Lahad Datu, 8 Mac - Pasukan keselamatan menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan kumpulan militan di Kampung Tanduo, dekat sini, sejak 12 Feb lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata mereka ditahan di sekitar Sabah, termasuk di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas kerakyatan mereka yang ditahan itu. "Siasatan masih dijalankan dan hasil soal siasat terhadap mereka telah membawa banyak kejayaan kepada Op Daulat untuk membanteras penceroboh itu," katanya kepada pemberita di markas sementara di Felda Sahabat 16, di sini hari
ini.
Sejak pencerobohan itu, lapan anggota polis terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac manakala di pihak musuh, seramai 52 orang terbunuh.- BERNAMA
Satu ketika dahulu, seorang bapa ini sanggup menghadapi risiko dicerca, dihina dan dipulaukan, demi maruah anak lelakinya yang dianiaya secara seksual luar tabie oleh bekas majikannya. Dek kerana itu, beliau sanggup membawa anaknya ke rumah Allah bagi melafazkan sumpah Laknat ke atas dirinya sendiri sekiranya beliau memfitnah bekas majikannya itu.
Kes itu berlarutan sehingga lebih 4 tahun perbicaraan dan penangguhan selain ketiadaan kehidupan yang normal seperti insan yang lain. Semuanya itu diharungi demi mendapatkan sedikit keadilan sepertimana yang pernah diperjuangkan bersama bekas majikannya sebelum ini. Namun, segalanya seperti suatu yang sia-sia apabila majikannya terlepas juga mahkamah dunia.
Namun, si bapa tetap tidak mengalah untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya bagi pihak anak yang disayangi. Selagi nyawa nasih di badan, ini sahajalah yang dapat ku lakukan buat anak lelakiku.
Namun, kuasa wang juga mengatasi segala-galanya. Sepertimana peguambela anaknya yang akhirnya membela pihak lawan (sebab itu kes boleh tertangguh sehingga lebih 60 kali), si Bapa juga tampak tewas kepada godaan duniawi. Tidak mengapalah wahai Saiful, walaupun skrip yang diberikan kepada bapamu sama sahaja (Khairil Anas, Peg Khas PM dll), namun kita semua tahu yang Allah SWT itu maha Kuasa. Tiada satu perancangan licik manusia yang dapat mengatasi Maha PengetahuanNYA!
Namun, apa yang kita semua perlu fikirkan ketika ini adalah, mengapa sekarang?!!
* Mengapa PI Bala berani pulang dan sambung kisah fitnahnya hanya selepas kes Altantuya selesai dibicarakan?!! $$$ Berapa belanjanya?
* Bagaimana penceroboh/lanun Sulu yang miskin secara tiba-tiba memiliki peralatan peperangan yang canggih dan kewangan yang mantap sebaik menceroboh Sabah?!! $$$ Berapa pula belanjanya?
* Apakah perancangan bashing NAJIB/BN ketika dua anggota polis terkorban tidak menjadi, maka dibelinya pula bekas Jeneral untuk memperkuat motif bashing?!!
* Apakah Anwar kini melihat gelombang simpati dan sokongan rakyat bersama Kerajaan begitu kuat ketika ini kerana pendedahan pelbagai media tentang penglibatan beliau sebagai dalang, maka tibalah strategi divert dengan membeli bapa Saiful pula?!!
cerdik dari general cyber room pakatan kan.. hahaha.. ai banyak tu keluar $$$ sebab nak bagi semua orang tak sangat ambil tau isu lahad datu.. jadi dengan bangganya bapa saiful bukhari... menjadi pelakon gempak haram tahap teratas... erm.. ok kita tak payah kot nak cerita isu tu.. sebab dah kantoi dah.. saiful pun dah keluarkan stament yang bapanya dipergunakan.... adui.. rugi-rugi $$$ keluar ni.. haha.. silap haribulan kena minta balik $$$ tu kang.. tak ke lagi pening bapa saiful.. hahaha..
