Showing posts with label Saiful Bukhari. Show all posts
Showing posts with label Saiful Bukhari. Show all posts

Wednesday 1 May 2013

[TERKINI] GEMPAR #GE13! KES LIWAT: AZLAN TARIK BALIK KENYATAANNYA PADA 8 MAC 2013 MINTA MAAF PADA SAIFUL #BetterNation #TolakPR

Bapa Saiful Bukhari ketika membuat kenyataan tergempar menarik balik kenyataannya yang mengatakan anaknya dipergunakan pihak tertentu


KUALA LUMPUR - Dalam perkembangan mengejutkan menjelang hari mengundi 5 Mei, Azlan Mohd Lazim hari ini meminta maaf kepada anaknya, Saiful Bukhari, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana telah mendakwa dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu.


Azlan berkata permohonan maaf itu dibuat atas kesedaran dan keterlanjuran beliau mengkhianati anaknya, bukannya kerana desakan mana-mana pihak berkepentingan politik.

"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau juga menarik balik permohonan maafnya kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal Mac lalu, yang menafikan kelakuan jenayah pemimpin itu terhadap anaknya.

Sebaliknya beliau mempertahankan pendirian semasa membuat sumpah laknat bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam kejadian liwat dan beliau mengakui ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan pemimpin itu.

Dalam pada itu, Azlan juga menarik balik semua kenyataannya termasuk pada majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah pada 23 dan 24 Mac lalu yang menyatakan anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu.

"Salah seorangnya Khairil Anas Jusoh untuk memfitnah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam kes liwat 2008.

"Dengan kenyataan akhbar ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul daripada kenyataan saya sebelum ini.

"Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni," jelasnya.

Sementara itu, Azlan turut mengumumkan beliau keluar PKR berkuat kuasa serta-merta.

"Saya akan mengemukakan notis keluar parti (PKR) selepas ini, masuk keluar parti itu perkara biasa, ramai juga ahli parti pembangkang buat begitu.

"Sekarang saya rasa lega lepas keluar parti, dapat tidur lena kerana tindakan sebelum ini telah sulitkan keluarga," katanya sambil menafikan keputusan keluar PKR itu disebabkan kekangan dalam parti itu. - Sinar Harian

Tuesday 9 April 2013

JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM) KETUAI NGO-NGO AMPANG BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BAPA SAIFUL BUKHARI



Hari ini, 9 April 2013, sekitar 3.00 petang, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mewakili lebih 70 NGO telah tampil membuat laporan polis terhadap bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim di IPD Ampang Jaya. Mereka mendakwa Azlan telah berbohong terhadap kes liwat Mohd Saiful Bukhari.

Berikut merupakan kenyataan media daripada Presiden JMM, Azwanddin Hamzah:



Dan ini adalah bukti berbentuk surat kepada Yang Dipertuan Agong bertarikh 14 Disember 2010 yang dimaksudkan:







Antara NGO yang terlibat dalam membuat laporan polis ini adalah Ampang Bersatu, Badan Amal Tarbiyah Sejagat Malaysia (BATAS), PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ulama Muda Ampang, Belia Ampang, Persatuan Tokong Ampang, Persatuan India Ampang, Persatuan Silat Gayung Ampang, Belia Tasik Tambahan, CUEPACS dan Liga Keramat.



Mari kita menyingkap kembali secara ringkas kisah kes liwat Saiful Bukhari ini.


Sumber: Sinar Harian

Pada Jun 2008, Saiful Bukhari mendakwa beliau diliwat Anwar Ibrahim dan kemudian membuat sumpah laknat bagi membuktikan dakwaannya itu benar. Sumpah ini dilafazkan dengan ditemani bapanya Azlan. Menurut JMM seperti di atas, Azlan sanggup menulis kepada Yang Dipertuan Agong pada ketika itu meminta prosiding kes liwat Saiful di mahkamah dipercepatkan kerana bimbangkan keselamatan keluarganya.

Sumpah laknat Saiful bersama bapanya Azlan pada 15 Ogos 2008


Umum tahu, sumpah laknat bukanlah perkara yang boleh dibawa main. Namun, pada 8 Mac 2013, bapa Saiful dengan tiba-tiba telah membuat U-turn dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Saiful telah dipergunakan oleh 'pihak tertentu' untuk menjatuhkan Anwar. Kenapa dengan tiba-tiba boleh bertukar pendirian? Sudah 'dibeli' mungkin? 

Perjumpaan apakah ini?


Apa sebenarnya permainan bapa Saiful ini? Apa sebenarnya kaitan beliau dengan Anwar Ibrahim, individu yang didakwa meliwat anaknya sendiri?


Fikir-fikirkan.

Monday 11 March 2013

BAPAK SAIFUL BUKHARI ENGGAN SUMPAH LAKNAT. TAKUT?

