalisasi berlaku samada dengan tindakan ataupun dengan tiada tindakan. Contohnya apa yang berlaku di Soviet Union (USSR) yang merupakan satu empayar besar sebelum berakhirnya Perang Dingin. Seorang rakyat Soviet Union yang lahir di Uzbekistan tetapi setelah USSR berpecah beliau menetap di Turkemenistan. Maka beliau di neutralisasikan di Turkemenistan yang merdeka dan menjadi rakyat di sana. Orang ini dikira sebagai warganegara yang telah di”neutralisasi”. 

Perkara yang sama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu apabila perpecahan berlaku sebelum dan selepas pembentukkan Malaysia. Kita semua tahu bahawa Brunei dan Singapura adalah kedua-duanya pernah atau ingin menganggotai Persekutuan Malaysia. Sekiranya rakyat yang lahir di negara-negara ini ingin menjadi warganegara, mereka akan melalui satu proses Naturalisasi yang membenarkan mereka untuk menjadi warga Malaysia yang sah.

Jabatan Pendaftaran Malaysia juga telah menetapkan bahawa warganegara yang yang datang dari proses seperti ini ditandakan sebagai nombor 71 di dalam kad pengenalan mereka. Bukan kerana diskriminasi, tetapi mungkin ada atas sebab-sebab keselamatan tindakan ini dilaksanakan. No 71 juga ditandakan kepada semua warganegara Malaysia yang lahir di luar negara.


Berbalik kepada isu diatas, kedua-dua “calon Menteri Besar” ini mempunyai nombor 71 tertera di dalam kad pengenalan mereka. Mereka adalah produk naturalisasi kewargaan negara. Kita sudah mengetahui bahawa perlantikkan Menteri Besar Selangor perlu mematuhi UUTNS dan juga perkenan Yang Amat Mulia Sultan Selangor. Apakah perlantikkan pada kali ini bakal melanggar bukan sahaja UUTNS dan juga bakal mengundang murka Sultan dengan membelakangkan pilihan baginda?

-pemikir

Friday 15 August 2014

TENG MULA BUKA PEKUNG DALAM PENTADBIRAN S’GOR



Teng Chang Khim
Dr Halimah Ali disifatkannya sebagai “tidak boleh dipercayai dan munafik”
(Malaysiakini) – Krisis politik Selangor memasuki episod baru hari ini apabila bekas exco Datuk Teng Chang Khim mula membuka pekung dalam pentadbiran Selangor dengan melancarkan serangan ke atas anggota exco PAS yang masih setia pada Tan Sri Khalid Ibrahim.
Beliau mensasarkan serangannya pada exco hal ehwal pendidikan, Dr Halimah Ali yang disifatkannya sebagai “tidak boleh dipercayai dan munafik” kerana didakwa berpura-pura tidak tahu mengenai rancangan Khalid untuk membubar DUN.
Tidak cukup dengan itu, beliau juga membangkitkan isu pemberian peruntukan untuk sekolah persendirian Cina di Selangor yang didakwanya dilengah-lengahkan oleh anggota exco tersebut.
Dakwanya, bermula dari tahun 2009, empat sekolah Cina persendirian di Selangor mendapat peruntukan automatik dari kerajaan negeri sebanyak RM2 juta setiap tahun.
Namun bermula tahun ini, dakwanya, sekolah-sekolah itu diminta mengisi borang untuk mendapat peruntukan tersebut dan dikenakan pelbagai syarat.
“Ada beberapa contoh sebelum ini, antaranya sekolah-sekolah Cina persendirian dijanjikan peruntukan (dari kerajaan negeri) tetapi beliau melengah-lengahkan pemberian peruntukan itu,” kata Teng.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan Halimah pagi ini yang mendakwa tidak tahu menahu tentang kenyataan Teng berkenaan pembubaran DUN.
Teng semalam mendakwa beliau mendapat ‘khabar’ dari sumber tertinggi yang Khalid akan membubarkan DUN dalam masa terdekat.
“Saya tidak tahu menahu tentang perkara itu,” kata Halimah sewaktu ditemui wartawan pagi tadi sebelum memasuki pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

RMK : Mcm mane nak ade pakatan kalo antara parti-parti di dalamnya pon tak boleh nk sepakat?
lepas ni ape lagi la pekung yg akan dibuka lagi..kite tungguuu~

Monday 11 August 2014

Tuanku Perkenan @Khalid_ibrahim Kekal MB #Selangor #MBcrisis

TERKINI – Isu MB Selangor: Tuanku Perkenan Khalid Kekal MB Selangor


Berikut merupakan sidang media oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Selepas Mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor berhubung kedudukan beliau sebagai MB Selangor. Mesyuarat itu turut dihadiri Sultan Selangor.


