Wednesday, 20 August 2014
Monday, 18 August 2014
WAN AZIZAH DAN AZMIN ALI TAK BOLEH JADI MB #SELANGOR??
Isu perlembagaan Negeri Selangor
Siapakah yang bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sememangnya menarik. Walauapapun, kita perlu merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor (UUTNS) untuk mencari jawapannya.
Menurut pendapat pengamal undang undang iaitu tiada satu perenggan pun di dalam UUTNS yang menyatakan bahawa seorang menteri besar itu perlu lahir dan membesar di Negeri Selangor. Ianya merupakan satu “convention” yang difahami oleh semua orang. Tetapi dari sudut undang-undang kita perlu sedar bahawa di dalam Perkara 51 UUTNS telah dinyatakan syarat-syarat untuk seseorang itu layak untuk menjadi Menteri Besar di Negeri Selangor.
Perkara 51 UUTNS menyatakan bahawa hanya Yang Amat Mulia Paduka Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar. Perkara 51 (2) pula menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu hendaklah dari bangsa Melayu dan beragama Islam.
Tidak dinyatakan pula di dalam mana-mana peruntukkan bahawa hanya “anak kelahiran Selangor” sahaja yang berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar. Tetapi ianya boleh dikira sebagai pilihan Sultan bahawa Menteri Besar yang ingin dilantik oleh Baginda mestilah rakyat yang lahir di dalam negeri Selangor. Perkara yang sama juga tertakluk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, hanya Islam & Melayu sahaja yang dinyatakan.
Namun apa yang menarik di dalam UUTNS ialah perenggan dibawah Perkara 53 (3) dimana ia menyatakan bahawa Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara “naturalisasi” dan juga kewarganegaraan mengikut Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.
Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (yang telah dipinda) menyatakan kewarganegaraan seseorang semasa beliau sedang bermastautin di Malaysia ketika hari merdeka 31 Ogos 1957.
Terma “naturalisasi” mempunyai banyak penterjemahan. Kebanyakkan negara yang mengambil pendekatan bahawa sekiranya seseorang itu lahir di negara lain dan berdaftar sebagai warganegara mereka akan dikira sebagai warganegara yang telah di”naturalisasi”kan. Naturalisasi berlaku samada dengan tindakan ataupun dengan tiada tindakan. Contohnya apa yang berlaku di Soviet Union (USSR) yang merupakan satu empayar besar sebelum berakhirnya Perang Dingin. Seorang rakyat Soviet Union yang lahir di Uzbekistan tetapi setelah USSR berpecah beliau menetap di Turkemenistan. Maka beliau di neutralisasikan di Turkemenistan yang merdeka dan menjadi rakyat di sana. Orang ini dikira sebagai warganegara yang telah di”neutralisasi”.
Perkara yang sama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu apabila perpecahan berlaku sebelum dan selepas pembentukkan Malaysia. Kita semua tahu bahawa Brunei dan Singapura adalah kedua-duanya pernah atau ingin menganggotai Persekutuan Malaysia. Sekiranya rakyat yang lahir di negara-negara ini ingin menjadi warganegara, mereka akan melalui satu proses Naturalisasi yang membenarkan mereka untuk menjadi warga Malaysia yang sah.
Jabatan Pendaftaran Malaysia juga telah menetapkan bahawa warganegara yang yang datang dari proses seperti ini ditandakan sebagai nombor 71 di dalam kad pengenalan mereka. Bukan kerana diskriminasi, tetapi mungkin ada atas sebab-sebab keselamatan tindakan ini dilaksanakan. No 71 juga ditandakan kepada semua warganegara Malaysia yang lahir di luar negara.
Berbalik kepada isu diatas, kedua-dua “calon Menteri Besar” ini mempunyai nombor 71 tertera di dalam kad pengenalan mereka. Mereka adalah produk naturalisasi kewargaan negara. Kita sudah mengetahui bahawa perlantikkan Menteri Besar Selangor perlu mematuhi UUTNS dan juga perkenan Yang Amat Mulia Sultan Selangor. Apakah perlantikkan pada kali ini bakal melanggar bukan sahaja UUTNS dan juga bakal mengundang murka Sultan dengan membelakangkan pilihan baginda?
-pemikir
Friday, 15 August 2014
TENG MULA BUKA PEKUNG DALAM PENTADBIRAN S’GOR
Dr Halimah Ali disifatkannya sebagai “tidak boleh dipercayai dan munafik”
(Malaysiakini) – Krisis politik Selangor memasuki episod baru hari ini apabila bekas exco Datuk Teng Chang Khim mula membuka pekung dalam pentadbiran Selangor dengan melancarkan serangan ke atas anggota exco PAS yang masih setia pada Tan Sri Khalid Ibrahim.
Beliau mensasarkan serangannya pada exco hal ehwal pendidikan, Dr Halimah Ali yang disifatkannya sebagai “tidak boleh dipercayai dan munafik” kerana didakwa berpura-pura tidak tahu mengenai rancangan Khalid untuk membubar DUN.