Azlan Mohd Lazim enggan melakukan sumpah laknat 

Seperti yang telah dijangkan oleh TWH, bahawa bapak kepada Saiful Bukhari akan enggan membuat kenyataan sumpah laknat seperti mana yang pernah dilakukan oleh Saiful Bukhari ketika membela dirinya didalam kes liwat dahulu. 

Kini Azlan Mohd Lazim bapa kandung kepada Saiful bukhari pula didesak untuk melakukan sumpah yang sama. Tetapi seperti yang telah dijangkakan oleh ramai pihak bahawa Azlan tidak akan melakukan sumpah laknat tersebut kerana dirinya telah menerima habuan yang sepatutnya serta yang telah dijanjikan oleh Anwar Ibrahim.


Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim menegaskan beliau tidak akan membuat sumpah laknat bagi membuktikan dakwaannya bahawa kes liwat II membabitkan anaknya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu fitnah.
Tegas dengan pendirian bahawa dakwaannya Jumaat lalu adalah benar, Azlan berkali-kali menolak gesaan pelbagai pihak yang mahu supaya beliau melakukan sumpah laknat sama seperti yang dilakukan Mohd Saiful pada 2008 yang mengakui diliwat Anwar.


Diasak dengan soalan mengapa beliau takut untuk bersumpah laknat sekiranya berada dipihak yang benar, Azlan bagaimanapun dengan tegas menyatakan: "Saya tidak takut (bersumpah).
"Kalau saya takut, saya tidak akan memberi apa-apa kenyataan akhbar...lebih baik saya diam," katanya.
Sementara itu Azlan turut meminta maaf kepada Mohd Saiful dan menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk mengkhianari anaknya itu.
"Saya ingin meminta maaf kepada beliau (Saiful) di atas apa yang berlaku. Saya tidak berniat untuk aniayai atau khianati anak kandung saya sendiri.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa beliau dibayar oleh PKR untuk membuat kenyataan 'pusingan U' berhubung kes liwat berkenaan, Azlan berkata: "Saya tidak berhak untuk halang tomahan orang. Biarlah mereka terus buat dakwaan."
Ditanya mengapa beliau tidak menghalang Mohd Saiful daripada membuat sumpah laknat serta meneruskan dakwaan di mahkamah berhubung dakwaan diliwat, Azlan bagaimanapun memberi jawapan bahawa beliau merupakan orang berpegang teguh kepada prinsip.

PS : (TWH MOHON MAAF KEPADA SAIFUL TERLEBIH DAHULU)Bapa saiful seorang yang berpegang kepada prinsip,? ini jelas menunjukan bahawa bapa saiful adalah seorang yang MUNAFIK dan tidak berpegang langsung kepada prinsip. 

Prinsip apa yang dipegang oleh bapa saiful?

Jika benar bapa saiful seorang yang BERPEGANG kepada prinsip , mengapa sejarah keluarga mereka bapa saiful indin melacurkan ibu kandung saiful kerana HUTANG JUDI yang banyak Azlan.... disitu satu bukti yang diri kamu bukan lah seorg yang berpegang kepada prinsip rumah tangga. 

Atas dasar apa sebenarnya Azlan sebagai seorang bapa tergamak menikam anaknya dari belakang dan ENGGAN membuat penafian sumpah laknat , ATAS DASAR PRINSIP APA ???

TOLONG JAWAP AZLAN , KALAU AZLAN TAK BOLEH JAWAP , BAGI LA KEPADA PEMIMPIN2 PR YANG JAWAP .... 

BAPAK SAIFUL BUKHARI MASUK PKR. BERAPA DAPAT?



Nampaknya pancing Anwar sudah kena.... kata orang kalau nak tangkap ikan besar umpannya juga mesti besar....

Menurut sumber, bapa Saiful telah lama berstatus “penanam anggur”, yang mengakibatkan masalah kewangan yang runcing. Tidak diketahui samada dia seorang yang pemalas, atau sebaliknya. Namun yang pasti, kereta yang dia kerap gunakan sebelum ini (sehinggalah pengakuan U-Turn darinya dibuat) adalah pinjaman dari kenalannya.

Dan masalah kewangan yang kritikal ini pastinya telah dihidu oleh pembangkang. Lebih menarik, kemunculannya di dampingi Johari Abdul, ahli Parlimen Sungai Petani yang terkenal dengan “pelincir” berjumlah RM1 juta itu.

Bapa Saiful Masuk PKR

Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan hari ini menyerahkan borang menjadi ahli PKR kepada pimpinan parti itu berkuatkuasa hari ini.

Azlan Mohd Lazim berkata beliau sudah lama menyokong kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu sejak tahun 1998 apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipalitkan dengan tuduhan liwat.

"Saya tidak akan membuat sebarang sidang media pada pagi ini kerana saya maklum bahawa tuan puan yang hadir telah mengikuti kenyataan akhbar saya pada 8 hari bulan.

