Monday 29 April 2013

PANAS #GE13: TIDAK MUNGKIN DR. YUSUF QARDAWI TULIS SURAT KEPADA KAKI SEKS - MUFTI #TolakPR #PRU13




BUKAN KARPAL SAJA SURUH ANWAR BERTAUBAT,
MUFTI TURUT SURUH ANWAR BERTAUBAT

Prof. Dr. Yusuf Qardawi, seorang ulama besar Mesir yang tidak asing kepada umat Islam di Malaysia. Beliau seorang yang dihormati kerana ilmu agamanya, kredebilitinya dan disiplin ilmu yang tinggi.
Dalam keadaan terdesak, Anwar Ibrahim telah berjumpa Dr. Yusof Qardawi untuk meminta sokongan dan mengadu kononnya dia dianiaya, maka tanpa menyiasat penipuan Anwar itu, berkatalah Dr. Yusof Qardawi secara umum bahawa orang yang teraniaya perlu ditolong.
Kita harus ingat Anwar bukan fasih berbahasa Arab, kalau hendak dibandingkan dengan Dato’ Nasharudin Mat Isa bagai langit dengan bumi. Selepas menipu Dr. Yusuf Qardawi, maka dicananglah kononnya Dr. Yusof Qardawi menyokong Anwar walhal kenyataan Dr. Yusof Qardawi itu merujuk kepada sesiapa sahaja yang teraniaya secara umum. Betullah dalam kes mangsa-mangsa Anwar, memang benar iaitu mangsa-mangsa seks Anwar telah teraniaya dengan wang ringgit Anwar dan janji-janji Anwar!
Setelah mengetahui pembohongan Anwar, Dr. Yusof Qardawi membuat kenyataan tegas bahawa beliau tidak menyokong Anwar, sebaliknya Dr. Yusof Qardawi memberi Sokongan Terbuka kepada Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Baca di sini http://www.theaustralian.com.au/news/world/islamic-scholar-supports-najib-razak/story-e6frg6so-1226595911018


KENYATAAN AKHBAR PROF. DR. YUSOF QARDAWI MENYOKONG DS NAJIB SEBAGAI PM, BUKAN ANWAR.
Anwar Ibrahim ditinggalkan ramai sahabat bertaraf ilmuan seperti Dr. Chandra Muzaffar kerana kegiatan seks Anwar yang luar biasa (http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2013&pub=Utusan_Malaysia&furl&Pilihan_Raya/20130427/px_12/Tabiat-seks-punca-Chandra-tinggalkan-Anwar).
Begitu juga ilmuan lain seperti Ustaz Ismail Mina, Dato’ Dr. Hassan Ali, Dato Nasharudin Mat Isa, Mufti Perak, Dewan Ulama PAS, Majlis Syura PAS malah tokoh-tokoh agama di dalam PAS sendiri menolak Anwar sebagai Perdana Menteri. Mereka mahukan Hj. Hadi Awang sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang (Rujuk Konvensyen PAS).

