PERNAH satu ketika dahulu, Mustafa Ali diminta mengulas tentang kewujudan dan kesahihan video seks Anwar Ibrahim bersama ChinaDoll yang telah didedahkan oleh Trio Datuk T. Begitu bersungguh Setiausaha Agung PAS ini menafikan individu dalam rakaman terbabit bukannya Anwar Ibrahim, dan turut memfitnah bahawa ini adalah kerja jahat UMNO dalam merosakkan imej Ketua Umum PKR itu.
Namun langit tidak selalunya cerah. Kali ini Mustafa Ali terperangkap dengan permainannya sendiri. Kali ini rakaman aksi Mustafa Ali bersama seorang wanita di dalam bilik hotel telah disebarkan oleh ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) di salah sebuah negeri di Pantai Timur kepada orang ramai.
Perkara ini tercetus akibat rasa kurang senang Anwar Ibrahim apabila Mustafa Ali mencadangkan kepada Hadi Awang supaya memujuk kembali Nasha dan Hassan Ali kembali kepada PAS menjelang PRU ini. Apabila Anwar mendapat tahu sahaja rancangan mereka, maka dikerahkan AMK untuk memasang camera tersembunyi didalam bilik hotel terbabit.
Tetap nak salahkan UMNO dalam hal ni? Korang yang dapat sedap, nama busuk bagi kat UMNO. Adakah isu moral para pemimpin yang hendak memimpin Malaysia tidak diambil berat langsung? Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia, ini negara Islam, agama rasmi Malaysia masih agama Islam, adakah kes moral seperti ini adalah sebahagian dari Islam?
Bukan UMNO yang dedahkan rakaman ini tetapi AMK, jadi kesalahan jangan terus dituduh kepada UMNO. Dua orang ahli AMK juga telah ditahan dan disoal siasat malah mereka diupah oleh orang atasan parti untuk edarkan cd tersebut.
Rasanya kalau ikut dari kata Hadi Awang, "Islam benar aibkan pemimpin", jadi tidak salahlah tindakan AMK yang sebarkan rakaman video tersebut kepada umum kerana telah bersanadkan kepada kata-kata Hadi Awang. Salah UMNO lagi ke?
Seperti juga kes rakaman aksi Anwar dan ChinaDoll, Mustafa Ali pernah berkata yang jika tidak mempunyai 4 orang saksi yang credible maka saksi itu tidak layak menjadi saksi. Dan rakaman video tersebut itu juga tidak boleh dijadikan saksi kerana rakaman itu BESI bak kata Nik Aziz. Salah UMNO lagi?
Jadi siapa pula kali ini yang hendak mengkaji rakaman video Mustafa Ali ini?
[Sumber]
RMK: Satu persatu skandal pemimpim pembangkang terbongkar. Allah nak tunjuk.