Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts
Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts

Thursday 23 May 2013

KURANG AJAR! POLIS DIHINA, DIKEJI, DIMAKI KERANA MENJAGA KEAMANAN NEGARA!! #Black505


Malam tadi bertempat di Balai Polis Jinjang, Sentul lebih kurang 18 orang penyokong pembangkang yang berkumpul dihadapan balai dengan membuat bermacam-macam provokasi telah ditahan oleh pihak polis kerana cuba merusuh dengan mengepung balai polis berkenaan. Pihak FRU terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan bagi menghalang balai polis itu diserang.

18 orang yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki Cina, 2 wanita Melayu dan 2 wanita Cina. Mereka kononnya mahu menuntut keadilan bagi Adam Adli 'jambu Anwar' yang ditahan atas akta hasutan. Lebih kurang 3 hari sudah mereka berkumpul di hadapan balai sambil memegang lilin ala-ala kristian. Mereka kelaparan, kepenatan sedangkan didalam lokap Adam Adli sedang seronok bersantai sambil berbaring.

Untunglah mereka-mereka yang sedang berkumpul ni, tak perlu kerja sebab masing-masing dah jadi taukeh, tak payah kerja pun dah boleh hidup senang. Untuk mengisi masa lapang maka berhimpunlah mereka untuk melakukan perkara yang sia-sia dengan menuntut keadilan kononnya untuk Adam Adli. Tak fahamlah aku apa yang dibanggakan dengan budak nama Adam ni. Kalau kata pejuang, apa yang diperjuangkannya?

Minta maaf cakaplah ye. Korang memang bodoh sebab berhimpun menuntut benda yang telah nyata. Negara ni kan punyai undang-undang yang telah digunakan sejak lama dulu. Kenapa time Anwar jadi TPM dulu korang tak melalak apabila Anwar mengarahkan polis menahan barisan pemimpin PAS dibawah akta ISA? Kenapa baru sekarang nak bising-bising macam Anwar ni datang dari perut mak korang.

Pilihanraya dah lepas. Sekarang masa untuk buat kerja bukan lagi berpolitik bodoh seperti Adam Adli ni. Buat apa nak gulingkan kerajaan melalui jalanan? Nak jadi macam Arab Spring? Yang rugi peniaga Cina juga kalau ada yang bisnes kacau. Ke orang Cina ni tak marah kalau tiba-tiba kedai mereka terbakar?

Masing-masing dah besar. Bolehlah kiranya berfikir dengan lebih waras dan matang.

Friday 7 December 2012

KANDUNGAN MEMORANDUM NGO INDIA KEPADA KHALID IBRAHIM

Sekitar demo aman pagi tadi. [Lagi cerita di sini]






RMK tak berhajat nak cakap panjang untuk entri ni. Berikut merupakan memorandum yang diserahkan NGO-NGO India dalam demo aman 7 Disember 2012 kepada Menteri Besar Khalid Ibrahim.



Jadi apa lagi Khalid? Jangan cakap saja negeri berkebajikan. Selesaikanlah isu ini!

TERKINI! MASYARAKAT INDIA SELANGOR MENGAMUK DI SHAH ALAM!



Susulan daripada entri RMK semalam [baca sini], satu demonstrasi aman telah diadakan di hadapan Dataran Shah Alam dan bangunan SUK Selangor bermula 11.00 pagi tadi oleh NGO-NGO India akibat berang dengan tindakan kerajaan Pakatan Haram Selangor yang telah merobohkan tempat sembahyang Hindu di sebuah kediaman di Sepang. Seramai kira-kira 600 yang hadir daripada Skuad Belia MIC, Nambikai, Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia, NGO Perinnbam, Indian Athma Sakti Association, Tamil Uthavum Karangkal dan beberapa NGO lain. Mereka datang membawa kain rentang mengutuk tindakan kerajaan negeri yang tidak menghiraukan sensitiviti kaum beragama Hindu dengan tindakan merobohkan tempat sembahyang tersebut. Ini merupakan kemuncak kebangkitan masyarakat India yang sudah lama memendam rasa tidak puas hati dengan kerajaan negeri terutamanya EXCO Xavier Jeyakumar yang disifatkan sebagai tidak menjaga kebajikan orang India Selangor.

Antara flyers yang diedarkan kepada umum








Berarak ke bangunan SUK



Pakatan Haram pernah berjanji pada 2008 tidak akan memusnahkan rumah ibadat bukan Islam. Apa sudah jadi? Cakap tak serupa bikin. Janji tinggal janji. Akhirnya rakyat yang merana. 

P/S: RMK dapat maklumat selepas ni akan ada lagi perobohan kuil seterusnya oleh kerajaan negeri di Puchong. Kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran maklumat tersebut.

Thursday 30 August 2012

PERHIMPUNAN JANJI DEMOKRASI DI DATARAN MERDEKA MALAM INI BAKAL ULANG KEGANASAN BERSIH 3.0?!!


Puak-puak NGO penyokong pembangkang ni sibuk nak buat perhimpunan Merdeka mereka. Konon-kononnya di bawah NGO, mereka sebagai rakyat Malaysia juga mempunyai hak untuk berhimpun. Perhimpunan aman kata mereka.