Sultan Selangor memperkenankan MB Terus Menjalankan Tugas sebagai Menteri Besar Selangor.


Khalid Memperjelaskan Bahawa beliau Masih Memperoleh Kepercayaan Dewan DUN walau di Pecat Dalam PKR. Oleh itu, sehingga ada perkembangan baru beliau masih MB dan akan menjalankan tugas dan amanah rakyat Seperti Biasa.


Selain itu, Exco Kerajaan Negeri sedia ada akan dikekalkan dan beliau akan bertemu dengan semua Exco dalam masa terdekat.


Menurut Majlis Dewan Diraja Selangor, pentadbiran Negeri ditadbir Oleh Menteri Besar dan dibantu oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan bukannya oleh parti politik, Oleh itu, tiada masalah atau kekurangan ketetapan dalam membuat sesuatu Keputusan Kerajaan Negeri.

Beliau juga akan mempertimbangkan tawaran PAS supaya menjadi ahli parti tersebut.


Berhubung mesyuarat kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan empat exco dari Pas. Katanya, itu sudah memadai baginya untuk beliau mengadakan mesyuarat kerajaan negeri walaupun tanpa exco dari PKR dan DAP. Ini berdasar tatacara Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.


Berhubung lain-lain Exco yang tidak mengikut tatacara Artikel 52.2B, mereka dinasihatkan untuk melepaskan jawatan. Beliau akan menemu bual setiap Exconya esok bagi mengetahui sokongan mereka.




P/S : ape next move abg non? ngeh ngeh ngeh..


Thursday 23 January 2014

Selangor Bakal dpt MB baru?




Nampaknya impian Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor semakin cerah apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang bermesyuarat sebentar tadi memutuskan beliau mengantikan akan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di negeri berkenaan.

Akhbar Sin Chew dalam laporan muka depannya untuk edisi petang hari ini melaporkan mesyuarat yang dipengerusikan Anwar Ibrahim bersetuju dengan pertukaran itu.

Namun, tidak dinyatakan bila majlis pertukaran tersebut akan dilangsungkan dan sebarang pertukaran kepimpinan Menteri Besar perlu mendapat perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu.

Azmin yang merupakan pemimpin politik kelahiran Singapura sebelum ini dilakporkan mempunyai hubungan dingin dengan Khalid.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Azmin dipecat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sebelum itu Khalid membuat kejutan apabila membuat pengumuman untuk mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang akan berlangsung pada April ini.


Keinginan meluap-luap Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor sangat nyata dan jelas terutama selepas pilihan raya umum yang lalu sehingga wujud khabar angin beliau mahu meninggalkan PKR apabila tidak dilantik ke jawatan impiannya itu.

sumber


RMK : Mesti Azmin tgh happy ni...


Thursday 2 January 2014

Gaji Dah Naik Tp KPI X Capai Lagi Pon..

Tahun 2013 baru sahaja melabuh tirainya dan memberi laluan kepada tahun 2014. Macam-macam berlaku spjg tahun 2013 ni sehingga hari ke akhir tahun dgn himpunan RPDM31D di dataran merdeka pada mlm tahun baru yg dikatakan utk memprotes kpd Kerajaan BN ttg kenaikan harga barang2 dan menuntut janji-janji BN dlm manifestonya semasa PRU13 yg lepas.
Duk ckp psl janji-janji x dikota ni ade satu lg janji yg tak dikota tp oleh kerajaan negeri Selangor. Ingat lagi kes isu air negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor janji utk menyelesaikan isu penyatuan asset air Selangor dibawah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) sblm hjg tahun 2013 tp ni da masuk 2014 tp x selesai lg pon..

