Friday 31 August 2012

Sambutan Merdeka Kerajaan Selangor HAMBAR DAN TERCEMAR!!


Semalam kami sempat singgah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk tinjau sambutan kemerdekaan anjuran Kerajaan Selangor ni. Berikut merupakan beberapa hasil pemerhatian kami.


Sambutan tak memberangsangkan daripada rakyat Selangor. Crowd juga tak terkawal dan kurang memberi perhatian kepada majlis. Yang dewasa sibuk bersembang, yang kanak-kanak pula sibuk bermain dan bergelak-ketawa.

Padang tak penuh, crowd pun melilau-lilau.
Hambar.

Crowd tak hiraukan ucapan Menteri Besar Khalid Ibrahim mahupun Anuwar si Penasihat Ekonomi Negeri bergaji RM 1.00 yang dibanggakan tu.

Khalid terbatuk-batuk masa ni sampai kena minum air. Orang ramai buat hal masing-masing.

Anuwar yang tak bersemangat dan kelihatan bosan sepanjang majlis.


Majlis turut dicemari unsur politik dan kepartian oleh hadirin yang taksub. Juga ada segelintir individu yang menunjukkan mereka bangga menyokong semangat BERSIH yang ganas tu. Lari jauh dari semangat kemerdekaan yang sebenar. 

Sekadar peringatan bahawa BERSIH itu ganas.

Pakcik yang sebelah kiri pakai kopiah PAS. Yang lain baju kuning simbolik kepada BERSIH.
Yang duduk sebelah kiri tu pakai baju BERSIH.
Gambaran lebih jelas.
Pakcik ni pula dengan bangganya tunjuk semangat kepartian, bukan semangat kemerdekaan.

Lagi baju BERSIH.

Penasihat Undang-undang PKR Latheefa Koya buat apa kat sini?
EXCO Selangor Xavier Jayakumar pun pakai kuning. Simbolik kepada BERSIH?
Kumpulan baju kuning lain.

Ketika perarakan motorsikal berkuasa tinggi, ada yang membawa bendera PAS. Tapi kami tak sempat tangkap gambarnya.


Cerita lain, ada juga individu berkelakuan tak sopan sepanjang majlis.

Anggota Penguatkuasa Kerajaan Negeri berdiri atas peti amplifier untuk melihat perarakan perbarisan.

Mat rempit bermaharajela.

Anuwar pula tak angkat tangan ketika ikrar Rukun Negara dilaungkan. Yang ni pun tak sempat snap gambar. 


Tapi yang pelik dan membingungkan orang ramai, tiada countdown ambang Merdeka. Sebaliknya Khalid melaungkan 'Merdeka' dengan lemah sebanyak tujuh kali pada jam 11.30 malam dan disambut dengan pertunjukkan bunga api dengan iringan lagu 'Keranamu Malaysia' dan 'Tanggal 31'. Ketika itu kelihatan orang ramai terpinga-pinga kerana countdown yang ditunggu-tunggu tak sampai-sampai.


Dan menjelang akhir program, seperti biasa, sampah ditinggalkan begitu sahaja setelah crowd mula beredar.

Sampah.
Lagi sampah.


Akhir sekali, sebagai penutup untuk malam tu, terkejut sekejap kami apabila lagu 'Gangnam Style' yang melampau popular dan kurang senonoh tu dimainkan pada akhir majlis. Memang tak hormat semangat kemerdekaan.

Pening sikit tengok video ni. Tapi dah macam clubbing je suasananya.

Kawan kami sempat rakam EXCO Elizabeth Wong tergedik-gedik menari Gangnam. Kalau dah dapat nanti kami share


Apa sebenarnya motif Kerajaan Selangor ni buat sambutan macam hampeh ni. Majlis ala kadar dan tiada semangat kemerdekaan. Liberal. Anjur majlis semata-mata nak show off kat Kerajaan Pusat ke? Nangis Allahyarham Tun Abdul Rahman kalau arwah tau ni.


Thursday 30 August 2012

PERHIMPUNAN JANJI DEMOKRASI DI DATARAN MERDEKA MALAM INI BAKAL ULANG KEGANASAN BERSIH 3.0?!!


Puak-puak NGO penyokong pembangkang ni sibuk nak buat perhimpunan Merdeka mereka. Konon-kononnya di bawah NGO, mereka sebagai rakyat Malaysia juga mempunyai hak untuk berhimpun. Perhimpunan aman kata mereka.

Pihak polis tak berikan permit untuk perhimpunan tu. Takut tragedi BERSIH 3.0 berulang [baca sini].

Walau bagaimanapun, puak-puak ni berdegil juga untuk adakan perhimpunan tu. Sekali lagi, perhimpunan aman kata mereka.




Jadi, kalau perhimpunan ni aman, kenapa perlu ada hebahan oleh SUARAM seperti di atas? Memang dah rancang untuk ulang keganasan BERSIH 3.0 ke?




Dasar manusia tak reti bersyukur.

SAMBUTAN MERDEKA: ANUWAR NAK TIPU RAKYAT SELANGOR, LAGI!!



Penampilan khas? Selebriti ke apa? Atas tiket apa dia nak berucap kat Dataran Kemerdekaan Shah Alam nih? Selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang GAGAL tu? [Lihat sini]


Atau selaku Penasihat PKR / Ketua Pembangkang? Kalau macam tu confirm jadi ceramah politik la pidato dia ni. Masa yang sama momokkan Kerajaan Pusat. Kat sambutan merdeka pun kau nak bohong orang ke? Podahh!




Wednesday 29 August 2012

SAMBUTAN MERDEKA: KERAJAAN SELANGOR TAKUT RAKYAT TAK TURUN DATARAN SHAH ALAM

Semalam keluar cerita dalam surat khabar ada iklan hebahan Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 yang Kerajaan Selangor buat. Nak hebah baik punya! Ingatkan guna media cetak je. Rupa-rupanya tak, ada lagi method hebahannya. Ye lah, takut orang tak tau pulak nanti dia buat gathering kan. 

Ni baru receive tadi:


SMS blasting oleh SUKS! SUKS tu Setiausaha Kerajaan Selangor le. Sure arahan dari EXCO kerajaan. Atau pun Khalid Ibrahim sendiri.

Risau program ni tak dapat sambutan ke sampai perlu jemput orang Selangor melalui SMS??


Tema Sambutan Kemerdekaan ke-55 Kerajaan Pakatan Rakyat 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'. Macam lawak pun ada. 

Sumber:   http://www.sahabat-gunung.com/2012/08/tema-sebangsa-senegara-sejiwa-macam.html

Tuesday 28 August 2012

SAMBUTAN MERDEKA: SIAPA YANG TANDUS IDEA (PART 2)

Sambutan hari kemerdekaan kita semakin dekat. So kat surat khabar dah mula la keluar iklan ni:

Sumber: Sinar Harian 28 Ogos 2012

Logo? Motif burung merpati? Tak original! (rujuk sini)

Tema? Dua kali lima! 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'??

Sumber:  http://www.pilihanrayakini.com/2012/08/teruk-giler-motto-pakatan-rakyat-ni.html

Good job, Pakatan Rakyat! Good job! Kui kui kui...