Tuesday 16 July 2013

Kesabaran Orang Islam Kian Pudar - Bhg. 2


Alvin Tan & Vivian Lee mempersendakan bulan Ramadhan dengan gambaran Bak Kut Teh dan logo halal.


Dari Utusan Malaysia [sambungan];

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) yang juga Pengerusi Khairul Group, Datuk Khairul Anwar Rahmat pula menegaskan hubungan diplomatik mempunyai hadnya dan seorang duta tidak patut mencabar keimanan orang Melayu.
“Zahirnya memang lemah lembut tetapi keimanan Melayu tebal dalam mempertahankan maruah agama, kita tidak akan benarkan kalimah Allah digunakan sewenang-wenangnya.
“Dalam kes ini, kita boleh usir duta itu, gantung taraf diplomatik dengan negaranya ataupun memutuskan terus hubungan. Bukannya Malaysia tidak pernah putuskan hubungan diplomatik dengan negara yang tidak hormati kita lebih-lebih lagi dalam bab agama," tegasnya.
“Jika secara ‘suka-suka’ mempermainkan Islam, boleh juga diambil tindakan bawah Akta Hasutan kerana mencemar kesucian agama Islam, atau atas tuduhan menghina Raja-Raja Melayu yang memayungi Islam. Mereka juga boleh dituduh menghasut perpecahan kaum kerana jelas ini satu tindakan provokasi yang mahu umat Islam bertindak balas, jika orang Melayu bertindak ‘kasar’ tentu mereka juga akan balas sama," ujarnya.
Beliau melihat soal buta sejarah termasuk ‘Keluhuran Perlembagaan’ dalam Rukun Negara dalam kalangan orang bukan Melayu yang gagal menghayatinya menyebabkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada mereka tidak dibalas seperti dijanjikan.
“Muafakat antara kaum juga semakin terhakis apabila bukan Melayu mula menolak Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa Melayu bumiputera dan asas kontrak sosial lain seperti yang dijanjikan sebelum merdeka.
“Sistem pendidikan kita sememangnya gagal didik orang bukan Melayu mengenai asas-asas ini khususnya toleransi, muafakat dan pengorbanan antara kedua-dua belah pihak," dakwanya.
Khairul Anwar melihat penghinaan terhadap Islam, khususnya oleh golongan muda satu cerminan sikap kurang ajar untuk menafikan siapa tuan punya bumi bertuah ini, apatah lagi selepas Melayu gagal ‘dijatuhkan’ pada pilihan raya lalu. 

RMK: Sudah berpuluh tahun kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni dalam situasi pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Dalam pada ini rakyat Malaysia dilimpahi dengan kemakmuran dan melahirkan rakyat yang berpendidikan dan hidup selesa. Namun nampaknya pendidikan dan kesenangan hidup tak menjanjikan kematangan dan sensitiviti terhadap rakyat Malaysia sendiri. Entah dimana silapnya, masih ada lagi puak-puak yang langsung tak peduli sensitiviti terhadap amalan keagamaan sesama rakyat Malaysia. Tidak cukup berakalkah mereka ini?

No comments:

Post a Comment