Monday 19 August 2013

Edisi Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas: BERLAMBAK 'BENDERA' SEMASA PRU, SUSAH SANGAT JALUR GEMILANG SETAHUN SEKALI

DUA belas hari lagi, Malaysia akan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 yang bertemakan Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku. Sambutan kali ini berlangsung dalam suasana umat Islam masih meraikan Hari Raya Aidilfitri, hari ke-24 dalam bulan Syawal. Adakah kemeriahan Aidilfitri akan menenggelamkan semangat mengingati sambutan kemerdekaan negara? Setiap kali menjelang kemerdekaan, kerajaan akan mengadakan program untuk menggalakkan rakyat mengibarkan bendera kita, Jalur Gemilang. Kenapa rakyat perlu diperingatkan tentang kibaran bendera setiap kali negara mahu menyambut Hari Kemerdekaan? Tentulah, kebanyakan orang sering lupa untuk mengibarkan bendera ini. Cuba lihat sekeliling. Lihat rumah anda sendiri, rumah jiran, bangunan pejabat, kediaman, bangunan perniagaan termasuk hotel, kenderaan sama ada lori, kereta, bas, teksi atau motosikal. Bolehkah anda melihat sehelai kain berjalur merah putih berkibar megah di bangunan atau kenderaan? Jika ada, bagus tetapi bagaimana kalau tidak ada? Suasana tentu berubah jika setiap bangunan kediaman, pejabat serta kenderaan awam dan persendirian mengibarkan bendera. Bayangkan jika 1.4 juta kakitangan awam memasang Jalur Gemilang. Khabarnya, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman telah meminta penjawat awam memasang Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing sebagai lambang semangat cintakan negara.

Langkah itu menurut beliau sebagai penghargaan kepada kerajaan yang sering menambah baik sektor perkhidmatan awam melalui pelbagai inisiatif dan insentif.

Kata Omar, "“Saya selalu dapat aduan menyatakan penjawat awam kalau hal hendak naik gaji, bonus atau elaun semua bersemangat tapi bila hendak meriahkan sambutan hari kemerdekaan setahun sekali pasang bendera susah. Baru-baru ini kerajaan dah bagi bonus RM500 untuk penjawat awam dan RM250 untuk pesara, takkan hendak beli bendera sebatang pun tak boleh,’’".

Benar kata Omar. Bukan senang untuk membeli sebatang bendera. Kalau boleh hendak percuma. Menjelang hari raya, orang ramai boleh berbelanja besar untuk menghias rumah dengan lampu hiasan berwarna warni atau pelita minyak tanah. Mereka mampu berbelanja untuk membeli kain berwarna warni bagi menggantikan langsir yang masih elok. Begitu juga dengan alas meja. Alangkah eloknya menjelang hari raya lalu, keghairahan membeli-belah itu memasukkan juga senarai membeli Jalur Gemilang. Bagaimanapun ada juga pemimpin yang mengambil kesempatan mengedarkan Jalur Gemilang semasa rumah terbuka Aidilfitri seperti ditunjukkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri Yaakob di kawasan Parlimennya, Bera.

Apalah ada pada Jalur Gemilang? Memang benar, ramai yang tidak tahu nilai secebis kain berjalur merah putih itu. Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain berwarna dan bercorak yang dinamakan bendera, tetapi lambang kedaulatan dan identiti negara. Seperti kata Perdana Menteri, Najib Tun Razak, mengibarkan Jalur Gemilang dengan pengertian sepenuhnya menunjukkan semangat patriotik serta melambangkan kedaulatan dan jati diri negara. Janganlah kita mengibar bendera kebanggaan negara sejak 1950 itu sebagai ikut-ikutan. Kibarlah bendera dengan rasa megah bahawa bendera adalah identiti jati diri rakyat, lambang rakyat Malaysia yang bersyukur atas kejayaan negara.

Bendera amat bermakna kepada sesebuah negara. Cuba selak kembali, apakah reaksi kita apabila Jalur Gemilang dibakar oleh penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati terhadap negara? Selak juga tindakan penunjuk perasaan di mana-mana sahaja di dunia yang akan memijak, mengoyak atau membakar bendera sebagai tanda protes. Kenapa mereka melepaskan geram kepada bendera? Jika bendera tidak ada nilainya, sudah tentu tindakan pijak dan bakar tidak memberi sebarang kesan.