Pihak polis tak berikan permit untuk perhimpunan tu. Takut tragedi BERSIH 3.0 berulang [baca sini].

Walau bagaimanapun, puak-puak ni berdegil juga untuk adakan perhimpunan tu. Sekali lagi, perhimpunan aman kata mereka.




Jadi, kalau perhimpunan ni aman, kenapa perlu ada hebahan oleh SUARAM seperti di atas? Memang dah rancang untuk ulang keganasan BERSIH 3.0 ke?




Dasar manusia tak reti bersyukur.

Friday 20 April 2012

Pendirian: Demonstrasi Bersih 3.0


Mungkin akan ada orang yang tidak bersetuju akan apa yang saya tulis. tapi, saya tulis untuk menyatakan kebenaran. penulisan saya mungkin juga ada kesalahan. saya terbuka sebarang kritikan dan sokongan.

Baru-baru ini, saya ada mendengar ceramah agama mengenai demonstrasi yang saya ingin kongsi bersama. kalau kita kaji mengenai demonstrasi dalam sejarah Islam, demonstrasi yang pertama sekali berlaku ialah sewaktu pemerintahan Khalifah Uthman r.a., yang diwaktu itu dipimpin oleh Abdullah bin Saba'. Abdullah bin Saba' ialah seorang yahudi yang ingin memecah-belahkan umat Islam.

Di akhir-akhir pemerintahan Khalifah Uthman penuh dengan huru-hara disebabkan fitnah yang melanda pada waktu itu, yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba dan pengikutnya yang digelar Sabaiyyun. antara fitnah yang disebarkan ialah Khalifah Uthman mengamalkan kronisme dengan melantik ahli keluarga dan sahabat handai untuk memegang jawatan penting dalam pentadbiran. fitnah ini meninggalkan kesan yang sangat besar, padahal Khalifah Uthman memang terkenal dengan sifat yang adil, sejak dari awal-awal memeluk Islam. fitnah yang tersebar luas telah menyebabkan berlakunya demonstrasi pertama dalam Islam, dan akhirnya Khalifah Uthman dibunuh.

Dalam ceramah agama yang saya dengar, demonstrasi tiada dalam Islam. carilah satu ayat al-Quran atau Hadith mengenai demonstrasi atau yang menyokong demonstrasi, mesti tak jumpa. Tapi, ada yang ingin 'menghalalkan' demonstrasi dengan membacakan beberapa hadith seperti,
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (Hadis sahih riwayat Muslim) – oleh itu, marilah kita berdemonstrasi. Tapi kalau kita baca betul-betul hadith ini, langsung tiada menyuruh kita berkumpul beramai-ramai menjerit menunjuk perasan di jalanan dengan melakukan kerosakan.

Hadith yang menghalang demonstrasi sangat banyak, antaranya yang pernah saya tulis sebelum ini.


Rasulullah s.a.w bersabda: 
Janganlah kamu duduk-duduk di atas jalan.”
Maka mereka (para sahabat) berkata, “Sesungguhnya kami perlu duduk-duduk untuk berbincang-bincang.
Nabi menjawab, “Jika kamu tidak dapat berganjak melainkan perlu duduk-duduk, maka berikanlah hak-hak jalan tersebut.”
 Mereka bertanya, “Apa hak-hak jalan tersebut wahai Rasulullah?”
Nabi menjawab, “Menundukkan pandangan, tidak mengganggu (atau menyakiti) orang, menjawab salam, dan memerintahkan kepada yang ma’ruf serta mencegah dari kemungkaran.” (Hadis Riwayat al-Bukhari,)



Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasullullah s.a.w bersabda: 'nanti akan terjadi fitnah, orang yang duduk dalam menghadapi fitnah itu lebih baik dari yang berdiri. orang yang berdiri itu lebih baik dari yang berjalan. orang yang berjalan lebih baik dari yang berlari. siapa yang ke muka dalam masa kekacauan, niscaya akan dikemukakannya. maka siapa yang memperoleh tempat berlindung, hendaklah dia berlindung' (hadith riwayat al-Bukhari)

Antara isi dalam ceramah agama yang saya dengar, sekiranya seseorang menyatakan demonstrasi adalah boleh dalam Islam untuk menentang ketidak adilan dan kezaliman, sudah tentu Rasullullah sendiri dan para sahabatnya melakukan demonstrasi. Seperti yang kita tahu, Rasulullah dan para sahabat pada awalnya hidup di zama yang penuh dengan korupsi, kezaliman dan ketidak adilan. Tapi tidak pernah sekalipun Rasulullah dan para sahabat melakukan demonstrasi, berkumpul di jalanan menjerit menunjuk perasaan dan melakukan kerosakan.

Akhir sekali, saya sangat-sangat berharap rakan-rakan sekelian tidak menyertai apa-apa demonstrasi. Tak kiralah demonstrasi tajaan pas, umno, pkr, dap atau mana-mana parti politik. Gunalah cara yang diajar oleh Rasulullah tentang bagaimana hendak menegur dan membetulkan pemerintah.