Tuesday 20 August 2013

Fakta Perlembagaan Malaysia & Hari Malaysia Siri 1






Sempena ketibaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-56 pada 31 Ogos dan sambutan Hari Malaysia 16 September ini, RMK dengan ini mengajak semua rakyat Malaysia supaya kembali menghayati dan memahami sejarah perlembagaan dan pembentukan negara kita yang tercinta ini. Tindakan sesetengah pihak yang bertindak umpama golongan buta sejarah eloklah diperingatkan semula apa yang membuatkan negara ini kekal aman dan bertuah selama 56 tahun. 

Ayuh, semaikan semangat cinta negara!



Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.



Konsep ketinggian Perlembagaan adalah seperti berikut:-

•Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi;
•Menjadi punca kepada semua undang-undang;
•Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan;
•Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan;
•Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh Parlimen jika bertentangan dengan Perlembagaan; dan
•Walaupun Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara, tetapi Baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan.

Perlembagaan dibentuk dengan tujuan berikut iaitu:-

• Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil;
• Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah;
• Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat;
• Alat untuk menyelesaikan masalah;
• Menjamin riwayat negara bangsa; dan
• Menjamin keamanan dan kestabilan negara.

Perlembagaan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan. Perlembagaan juga mengandungi 16 Bahagian. Bahagian-bahagian tersebut ialah:-

Bahagian I : Negeri-Negeri, Agama Dan Undang-Undang Bagi Persekutuan
Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.

Bahagian II : Kebebasan Asasi
Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki; hak untuk hidup dan kebebasan; kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan; kesamarataan di sisi undang-undang; kebebasan bergerak; kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu; kebebasan agama; hak untuk berpendidikan; dan hak untuk memiliki harta.

Bahagian III : Kewarganegaraan
Seseorang itu menjadi warganegara Malaysia dengan cara; dilahirkan di sini; berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia; tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan. Bahagian III juga menyatakan bagaimana seseorang
boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan.

Bahagian IV : Persekutuan
Bahagian ini memberi panduan kepada sistem kerajaan di Malaysia. Ketua utama persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan juga Yang Di-Pertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja. Bahagian IV juga mewujudkan Kabinet dan Pejabat Perdana Menteri. Bahagian ini juga mewujudkan Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bahagian V : Negeri-Negeri
Setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri dan badan perundangan yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing. 

Bahagian VI : Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri-Negeri 
Bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara yang membolehkan Parlimen menggubal undang-undang dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-duanya boleh menggubal undang-undang.

Bahagian VII : Peruntukan Kewangan
Bahagian ini menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.

Bahagian VIII : Pilihan Raya
Bahagian ini menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita. Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya. Suruhanjaya Pilihanraya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Bahagian IX : Badan Kehakiman
Bahagian ini mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. Bahagian IX juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik.

Bahagian X : Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam
Bahagian ini mengenal pasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuklah pasukan polis, angkatan tentera dan perkhidmatan pelajaran. Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh “Suruhanjaya–suruhanjaya” dan anggota Suruhanjaya-suruhanjaya ini secara umumnya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Bahagian X juga mewujudkan Pejabat Peguam Negara.

Bahagian XI: Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat.
Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.


Bahagian XII : Am Dan Pelbagai
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak dan memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana pindaan boleh dilakukan ke atas Perlembagaan.

Bahagian XIIA: Perlindungan Tambahan Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak.
Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak, contohnya perizaban tanah peribumi bagi masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak.

Bahagian XIII: Peruntukan Sementara Dan Peralihan
Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum merdeka masih berkuat kuasa sehinggalah Parlimen menggubal undang-undang baru untuk menggantikan mereka.

Bahagian XIV: Kecualian Bagi Kedaulatan, dsb., & Raja-Raja
Kedaulatan, kuasa, perogratif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara dalam Bahagian XIV.

Bahagian XV: Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-Raja.
Di bawah Bahagian XV, prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja harus dibawa di hadapan “Mahkamah Khas ”.





3 comments:

  1. Pihak tentera boleh menggantung perlembagaan ,kesetiaan mereka hanya pada raja raja melayu,jadi siapa boleh menghalang tentera?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut akta2 angkatan tentera 1972, tentera adalah dibawah kuasa YDPA dan mereka tertakluk kpd perlembagaan persekutuan sebelum 1963 dan kini perlembagaan malaysia. So tentera adalah di bawah kuasa YDPA dan bukan lebih besar drp itu...

      Delete
  2. We are the former committee members of the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE in Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. That we would like to inform about something like the history of the Temple to all Buddhists to know in Malaysia and other countries in the world

    This SAMNAK SAMBODHI was started in 1989, at Taman Ehsan by Sangha from Kelantan, there was a rental house for our Temple and our Master’s payment for the Temple, how difficult it was at that time but our Master was very patient in what matter for the Temple.

    We moved to No: 25 Jalan 5 Taman Desa Jaya, near Taman Daya in 1992 but the Temple here is no longer, then in 1993 again moved to the place now, we are knowing well about the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE

    Last time, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE was very famous for various activities such as Dhamma Sunday School, free form five tuition on BM, Wesak Day celebration, Kathina celebration, Loy Krathong festival, blood donation, Chinese New Year Oil Lamp and others.

    This time is very different in the past and the committee hires foreign monks to take care of Temple only and sometimes the president of the Temple (YIP KUM FOOK) invites some Tibetan monks and Thai monks to wipe out their misfortune only, the Temple became a private place of the family

    How to embarrass the devotees, the committee must rethink the matter because of the Temple donation fund by the devotees

    Sharing by Lum Tuck choy, Taman Desa Jaya, Kepong

    ReplyDelete