Tidak cukup dengan itu, beliau juga membangkitkan isu pemberian peruntukan untuk sekolah persendirian Cina di Selangor yang didakwanya dilengah-lengahkan oleh anggota exco tersebut.
Dakwanya, bermula dari tahun 2009, empat sekolah Cina persendirian di Selangor mendapat peruntukan automatik dari kerajaan negeri sebanyak RM2 juta setiap tahun.
Namun bermula tahun ini, dakwanya, sekolah-sekolah itu diminta mengisi borang untuk mendapat peruntukan tersebut dan dikenakan pelbagai syarat.
“Ada beberapa contoh sebelum ini, antaranya sekolah-sekolah Cina persendirian dijanjikan peruntukan (dari kerajaan negeri) tetapi beliau melengah-lengahkan pemberian peruntukan itu,” kata Teng.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan Halimah pagi ini yang mendakwa tidak tahu menahu tentang kenyataan Teng berkenaan pembubaran DUN.
Teng semalam mendakwa beliau mendapat ‘khabar’ dari sumber tertinggi yang Khalid akan membubarkan DUN dalam masa terdekat.
“Saya tidak tahu menahu tentang perkara itu,” kata Halimah sewaktu ditemui wartawan pagi tadi sebelum memasuki pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
RMK : Mcm mane nak ade pakatan kalo antara parti-parti di dalamnya pon tak boleh nk sepakat?
lepas ni ape lagi la pekung yg akan dibuka lagi..kite tungguuu~
Monday, 11 August 2014
bang non speechless sultan selangor kekalkan @khalid_ibrahim mb #selangor
Datuk Seri Anwar Ibrahim terkedu sejurus
selepas Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu bahawa sultan Selangor
berpuas hati dengan penjelasannya bahawa beliau masih mendapat sokongan
majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.
Dalam reaksi segeranya di Twitter, Anwar menjawab tweet sebuah portal berita yang melaporkan perkembangan itu, hanya dengan menulis dua tanda soal “??”.
Menjawab soalan sultan, Khalid hari ini menjelaskan, di sebalik pemecatannya daripada PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti anggota dewan negeri.
Justeru, kata Khalid, sultan berpuas hati dengan penjelasan yang dipersembahkan dan selanjutnya memperkenannya terus memegang jawatan menteri besar.
Dalam reaksi segeranya di Twitter, Anwar menjawab tweet sebuah portal berita yang melaporkan perkembangan itu, hanya dengan menulis dua tanda soal “??”.
Menjawab soalan sultan, Khalid hari ini menjelaskan, di sebalik pemecatannya daripada PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti anggota dewan negeri.
Justeru, kata Khalid, sultan berpuas hati dengan penjelasan yang dipersembahkan dan selanjutnya memperkenannya terus memegang jawatan menteri besar.
aiyoyo~~
Tuanku Perkenan @Khalid_ibrahim Kekal MB #Selangor #MBcrisis
TERKINI – Isu MB Selangor: Tuanku Perkenan Khalid Kekal MB Selangor
Berikut
merupakan sidang media oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim Selepas Mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor berhubung
kedudukan beliau sebagai MB Selangor. Mesyuarat itu turut dihadiri
Sultan Selangor.
Sultan Selangor memperkenankan MB Terus Menjalankan Tugas sebagai Menteri Besar Selangor.
Khalid Memperjelaskan Bahawa beliau Masih Memperoleh Kepercayaan Dewan DUN walau di Pecat Dalam PKR. Oleh itu, sehingga ada perkembangan baru beliau masih MB dan akan menjalankan tugas dan amanah rakyat Seperti Biasa.
Selain itu, Exco Kerajaan Negeri sedia ada akan dikekalkan dan beliau akan bertemu dengan semua Exco dalam masa terdekat.
Menurut
Majlis Dewan Diraja Selangor, pentadbiran Negeri ditadbir Oleh Menteri
Besar dan dibantu oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)
dan bukannya oleh parti politik, Oleh itu, tiada masalah atau kekurangan
ketetapan dalam membuat sesuatu Keputusan Kerajaan Negeri.
Beliau juga akan mempertimbangkan tawaran PAS supaya menjadi ahli parti tersebut.
Berhubung mesyuarat kerajaan negeri, Abdul
Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan empat exco dari Pas.
Katanya, itu sudah memadai baginya untuk beliau mengadakan mesyuarat
kerajaan negeri walaupun tanpa exco dari PKR dan DAP. Ini berdasar
tatacara Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.
Berhubung lain-lain Exco yang tidak
mengikut tatacara Artikel 52.2B, mereka dinasihatkan untuk melepaskan
jawatan. Beliau akan menemu bual setiap Exconya esok bagi mengetahui
sokongan mereka.
P/S : ape next move abg non? ngeh ngeh ngeh..
Subscribe to:
Posts (Atom)