Isu kalimah Allah ni rasenya hampir semua org kt msia ni da tau da seblom PRU 13 lg. tp sini ada sikit info yg sy rasa amat berguna kpd kita utk memahami isu ini dgn lebih mendalam dan mengukuhkan lagi pendirian kita umat Islam dan org melayu untuk mempertahankan kesucian dan kedudukan agama kita...
Saturday, 29 June 2013
Friday, 28 June 2013
Penduduk Puchong Derita Dinafikan Bekalan Air Percuma. Kerajaan Negeri Diam Saja??
Ikuti berita yang disiarkan Utusan Malaysia ini:
Akibat bil tertunggak, penghuni Pangsapuri Kekwa, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor terpaksa menanggung sengsara apabila bekalan air mereka dipotong pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sejak Sabtu lalu. - UTUSAN/Safiiyana Salim
SEPANG 26 Jun - Dalam keadaan negara dilanda krisis jerebu, para penghuni Pangsapuri Kekwa di Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini terpaksa menanggung penderitaan berganda selepas terputus bekalan air sejak Sabtu lalu.
Penduduk mendakwa masalah itu disebabkan pemotongan bekalan air ekoran bil tertunggak sebanyak RM49,000 oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas). Ekoran masalah itu, penghuni terpaksa bangun seawal pukul 4 pagi semata-mata mahu mendapatkan bekalan air dari kawasan berhampiran termasuk masjid, stesen minyak dan tasik.
Mereka turut mendakwa, pihak pengurusan bangunan iaitu LT Sdn. Bhd. seolah-olah bersikap lepas tangan dalam hal berkenaan.Seorang penduduk, Faizah Mohd. Yusuf, 34, berkata, dia amat berharap proses penukaran meter pukal ke meter individu dapat dilaksanakan segera.Menurutnya, ini bagi mengelakkan penghuni terus menanggung derita sekali gus memberi keadilan kepada penghuni yang melunaskan pembayaran bil air.
"Selepas bekalan air dipotong kami terpaksa bergantung melalui air tangki, namun tidak bertahan lama," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di lokasi kediaman di sini hari ini.
Perasaan sama turut dikongsi, Sujiyanti Narun, 38, yang berharap agar penyelesaian dapat dilakukan pihak berwajib.Dia berkata, tindakan pemotongan itu sebagai tidak adil kepada dirinya dan penghuni lain yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membayar bil."Saya mengasuh tiga orang kanak-kanak. Susah bagi kami kerana tiada bekalan air ketika ini."Kami amat berharap pihak pengurusan, Syabas dan penduduk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini," tegasnya.
Dalam perkembangan sama, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Kekwa, Saiful Bahrin Badarudin berkata, setakat ini pihak pengurusan bangunan cuma dapat membayar kira-kira RM10,000 kepada Syabas untuk proses penyambungan semula bekalan air."Proses penyambungan semula bekalan air perlu dijelaskan sepenuhnya, namun pihak Syabas telah memberikan pengurangan kepada pendahuluan sebanyak RM20,000. Setakat ini kita mempunyai sebanyak RM11,000 dan memerlukan RM9,000 lagi," ujarnya.
Beliau menambah, jasa baik pihak Syabas juga amat diharapkan agar proses penukaran meter pukal ke meter individu yang dipohon penghuni pangsapuri berkenaan segera diluluskan.Ini katanya, bagi menggelakkan kejadian bekalan air dipotong berulang sehingga penghuni terpaksa menanggung derita.
RMK: Kenapa kerajaan negeri tak turun tengok keadaan mereka ni? Mana MP Puchong Gobind Singh Deo? Bantulah mereka dapatkan bekalan air percuma yang dibangga-banggakan tu. Inilah masa untuk bantu rakyat. Jangan sibuk berpolitik saja.
Thursday, 27 June 2013
TERESA KOK TAK SETUJU ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR 26 Jun - [KEMASKINI] Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menyatakan pendirian beliau tidak bersetuju untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Teresa di hadapan Hakim Siti Khadijah dalam perbicaraannya terhadap Utusan Melayu (M) Bhd di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Teresa di hadapan Hakim Siti Khadijah dalam perbicaraannya terhadap Utusan Melayu (M) Bhd di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.
Ketika perbicaraan, Peguam Mohana Kumar yang mewakili Utusan dan Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hassan menyoal Teresa samaada beliau bersetuju ataupun tidak pewartaan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
"Tidak setuju," kata Teresa.