  


 Ape kes? Gaji MB da naik, KPI x capai lg
 



Xde org nak gi berhimpun utk isu ni plak ke? 

Thursday 28 November 2013

KENAPA GAJI MB SELANGOR LAGI BANYAK DARI GAJI PM NAJIB??


SHAH ALAM - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 Adun berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.    Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.    Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota EXCO kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.
Selanjutnya [di sini]. 


Banyak lagi golongan yang memerlukan bantuan di Selangor. Senang cakap, ramai lagi orang miskin di Selangor. Kenapa perlu kenaikan gaji mendadak? Seronok sungguh jadi wakil rakyat Selangor bawah kerajaan pakatan. Rakyat marhaen melopong saja. Anda nilaikan sendiri pentadbiran mereka. 

Wednesday 3 April 2013

MENJELANG PEMBUBARAN, KHALID IBRAHIM BERALIH ARAH!



Dalam pengumuman pembubaran parlimen siang tadi, PM Najib tersilap sebut tarikh pembubaran. Beliau yang sepatutnya menyebut '3 April 2013' secara tidak sengaja menyebut '3 April 2012'. 





Benar, kesilapan tersebut memang berlaku. Kemudian apa lagi, machai-machai pembangkang yang sudah tiada modal untuk berhujah pun mengambil kesempatan atas kesilapan kecil PM itu untuk spin perkara ini dan mengeluarkan kata-kata kesat untuk memburukkan PM Najib di blog dan laman sosial mereka. 

Namun, Tuhan itu Maha Adil. Apa kata machai terhadap video ini pula?



Memang best. Padan muka machai. Tu laa, jangan kutuk-kutuk. Nanti jadi balik pada kamu.


Tuesday 19 March 2013

KANDUNGAN MEMORANDUM BANTAHAN DATUM JELATEK KEPADA DYMM SULTAN SELANGOR

Sekitar demonstrasi aman petang tadi.





Berikut merupakan kandungan memorandum bantahan Datum Jelatek yang diserahkan kepada Sultan Selangor oleh Barisan Bertindak Datum Jelatek.









Kamonn Khalid. Dah sampai ke Sultan ni. Rakyat dah marah. Sila selesaikan isu ni!

TERKINI! PENYERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP DATUM JELATEK KEPADA MB SELANGOR DAN SULTAN SELANGOR DI SHAH ALAM


Susulan daripada entri RMK sebelum ini [baca sini], satu demonstrasi aman telah diadakan di hadapan Dataran Shah Alam bermula 3.00 petang tadi oleh Barisan Bertindak Datum Jelatek yang terdiri daripada beberapa NGO. Demostrasi ini adalah sebagai tanda protes terhadap projek pangsapuri mewah Datum Jelatek. Seramai kira-kira 200 yang hadir daripada Perkasa, Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Waris Malaya, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (NGO India) dan beberapa NGO lain. Turut hadir adalah Dato' Ismail Kijo (Ketua UMNO Bahagian Ampang), Aziz Hj Deros (Timbalan UMNO Bahagian Ampang), dan Abu Bakar Yahya (YDP Perkasa Selangor). 

Sekitar 3.20 petang, kumpulan ini berarak dari Dataran Shah Alam ke Bangunan SUK untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor. Memorandum telah diterima oleh Pn Norzaton Aini Mohd Kassim, Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor.




Salleh Ahmad, Pengerusi Barisan Bertindak Datum Jelatek (tengah) 




Muka hadapan memorandum bantahan tersebut

Kira-kira jam 3.40 petang kumpulan ini kemudiannya berarak menuju ke Istana Kayangan untuk menyerahkan memorandum sama kepada DYMM Sultan Selangor.




Kumpulan ini bersurai sekitar 4.30 petang tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Mari kita tunggu dan lihat macam mana kerajaan negeri selesaikan isu ni.

Kebangkitan Rakyat Keramat: BADAN BERTINDAK DATUM JELATEK SERAH MEMORANDUM BANTAHAN KE MB SELANGOR DI SUK HARI INI!



NGO Badan Bertindak Datum Jelatek akan menyerahkan memorandum bantahan terhadap projek Datum Jelatek ke Menteri Besar Selangor dan juga kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor hari ini.