Malang sekali, di negara kita, ada pihak yang cuba memperkecilkan Jalur Gemilang ini. Disebabkan politik kepartian, Jalur Gemilang diperlekehkan. Sejarah negara telah mencatatkan peristiwa memperkecilkan bendera ini. Selak teringat pada tahun 2011 bagaimana ketika itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan mahu Jalur Gemilang ditukar kepada bendera baru jika mereka memerintah. Beliau memperkecilkan bendera Malaysia kononnya ia ditiru daripada bendera Amerika Syarikat dan terlalu melambangkan Barisan Nasional (BN). Dia dilaporkan enggan mengibarkan bendera kebangsaan itu sebaliknya mengedarkan bendera DAP di kawasannya.

Tahun lalu, timbul pula isu berkibarnya bendera yang dinamakan Sang Saka Malaya yang diadaptasi daripada bendera Indonesia dan Singapura. Bendera itu dikibar di beberapa lokasi di Shah Alam, Selangor serta pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka. Bendera ini juga didakwa akan menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa. Begitulah nasib Jalur Gemilang, bendera kebanggaan kita. Sepatutnya parti-parti politik turut memainkan peranan untuk menggalakkan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik turut sama mengibarkan Jalur Gemilang. Semangat mengibarkan bendera menjelang pilihan raya umum (PRU) perlu dihidupkan dalam suasana menyambut kemerdekaan ini. Lihat sahaja semasa kempen PRU lalu, bermacam-macam saiz bendera parti politik dapat dilihat. Lebih hebat, ada bendera parti yang dijulang sehingga ke pucuk pokok, di lereng bukit dan pelbagai lagi yang menampakkan kesungguhan untuk menonjolkan simbol parti masing-masing.

Eloklah dalam suasana menyambut kemerdekaan ini, parti-parti politik turut mempunyai semangat yang sama iaitu di samping membekalkan bendera, kali ini Jalur Gemilang, pasanglah seberapa banyak yang mungkin dengan kreativiti masing-masing. Mungkin juga di bawah bendera Malaysia itu, tertera nama parti politik atau lambang parti bersaiz kecil sebagai tanda sumbangan mereka. Mungkin Pas yang benderanya boleh kelihatan di sana sini walaupun di luar musim PRU dapat mempelopori langkah ini. Siapa tahu, di setiap kenderaan berkibar Jalur Gemilang beserta lambang bulan yang secara tidak langsung akan mempromosi parti berkenaan. Bukan setakat bendera, pelekat kereta juga boleh dikeluarkan. Berbaki 12 hari lagi, pemasangan Jalur Gemilang diharap dapat disemarakkan lagi. Semoga rakyat Malaysia tidak segan atau malu mengibarkan Jalur Gemilang. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-56. Semoga Malaysia, negara tanah tumpah darah kita ini terus bermaruah dan berdaulat.


Friday 16 August 2013

Surat Terbuka Kepada Pak Lah, KENAPA BENARKAN KALIMULLAH PERALAT PAK LAH LAGI?

Assalamualaikum Pak Lah,

Terlebih dahulu saya mohon maaf mencoret warkah tak seberapa ini, tatkala saya masih bernyawa, saya masih berfikir untuk memberi sumbangan buah fikiran demi survival umat Islam dan bangsa Melayu di tanah air tercinta ini.
Pak Lah, saya sungguh sedih mengapa Pak Lah mantan seorang Perdana Menteri, dikenali sebagai “Mr. Clean” malah dihormati sebagai cucunda kepada ulama tersohor tanah air, masih lagi membenarkan diri Pak Lah dipergunakan oleh individu-individu yang sudah lama mengkhianati Pak Lah.

Ketika Pak Lah menjawat Perdana Menteri, Pak Lah lantik dia sebagai peneraju akhbar perdana NST. Pak Lah tahu kah apa yang dia buat di NST? Ketika kami berjuang dengan mata pena mempertahankan kerajaan Pak Lah (2008), dia dengan sesuka hati membuang kami, mengganti kami dengan orang-orang yang lebih ‘liberal’ sesuai dengan pemikirannya yang liberal itu. Malah pada tahun 2009, dia membawa masuk orang-orang media dari portal pembangkang. Semuanya semata-mata kerana wang.

