Saturday, 13 April 2013

GEMPAR! TUNKU AZIZ DEDAH PEMBANGKANG BERSAMA NGO LAIN ADAKAN LATIHAN DAN SIMULASI SULIT UNTUK BUAT ONAR 5 MEI INI



Kupasan MyMassa:


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz dedahkan rancangan jahat parti pembangkang dan NGO B****H yang mahu mewujudkan kekacauan semasa hari pengundian. Menurut beliau lagi, simulasi untuk mewujudkan kekacauan ini telah dilakukan di beberapa tempat.


 
Mengimbau kembali pada Jun 2012, MyMassa dan AIDC pernah mendedahkan persediaan B****H di negara jiran untuk mewujudkan kekacauan melalui PACABA di negara tersebut.

Namun pihak B****H menggunakan akta yang diwartakan di Amerika Syarikat (The Digital Millennium Copyright Act (DMCA)) untuk menghalang pendedahan MyMassa. Oleh yang demikian, artikel tersebut terpaksa ditarik balik kerana mempunyai gambar dari laman FB yang terbabit.

MyMassa berterima kasih kepada akhbar Utusan kerana sempat memaklumkan kepada rakyat Malaysia melalui artikel berikut:


Pendedahan ini, jika benar, cukup memeranjatkan!

Oleh Zaini Hassan
BENARKAH ada sebuah negara atau beberapa negara yang mahu mengucar-kacirkan pilihan raya Malaysia kali ini?

Benarkah mereka mahu mengubah dan menumbangkan secara sistematik kerajaan yang ada ini, kerajaan tonggak Melayu yang telah memerintah selama 54 tahun?

Benarkah mereka terlalu cemburu dengan kemajuan Malaysia ini yang mungkin akan menyaingi mereka dalam beberapa segi?

Benarkah selagi kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan sekarang masih wujud, selagi itulah mereka akan merasa tidak selamat dan selesa?

Saya cukup terkejut membaca pendedahan melalui fail wikileaks oleh sebuah blog mymassa dan AIDCNews yang mendedahkan mengenai cubaan satu kuasa asing di rantau ini yang cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi rakyat negara ini menentang kerajaan semasa, atau menyokong pihak pembangkang atau cuba membantu apa yang boleh untuk menumbangkan kerajaan yang ada ini.

Saya berharap pendedahan itu tidak akan disembunyikan oleh pihak berkuasa, tetapi didedahkan dan dibongkarkan kepada pengetahuan umum. Malaysia sering kali mahu menjaga hati orang lain, jiran-jiran tetangga, kononnya atas semangat serantau ASEAN, tetapi negara lain sering kali tidak mengendahkannya. Malaysia pada dasarnya cukup baik dengan jiran-jiran.

Namun dengan pendedahan blog itu, jika benar, maka ia adalah sesuatu yang cukup mengejutkan. Jikalau ia benar, Kerajaan Malaysia tidak boleh membiarkan ia berterusan. Saya hairan mengapa kerajaan yang dimaksudkan tidak respons pun kepada pendedahan oleh mymassa itu yang kini telah menjadi bacaan umum.

Menurut pendedahan itu bertajuk: BREAKING NEWS: 3 NAMA DIPLOMAT S******** DIDEDAHKAN. Ia boleh baca di sini: http://mymassa.blogspot.com. Ia turut mendedahkan nama-nama diplomat negara itu.

Selain itu, blog itu turut mendedahkan satu lagi perbuatan oleh negara jiran berkenaan yang dikatakan cuba mengucar-kacirkan pilihan raya negara ini dengan kononnya, melatih rakyat negaranya terlibat dalam proses pilihan raya negara ini. Saya kurang pasti bagaimana caranya ia akan dilakukan, tetapi satu lagi pendedahan dari fail wikileaks itu juga cukup memeranjatkan.

Gambar-gambar turut didedahkan menunjukkan belia-belia negara itu dilatih mengenai proses pilihan raya negara ini. Pendedahan itu bertajuk: Wikileaks : Gambar Persediaan S******** Mengkucar-kacirkan Pilihan Raya Malaysia. Ia boleh dibaca di sini: http://mymassa.blogspot.com juga.

Maaf, saya tidak tahu benar atau tidak maklumat ini. Biarlah pihak berkuasa menyiasatnya dan kita juga mahu mendengar penjelasan daripada kerajaan negara itu.

Berikut ialah antara petikan daripada blog itu:

Akhirnya AIDCNews mendedahkan tiga nama diplomat asing yang menceroboh hal ehwal negara kita. (Cuit tidak akan mendedahkan nama-nama itu. Baca sendiri dalam blog itu).

Kita meminta supaya pihak kerajaan memandang serius perkara ini dan memanggil duta negara tersebut dan menghantar nota bantahan.

