Ikuti pembongkaran terbaik dari blogger MiM!:
MiM merujuk kepada entri blogger otai pro-pembangkang daripada Pulau Pinang yang menuduh blogger pro-UMNO
'kantoi' isu Kelab Malam yang beroperasi secara haram di Shah Alam, Selangor.
Di antara entrinya. Sila baca printscreen blogger itu di bawah :
Selain daripada itu, blogger pro-pembangkang itu juga cuba memperlekehkan pendedahan blogger pro-UMNO :
Itulah... lain kali buat research dulu sikit kalau nak jadikannya sebagai itu.. ini tidak, main serbu membabi buta saja... kan nampak bangang..
MiM tidak faham dengan tujuan blogger pro-pembangkang itu yang dilihat cuba menafikan isu sebenar yang berlaku di Shah Alam.
Memang benar premis itu adalah premis kafeteria tetapi pemilik premis tersebut telah menyalahgunakan lesen tersebut untuk menyediakan aktiviti hiburan dan pertunjukkan floor show seperti Kelab Malam!
Dan MiM merujuk kepada laporan MyStar yang mengatakam kafeteria itu telah dijadikan Kelab Malam haram.
Dan jika tanpa keprihatinan bloggers pro-UMNO, Kelab Malam haram itu mungkin akanterus beroperasi.
Tidak kiralah bloggers manakah yang 'nampak bangang' sekarang tetapi syukurlah dengan pendedahan itu, YB Khalid Samad dapat masuk campur dan menyelesaikan isu ini sebelum ianya terlambat. Itu yang penting.
Sila baca laporan di bawah :
SHAH ALAM: Kelab malam yang dibuka di Setia Alam di sini sehingga menimbulkan kontroversi sebenarnya beroperasi secara haram menggunakan lesen kafeteria.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu.Selain itu jelasnya, premis berkenaan turut didapati menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu."Saya diberitahu oleh MBSA, mereka telah mengeluarkan saman dan mengarahkan pemilik premis menghentikan sebarang aktiviti hiburan dan pertunjukan (floor show) dan diarahkan beroperasi sebagai kafeteria."Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta," katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Jumaat.Beliau mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar baru-baru ini yang mendedahkan sebuah kelab malam telah beroperasi di Shah Alam yang secara tidak langsung menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sedangkan diketahui bandaraya itu tidak dibenarkan mewujudkan pusat hiburan seperti kelab malam.Khalid berkata, ia bukannya kelab malam pertama yang dibenarkan di Shah Alam sebaliknya sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram sejak 12 Disember lalu.Jelasnya, MBSA masih belum bertindak untuk menghentikan operasi premis itu kerana bimbang terdapat komplikasi daripada segi undang-undang."Saya lihat isu ini sebagai bahan politik. Saya minta MBSA memahami bahawa ia bukan sekadar undang-undang tetapi ada implikasi politik."MBSA sepatutnya bertindak tegas supaya tidak jadi bahan fitnah oleh pihak tertentu,” katanya.Dalam pada itu, beliau turut meminta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan memperjelaskan kenapa kelab malam itu masih beroperasi dan bukannya mengarahkan premis itu ditutup dan disita serta merampas peralatan serta minuman keras mereka."Datuk Bandar perlu menzahirkan secara profesional tanpa mencampurkan kepentingan politik," katanya.Ditanya sama ada Khalid akan mengambil tindakan sekiranya tiada tindakan tegas serta merta, beliau berkata, peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya.."Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan cuma mendesak supaya kelab malam itu dihentikan serta-merta," katanya.Khalid bagaimanapun mengakui bahawa Setia Alam di sini merupakan kawasan perbandaran yang berbeza dengan Shah Alam di mana hampir 70 peratus penduduknya adalah bukan beragama Islam."Kalau mereka ingin membuka satu tempat hiburan, maka sepatutnya MBSA mendapatkan maklum balas awam untuk mendengar pandangan penduduk sama ada operasi kelab malam dibolehkan ataupun tidak," katanya. - MStar
*RMK: So sekarang Khalid Samad nak spin apa lagi lepas ni? Dulu gah sangat kata nak buat Shah Alam bebas kelab malam, bebas panggung wayang, bebas arak kejadah semua tu. Apa dah jadi? Boleh pulak dia cakap "peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya". Nampak tak sikap lepas tangan di situ? Cuba cari jalan keluar yang mudah? Ke nak selamat dari Ronnie Liu, Teresa Kok dan segenap puak-puak haram jadah tu? Mana telor kau nak tegakkan Islam kat Shah Alam ni?