Kenapa bantah Datum Jelatek??


KESAN PROJEK DATUM JELATEK KEPADA PENDUDUK DAN BANGSA MELAYU
  1. 1. DUA DARI EMPAT BLOK (A & C) BANGUNAN PANGSAPURI INI TELAH DIBELI OLEH PELABUR ASING SECARA PUKAL (EN-BLOCK). PENJUALAN TERSEBUT DIBUAT DI NEGARA JIRAN – BUKAN DI MALAYSIA. INI BERMAKNA 50% AKAN DIDUDUKI OLEH WARGA ASING.
MENGAPAKAH WARGA ASING DIBENARKAN MEMILIKI KEDIAMAN DI KAWASAN 100% MELAYU?
  1. 2. BAKI DUA BLOK LAGI DI BUKA KEPADA PENDUDUK DI MALAYSIA, 50% DIPERUNTUKAN KEPADA BUMIPUTRA DAN 50% LAGI KEPADA BUKAN BUMIPUTRA.
BUKANKAH KAWASAN TAMAN KERAMAT INI KAWASAN EKSKLUSIF UNTUK BANGSA MELAYU?
  1. 3. SATU UNIT BERHARGA DARI RM700,000 KEPADA RM11.5 JUTA. JELAS SEKALI TIDAK RAMAI MELAYU YANG MAMPU MEMILIKINYA.
ADAKAH INI STRATEGI UNTUK MENSISIHKAN BANGSA MELAYU DARI KAWASAN MELAYU?
  1. 4. KUOTA LOT BUMIPUTRA YANG DITETAPKAN ADALAH YANG TERMURAH, PALING KECIL DAN LOKASI PALING TIDAK STRATEGIK.
APAKAH INI BUKAN SATU PENGHINAAN UNTUK MEMPERLEKEHKAN KEMAMPUAN ORANG MELAYU?
  1. KELUASAN PEMBINAAN PANGSAPURI INI MELEBIHI KAWASAN YANG ADA SEKARANG DAN BERKEMUNGKINAN BEBERAPA UNIT RUMAH BERDEKATAN TERPAKSA DIROBOHKAN. JALAN ENGGANG TERPAKSA DILEBARKAN KEPADA EMPAT LORONG SEBAGAI SALAH SATU SYARAT KELULUSAN PROJEK DATUM JELATEK.
BUKANKAH LEBIH RAMAI ORANG MELAYU TERPAKSA DISISHKAN? ADAKAH PAMPASANNYA SETIMPAL?
APAKAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA?
SANGGUPKAH KITA HANYA MELIHAT KAWASAN & MARUAH KITA DICABULI SEBEGITU RUPA???
BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.
BANGUN DAN BANGKITLAH WAHAI BANGSA KU……..

Dari:
BARISAN BERTINDAK DATUM JELATEK

Tuesday 19 February 2013

MB Selangor Terlalu Prihatin terhadap Rakyat!

MB, kalau nak berlakon prihatin pun agak-agak la. Melampau kurang ajar masuk rumah orang tak buka kasut! Mana adab kau?

Wednesday 10 October 2012

AZMIN VS FAEKAH: BUKTI KRISIS DALAMAN PKR SELANGOR SEMAKIN KRITIKAL


Isu Faekah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang beberapa kali mengecam Timbalan Presiden PKR Azmin Ali secara terbuka bukan perkara baru [baca Faekah Kecam Azmin Secara Terbuka, Krisis PKR Selangor Makin Meruncing].

Terbaru, Faekah mengecam Azmin Ali, berhubung kenyataan Timbalan Presiden PKR itu bahawa 'kepakaran Khalid dalam bidang pentadbiran lebih diperlukan diperingkat kabinet, jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk sebuah kerajaan kelak'. 