Sebab itu, di akhir tulisannya selepas Pak Lah kalah di beberapa negeri dan tidak berjaya memperolehi 2/3, dia terang-terang menyalahkan Pak Lah. Sifat pembelot manusia bernama Kalimullah ini sudah lama terbukti, malah semasa tapisan keselamatan untuk memohon menjadi pegawai khas kepada Tun Ghafar Baba, beliau gagal kerana dia dikesan berfungsi sebagai ‘agen kepada negara asing’!
Kalimullah Hassan

Semasa Pak Lah sebagai Perdana Menteri, saya diberitahu dengan bukti yang sangat jelas, bagaimana Kalimullah seringkali bertindak berlebih-lebihan, dengan menggunakan “budak tingkat 4” bermesyuarat beberapa kali di luar waktu pejabat untuk mempengaruhi malah memperbodohkan Pak Lah, yang akhirnya kerajaan Pak Lah merosot teruk pada tahun 2008. Mereka turut memperbodohkan menantu Pak Lah yang masih mentah itu.

Isunya Pak Lah, mengapa sesudah Pak Lah berhenti hari ini, Pak Lah masih membenarkan Kalimullah berada di sekeliling Pak Lah lagi?



ANTI UMNO, ANTI MELAYU, ANTI ISLAM, PRO PEMBANGKANG


Pak Lah tak tahukah Kalimullah inilah orangnya yang rapat dengan Prof. James Chin dan Bridget Welsh di mana mereka berdua ini Anti UMNO, Anti Melayu, Anti Islam dan Pro Pembangkang! Sekarang mereka berdua jugalah yang memerangkap Pak Lah dan memperbodohkan Pak Lah dengan mengutip beberapa “kata-kata” Pak Lah lalu dijadikan “headline issues” dalam himpunan tulisan dalam buku “Awakening” itu! Di mana maruah Pak Lah kerana membenarkan diri Pak Lah dipergunakan lagi oleh si Kalimullah Pembelot dan agen negara Singapura!

James Chin

Bridget Welsh

Soalan saya Pak Lah sebagai orang lama dan rakan lama, kenapa Pak Lah pergi kepada mereka berdua yang Anti UMNO, Anti Islam, Anti Melayu dan Pro Pembangkang? Adakah Pak Lah lupa Pak Lah dari parti mana? Tidak adakah lagi wartawan-wartawan yang lebih berjatidiri yang Pro UMNO, Islamik, Pro Melayu?

Saya kasihan dengan Pak Lah, seumur hidup Pak Lah semasa menjadi Perdana Menteri dan selepas bersara masih menggunakan orang yang salah! Sedarlah dirimu wahai Pak Lah, bahawa Kalimullah itu agen Singapura! Pak Lah tak percayakah? Pak Lah boleh periksa berapa kali Kalimullah hadir dalam perjumpaan dengan pegawai-pegawai PAP dan DAP di Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang? Pergilah Pak Lah periksa betapa kerap Kalimullah berulang-alik Pulau Pinang ke Singapura membawa mesej kerajaan DAP Pulau Pinang dan kerajaan PAP Singapura! Ini bukan soal bisnes semata-mata Pak Lah, tetapi Kalimullah itulah agen dan spy negara Singapura sejak zaman Tun Ghafar Baba lagi!

Sedarlah wahai Pak Lah, betapa Kalimullah memperalat Pak Lah sepenuh-penuhnya untuk memenuhi agenda asing khususnya melalui negara Singapura. Penasihat-penasihat Pak Lah seperti Kalimullah masih meneruskan memperalatkan Pak Lah dengan menjadikan Pak Lah alat kepada keperluan Singapura walaupun Pak Lah bukan lagi Perdana Menteri!