Anwar Cipta Surat Palsu Dr. Yusof Qardawi
Selepas kegagalan membeli Saiful Bukhari, juga gagal membawa orang Thai kononnya seiras dengan wajahnya, juga gagal mendapatkan sokongan PAS untuk menerimanya sebagai PM, dalam keadaan terdesak Anwar mencipta satu lagi pembohongan maha besar iaitu menipu surat Palsu Dr. Yusof Qardawi! Anwar sanggup menipu siapa saja hatta Ulama!
Apakah Dr. Yusof Qardawi boleh menerima seorang pejuang LGBT, bolehkah Dr. Yusof Qardawi menerima seseorang yang mempermainkan Kalimah Allah yang suci, Apakah Dr. Yusof Qardawi boleh menerima seorang yang kaki seks, logikkah Dr. Yusof Qardawi menyokonh Anwar yang membela si Murtad Lina Joy.Sudah tentu dalam keadaan terdesak Anwar sanggup menipu siapa sahaja termasuk Dr. Yusof Qardawi dan rakyat Malaysia.
Pada 25 Febuari 2013, semasa pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat, mereka bergaduh lagi di mana PAS dan Haji Hadi Awang tidak mahu dan tidak bersetuju dengan pernyataan “Anwar sebagai PM Pakatan Rakyat”. PAS dan Haji Hadi Awang tidak mahu tandatangan deklarasi dan perjanjian Anwar sebagai PM kerana mereka sendiri menolak kaki seks menjawat jawatan PM!.
Malah Dewan Ulama PAS dan Majlis Syura PAS iaitu dua badan tertinggi dalam PAS, menolak Anwar sebagai PM dan mereka tetap dengan pendirian mahukan Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri. Dalam satu pertemuan tertutup, Haji Hadi Awang dilapor berkata,  “Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri,” (Sumber:Utara News).
Sebab Prof. Dr. Yusof Qardawi Tolak Anwar
Bagaimana Dr. Yusof Qardawi seorang ulama tersohor boleh menerima seorang manusia kaki seks yang telah membalun bukan sahaja wanita Melayu Islam, tetapi juga wanita Portugis Melaka, China Doll, malah lebih dasyat lagi lelaki pun ditaroknya sebagaimana dialami oleh seorang Driver bernama Azizan Abu Bakar, adik angkat lembutnya Sukma Darmawan, tukang bancuh kopinya Saiful Bukhari, malah Rahimi Osman budak pejabatnya pun hampir diliwatnya kata Rahimi sebelum dia cabut meninggalkan Anwar.(Rujukan:AIDC)
Ulama Dr. Yusof Qardawi menentang keras serangan Israel ke atas Palestin khususnya Semenanjung Gaza, walhal Anwar terang-terang menyokong kuat segala kepentingan Israel di dalam dunia. Kata Anwar, “I support all efforts to protect the security of Israeli’(Wall Street Journal). Hingga ke hari ini Anwar tidal pernah menarik balik sokongannya ke atas Israel yang telah membunuh jutaan umat Islam di Palestin!
Ternyata Anwar terdesak dan desperate untuk melakukan apa sahaja, termasuklah membuat surat Palsu Dr. Yusof Qardawi! Apatah lagi selepas Anwar gagal membawa masuk konon lelaki Thai yang seakan-akan wajahnya baru-baru ini. Menjelang 5 Mei 2013, Anwar akan melakukan apa sahaja hatta menulis surat Palsu Dr. Yusof Qardawi.
Dr. Yusof Qardawi amat benci kepada musuh-musuh Islam yang memainkan peranan di belakang tabir seperti Pertubuhan-pertubuhan Yahudi di Amerika dan di Jerman. Namun siapa tidak kenal Anwar menjadi ahli kepada barua-barua Yahudi, apakah kamu fikir Dr. Yusof Qardawi akan memberi sokongan kepada Anwar yang didalangi Yahudi dan Nasrani.












DALAM KEADAAN TERDESAK, ANWAR TERBANG KE AMERIKA MEMUJUK YAHUDINYA YANG MARAH KEPADANYA
Anwar adalah ahli International Crisis Group (ICG) yang dinaungi Woodrow Wilson International Center sebuah NGO agung Yahudi yang melancarkan Deklarasi Belfast. Deklarasi ini memberi sokongan untuk membina Negara Haram Yahudi di atas tanah Palestin dan akan menyerang siapa-siapa yang mengkritik Yahusi dan Israel.
Fikir secara Islam, apakah Dr. Yusof Qardawi tergamak member sokongan kepada Anwar sedangkan dia tahu Anwar adalah proksi Yahudi dan Israel? Anwar menyokong Deklarasi Belfast itu, sebab itulah Anwar mempertahan Israel!

Dr.Yusof Qardawi Doakan Najib
Tindakan ulama terkemuka dunia Islam, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menulis surat penghargaan beliau kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai respons dan pengiktirafan di atas keberanian PM melawat Semenanjung Gaza, Palestin sesungguhnya mengejutkan ramai pihak (11 Mac 2013).

Dalam permulaan surat itu, tanpa berselindung Al-Qardawi memanjatkan doa memohon kepada Allah S.W.T semoga terus mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Dato’ Seri Najib dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global.

Anwar Cetak 1 Juta Surat Palsu Dr. Yusof Qardawi
Kepada seluruh umat Islam di Malaysia, ternyata surat yang sedang diedarkan oleh PKR itu adalah palsu dan penipuan untuk memaksa rakyat mengundinya. Dr. Yusof Qardawi tidak mungkin menyokong pelaku seks edict apatah lagi Anwar terang-terang berkata “I support all efforts to protect security of Israel”! Ianya bertentangan dengan sifat ilmuwan dan kredebiliti Dr. Yusof Qardawi.

