Monday, 29 April 2013

PANAS #GE13!: [MAKSIAT PART 1] MALU BESAR! CALON DUN KOTA ANGGERIK KANTOI DALAM RUMAH URUT!!? #PRU13 #SayangiSelangor #TolakPR



Kalau tidak menipu dan kaki fitnah, maka tidak layaklah orang itu bergelar pemimpin pakatan haram. Walaupun raut wajah nampak macam orang baik, namun demi meraih sokongan beliau sanggup menipu rakyat di Shah Alam.

Pemimpin yang dimaksudkan adalah calon PKR di DUN Kota Aggerik (N.040), Yaakob Sapari yang juga Exco kerajaan negeri Selangor.

Beliau mengambil kesempatan pada hari jumaat untuk mengedar risalah berbaur fitnah di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Shah Alam pada semalam. (gambar di bawah)

Dalam risalah itu melaporkan satu kenyataan oleh Yaakob Sapari dengan tajuk - "Tiada satu pun rumah urut di Kota Anggerik - Dr Yaakob Sapari". Laporan itu merupakan satu penipun maha dahsyat kepada rakyat di Shah Alam.

Risalah itu melaporkan bahawa, pendedahan kononnya kerajaan Selangor mengeluarkan lesen rumah urut adalah tidak benar dan menuduh pula Barisan Nasional (BN) sengaja menipu rakyat. Siapa tipu siapa?

Sebaliknya Yaakob Sapari dengan sombong mencabar BN untuk membawanya sendiri ke rumah-rumah urut yang dimaksudkan seperti dilaporkan dalam risalah itu. Berikut adalah petikan dalam risalah tersebut:

"Di Kota Anggerik ini, saya cabar mereka (BN dan Umno), untuk bawa saya ke rumah urut dimaksudkan. Saya nak tengok sendiri," katanya ketika ditanya mengenai dakyah BN bahawa kerajaan Pakatan Rakyat hanya pandai 'buat rumah urut'.

Jadi, demi menegakkan kebenaran, penulis akan dedahkan kesemua rumah-rumah urut yang terdapat di dalam kawasan DUN Kota Anggerik. Penulis akan pastikan, Yaakob Sapari diheret ke rumah-rumah urut itu.

Berikut adalah senarai rumah-rumah urut di N.040 - DUN Kota Anggerik

Lokasi rumah urut di Seksyen 15, Shah Alam 
(PDM108/40/13 - Seksyen 15 &16)



Lokasi: Dataran Automobil, Seksyen 15. Jarak hanya 1km dari Masjid Negeri, Shah Alam.

Lokasi rumah urut di Setia Alam 
(PDM108/40/01 - Setia Alam)





Lokasi: Jalan Setia Prima C U13/C, Jalan Setia Prima A U13/A, Jalan Setia Prima K U13/K, Jalan Setia Prima Setia Prima N U13/N

Lokasi rumah urut di Taman Berkeley (PDM108/40/16 - Taman Berkeley)
Status: Bakal didedahkan 

Lokasi rumah urut di Bukit Raja 
(PDM108/40/17 - Mutiara Bukit Raja)
Status: Bakal didedahkan

Lokasi rumah urut BB Klang 
(PDM108/40/22 - Bandar Baru Klang)
Status: Bakal didedahkan

Bersambung, nantikan pembohongan calon PKR N.040, Yaakob Sapari dalam siri pendedahan PART 2.


Kredit: TMS dan Shah Alam Rebels


RMK: Baik punya penipuan daripada PKR!

Sunday, 28 April 2013

[Terkini] #GE13: Gambar Program Dato' Seri Najib di Kampung Melayu Batu 16, Rawang

Berikut merupakan beberapa gambar sekitar program DS Najib petang tadi (28 April 2013):












BN for 

#GE13: DATO' SERI NAJIB PINGGIRKAN KEBAJIKAN KAUM INDIA? #PRU13 #BetterNation #VoteForBN

Siapa kata nasib dan keperluan kaum India diabaikan di bawah pentadbiran kerajaan BN? Baru pagi tadi DS Najib merasmikan bangunan baru SRJK (T) Bestari Jaya, Kuala Selangor. Berikut merupakan beberapa gambar sekitar program:









BN prihatin keperluan rakyat tempatan. Yang sebelah sana belum tentu lagi dapat memberikan perkhidmatan sebaik ini kepada rakyat. Rakyat didahulukan.

BN for 


GEMPAR #GE13: BEKAS ISTERI DOLAH SANI BAKAL TURUN GELANGGANG MENEMPELAK 'AGENDA WANITA MALAYSIA' PAKATAN? #TolakPR #BetterNation #VoteForBN



Calon PKR bagi kerusi P.112 Kuala Langat, Abdullah Sani, bakal mendapat tentangan bukan dari calon lawan iaitu Kapten (B) Shaharudin Omar (BN) tetapi dari bekas isterinya sendiri, Halimah Mohd Sahat dalam kempen menuju hari pembuangan undi yang dijadualkan 5 haribulan hadapan.

Sebelum ini, Abdullah Sani telah menjalani kehidupan berkeluarga selama 27 tahun bersama Halimah dan dikurniakan enam anak dan seorang cucu. Walau bagaimana pun, Abdullah Sani telah menceraikan Halimah sekitar tahun 2012 setelah menikahi Faizah Ariffin yang juga merupakan 'orang kuat' Srikandi PKR.

Kisah tragis Halimah mendapat liputan luas dalam sebaran maya namun kurang mendapat pendedahan penduduk tempatan terutama yang tinggal di kawasan kampung seperti Sungai Buaya, Kg Sawah, Pulau Carey, Sijangkang, Bukit Kemandul dan lain-lain.

TMS terima maklumat dari sumber terdekat Halimah bahawa beliau telah menawarkan diri untuk memberi ceramah motivasi kepada kaum wanita Kuala Langat tentang agenda palsu Pakatan Rakyat yang kononnya memperjuang dan membela nasib kaum wanita sedangkan ramai dari kalangan pemimpin pakatan terutama dari PKR sendiri menindas isteri mereka seperti ustaz Badrul Amin dan lain-lain.

Presiden PKR, Wan Azizah bukanlah contoh terbaik boleh diambil dari Pakatan Rakyat kerana beliau hanyalah satu kes dari berpuluh kes penganiayaan terhadap isteri yang diamalkan meluas oleh pemimpin pakatan.


Sumber: TMS

[Video] Terbaik #GE13: Masyarakat Tiong Hua Bersama Ah Jib Gor! #PRU13 #VoteForBN #BetterNation #TolakPR


Masih ada harapan mereka dari kaum Cina untuk memberikan sokongan padu kepada BN PRU ini, terutamanya kepada kepimpinan Dato' Seri Najib Razak atau Ah Jib Gor. Kredit kepada blogger Pecah Palak Mikir, jom layan video ini dulu:




Hidup Ah Jib Gor! Jom like Facebook Ah Jib Gor pula.
Semoga masyarakat yang belum sedar tu, sedarlah. Pakatan tahu sembang saja. Janji bulan bintang sebelum PRU tanpa memikirkan dengan teliti cara pelaksanaan semua tu sekiranya menang nanti. Dalam isu janji mereka memansuhkan tol, kita dah boleh nampak secara tiba-tiba mereka kecut perut dan akhirnya berkata “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya” (baca lagi di sini). Nampak tak sikap flip-flop mereka? Jangan biarkan mereka musnahkan keamanan yang telah kita bina bersama selama ini!

BN for