Teresa yang diwakili oleh Peguam Sankara Nair kemudiannya kerap membantah soalan-soalan seterusnya yang diajukan kepadanya.
"Tidak setuju," kata Teresa.
Teresa yang diwakili oleh Peguam Sankara Nair kemudiannya kerap membantah soalan-soalan seterusnya yang diajukan kepadanya.
Teresa menfailkan kes saman terhadap Utusan ekoran laporan yang dikeluarkan akhbar tersebut pada sekitar tahun 2008 yang disifatkannya sebagai fitnah.
Perbicaraan bersambung esok.
Perbicaraan bersambung esok.
[Sumber]
RMK: So, finally, pengakuan dari mulutnya sendiri. sekarang sudah terang lagi bersuluh pendirian perempuan ni. Nak biarkan saja ke? PAS kata apa? Senyap je?
Tuesday, 25 June 2013
Bila Bab JEREBU Ini Salah Orang KITA Sendiri??
Bila jari dituding kembali ke Malaysia
Oleh Piarapakaran S
Setelah lebih 20 tahun, Malaysia masih merana kerana jerebu yang berasal dari Indonesia akibat pembukaan tanah.
Kita telah menggunakan segala saluran diplomatik untuk menyelesaikan hal ini melalui pendekatan ASEAN. Adakah kita telah berjaya?
Jika di seberang sempadan kita, sebuah syarikat melepaskan gas toksik dan beberapa ratus rakyat Malaysia yang mati, adakah akan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kerajaan Malaysia berdiam diri?
Begitu juga, kejadian jerebu ini disebabkan pencemaran oleh industri pertanian. Menteri alam sekitar Indonesia telah menamakan beberapa suspek dan sedang menyiasat beberapa yang lain.
Tidak kira mereka adalah syarikat berasal dari Malaysia atau tidak, Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA) mesti dikuatkuasakan sepenuhnya.
Jangan mengecut apabila Indonesia menuding jari kepada syarikat milik Malaysia. Yang menderita adalah manusia.
Kita di Malaysia perlu meningkatkan perbelanjaan perubatan untuk mereka yang mempunyai komplikasi kesihatan paru-paru, jantung dan kulit.
Bagaimana pula dengan kerugian pendapatan lain. Siapa yang untung dan siapa pula yang menderita?
Bayangkan jika seluruh tahun depan mempunyai masalah jerebu, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada Tahun Melawat Malaysia 2014.
Kerajaan Malaysia, perniagaan dan rakyat mesti menuntut semua perbelanjaan tambahan yang ditanggung dalam penjagaan kesihatan, kerugian perniagaan akibat jerebu dan situasi darurat dan kos bahan kimia pembenihan awan.
Ini adalah selaras dengan EQA. Tuntutan kos ini adalah tambahan daripada denda yang pesalah perlu bayar kerana melanggar undang-undang.
Saya juga menggalakkan kerajaan Singapura untuk mengambil tindakan yang sama untuk membawa pesalah ke mahkamah.
Jika syarikat-syarikat ini dan pemilik mereka tidak mahu menghormati undang-undang dan mahkamah kita, terdapat pelbagai bentuk tekanan yang boleh dikenakan, terutama tekanan ekonomi.
Jika produk minyak sawit mereka diharamkan, tidak ada manfaat ekonomi untuk mereka di sini. Ini boleh dilanjutkan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengharamkan produk mereka di pasaran antarabangsa.
Kita perlu teguh dan berjuang untuk kedaulatan negara kita sendiri. Dua ekor harimau dalam jata negara mewakili keberanian dan kekuatan.
Kita perlu menegakkannya! Kita tidak harus menjadi hamba ahli perniagaan yang tidak bertanggungjawab.
PIARAPAKARAN S presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).
[Sumber]
Apa Perlu Dilakukan Apabila Anda Menghadapi Situasi JEREBU??
Saya selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menyarankan orang ramai supaya menjaga kesihatan masing-masing semasa kita menghadapi situasi jerebu ini dan ikut nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Saya juga mohon jasa baik semua untuk sama-sama berkongsi ("share") maklumat yang dimuatkan di dalam Facebook ini dari semasa ke semasa sebagai tanda kita sebagai satu masyarakat mengambil berat terhadap satu sama lain.
GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yg merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
i. Orang ramai dinasihatkan supaya, sejauh mana yang boleh, berada di dalam bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa
dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod: kitaran dalam) dan menutup semua tingkap
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.
* Penulis adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
[Sumber]
Subscribe to:
Posts (Atom)