"SHAH ALAM: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin adalah 'tukang maki' bagi pihak Tan Seri Khalid Ibrahim, kata Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz. 
Beliau berkata, apa sahaja kenyataan atau kritikan terhadap sesuatu isu, yang tidak dapat dilakukan Khalid, atas kapasitinya sebagai ketua negeri akan disempurnakan Faekah. 
Atas sebab itulah Tun Faisal berkata, Faekah seolah-olah kebal dan dilihat sangat berkuasa membuat kenyataan serta mengutuk mana-mana pemimpin politik yang tidak sebulu dengan majikannya, termasuk dari kalangan pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR). 
“Semua orang tahu yang Faekah sebenarnya buat macam-macam kerja untuk Khalid. Sebab itu ramai yang pertikaikan bagaimana seorang Setiausaha Politik kepada Menteri Besar boleh begitu berkuasa dalam negeri Selangor. 
“Sebelum ini pun orang rasa pelik sebab Faekah boleh mempengerusikan mesyuarat, putuskan itu..putuskan ini..jadi nampak jelaslah hubungan Faekah dengan Khalid lebih daripada Setiausaha Politik..seolah-olah dia menentukan segala-galanya dan dia takkan berani nak menentukan benda itu melainkan kalau sudah mendapat 'lampu hijau' daripada Khalid,” katanya ketika dihubungi AntaraPos. 
Terbaru, Faekah bingkas mengecam Azmin Ali, berhubung kenyataan Timbalan Presiden PKR itu bahawa 'kepakaran Khalid dalam bidang pentadbiran lebih diperlukan diperingkat kabinet, jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk sebuah kerajaan kelak'. 
Azmin secara tidak langsung cuba menyampaikan mesej bahawa khidmat Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sudah tidak diperlukan. 
Kenyataan itu mengundang reaksi Faekah yang mempersoalkan dari manakah Azmin mendapat aspirasi untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu. 
“Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu” kata Faekah. 
Apa yang menghairankan Khalid ketika ditemui AntaraPos di lobi Parlimen minggu lepas berkata, beliau mengambil kenyataan Azmin itu sebagai sesuatu yang positif. 
“Saya baca kenyataan (Azmin) dari sudut positif dan nampaknya saya boleh bekerja dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri,” katanya. 
Mengulas tindakan Azmin mengeluarkan kenyataan sebegitu, Tun Faisal berkata umum mengetahui cita-cita Azmin dalam politik amat besar, iaitu ingin menjadi Menteri Besar bagi sebuah negeri yang terkaya di negara ini. 
“Dari dulu, orang PKR sendiri cakap Azmin memang tidak sebulu dan tidak setuju dengan banyak pendekatan Khalid Ibrahim. Memang kalau kita faham, dia memang bercita-cita nak ada lebih kuasa dalam negeri Selangor sebab lebih banyak benda dia buat untuk keuntungan PKR berbanding Khalid yang dilihat terlalu mengikut kata-kata DAP. 
Tun Faisal berkata melalui pengamatannya, Azmin agak sukar untuk menggoyahkan kedudukan Khalid lantaran mendapat sokongan padu pemimpin DAP Selangor. 
“Khalid Ibrahim nampaknya yang dalam Pakatan sendiri seperti DAP lebih selesa. Itu kita nampak ramai pemimpin-pemimpin DAP lebih rapat kepada Khalid Ibrahim dan mereka akan pertahankan Khalid Ibrahim walau macam mana pun. 
“Azmin kena sedar memang ada sebahagian dalam PKR tidak suka dengan cara dia dan dalam Pakatan sendiri kalau kita tengok tindakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, tindakan DAP, semuanya seolah-olah memberi sokongan kepada Khalid berbanding dia. Jadi Azmin kena sedar bahawa dalam Pakatan dia bukanlah pemimpin yang popular,” ujar beliau. 
Krisis di antara Azmin dan Khalid memuncak apabila Azmin meletakkan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). 
Tindakan itu dikatakan sebahagian daripada usaha Azmin melahirkan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan Khalid menerajui negeri itu. 
Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi negeri itu pada pilihan raya umum 2008. - AntaraPos"


Ini pula reaksi Azmin Ali.