Kita di Kelantan, dan menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia, supaya “jangan undi Anwar, jangan undi PKR kerana di belakang mereka ialah Yahudi, Israel, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Norman Fernandez yang kesemuanya satu pakej untuk menjatuhkan Islam dan Aqidah ummah”.

Semalam di Kuantan, satu Malaysia terkejut bila Haji Hadi Awang dalam acara Simbolikmemberi sokongan kepada Calon Bebas, dan Menolak Calon PKR/Anwar di Damak. Fahamilah signal Hadi Tolak Anwar!

Fahamilah, Dr. Yusof Qardawi telah ditipu Anwar. Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS menolak Anwar, Haji Hadi Awang menolak PKR. Kita kini bersatu menolak Anwar dan PKR. Jangan tunggu lagi, mari kita bersama-sama tolak PKR tolak DAP tolak Anwar. Selamatkan maruah Ulama Dr. Yusof Qardawi dari ditipu lagi oleh Anwar Ibrahim.

KOTA BHARU, KELANTAN.
29 April 2013.


#GE13: KENAPA ADA GAMBAR BESAR NIK AZIZ DALAM SURAU?! #PRU13 #TolakPR


SALAH satu ajaran SYIAH yang dipraktikkan oleh penyokong puak PAS. Gambar sebesar alam diletakkan di surau tempat mereka bersolat mengadap Allah. Siapakah yang lebih mereka muliakan sebenarnya?

Rasa-rasa apa persamaan PAS dengan para penyokong Syiah berketuakan Ayatollah Khomeini yang dipuja-puja seperti juga Nik Aziz yang sekarang ini dilihat semakin melampau dipuja oleh puak mereka.

Penganut agama Islam Syiah kah mereka ini?


Kredit: TMS dan JawaBernam 

RMK: Rasanya tak perlulah terlalu taksub kepada pemimpin kot. Pemimpin bukan tuhan.

Gempar #GE13: Kerajaan PAS Kelantan Tak Pernah Serius Dalam Melaksanakan Hudud. Kenapa? #TolakPR #ManifestoBukanJanji

Jumaat lepas, RMK menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Shah Alam. Pada hari tersebut isu hudud ini menjadi bualan hangat para jemaah. Disebabkan itu, RMK merasa terpanggil untuk menulis sedikit mengenai isu ini kerana sememangnya hudud tak pernah lekang dari menjadi topik perbincangan dan perdebatan ahli politik mahupun masyarakat tempatan, lebih-lebih lagi menjelang PRU13 yang bakal berlangsung 5 Mei ini.

Dalam perbincangan topik ini, ada yang membandingkan hukuman hudud dan hukuman Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah. Risalah ini diedarkan kepada jemaah Jumaat lepas:



RMK fokuskan perbincangan ini kepada kerajaan PAS Kelantan kerana merekalah yang suatu ketika dahulu lantang memperjuangkan agar hudud dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini hudud tidak atau masih belum dilaksanakan di negeri itu. Kenapa?

Kerana prosedur ke arah pelaksanaan hudud dijalankan kerajaan PAS Kelantan separuh jalan sahaja seolah-olah mereka tidak serius dalam hal ini.

Prosedur melaksanakan undang-undang syariah dalam negeri:
1 - Perkara pertama yang perlu kerajaan negeri lakukan adalah memberikan usul ke Dewan Undangan Negeri (DUN), yang mana kerajaan PAS Kelantan telah lakukan.
2 - Kedua, DUN perlu meluluskan usul tersebut. Ini juga telah berlaku. Kelulusan telah diberi oleh DUN Kelantan dengan majoriti pada tahun 1993.
3 - Mendapat perkenan daripada sultan. Ini juga sudah. Sultan Kelantan telah memperkenankan usul tersebut.
4 - Merangka draf pelaksanaan. Ini belum dilakukan.

Di sini kesilapan kerajaan PAS Kelantan mula dilihat. Kerajaan negeri Kelantan perlu merangka draf pelaksanaan undang-undang syariah itu, sebagai contoh, cara melaksanakan hukum sebat, sebesar mana rotan yang akan digunakan dan pisau jenis apa untuk laksanakan hukuman potong tangan untuk kesalahan mencuri. Sehingga ke hari ini, kerajaan PAS Kelantan tidak pernah merancang atau membuat draf pelaksanaan tersebut. Mengapa berhenti di sini? Bukankan mereka serius dalam perjuangan melaksanakan hukuman hudud?

