Thursday 28 March 2013

Santai Pagi: Klip Video Parodi Best untuk Menceriakan Pagi Anda!



Pagi-pagi kadang-kadang kita kurang mood untuk mulakan hari. Takpe, apa-apa pun jom layan video ni dulu. Semoga mampu mengukir senyuman di bibir anda.



Wednesday 27 March 2013

[VIDEO] SIKAP SEBENAR PAS KELANTAN

Suara Keadilan kata Israel tak jahat.


PAS yang kononnya parti Islam yang sepatutnya mengeji Israel tu pun senyap saja, tak membantah (seperti biasa). Ingatkan kenapa. Rupa-rupanya sebab perangai puak-puak ini lebih kurang saja macam Israel. Sila tengok sendiri:


 


Kredit: MyMassa

GAMBAR-GAMBAR TERBAIK YANG HARAKAH TAK AKAN SIARKAN


ni kira nak berjihad la ni.. kira jihad kalahkan umno le ni.. erm.. punyalah tak sedar patut mereka berjihad lawan orang yang nak jahanamkan parti mereka tu dari dalam.... umno sedara seIslam je pun.. yang dok dendam sangat dengan umno apa lah gamaknya teruk bebenor tengoknya... huh.. tapi tak mengapa.. sebab kita nak kata apa kalau mereka dah terlalu taksub... dan apa saja yang mereka buat.. semuanya betul belaka... hehe..


tapi kerana mereka tekad nak jihad berlawan umno dan segalanya telah terbukti sebab kita lihat sendiri apa jadi dengan keadaan taksub mereka terhadap parti mereka sendiri... hehe.. sebab adakah mereka sedar apa maksud majoriti dan makna minoriti?



semakin ramai sedar pas bukanlah satu entiti parti yang nak selamatkan Islam, sebab semakin ramai dah sedar pas hanyalah menjadi pak turut kepada dap dan pkr... dalam menifesto pakatan rakyat yang terbaru pun tak sebut langsung hudud, royalti dan negara Islam... aduhai.. itupun ramai dikalangan pentaksub tak sedar-sedar...



anda nilaikan


ramai dah sedar permainan pas, dan harap ramai lagi sedar dan insaf...

 ceramah kesedaran anjuran bn.. kita tengok auranya... dashyat beb






ps: kalaulah pas memang ikhlas dalam berjuang demi menegakkan Islam dari dulu lagi dah boleh ganti umno.. tetapi apakan daya cara politik radikal yang pas terlalu terikut cara pkr dan dap makin ramailah orang dah naik menyampah dengan pas... sedar-sedarlah




Sumber: Headbomb


RMK: Angin perubahan di Kelantan.

Update #LahadDatu: BREAKING NEWS! KETUA PERISIK KANAN KIRAM, DATU PIAH CEDERA



Seorang lagi anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Datu Piah, salah seorang daripada adik-beradik kepada Jamalul Kiram III kini dipercayai berada di daerah ini.
Menurut satu sumber, lelaki yang berusia lewat 60-an itu dipercayai sedang menyembunyikan diri kerana takut menerima nasib yang sama seperti Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang ditangkap pasukan keselamatan pada Sabtu lalu.

“Datu Piah juga dipercayai salah seorang daripada orang kanan yang terlibat dalam proses rundingan dengan pasukan keselamatan sebelum 1 Mac lalu,” kata sumber tersebut di sini semalam.

Rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan pengganas terbabit yang diketuai Azzumuddie Kiram dan turut disertai Datu Piah itu bagaimanapun menemui jalan buntu.

Sumber itu berkata, sebagai ahli keluarga kepada Jamalul Kiram, dia juga dipercayai mempunyai peranan besar dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.

“Sebelum 0ps Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu, Datu Piah dan Amirbahar dipercayai sempat melarikan diri ke Semporna dan cuba menggerakkan kumpulan pengganas di daerah ini dengan melakukan kekacauan,” kata sumber itu lagi.

Untuk Rekod Ops Daulat Setakat ini, pasukan keselamatan kita telah berjaya menembak mati seorang Jeneral, menangkap hidup-hidup seorang Komander berstatus Menteri Pertahanan dan melumpuhkan pasukan penembak tepat pengganas Sulu.


“Semporna adalah ibu pejabat pengganas dan di Lahad Datu pula ‘medan permainan’ mereka,” katanya.

“Sejurus selepas berlaku pertempuran pada 1 Mac lalu, Datu Piah menghilangkan diri, tetapi dipercayai masih berada di negeri ini,” katanya.

Datu Piah Datu Kiram kini menjadi orang buruan utama pasukan keselamatan dalam usaha melumpuhkan terus pergerakan saki-baki kumpulan pengganas yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu.

Menurut sumber, dia yang dipercayai ada hubungan keluarga dengan Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, dikatakan antara individu yang menyertai kumpulan pengganas terbabit membuat rundingan dengan pasukan keselamatan, Februari lalu.

Tuesday 26 March 2013

VIDEO PENDEDAHAN! 10 Taktik Jahat Pakatan Rakyat Menjelang PRU-13!

Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian. Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar. Katanya,Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang. Dia akan simpan isu itu sampai betul-betul menggunung. Beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah. Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan,ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar. Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikkan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.

Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil. Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya. Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amat rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13. Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful. Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.

Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata.Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan. Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II,Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ” Demi Allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh “,MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA ” Tue dia,Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun,Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunjukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU,SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak. Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya. Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini.

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9 - Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara. Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU13 nanti. Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah ”wallahi,wabillahi,watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). Begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)





Sumber: Badut Rakyat