Lihatlah serangan mereka minggu ini, bermula dengan hal TPPA yang suami KSU MITI sendiri journalist kanan bisnes di NST Singapura (hmm NST, Kalimullah dan Singapura macam tak boleh dipisahkan)! Kemudian isu Lee Kuan Yew mengkritik dasar negara kita, kemudian buku “Awakening” yang digunakan sepenuhnya untuk memalukan Pak Lah sendiri, juga akhbar Singapura memperlekeh kejadian tembak-menembak di negara kita dan terkini rakyat Singapura berugama Buddha solat di Surau umat Islam! Apakah semua ini berlaku dengan sengaja? Apakah semua perkara yang berlaku dalam bulan yang sama ini tidak dengan perancangan? Mengapa Pak Lah sanggup diperalatkan lagi oleh Kalimullah, Bridget Welsh dan yang lain yang semuanya agen asing ini?

Cukuplah surat terbuka saya ini kepada Pak Lah, jika Pak Lah betul sayangkan UMNO janganlah percaya lagi kepada penyunting dan penulis yang anti UMNO. Jika Pak Lah betul sayangkan orang Melayu dan Islam, sedarlah bahawa Bridget Welsh itu anti Islam dan anti Melayu. Mereka semua Pro Pembangkang. Jauhkanlah dirimu dari hasutan Kalimullah agen asing kerana dia adalah manusia kapitalis separuh komunis yang bertuhankan Cent dan Dollar. Malah dia tidak kesah menjual negaranya, bukankah sudah dibuktikan? Tarik balik kerakyatan Kalimullah dan tarik balik gelaran Datuk dia, supaya menjadi pengajaran kepada mereka yang menjadi agen kepada negara asing!

Sekian, kepada Tuhan saya memohon Ampun.

Sahabat Seperjuangan,
Pak Min, Kuala Lumpur.
13 Ogos 2013.


Friday 2 August 2013

GEMPAR!!!!! PENDEDAHAN EKSKLUSIF ANWAR PALSUKAN MC



Sekarang sedang diadakan sidang media Yuktesh yang merupakan Bekas Pembantu Shankara nair, peguam Anwar Ibrahim dalam kes Liwat untuk membongkar dokumen-dokumen Sulit Penipuan Anwar untuk Membodohkan Rakyat serta mencabar Pihak AG, KETUA POLIS & MAJILIS PEGUAM kenapa tiada tindakan mengenai laporan polis yang dibuat dalam 2 minggu yang lepas serta Laporan mengenai isu dakwaan 40k Bangla yang telah mengundi pada PRU-13 yang lepas sehingga parti BN mendapat kemenangan.

Laporan polis telah dibuat sebanyak 2 kali oleh Yuktesh. Beliau telah bekerja selama 2 tahun setengah dengan Anwar dan mengetahui segala perancangan buruk Anwar dalam BERSIH. Tengoklah ketika BERSIH, unit ANAL PAS senang je diperbodohkan oleh Anwar semasa bertugas.  Selain itu, laporan ni juga mendedahkan penipuan Anwar yang mengatakan seramai 40K Bangla telah mengundi pada PRU-13 lepas. Selain tu Anwar memang sengaja nak rosakkan hubungan Malaysia dengan negara luar. 

Berdasarkan email yang ditunjukkan, yang dihantar oleh Sankara Nair (peguam Anwar bagi kes liwat), kenapa email tu seperti terdesak? Memohon MC semasa kes perbicaraan yg bakal berlangsung? Email mnunjukkan sankara hantar kali ke 2 selepas bekas P.A nya hantar tapi tiada langsung respond dari chegubard. Salinan email tersebut turut dihantar kepada Anwar. So nampak sangat MC ni sengaja dipalsukan untuk mengelakkan diri dari menghadiri perbicaraan kes liwat.

Gambar-gambar sidang media bersama Yuktesh :









Wednesday 31 July 2013

Apa Kata Anwar, Rafizi Jika Orang Sebelah Sanjeevan itu Penagih Dadah?




Pelbagai usaha pihak pembangkang mahu tutup rasa bersalah mereka di atas banyak sekali insiden pembunuhan akibat pemansuhan EO dan ISA yang mereka tuntut. Keadaan yang begitu menakutkan sekarang tentu akan menyalahkan mereka.

Ada seorang penulis di media maya yang mahu salahkan polis rasuah dengan kejadian bunuh membunuh. Lojikkah hujah demikian?

