Tuesday 11 February 2014

KRISIS PERLEMBAGAAN DAP À LA UMNO 1988?

Salleh+Said+Keruak
Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak
Timbalan Ketua Umno Sabah


DAP telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi memohon perintah bagi membatalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menahan pengiktirafan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang telah dipilih semula pada 29 September 2013. Pilihan raya semula ini sebenarnya telah diadakan kerana RoS tidak akan mengiktiraf pilihan raya pertama parti itu yang dibuat pada 15 Disember 2012.

Dalam permohonan yang difailkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 22 Januari baru-baru ini, parti itu juga memohon bagi suatu perisytiharan bahawa keputusan RoS adalah tidak sah di sisi undang-undang. Perkara ini ditetapkan untuk sebut kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof pada 11 Mac.

“Kami mengatakan bahawa ROS tidak mempunyai kuasa di bawah Akta Pertubuhan untuk menahan pengiktirafan CEC yang dipilih secara sah,” kata Pengerusi Biro Guaman Kebangsaan DAP, Ahli Parlimen Gobind Singh Deo, di ibu pejabat parti itu di Jalan Pudu.

Sebab mengapa RoS menahan pengiktirafan CEC DAP adalah kerana lebih dari satu dozen surat aduan yang dihantar kepada RoS daripada anggota DAP sendiri dan juga pemimpin-pemimpin parti itu.

Aduan-aduan yang diterima oleh RoS adalah seperti berikut:
  1. Tempoh notis yang tidak mencukupi (tempoh yang sepatutnya adalah 10 minggu, seperti yang diakui oleh Karpal Singh sendiri).
  2. 851 perwakilan yang tidak hadir atau tidak dijemput untuk pemilihan semula apabila mereka layak untuk hadir dan mengundi pada mesyuarat itu.
  3. Terdapat 985 cawangan bila hanya 865 cawangan yang sepatutnya terlibat dalam pilihan raya semula .
  4. Senarai perwakilan yang bertarikh 15 Dis 2012 tidak digunakan seperti yang sepatutnya.
  5. Notis mesyuarat yang sebenar gagal dikeluarkan .
  6. Pilihan raya tidak telus.
  7. Mengesyaki terdapat elemen penipuan.
  8. Keputusan pilihan raya yang mencurigakan.
  9. Manipulasi undi.
Semua tuduhan-tuduhan ini telah dibangkitkan oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin DAP sendiri.

Lim Kit Siang perlu menangani isu-isu ini dan menerangkan bagaimana ianya berlaku dan mengapa tiada apa yang telah dilakukan untuk membetulkan kesilapan ini walaupun telah diminta berbuat demikian berulang kali oleh ROS.
DAP cuba menampakkan bahawa mereka adalah mangsa dalam persengketaan dengan RoS ini sedangkan dari ahli-ahli sehingga kepada pemimpin-pemimpin parti DAP adalah sebenarnya penyebab kepada semua ini, bukan sahaja mereka melanggar undang-undang tetapi berdegil enggan untuk membetulkan kesilapan mereka .

Adakah DAP sengaja mencipta senario yang membolehkan RoS mengambil tindakan terhadap mereka supaya DAP boleh menggunakan simpati masyarakat dan berpura-pura menjadi mangsa penganiayaan dan ketidakadilan?

DAP menuduh RoS sengaja menzalimi parti tersebut. Namun DAP perlu ingat bahawa Umno sendiri tidak dikecualikan daripada mengikuti peraturan, seperti yang berlaku dalam Krisis Umno 1988. Dan apa yang lebih teruk adalah, DAP tidak hanya melanggar peraturan RoS tetapi sebenarnya melanggar perlembagaan parti sendiri.

Pengundi Kajang : Anwar Umpama Lembu Masuk Kandang Kerbau

Source : rakyatnews

Rakyat News

Rata-rata penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang melahirkan kekesalan selepas mengetahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dicalonkan mewakili PKR pada Piliharanraya Kecil (PRK) kawasan tersebut.


Suri rumah, Salabiah Simat, 37, berkata, pemilihan ketua pembangkang itu sebagai calon di situ disifatkan tidak bersesuaian kerana baginya masih ramai lagi pemimpin yang benar-benar berasal dari Kajang berhak menjadi calon.

Rakyat News

"Kenapa dia (Anwar) dipilih? sudah tidak ada lagi calon yang lebih sesuai yang berasal dari kawasan Kajang ini.


"Ataupun sekurang-kurang mengapa tidak pilih sahaja calon yang benar-benar berasal dari Selangor, umum mengetahui Anwar Ibrahim berasal dari Permatang Pauh," katanya kepada RakyatNews di Sungai Kantan di sini hari ini.


Sementara itu, bagi seorang pemandu teksi, Ahmad Fauzi Sharif, 56, kredibiliti Anwar sebagai seorang pemimpin politik perlu dipersoal kerana beliau pernah mengkhianati kerajaan suatu ketika dulu selain niat sebenar beliau ingin bertanding di Kajang.

