Assalamualaikum Pak Lah,
Terlebih dahulu saya mohon maaf mencoret warkah tak
seberapa ini, tatkala saya masih bernyawa, saya masih berfikir untuk memberi
sumbangan buah fikiran demi survival umat Islam dan bangsa Melayu di tanah air
tercinta ini.
Pak Lah, saya sungguh sedih mengapa Pak Lah mantan
seorang Perdana Menteri, dikenali sebagai “Mr. Clean” malah dihormati sebagai
cucunda kepada ulama tersohor tanah air, masih lagi membenarkan diri Pak Lah
dipergunakan oleh individu-individu yang sudah lama mengkhianati Pak Lah.
Ketika Pak Lah menjawat Perdana Menteri, Pak Lah lantik
dia sebagai peneraju akhbar perdana NST. Pak Lah tahu kah apa yang dia buat di
NST? Ketika kami berjuang dengan mata pena mempertahankan kerajaan Pak Lah
(2008), dia dengan sesuka hati membuang kami, mengganti kami dengan orang-orang
yang lebih ‘liberal’ sesuai dengan pemikirannya yang liberal itu. Malah pada
tahun 2009, dia membawa masuk orang-orang media dari portal pembangkang.
Semuanya semata-mata kerana wang.
Sebab itu, di akhir tulisannya selepas Pak Lah kalah di
beberapa negeri dan tidak berjaya memperolehi 2/3, dia terang-terang
menyalahkan Pak Lah. Sifat pembelot manusia bernama Kalimullah ini sudah lama
terbukti, malah semasa tapisan keselamatan untuk memohon menjadi pegawai khas
kepada Tun Ghafar Baba, beliau gagal kerana dia dikesan berfungsi sebagai ‘agen
kepada negara asing’!
Kalimullah Hassan |
Semasa Pak Lah sebagai Perdana Menteri, saya diberitahu
dengan bukti yang sangat jelas, bagaimana Kalimullah seringkali bertindak
berlebih-lebihan, dengan menggunakan “budak tingkat 4” bermesyuarat beberapa
kali di luar waktu pejabat untuk mempengaruhi malah memperbodohkan Pak Lah,
yang akhirnya kerajaan Pak Lah merosot teruk pada tahun 2008. Mereka turut
memperbodohkan menantu Pak Lah yang masih mentah itu.
Isunya Pak Lah, mengapa sesudah Pak Lah berhenti hari
ini, Pak Lah masih membenarkan Kalimullah berada di sekeliling Pak Lah lagi?
ANTI
UMNO, ANTI MELAYU, ANTI ISLAM, PRO PEMBANGKANG
Pak Lah tak tahukah Kalimullah inilah orangnya yang
rapat dengan Prof. James Chin dan Bridget Welsh di mana mereka berdua ini Anti UMNO, Anti Melayu, Anti Islam dan Pro
Pembangkang! Sekarang mereka berdua jugalah yang memerangkap Pak Lah dan
memperbodohkan Pak Lah dengan mengutip beberapa “kata-kata” Pak Lah lalu
dijadikan “headline issues” dalam
himpunan tulisan dalam buku “Awakening” itu! Di mana maruah Pak Lah kerana
membenarkan diri Pak Lah dipergunakan lagi oleh si Kalimullah Pembelot dan agen
negara Singapura!
James Chin |
Bridget Welsh |
Soalan saya Pak Lah sebagai orang lama dan rakan lama,
kenapa Pak Lah pergi kepada mereka berdua yang Anti UMNO, Anti Islam, Anti Melayu dan Pro Pembangkang? Adakah Pak
Lah lupa Pak Lah dari parti mana? Tidak adakah lagi wartawan-wartawan yang
lebih berjatidiri yang Pro UMNO, Islamik, Pro Melayu?
Saya kasihan dengan Pak Lah, seumur hidup Pak Lah
semasa menjadi Perdana Menteri dan selepas bersara masih menggunakan orang yang
salah! Sedarlah dirimu wahai Pak Lah, bahawa Kalimullah itu agen
Singapura! Pak Lah tak percayakah? Pak Lah boleh periksa berapa kali Kalimullah
hadir dalam perjumpaan dengan pegawai-pegawai PAP dan DAP di Singapura, Kuala
Lumpur dan Pulau Pinang? Pergilah Pak Lah periksa betapa kerap Kalimullah
berulang-alik Pulau Pinang ke Singapura membawa mesej kerajaan DAP Pulau Pinang
dan kerajaan PAP Singapura! Ini bukan soal bisnes semata-mata Pak Lah, tetapi
Kalimullah itulah agen dan spy negara Singapura sejak zaman Tun Ghafar Baba
lagi!
Sedarlah wahai Pak Lah, betapa Kalimullah memperalat
Pak Lah sepenuh-penuhnya untuk memenuhi agenda asing khususnya melalui negara
Singapura. Penasihat-penasihat Pak Lah seperti Kalimullah masih meneruskan
memperalatkan Pak Lah dengan menjadikan Pak Lah alat kepada keperluan Singapura
walaupun Pak Lah bukan lagi Perdana Menteri!
Lihatlah serangan mereka minggu ini, bermula dengan hal
TPPA yang suami KSU MITI sendiri journalist kanan bisnes di NST Singapura (hmm
NST, Kalimullah dan Singapura macam tak boleh dipisahkan)! Kemudian isu Lee
Kuan Yew mengkritik dasar negara kita, kemudian buku “Awakening” yang digunakan
sepenuhnya untuk memalukan Pak Lah sendiri, juga akhbar Singapura memperlekeh
kejadian tembak-menembak di negara kita dan terkini rakyat Singapura berugama
Buddha solat di Surau umat Islam! Apakah semua ini berlaku dengan sengaja?
Apakah semua perkara yang berlaku dalam bulan yang sama ini tidak dengan
perancangan? Mengapa Pak Lah sanggup
diperalatkan lagi oleh Kalimullah, Bridget Welsh dan yang lain yang semuanya agen
asing ini?
Cukuplah surat terbuka saya ini kepada Pak Lah, jika
Pak Lah betul sayangkan UMNO janganlah percaya lagi kepada penyunting dan
penulis yang anti UMNO. Jika Pak Lah betul sayangkan orang Melayu dan Islam,
sedarlah bahawa Bridget Welsh itu anti Islam dan anti Melayu. Mereka semua Pro
Pembangkang. Jauhkanlah dirimu dari hasutan Kalimullah agen asing kerana dia
adalah manusia kapitalis separuh komunis yang bertuhankan Cent dan Dollar.
Malah dia tidak kesah menjual negaranya, bukankah sudah dibuktikan? Tarik balik
kerakyatan Kalimullah dan tarik balik gelaran Datuk dia, supaya menjadi
pengajaran kepada mereka yang menjadi agen kepada negara asing!
Sekian, kepada Tuhan saya memohon Ampun.
Sahabat Seperjuangan,
Pak Min, Kuala Lumpur.
13 Ogos 2013.
No comments:
Post a Comment