Pembangkang sering tuduh polis dah lakukan rasuah lama. Kenapa dulu tiada berlaku pembunuhan ternuka dan kejam begitu lumrah sekali. Tiap-tiap hari ada berlaku pembunuhan. 

Dua hari lepas, Anwar bersama Rafizi dan Sivarasa membuat kenyataan di pejabat Keadilan Menjangkit penyakit bodoh macam lembu si Rafizi kepada Anwar.

Anwar memberitahu sidang media bahawa pihak polis mengetahui bahawa Sanjeevan, Pengerusi MyWatch telah terima banyak ugutan dan diancam akan dtembak. 

Katanya lagi, Sanjeevan telah  membuat beberapa laporan polis berkaitan ugutan tersebut tetapi tiada sebarang tindakan dari pihak polis. Apa tindakan yang dia mahu dari polis?

Anwar kata dia rasa amat dukacita polis tidak menyediakan kawalan ketat kepada mangsa di hospital yang mana orang ramai boleh bebas bergerak di wad rawatan dan mendesak IGP supaya memberi perlindungan kapada mangsa.

Apa bodoh sangat Anwar, kalau nak ungkit, kenapa tak suruh polis sediakan pengawal untuk Sanjeevan, tu dah isu bodoh?
Bila dah dalam hospital dan kes dia sensasi, apa dia nak bising.

Kononnya lagi, banyak insiden tembak berlaku di negara ini tetapi tiada penyelesaian. Pada April 11 2013, empat lelaki telah menyerang Sanjeevan di sebuah hotel di KL dan laporan polis telah dibuat tetapi polis tidak ambil tindakan.

Ingat senang nak ambil tindakan dan penyelesaian bila ianya melibatkan kes melibatkan professyenal dan sindiket jenayah? 
Sapa bahalaol yang tuntut undang-undang pencegahan dimansuhkan??? Bukankah Anwar Ibrahim.

Tuduhnya lagi, Sanjeevan juga pernah diserang di LCCT dan tiada sebarang tindakan. Tindakan macam mana kalau tindakan pencegahan dah tak boleh buat? Dah lepas berlaku baru polis boleh buat apa-apa? Bukankah nyawa boleh hilang bila nak puaskan hati peguam-peguam bayaran Anwar?
Anwar kata insiden-insiden yang berlaku terhadap Sanjeevan ada kaitan dengan pihak polis. Kenapa beliau kata demikian?
Yang hanya dpaat dikatakan adalah beliau yakin insiden tembak Sanjeevan dilakukan oleh pihak polis kerana cara melepaskan tembakan jelas menunjukkan suspek adalah seorang yang terlatih dan ini menunjukkan pihak polis terlibat dalam insiden tersebut.Bukti takde!

Bila pulak polis dilatih naik motor kapcai dan tembak mangsa dalam kereta. BUkankah ini cara biasa dilakukan pembunuh upahan profesyenal dan pengganas komunis?
Merepek cakap Anwar. Macam orang dah kena AIDS
Ekoran dari itu, Rafizi Ramli pun ada berkata beliau ada berbuka puasa dengan Sanjeevan pada Julai 25hb. 
Rafizi kata ternampak satu sampul surat yang dipegang oleh Sanjeevan. Kata Sanjeevan, dalam sapul itu terdapat maklumat dan bukti penglibatan pihak polis dalam pengedaran dadah. Tapi dia tak membaca kandungan dalam sampul surat tersebut kepada Rafizi. 

Hanya berdasarkan kata Sanjeevan Rafizi dah percaya dan anggap ianya betul????. 

Apa kata kita katakan Sanjeevan berbohong dan sebenarnya dia terlibat dengan sindiket jenayah. 

Apabila dia risau sesuatu akan berlaku pada dirinya kerana dia sudah mungkir janji dengan gangster lain, dia sudah ketakutan dan cuba persalahkan polis dengan harapan polis boleh linduanginya. 
Dia buat pelbagai laporan polis yang mana isi kandung tak lojik untuk disiasat.
Apa kata Anwar dan Rafizi jika dia ketahui bahawa orang yang di sebelah Sajeevan ketiak kejadian cubaan bunuh itu adalah seorang pengedar dadah? 

