Sejujurnya, rakyat Malaysia sudah muak kerana terpaksa berhadapan dengan acara tahunan kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia, yang mana dalam acara ini, Malaysia bermai sebagai mangsa dan Indonesia pula adalah pemangsa. Apa lagi kalau bukan acara JEREBU?
Ikuti luahan seorang rakyat berkenaan isu ini, yang mana RMK pasti ramai yang setuju dengan intipatinya:
Ketika saya menonton buletin utama malam tadi (19/6/2013, 8.00pm), saya rasa nak tertawa bila JAS melarang pembakaran terbuka oleh rakyat Malaysia dan akan menghukum mereka dengan saman dan penjara. Sedangkan punca utama, the main culprit iaiti rakyat Indonesia yang menyebabkan jerebu yang teruk melanda Negara kita, langsung tiada apa2 tindakan terhadap mereka. Seperti biasa, kerajaan lebih bertindak keras terhadap rakyat sendiri dan tidak berkutik apa2 pun terhadap rakyat negara luar.
Sudah tentu Malaysia tidak boleh berbuat apa2 kerana mereka rakyat Negara luar, bukan rakyat kita. Tetapi apakah tindakan kita? Hanya berdiam diri sahajakah? Mana perbincangan dengan kerajaan Indonesia mengenai hal ini? Mana nota bantahan? Mana saman kerana jerebu oleh rakyat mereka telah merugikan Malaysia berbillion2 rm dari segi ekonomi, social, kesihatan dsb? Apakah tindakan lain yg boleh dilakukan kerana jerebu angkara mereka ni bukan kes terpencil, malah berlaku tiap2 tahun? Malah saya difahamkan yg rakyat mereka sendiri tak mengetahui akibat tindakan mereka terhadap Negara jiran mereka?
Teringat masa zaman pemerintahan tun dr Mahathir dahulu. Australia cari pasal dengan Malaysia? Terus boikot segala produk mereka termasuklah hiburan. Britain memperlekehkan bekas Negara jajahan mereka ni? Terus PM masa tu buat dasar buy british last, dasar pandang ke timur dsb. Dan akibatnya mereka semua bertekuk lutut minta maaf. Tapi pemimpin2 selepas tu? Seolah2 mengamalkan dasar buy local citizen last, dasar pandang ke rakyat luar pula. Langsung tiada apa2 tindakan terhadap Negara luar dan rakyat mereka yg tak habis2 menyusahkan rakyat Negara sendiri, contohnya terbaru dan terkerap adalah hal jerebu ni.
Kalau Negara Indonesia tak mahu bekerjasama, banyak lagi tindakan susulan boleh dibuat, paling tidak buat nota bantahan kepada mereka atau kepada mahkamah dunia. Sementelah singapura, Negara jiran kita pun menjadi mangsa. Boikot produk mereka. Kalau mereka tidak mampu bertindak, izinkan Negara kita bagi bantuan. Contohnya cara pertanian yang lebih baik dan tidak menjejaskan alam sekitar. Kita ada banyak agensi seperti kementerian alam sekitar, kementerian asas tani dsb. Yang penting jangan bodoh sombong dan jaga hubungan baik dengan jiran mereka sahaja.
Kalau semua tindakan ni dah dibuat, war2kan kepada rakyat Malaysia. Justice shouldn’t only be served, but should be seen served. Ni produk2 negara jiran masih relax je bermain di kaca televisyen atau radio. Sebaliknya kerajaan lebih berminat nak war2kan apa yang rakyat Malaysia perlu buat dan tidak boleh buat, serta hukuman yang menanti. Ini bukan thread politik, kalau kerajaan pakatan rakyat yg berkuasa pun saya akan buat thread ni. Pasal politik takkan menghilangkan jerebu secara ajaib, sebaliknya tindakanlah yang mencerminkan kasih saying sebenar kerajaan terhadap rakyatnya. Bayangkan jerebu ni berlaku dekat2 nak pilihanraya, bagaimana?
Tl:dr, tolonglah bertindak dengan segera untuk mengatasi masalah jerebu yg setiap tahun berlaku ni. Terima kasih.
Kredit kepada FB Rizal Rodzuan
kalau ada pelabur malaysia yg terlibat dgn pembakaran terbuka di indonesia sila hukum mereka tak payah hantar pendakwa cuma hantar fax ke SBY minta SBY kenakan hukuman..hingga mereka serik! itupun kalau mampu nak buat..hehhe
ReplyDeletebetul...syarikat yg melabur di Sumatera tu harus diwajibkan memberi CSR yg trbaik..
ReplyDeleteMari kita membantah beramai-ramai di Kedutaan Indonesia, Seperti mereka selalu buat bantahan di kedutaan kita di Indonesia. Tak ader sivik langsung la Indonesia nie.
ReplyDelete