Enakmen jenayah syariah (II) tidak boleh digazetkan selagi draf pelaksanaan tidak dibuat oleh kerajaan negeri. Kuasa Mahkamah Syariah terletak di bawah kerajaan negeri. Semua perkara berkaitan Islam adalah di bawah kerajaan negeri dan bukan kerajaan pusat. 

Hukuman Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Undang-undang Kerajaan Malaysia) hanya berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan sahaja dan bukan kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri boleh meminda hukuman tersebut selepas diperkenankan sultan negeri masing-masing bagi menggantikan hukum undang-undang sivil sedia ada.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah, kerajaan pusat telah menghalang undang-undang syariah tu dilaksanakan. Ini kerana kerajaan pusat mengisytiharkan bahawa kerajaan PAS Kelantan mengelirukan umat Islam di negara ini apabila menyatakan perlembagaan negeri akan ada dua undang-undang jenayah iaitu undang-undang jenayah sivil dan undang-undang jenayah syariah. Kerajaan pusat menegaskan hanya perlu ada satu undang-undang jenayah sahaja iaitu sama ada sivil atau syariah. Ini bertujuan mengelakkan krisis perundangan.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan PAS Kelantan mengelirukan sekali lagi apabila menyatakan undang-undang jenayah syariah adalah untuk orang Islam dan undang-undang jenayah sivil adalah untuk orang bukan Islam.

Isu-isu ini menunjukkan kerajaan PAS Kelantan tidak ikhlas dan sememangnya tidak berhasrat untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri itu.

Kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din bahawa undang-undang hudud akan dilaksanakan sekiranya pakatan membentuk kerajaan pusat adalah satu pembohongan kerana draf pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan pun tidak pernah dibuat.

PAS tidak mampu melaksanakan undang-undang jenayah syariah sebagai undang-undang syariah utama di negara ini kerana PAS hanya bertanding 70 kerusi daripada 222 kerusi parlimen sedangkan untuk membentuk kerajaan memerukan 112 kerusi dan untuk meminda perlembagaan 148 kerusi. Selain itu, DAP dan PKR secara terbuka menolak pelaksanaan undang-undang jenayah syariah sekiranya PR membentuk kerajaan pusat.

Wallahualam.

#GE13: ANWAR IBRAHIM LETAK CALON SAMSENG DI DUN BUKIT MELAWATI, KUALA SELANGOR? #PRU13 #TolakPR



Inilah dia samseng yang diketengahkan oleh Parti Pakatan Rakyat untuk bertanding sebagai Wakil Rakyat untuk penduduk DUN Bukit Melawati kerana mereka sudah tiada lagi calon yang sesuai dan layak untuk mewakili mereka.

S. Manikavasagam yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kapar pada penggal yang lepas yang sememangnya dikenali sebagai "Gangster" yang suka membuat kacau sesuka hatinya.

Kita bukan menuduh tetapi berdasarkan rekod yang ada sepanjang "gangster" ini memerintah di Parlimen kapar terlalu banyak kejadian-kejadian buruk yang berlaku hingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Pembantu peribadi Manikavasagam yang mati dipukul sebagai contoh, ramai yang tidak mahu mengaitkannya tetapi jika dinilai dari sudut lain mesti ada sebabnya kerana budaya samseng yang dibawa oleh Manikavasagam di kawasan itu sudah menjadi "trend" dan mungkin kerana itu ramai yang besar kepala hingga boleh mencetuskan ketegangan.

Dalam kejadian lain di Kapar, Seorang penceramah telah dihalang dari meneruskan ceramahnya oleh 2 lelaki  India dan akibatnya 2 lelaki India tersebut telah ditahan polis dan telah didakwa di Mahkamah Majistret Klang di bawah Akta 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut penceramah tersebut.

Manikavasagam kemudiannya bermati-matian mempertahankan 2 samseng berkenaan dan menuduh BN sebagai dalang kejadian dengan mengaitkan dengan pelbagai lagi tuduhan.