Rakyat News

"Terus-terang saya katakan saya memang tidak suka Anwar Ibrahim menjadi calon di sini sebab kita tidak tahu apa dalam fikiran dia dan kita risau perkara buruk berlaku kepada penduduk di Kajang.


"Saya anggap dia ni sebagai 'api di dalam sekam' kerana sebelum ini beliau pernah berkhidmat bersama kerajaan tetapi kenapa sekarang beliau orang utama yang menentang kerajaan, apa yang dia mahu sebenarnya," ujarnya.


Bagi kakitangan kerajaan,Mad Yusof Mad Yunos, 60, beliau menyifatkan pencalonan Anwar sebagai calon hanya bersifat strategi bagi menangani masalah dalaman parti.


Katanya, Anwar sepatutnya sedar yang beliau bukan berasal dari Kajang dan tidak seharusnya menjadikan rakyat di Kajang sebagai mangsa permainan politik beliau.

Rakyat News

"Saya mengikuti perkembangan semasa dan apa yang saya nampak pencalonan ini hanya sekadar strategi pembangkang yang dirangka oleh Anwar Ibrahim sendiri.


"Beliau patut sedar dan apa yang boleh saya definisikan sebagai 'seperti lembu masuk ke kandang kerbau',"katanya.


PRK DUN Kajang diadakan susulan perletakan jawatan penyandang sebelumnya, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi berkenaan.



Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) Mei lalu, Lee memenangi tersebut dengan majoriti 6,824 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.


RMK : #SELANGOR4SELANGOR !!

Saturday 8 February 2014

SENGKETA AZMIN-KHALID YANG DISEMBUNYIKAN SEMAKIN PARAH, TUNGGU MASA MELETOP


SEMAKIN FENIN
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mengecam tindakan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) yang disifatkannya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab berhubung pemecatan 23 kakitangannya.



Sambil mendesak PHSB membatalkan surat pemecatan itu, Azmin mendakwa, tindakan yang diarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang pekerjaan tetapi tidak berperikemanusiaan.



"Ia benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung kerajaan Selangor pimpinan pakatan rakyat bahawa semua pekerja perlu dilayan dengan penuh maruah dan belas kasihan.



"Walaupun pemecatan secara tiba-tiba itu keras dan akan menyebabkan kerugian kewangan yang besar kepada pekerja, gaji pemberhentian dua bulan hanya menambah penghinaan kepada apa yang terjadi," katanya dalam satu kenyataan.



Azmin juga menuntut Abdul Khalid supaya berhenti daripada menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap saingan politiknya.



Sebelum itu, pada 5 Februari, 23 kakitangan PHSB diberhentikan tanpa amaran berkuat kuasa serta merta dan diberikan pampasan dua bulan gaji.



Berikutan itu, Pengurus Besar PHSB, Noor Hisham Mohd Ghouth dilaporkan meletak jawatan sebagai tanda bantahan.



Walaupun, pada mulanya Abdul Khalid mendakwa beliau tidak bertanggungjawab atas keputusan itu, beliau kemudian mengesahkan pemberhentian itu merupakan langkah korporat bagi menstrukur semula pengurusan PKNS dan mengurangkan kos operasi yang didakwanya boleh dijimatkan sehingga RM7 juta setahun.



Sebelum ini, PKNS menjadi perhatian ketika pentadbiran memutuskan tidak meneruskan perkhidmatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah.



Ini mencetuskan lagi khabar angin bahawa persaingan yang berterusan antara Azmin dan Abdul Khalid tidak akan tamat dalam masa terdekat.



Ia juga menyatakan bahawa disebabkan isu ini, bekas Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif, Norita Abdul Sidek dipindahkan ke jabatan lain dengan serta merta sebagai satu bentuk tindakan disiplin.

Kredit- MyMassa

Wednesday 5 February 2014

Kakitangan awam jadi mangsa lagi..

23 pegawai, kakitangan PKNS Holdings dipecat

23 pegawai, kakitangan PKNS Holdings dipecat




ALIF AIMAN (kanan) bersama sebahagian kakitangan kontrak PKNS Holdings yang ditamatkan perkhidmatan di Seksyen 13, Shah Alam semalam.




SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dilanda kontroversi lagi apabila seramai 23 kakitangan termasuk empat pegawai pengurusan tertinggi dipecat berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.
Mereka yang dipecat merupakan pegawai dan kakitangan anak syarikat PKNS, PKNS Holdings Sdn. Bhd. termasuk Ketua di Jabatan Pemasaran, Sumber Manusia, Kewangan dan Pembangunan Perniagaan yang rata-rata telah berkhidmat secara kontrak. Tempoh paling lama perkhidmatan adalah tiga tahun, manakala yang baru adalah empat bulan.
Wakil kumpulan berkenaan yang juga bekas Pengurus Kanan Pemasaran PKNS Holdings, Dr. Alif Aiman Abdullah berkata, notis penamatan kontrak itu tidak mengikut prosedur kerana ia bukan sahaja dilakukan tanpa notis pemberitahuan awal, malah melanggar kontrak apabila hanya menawarkan pampasan dua bulan.