OK BERBALIK ISU LAHAD DATU YANG SANGAT PANAS NI... KORANG TAKKAN TAK SEDAR APA KHALID SAMAD CAP TIN SARDIN DOK KATA BEB... SAMA JE MINDED DIA DENGAN TIAN CHUA...
klik untuk besarkan
bila taktikal dari war room mereka nak alihkan isu meh kita ke fb ni klik sini
1. Isu pengakuan bapa Saiful bukanlah suatu isu nasional yang boleh menjejaskan kedaulatan dan keselamatan Negara. Ia adalah isu peribadi untuk mengalihkan perhatian Rakyat dari isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah. Tambahan pula, ia masih dalam proses Mahkamah Rayuan dan sebarang perbicaraan mengenainya dibimbangi akan ditafsirkan sebagai menghina mahkamah. Usah terpedaya dengan mainan tipu muslihat pakatan haramjadah. Banyak keraguan & kemusykilan boleh kita perolehi termasuklah sidang media yang tertutup, mengapa Saiful Bukhari tiada sekali dalam sidang tersebut serta apakah motif yang cuba disembunyikan oleh puak-puak pakatan haram sebenarnya dengan menimbulkan isu tersebut di saat seluruh Rakyat Malaysia berasa dukacita dengan apa yang berlaku di Sabah.
2. ISU NASIONAL adalah:-
(i) Permintaan supaya Amerika campurtangan di Lahad Datu, Sabah.
(ii) Nasihat Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya isu di Sabah diselesaikan di meja rundingan.
(iii) Kenyataan Presiden Filipina yang memihak kepada Malaysia berbanding penceroboh militan Sulu.
(iv) Rakaman perbualan telefon antara Anwar & Misuari yag dipintas oleh perisikan Filipina.
(v) Pengakuan bekas pengasas PKR yang mendakwa Suaram membiayai USD2 juta pengganas Sulu
(vi) Pengakuan seorang Pastor bahawa beliau menjadi Penasihat kepada pengganas untuk mengambil semula Sabah dari Malaysia.
(vii) Rekod-rekod pertemuan para pemimpin pakatan haram dengan pengganas-pengganas di Jolo, Mindanao dan/atau Sabah serta motif perbinccangan /pertemuan tersebut.
ps: akan ada bukti paling tergempar akan disebarkan berkenaan rakaman suara si pengkhianat negara... erm tu pasal si pekakas pr dah jadi sawan.. pusing la isu supaya dapat orang dalam alam cyber pergi ke isu bapa saiful tu.. aaaa nampak???? tera game of shadow na.. hahaha..
RMK: Bila dah kena bantai dan tergugat dalam isu Lahad Datu, puak-puak chachai ni pun keluarkanlah 'kad' diorang yang seterusnya. Spin pulak isu Saiful Bukhari tu ye. Tapi silap. Kan sendiri dah kantoi lagi. Kih kih kih...
Adakah ini satu info paling panas bak lahar gunung berapi, yang berani menegakkan kebenaran adalah orang yang bersama-sama dengan parti PKR dulu.. dan sekarang semua yang seramai 28 orang yang dah tinggalkan PKR akan lawan habis-habisan Anwar Ibrahim dan sekutunya. Aku tengok, ramai dikalangan bekas ahli PKR, beb diaorang bukan calang-calang berjawatan didalam PKR dulu... dan ada yang berkawan dengan Anwar Ibrahim hampir berpuluh tahun.. aku pelik kalau kawan yang punya lama berkawan pun sanggup tinggalkan perjuangan dia... ini pulak kita... tak ke pelik kalau kita yang cerdik boleh percaya bulat-bulat apa Anwar Ibrahim kata... huh..
U ULANG I SAMAN..
Ng Lum Yong, bekas Pengasas PKR
Panas! Panas!
Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia (PJCM) merangkap bekas pengasas PKR Ng Lum Yong Mendakwa Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Menyalurkan 2 Juta US Dollar Kepada Penceroboh Untuk Menyerang Lahad Datu.
Ini suatu pendedahan menarik dan cukup panas. SUARAM sudah pastinya di bawah telunjuk Anwar dan Tian Chua yang memfitnah Umno juga orang kuat SUARAM. Adakah Anwar berani menafikan atau terus menyaman Lum Yong kerana memfitnah?Kita pakat-pakat tungguu.....
Presiden Filipina pun hairan dan pelik.. sebab dia taulah waris Kesultanan Sulu tu macamana.. pengikut dia macamana.. ada kewangan ke tidak... tu yang menjadi tanda tanya tu..
Dan saudara Zahid Mat Arip, juga mempertikaikan atas kapasiti apa Anwar Ibrahim dok pi jumpa Nur Misuari.. apa sebab? dia bukan PM, sekadar ketua pembangkang... dan rakyat Malaysia sepatutnya berhak mengatahui jawapan dari mulut Anwar Ibrahim...
Boleh klik sini untuk mendengar apa yang Zahid Mat Arip kata..... Sumber: Headbomb
RMK: Satu-persatu pendedahan yang dibuat pelbagai pihak menunjukkan Anwar Ibrahim ada kaitan dengan krisis pencerobohan Sulu ni. Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya.