Monday 8 October 2012

KRISIS AIR SELANGOR: KHALID IBRAHIM JILAT LUDAH SENDIRI!



Krisis air Selangor yang tak pernah sudah. Minggu lepas dilaporkan Loji Pembersihan Air Sungai Sireh di sini berdepan penyusutan lebih 50 peratus di terusan utama Sungai Sireh sejak seminggu lalu.

Loji air susut, lebih 30,000 terutama pesawah bakal terjejas
ARZIANA MOHMAD AZAMAN
7 Oktober 2012
Loji Pembersihan Air Sungai Sireh
Loji Pembersihan Air Sungai Sireh menyusut sejak seminggu lalu sehingga melebihi paras kritikal.
TANJONG KARANG - Lebih 30,000 pengguna air terutamanya pesawah di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam dikhuatiri terjejas kerana Loji Pembersihan Air Sungai Sireh di sini berdepan penyusutan lebih 50 peratus di terusan utama Sungai Sireh sejak seminggu lalu.


Sinar Harian difahamkan, keadaan itu menyebabkan pengeluaran air dari loji itu mula berkurangan daripada 21 juta liter sehari (JLH) kepada 16 JLH dan ketika ini pengeluaran air di loji terbabit terpaksa ditampung oleh beberapa loji lain.



Ekoran itu, paras air di Terusan Besar Sungai Sireh mencapai tahap kritikal iaitu 3.34 meter berbanding paras normal melebihi empat meter dan menyebabkan air sungai itu terpaksa disedut menggunakan pam kerana paras air yang susut.



Difahamkan juga, penyusutan air di terusan utama Sungai Sireh berpunca daripada taburan hujan yang berkurangan di kawasan tadahan air, musim kemarau dan penggunaan air untuk tanaman padi di kawasan Tanjong Karang, Sekinchan dan Sungai Besar.



Seorang pesawah, Ahmad Maidin Hussin, 60, berkata, pihaknya sedia maklum isu berhubung penyusutan air di terusan utama Sungai Sireh di sini yang jelas dapat dilihat dan turut bimbang sekiranya air terus kering jika krisis ini berterusan.



“Saya juga terkejut melihat paras air terlalu rendah sehingga boleh menyebabkan loji yang ada di sini terjejas. Jika masih berterusan, mungkin menimbulkan banyak masalah kepada pengguna.



“Mungkin pesawah di Sawah Sempadan tidak terjejas kerana musim menanam sudah berakhir dan kini hanya menunggu kerja menuai pada 20 Oktober nanti, namun turut bersimpati dengan nasib pesawah di Sekinchan kini tengah menanam padi,” katanya.



Seorang lagi pesawah, Hussien Abdul Shukor, 43, berkata, sejak seminggu lalu, bekalan air di kawasan sawahnya di Sungai Sireh mula berkurangan apabila paras air di terusan berkenaan yang menjadi sumber utama bekalan mulai menyusut.



“Kebanyakan pesawah di sini terpaksa guna air simpanan dan parit, namun kami bernasib baik apabila tanaman padi di kawasan ini sudah hampir masa untuk dituai dan tidak memerlukan air banyak,” katanya yang mengusahakan sawah seluas 2.4 hektar.



Bagi seorang petani, Rosmi Ahmad, 57, berkata, dia juga terpaksa menggunakan air dalam tong untuk mengusahakan tanaman keladi dan jika sumber air sungai terus menyusut, dikhuatiri tanamannya akan musnah.



Sementara itu, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor, Md Khairi Selamat ketika dihubungi berkata, sehingga hari ini pihaknya belum menerima laporan mengenai masalah terbabit dan akan memberi penjelasan selepas ini. - Sinar Harian



Lepas tu, Khalid Gagap keluarkan pula kenyataan agar rakyat Selangor jangan cemas paras air kian merosot. Dia cadangkan pula pembenihan awan untuk hasilkan hujan.


MB: Tidak perlu cemas laporan paras air menyusut

7 Oktober 2012
SERI KEMBANGAN – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap rakyat tidak cemas dengan laporan penyusutan paras air di empangan dan loji pembersihan air di negeri ini.

Katanya, Kerajaan Negeri sedia maklum mengenai perkara tersebut dan akan melaksanakan proses pembenihan awan sekiranya tiada hujan dalam tempoh 22 hari bermula Khamis lalu.

Katanya, beberapa kajian juga sudah dibuat sama seperti yang pernah dilakukan di Johor ketika paras air di empangan negeri itu susut.

“Daripada kajian dilakukan, didapati dalam keadaan ini (paras air empangan menyusut) kita tidak perlu rasa cemas, masih ada 75 hingga 90 hari lagi.

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri membuat keputusan pembenihan awam akan dilakukan sekiranya tiada hujan dalam tempoh 22 hari,” katanya selepas menyampaikan sumbangan pada Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengenai situasi semasa paras air di Empangan Sungai Selangor yang didakwa menyusut hampir 40 peratus.

Terbaru, lebih 30,000 pengguna air terutamanya pesawah di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam dikhuatiri terjejas apabila paras air di Loji Pembersihan Air Sungai Sireh menyusut lebih 50 peratus.

Abdul Khalid berkata, proses pembenihan awan itu akan dilaksanakan atas nasihat Jabatan Meteorologi dan Lembaga Urus Air Selangor (Luas).

Katanya pihaknya juga sudah melakukan persediaan sekiranya proses itu perlu dilakukan.

“Kita sudah ‘standby’ penggunaan, sebelum 22 hari pun boleh buat, kena periksa awan dan sebagainya dahulu. Saya dimaklumkan ia perlu buat sekiranya paras air di bawah 50 peratus tetapi dimaklumkan tiga hari lalu dia masih di bawah 56 peratus,” katanya.

Kelmarin akhbar melaporkan, paras Empangan Sungai Selangor yang membekalkan air mentah ke dua loji sebelum diproses dan diagihkan kepada penduduk sekitar Lembah Klang dikatakan mengalami penyusutan.

Pengurangan air di empangan itu dikatakan berkemungkinan menjadi petanda awal berlakunya krisis air di Selangor.


Cuak dah Khalid Gagap ni. Dulu dia ngan EXCO Selangor mati-mati putar belit fakta krisis air Selangor tak akan berlaku [baca sini]. Tuduh Kerajaan Pusat nak bina loji Langat 2 untuk untungkan kroni. Sekarang? Bila paras air semakit surut dan rakyat berdepan dengan masalah kekurangan sumber air, baru kau nak gelabah. Padan muka kau jilat ludah sendiri.

No comments:

Post a Comment