"Azmin Ali dakwa Faekah Husin Terlalu 'Obses' Lempar Kritikan.
KUALA LUMPUR 9 Okt – Akibat kelancangan Setiausaha Menteri Besar Selangor, Faekah Husin petah mengkritik secara obses dan terbuka terhadap kepimpinan PKR.
Oleh itu Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali menegaskan bahawa pentadbiran PKR perlu menguruskan masalah dalaman yang tercetus baru-baru ini.
 “Saya serahkan kepada parti yang menguruskan dan oleh kerana ini masalah pentadbiran, biarlah parti dan setiausaha (agung) melihat pandangan-pandangan yang diberikan anggota parti”katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah mendesak supaya  Setiausaha Menteri Besar Selangor itu meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menjatuhkan maruah dalam PR.
Menurut Borhan, beliau berharap Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengambil tindakan sewajarnya keatas Faekah yang menimbulkan salah faham apabila mengulas mengenai kenyataan Azmin berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.
Sebelum ini,  kontroversi melibatkan Faekah yang terlanjur mengkritik Azmin secara terbuka kerana mengesyorkan Khalid akan dijadikan Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) walaupun beliau (Faekah) tidak memegang sebarang jawatan dalam parti.
Sementara itu, laman sosial Twitter Azmin telah menyifatkan Faekah sebagai seorang yang "kebal" kerana tidak diambil sebarang tindakan oleh pucuk pimpinan PKR. - KLPos"



Kemudian, timbul pula penyokong yang setia mempertahankan Azmin, Mak Lampir Zuraida Kamaruddin [baca Isu MB Selangor: Zuraida Kritik Tindakan Faekah Husin Serang Azmin]

Dan terkini, kedudukan Faekah dijangka dibincangkan dalam mesyurat Biro Politik PKR mingguan malam ini.


"Isu Faekah ke Biro Politik PKR malam ini?
WARTAWAN SINAR HARIAN

10 Oktober 2012

SHAH ALAM - Biro Politik PKR dijangka membincangkan kedudukan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pada mesyuarat mingguannya malam ini.


Sinar Harian Online difahamkan perkara itu akan dibawa ke perhatian Biro Politik susulan permintaan daripada beberapa pemimpin Selangor dan juga Biro Politik negeri agar Faekah dipecat dari jawatannya ekoran komen kepada media mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyentuh kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).



Sumber mengesahkan bahawa surat meminta agar Faekah diambil tindakan telah dihantar kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, semalam.



"Ya, surat sudah dihantar kepada lembaga disiplin menerusi Setiausaha Agung, jadi saya percaya bahawa pejabat Setiausaha Agung akan membawa perkara ini kepada Biro Politik untuk memutuskan sama ada lembaga disiplin perlu mengadakan siasatan atau sebaliknya.



"Kandungan surat ini meminta agar Faekah diambil tindakan disiplin... bentuk tindakan kita serahkan kepada pusat, walaupun ada yang meminta beliau dipecat (sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar)," kata sumber kepada Sinar Harian Online.



Biro Politik dianggotai oleh pemimpin-pemimpin kanan parti. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga lazimnya akan hadir.



Pada sidang media semalam, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kepimpinan parti itu menyerahkan sepenuhnya isu gesaan Faekah dipecat kepada Jawatankuasa Disiplin PKR  untuk dipertimbangkan.



Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berhubung pertikaian itu termasuk desakan yang dibuat Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah pada sidang media kelmarin.



“Saya tiada komen lanjut kerana perkara ini telah diusulkan kepada pihak terlibat untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin,” katanya kepada Sinar Harian.



Malah semalam, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, beliau menyerahkan kepada Setiausaha Agung parti.



“Tiada usul, tiada sebarang keputusan dan sebarang keputusan saya serahkan kepada parti. Oleh kerana ini masalah pentadbiran, biarlah parti dan Setiausaha Agung melihat dan pandangan-pandangan yang diberikan oleh anggota parti,” katanya.



Menurut Borhan, pimpinan parti tidak harus lagi bertolak ansur dengan tindakan Faekah mengkritik Azmin secara terbuka walaupun beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam parti.



Faekah adalah bekas pembantu khas kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Islam sebelum dilantik menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad, yang kini menyandang jawatan Pengarah Komunikasi parti dan Adun Seri Setia."



Krisis dalaman yang tak berkesudahan. Sama-sama kita nantikan kesudahan drama epik ni.



*Baru perintah Selangor dah kucar-kacir. Kalau dapat Putrajaya nanti tak taulah macam mana. Fikir-fikirkanlah wahai rakyat yang bijaksana.