Friday, 7 December 2012

TERKINI! MASYARAKAT INDIA SELANGOR MENGAMUK DI SHAH ALAM!



Susulan daripada entri RMK semalam [baca sini], satu demonstrasi aman telah diadakan di hadapan Dataran Shah Alam dan bangunan SUK Selangor bermula 11.00 pagi tadi oleh NGO-NGO India akibat berang dengan tindakan kerajaan Pakatan Haram Selangor yang telah merobohkan tempat sembahyang Hindu di sebuah kediaman di Sepang. Seramai kira-kira 600 yang hadir daripada Skuad Belia MIC, Nambikai, Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia, NGO Perinnbam, Indian Athma Sakti Association, Tamil Uthavum Karangkal dan beberapa NGO lain. Mereka datang membawa kain rentang mengutuk tindakan kerajaan negeri yang tidak menghiraukan sensitiviti kaum beragama Hindu dengan tindakan merobohkan tempat sembahyang tersebut. Ini merupakan kemuncak kebangkitan masyarakat India yang sudah lama memendam rasa tidak puas hati dengan kerajaan negeri terutamanya EXCO Xavier Jeyakumar yang disifatkan sebagai tidak menjaga kebajikan orang India Selangor.

Antara flyers yang diedarkan kepada umum








Berarak ke bangunan SUK



Pakatan Haram pernah berjanji pada 2008 tidak akan memusnahkan rumah ibadat bukan Islam. Apa sudah jadi? Cakap tak serupa bikin. Janji tinggal janji. Akhirnya rakyat yang merana. 

P/S: RMK dapat maklumat selepas ni akan ada lagi perobohan kuil seterusnya oleh kerajaan negeri di Puchong. Kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran maklumat tersebut.

1 comment:

  1. Adakah saiz jadi faktor pertimbangan anda? OMG kini di S.Alam sedia membantu. Lawat I AM GORGEOUS

    ReplyDelete