Thursday 8 November 2012

[TERKINI!] Di Kala Nurul Izzah Menghalalkan Murtad, Datin Seri Rosmah Membantu Rakyat


Umum kini tahu sejak kira-kira seminggu lepas, Selangor telah dilanda banjir teruk di beberapa kawasan terutamanya di daerah Sepang dan Kuala Langat. RMK berkesempatan meninjau sendiri beberapa tempat yang dinaiki air.










Keadaan terjejas teruk. Agensi-agensi keselamatan berusaha gigih dalam operasi menyelamat dan beberapa pusat pemindahan juga dibuka untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir.






Kasihan RMK tengok keadaan mangsa-mangsa banjir dan juga kawasan yang terjejas. Namun, alhamdulillah, masih ada yang prihatin.



Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah turun melawat mangsa-mangsa banjir Dewan Orang Ramai Dengkil, Sepang pada jam 10.00 pagi tadi. Beliau yang merupakan Presiden Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) berkata bahawa BAKTI akan menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000 melalui pihak Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (KASIH) untuk membeli barangan keperluan mangsa banjir. Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa BAKTI akan turut menyumbangkan RM10,000 kepada setiap negeri yang dilanda banjir.





Penyampaian cek sumbangan BAKTI kepada KASIH

Datin Seri Rosmah bersama mangsa banjir



Terima kasih Datin Seri atas keprihatinan mendalam terhadap mangsa banjir. Walaupun sering ditohmah oleh pihak pembangkang, namun beliau tetap turun padang untuk meninjau keadaan mangsa banjir dan memberikan sumbangan bagi meringankan beban mereka. Salah satu contoh pemimpin yang berjiwa rakyat!


*RMK tak nampak pun pemimpin kerajaan Selangor mahupun mana-mana pemimpin 'tersohor' Pakatan Rakyat datang tengok mangsa banjir kat Selangor nih? Mana korang semua? Sibuk nak bela si Nurul Izzah yang sama macam papa dia yang liberal tu? Macamana dengan nasib rakyat jelata yang ditimpa musibah ni? Nampak sangat Pakatan Haram pentingkan kuasa dalam politik saja. Sedarlah rakyat Selangor! Jangan salah pilih lagi!!

No comments:

Post a Comment