Bila itu My Watch dah kena tembak, naru dia ambbil peduli.

Masa Timbalan Ketua Pengarah Kastam yang kena dia buat tak tau lagi. Nampak sangat kalau nyawa kakitangan awam tak jadi apa tapi kalau orang macam MyWatch terus pihak tertentu buka mata pasal takut kena hentam.


Monday 29 July 2013

@NAJIBRAZAK @MUHYIDDINYASSIN @ZAHID_HAMIDI - HARAMKAN FILEM PRO-KOMUNIS THE NEW VILLAGE !!!

Kupasan Dr MiM:


Kita tentu terkejut dengan kewujudan satu filem baru bertajuk "The New Village" yang kononnya menceritakan kesusahan pendatang Cina di Malaysia di kampung-kampung baru yang dibina semasa penentangan pihak komunis keparat.



Jika melihat trailer filem tersebut. ianya juga menceritakan tentang seorang Cina komunis dan bercinta dengan seorang gadis Cina dan berlakukah konflik disamping menimbulkan perpsepsi pihak komunis adalah hero untuk 'melepskan negara ini daripada cengkaman pihak British'

Filem berat sebelah ini tidak pula menceritakan kekejaman pihak Komunis

Memang sesuatu yang cukup mengejutkan apabila sebuah filem yang pro komunis dengan mudah dapat ditayangkan manakala filem sejarah perjuangan Bekas Perdana Menteri kita ditangguhkan banyak kali seolah-olah ianya merupakan sebuah filem “jenayah berat”. Kami rakyat Malaysia menuntut perkara ini dihakimi dengan sewajarnya. 
 Ini menunjukkan tanda-tanda yang amat ketara bahawa mereka yang bertanggungjawab dalam memberi kelulusan penayangan filem merupakan pihak yang menyokong pembangkang. Sekiranya mereka ini menafikan bahawa mereka dari pihak pembangkang, adakah mereka cuba memberitahu rakyat bahawa mereka merupakan pengecut tahap kronik yang melutut kepada pembangkang. 
Hero dan heroin 

Filem pro Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero itu bakal ditayangkan di pawagam Negara kita mulai 23 Ogos ini. 

Trailer filem yang wajib dibatalkan :



Bukan sahaja Astro Shaw tidak sensitif tetapi produksi filem itu juga sangat meragukan. Namanya ialah Yellow Movie Sdn Bhd.


Apakah ianya kebetulan atau berkaitan dengan pro-pembangkang dan pembangkang yang menggunakan warna kuning untuk perhimpunan haram mereka?

Kuning semasa Beersih anjuran pembangkang

Filem ini jelas tidak mengambil kira sensiviti pihak majoriti di negara ini termasuk pejuang-pejuang bekas tentera yang menentang komunis keparat.

MiM marah dan kecewa apabila pihak The New Village sendiri telah mengeluarkan satu kenyataan yang menghina pejuang-pejuang anti-komunis tersebut !

Anda baca printscreen di bawah :


The New Village bermaksud pejuang-pejuang yang terkorban di Bukit Kepung bukan hero? Sungguh kurang ajar ! How dare the admin of TNV Facebook said like that?

MiM merayu kepada rakan-rakan dan pembaca-pembaca sekalian supaya tidak berdiam diri dan membiarkan sahaja filem pro-komunis ini disiarkan pada 23Ogos ini. 

Kita perlu bersuara lantang membantah keras filem rekaan yang tidak berdasarkan kepada kebenaran atau 'true story'

Anda boleh komen Facebook The New Village klik sini dan juga flagkan trailer filem tersebut klik sini



MiM juga menyarankan kepada Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Zahid Hamidi supaya proaktif, membantah keras dan mengharamkan filem tersebut. 

Malah, tolong siasat bagaimana caranya filem sedemikian rupa boleh diluluskan sedangkan filem yang berdasarkan fakta iatu 'Tanda Putera' begitu susah untuk disiarkan.

MiM percaya jika kerajaan tidak berkeras untuk mengharamkan filem tersebut, lebih ramai rakyat yang sangat kecewa dengan BN, percayalah !