Tuesday 2 April 2013

PAS NEGERI SEMBILAN HARAP KHAIRUL FAHMI MENYESAL!



Yang Dipertua PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani menganggap kecaman demi kecaman yang diterima oleh Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som sebagai satu pengajaran berguna buat dirinya.
Menurut Mohamad Taufek, kenyataan yang dibuat Khairul Fahmi menerusi akaun Twitternya itu adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.


“Saya berharap kejadian ini boleh dijadikan sebagai pengajaran berguna untuk beliau (Khairul Fahmi) agar tidak melakukan perkara yang sama pada masa akan datang.

“Saya yakin, pimpinan Pas akan meneliti setiap apa yang berlaku dari semua aspek termasuklah dari sudut Islam terhadap apa dilakukan beliau. - Sinar Harian

Selanjutnya [di sini].


Hah! Kan dah kena sound oleh kawan sendiri!


[Sumber]

Kepada malaun-malaun yang menyokong si Khairul Fahmi tu, MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA LA!

Tengok ni:

"Muhammad Ali" The only Star NOT written on Hollywood floor FOR RESPECT OF MUHAMMAD (peace be upon him)


Javier 'Chicharito' Hernandez, pemain Manchester United


Mereka di Amerika Syarikat dan yang bukan Muslim pun tahu menghormati Rasulullah SAW. 

Yang Muslim di Malaysia ni?

Isu #LahadDatu: GILIRAN TERESA KOK HINA PERAJURIT NEGARA!




Tak habis-habis puak pemimpin Pakatan menghina pahlawan-pahlawan negara! Teresa Kok kini mengikuti jejak langkah Tian Chua dan Nurul Izzah menghina anggota keselamatan yag terkorban di Lahad Datu!

Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok berkata bahawa perajurit yang terkorban di Sabah “dimangsakan.”

Apa yang dimaksudkan oleh Teresa tentang mangsa atau dimangsakan? Adakah Teresa melihat insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara UMNO dan menjadikan perajurit negara sebagai mangsa konspirasi? Jika itulah tuduhan Teresa dan pemimpin-pemimpin pembangkang, jelas mereka sengaja mahu mempolitikan insiden Lahad Datu.

Sudahlah tidak faham Bahasa Melayu sebaliknya, ego dan bercakap besar pulak... kononnya dia pun faham.  Keluarga Polis telah dimangsakan?









RMK: Nampak tak, si Teresa ni dah silap cakap lepas tu nak pusing kata dia pun tau bahasa Melayu. Memang dasar spinner! Jangan ingat rakyat lupa kau pernah mempertikaikan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda di Seputeh. 
 


EKSKLUSIF #LAHADDATU: DOKUMEN KAITAN ANTARA PEMBANGKANG & KEDUTAAN AMERIKA DENGAN SERANGAN DIDEDAHKAN


Artikel MyMassa:
MyMassa pernah dedahkan gambar kehadiran kapal perang US di Filipina ketika berlakunya serangan di Lahad Datu di sini.

PANAS! Apa Kaitan Kapal Perang Ini Dengan Pengganas Sulu?

Bagaimana kapal perang secanggih ini boleh tersangkut di terumbu karang?

Artikel ini masuk dalam kotak e-mel MyMassa. Pencarian MyMassa mendapati beberapa blog dan portal telah menerbitkan artikel yang sama. Artikel kali ini khas untuk pembaca MyMassa yang belum membacanya.


Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar..?

“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.



MyMassa dapat maklumat tu melalui e-mel. Perasaan ingin tahu MyMassa membuak-buak selepas mendedahkan perkara tersebut. Oleh itu, MyMassa cuba selidik dari mana asalnya maklumat tersebut.

Hasil pencarian, MyMassa telah ketemu dengan blog ini (http://sabahgroundzero.blogspot.com/) yang didapati antara yang terawal mendedahkan kehadiran kapal perang Amerika. Kali ini MyMassa mahu kongsikan dokumen dalam blog tersebut yang mendedahkan rancangan menyerang Sabah sejak bulan Ogos tahun lepas lagi.






Menurut blog SabahGroundZero, whistleblower yang mengesan perkara ini telah melaporkan kepada The National Whistleblowers Center (NWC) pada 20-22 Ogos 2012 untuk mendapatkan perlindungan saksi kerana mendedahkan Operasi Rahsia (covert operation) Kedutaan US di Singapura. Menurut whistleblower ini, operasi ini turut melibatkan pemimpin pembangkang di Malaysia.

Pada mulanya MyMassa agak skeptikal. Benarkan ada National Whistleblowers Center (NWC) yang dimaksudkan. Setelah diselidik, memang wujud NWC.


Sebelum ini penyokong pembangkang telah menyerang blog MyMassa dengan menuduh MyMassa mereka-reka cerita tanpa menunjukkan bukti. Nah! Kini bukti ada di depan mata. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya.

MyMassa harap agar pihak keselamatan buka mata dengan pendedahan yang dibuat oleh SabahGroundZero kerana menurut blog tersebut, mereka akan mendedahkan serangan Lahad Datu turut bermotifkan untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sabah.

*Mohon disebarkan perkara ini supaya lebih ramai rakyat Malaysia tahu pasal penglibatan pihak asing dan pihak dalam negara dalam insiden di Lahad Datu.