"Tujuan saya hadir untuk menyerahkan borang permohonan sebagai Ahli PKR," katanya.

Azlan mendakwa beliau sudah lama 'bersama' dengan PKR dan hanya berperanan di peringkat akar umbi sahaja.

"Sebenarnya saya sudah lama berjuang sejak 1998 tetapi sebagai penyokong di peringkat akar umbi ketika itu. 

"Saya amat meminati PKR dan hari ini saya menyokong penuh kepimpinan DSAI dan saya mendoakan agar kepimpinan PKR dan PR akan mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU13 nanti berbanding keputusan PRU12," katanya.


[Sumber

Friday 8 March 2013

Insiden #LahadDatu: KANTOI! NUR MISUARI MAIN ISU SAIFUL BUKHARI DALAM FB!

Pendedahan MyMassa:


Terkejut MyMassa bila menjengok di Page Ketua Pengganas, Nur Misuari (https://www.facebook.com/Nur.P.Misuari)

Klik untuk besarkan


Dalam sibuk-sibuk berperang dengan Tentera Malaysia, sempat juga main propaganda Anwar Ibrahim kat Facebook pasal kenyataan bapa Saiful?

Nur Misuari ni nak tuntut Sabah atau nak tolong kempen bagi menangkan Anwar Ibrahim?


Tu pun masih tak nak mengaku jadi dalang. 

Satu lagi, pembaca boleh tengok tagline propaganda baru PKR menjelang PRU akan datang.

Kata Tian Chua.......KONSPIRASI TERANCANG.



Kata bapa Saiful....KONSPIRASI JATUHKAN ANWAR.




Kenapa kedua-duanya senada dengan perkataan KONSPIRASI? Siapa sebenarnya berkonspirasi?

Kantoi!




RMK: Anwar Ibrahim! Apa kau nak spin lagi lepas ni woi??

Demi Wang, Maruah Anak Sanggup Digadaikan



 
 
Satu ketika dahulu, seorang bapa ini sanggup menghadapi risiko dicerca, dihina dan dipulaukan, demi maruah anak lelakinya yang dianiaya secara seksual luar tabie oleh bekas majikannya. Dek kerana itu, beliau sanggup membawa anaknya ke rumah Allah bagi melafazkan sumpah Laknat ke atas dirinya sendiri sekiranya beliau memfitnah bekas majikannya itu.
 
 
Kes itu berlarutan sehingga lebih 4 tahun perbicaraan dan penangguhan selain ketiadaan kehidupan yang normal seperti insan yang lain. Semuanya itu diharungi demi mendapatkan sedikit keadilan sepertimana yang pernah diperjuangkan bersama bekas majikannya sebelum ini. Namun, segalanya seperti suatu yang sia-sia apabila majikannya terlepas juga mahkamah dunia.
 
 
 
Namun, si bapa tetap tidak mengalah untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya bagi pihak anak yang disayangi. Selagi nyawa nasih di badan, ini sahajalah yang dapat ku lakukan buat anak lelakiku.
 
 
 
 
Namun, kuasa wang juga mengatasi segala-galanya. Sepertimana peguambela anaknya yang akhirnya membela pihak lawan (sebab itu kes boleh tertangguh sehingga lebih 60 kali), si Bapa juga tampak tewas kepada godaan duniawi. Tidak mengapalah wahai Saiful, walaupun skrip yang diberikan kepada bapamu sama sahaja (Khairil Anas, Peg Khas PM dll), namun kita semua tahu yang Allah SWT itu maha Kuasa. Tiada satu perancangan licik manusia yang dapat mengatasi Maha PengetahuanNYA!

 
 
Namun, apa yang kita semua perlu fikirkan ketika ini adalah, mengapa sekarang?!!
 
* Mengapa PI Bala berani pulang dan sambung kisah fitnahnya hanya selepas kes Altantuya selesai dibicarakan?!! $$$ Berapa belanjanya?
 
* Bagaimana penceroboh/lanun Sulu yang miskin secara tiba-tiba memiliki peralatan peperangan yang canggih dan kewangan yang mantap sebaik menceroboh Sabah?!! $$$ Berapa pula belanjanya?
 
* Apakah perancangan bashing NAJIB/BN ketika dua anggota polis terkorban tidak menjadi, maka dibelinya pula bekas Jeneral untuk memperkuat motif bashing?!!
 
* Apakah Anwar kini melihat gelombang simpati dan sokongan rakyat bersama Kerajaan begitu kuat ketika ini kerana pendedahan pelbagai media tentang penglibatan beliau sebagai dalang, maka tibalah strategi divert dengan membeli bapa Saiful pula?!!

Sumber: MyMassa


RMK: Terlalu banyak muslihat pakatan haram ni. Semoga Tuhan tunjukkan yang mana hak, yang mana batil.