Persoalannya mengapakah Manikavasagam beria-ia mempertahankan 2 orang samseng berkenaan jika dia tiada kaitan dan seharusnya dia sebagai pemimpin patut menegur dan menghentikan kegiatan samseng di kawasannya itu.

Selain itu Manikavasagam juga terlibat dengan banyak lagi kes yang menunjukkan yang dia besar kepala dan hebat kononnya.

Rakyat Kapar sudah menolaknya dan kini "samseng" ini telah dicampak ke Kuala Selangor untuk bertanding di DUN Melawati.

Mengapa Seorang Ahli Parlimen yang hebat perlu bertanding di DUN yang kecil di Kuala Selangor jika dia tidak mempunyai masalah..

Mengapa Anwar meletakkan calon yang sudah dikenali sebagai samseng dan apakah muslihatnya?

Nantikan sambungan dan mengapa Manikavasagam dicampak ke Kuala Selangor dengan penuh kehinaan...


Sumber: TMS

PANAS #GE13!: [MAKSIAT PART 1] MALU BESAR! CALON DUN KOTA ANGGERIK KANTOI DALAM RUMAH URUT!!? #PRU13 #SayangiSelangor #TolakPR



Kalau tidak menipu dan kaki fitnah, maka tidak layaklah orang itu bergelar pemimpin pakatan haram. Walaupun raut wajah nampak macam orang baik, namun demi meraih sokongan beliau sanggup menipu rakyat di Shah Alam.

Pemimpin yang dimaksudkan adalah calon PKR di DUN Kota Aggerik (N.040), Yaakob Sapari yang juga Exco kerajaan negeri Selangor.

Beliau mengambil kesempatan pada hari jumaat untuk mengedar risalah berbaur fitnah di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Shah Alam pada semalam. (gambar di bawah)

Dalam risalah itu melaporkan satu kenyataan oleh Yaakob Sapari dengan tajuk - "Tiada satu pun rumah urut di Kota Anggerik - Dr Yaakob Sapari". Laporan itu merupakan satu penipun maha dahsyat kepada rakyat di Shah Alam.

Risalah itu melaporkan bahawa, pendedahan kononnya kerajaan Selangor mengeluarkan lesen rumah urut adalah tidak benar dan menuduh pula Barisan Nasional (BN) sengaja menipu rakyat. Siapa tipu siapa?

Sebaliknya Yaakob Sapari dengan sombong mencabar BN untuk membawanya sendiri ke rumah-rumah urut yang dimaksudkan seperti dilaporkan dalam risalah itu. Berikut adalah petikan dalam risalah tersebut:

"Di Kota Anggerik ini, saya cabar mereka (BN dan Umno), untuk bawa saya ke rumah urut dimaksudkan. Saya nak tengok sendiri," katanya ketika ditanya mengenai dakyah BN bahawa kerajaan Pakatan Rakyat hanya pandai 'buat rumah urut'.

Jadi, demi menegakkan kebenaran, penulis akan dedahkan kesemua rumah-rumah urut yang terdapat di dalam kawasan DUN Kota Anggerik. Penulis akan pastikan, Yaakob Sapari diheret ke rumah-rumah urut itu.

Berikut adalah senarai rumah-rumah urut di N.040 - DUN Kota Anggerik

Lokasi rumah urut di Seksyen 15, Shah Alam 
(PDM108/40/13 - Seksyen 15 &16)



Lokasi: Dataran Automobil, Seksyen 15. Jarak hanya 1km dari Masjid Negeri, Shah Alam.

Lokasi rumah urut di Setia Alam 
(PDM108/40/01 - Setia Alam)





Lokasi: Jalan Setia Prima C U13/C, Jalan Setia Prima A U13/A, Jalan Setia Prima K U13/K, Jalan Setia Prima Setia Prima N U13/N

Lokasi rumah urut di Taman Berkeley (PDM108/40/16 - Taman Berkeley)
Status: Bakal didedahkan 

Lokasi rumah urut di Bukit Raja 
(PDM108/40/17 - Mutiara Bukit Raja)
Status: Bakal didedahkan

Lokasi rumah urut BB Klang 
(PDM108/40/22 - Bandar Baru Klang)
Status: Bakal didedahkan

Bersambung, nantikan pembohongan calon PKR N.040, Yaakob Sapari dalam siri pendedahan PART 2.


Kredit: TMS dan Shah Alam Rebels


RMK: Baik punya penipuan daripada PKR!