Sebagai tiang penting dalam parti, Pergerakan Pemuda UMNO diharap turut menghantar surat bantahan dan membuat bantahan di hadapan Kedutaan S********. Campur tangan secara terang-terangan yang dilakukan oleh para diplomat mereka tidak boleh diterima. Para NGO seperti Perkasa, Pekida dan sebagainya perlu maju ke hadapan!

Dahulu kita ada Singa UMNO Allahyarham Syed Albar yang amat menakutkan Lee Kuan Yew itu, dan juga Allahyarham Datuk Harun Idris yang merimaskan DAP. Kini, walaupun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO YB Datuk Khairy Jamaludin menggunakan pendekatan steady, smart dan bijaksana, namun bantahan perlu juga dibuat di Kedutaan S********.

Jika tiada sesiapa membuat bantahan, S******** akan kata macam-macam. S******** akan kata Polis Malaysia lembik, Undang-Undang Malaysia senang dilanggar, Lihatlah Slide Sukarelawan *** di atas sedang mengkursus sukarelawan *** untuk membantu DAP dalam PRU13 nanti! Ini gambar-gambar penting http://mymassa.blogspot.com.

Isu keselamatan negara perlu tiada kompromi. Jika diplomat-diplomat itu melakukan perkara yang sama di Indonesia atau Thailand agaknya apakah nasib mereka itu?

Saya berhenti di sini dulu.

Jika benarlah pendedahan itu, saudara-saudara fikir-fikirlah sendiri mengapa mereka ini terlalu mengidamkan Malaysia yang indah, makmur dan sejahtera ini.

MyMassa harap rancangan jahat pihak-pihak yang mahu mewujudkan kekacauan di negara yang tercinta ini gagal. Jika sebelum ini mereka menafikan, tetapi kali ini perkara ini didedahkan oleh bekas pemimpin pembangkang sendiri! Kalau tuduhan Tunku Aziz tidak benar, mengapa pembangkang tak saman beliau?

SKANDAL MUSTAFA ALI: SEBAB MUSABAB HADI AWANG PERTAHANKAN PAK STOPA



SEKARANG terjawablah persoalan kenapa Presiden PAS, Hadi Awang, menggunakan alasan video seks sebagai besi dan tidak boleh dijadikan bukti.  Rupa-rupanya Hadi bersiap sedia dengan kebarangkalian di masa hadapan orang kanannya sendiri akan terlibat dengan perkara tersebut.

Video Anwar rupanya hanyalah satu alasan saja, sebetulnya nak protect orang kanan dia.

Ini bukan sebarang kanan, tapi betul-betul kanan. Masa Hadi jadi MB Terengganu sepenggal dulu, orang inilah sebenarnya yang menguruskan kerajaan negeri, cuma tidak bergelar MB saja.  Kebetulan dia ada pengalaman menjadi Timbalan Menteri dalam kabinet Tun Hussin Onn dulu – sewaktu PAS masih dalam BN.

Hadi? Dia bodoh, slow, lembap, bukan tahu apa benda pun. Semuanya keputusan penting berkaitan pentadbiran kerajaan negeri, dilepaskan kepada orang kanan ini untuk mengendalikannya sementara dia hanya tukang angguk dan sign saja.

Sebab itulah sudah 2 penggal sejak kali terakhir PAS perintah Terengganu, rakyat negeri tersebut serik nak memilih PAS sebagai kerajaan negeri sekali lagi. Sehinggakan dalam keadaan terburuk UMNO pada 2008, PAS masih gagal untuk menang di Terengganu, tak macam pilihanraya ke 10 pada 1999.

Persoalan yang dinanti semua orang selepas ini, apa tindakan PAS seterusnya?  Yang dikaitkan ini bukan sebarang orang, tapi salah satu dari saraf tunjang yang menggerakkan operasi PAS, sedikit bawah dari Majlis Syura, Presiden dan Timbalan Presiden.

Penulis jangka ada 3 pendekatan yang sedang difikirkan PAS malam ini:-

Nik Aziz ampunkan setelah tanya Tuhan sendiri
Fatwa baru seks tanpa nikah (tapi suka sama suka) tidak salah dan berdosa - macam Anwar, liwat suka sama suka tidak salah, hal peribadi.
Orang dalam video itu bukan dia, tapi muka saja macam dia, perut lain, sideburn lain, bla bla bla.
Mana-manapun, niatnya hanya untuk bodohkan rakyat, macamlah rakyat Malaysia zaman hari ini tak berakal sangat nak membezakan mana baik dan mana buruk.

Rakyat tolaklah parti cakap tak serupa bikin ini. Penulis pasti PAS akan pertahankan orang itu sehingga ke titisan darah terakhir kalau perlu. Dia tahu terlalu banyak tentang PAS dan Pakatan Rakyat. Selain itu, hubungannya dengan Hadi macam aur dengan tebing.


Sumber: TWH

SKANDAL MUSTAFA ALI: SALAH UMNO? LOGIKKAH?



APA pun orang nak cakap pasal video seks terbaru membabitkan seorang pemimpin PAS ni, satu yang pasti, UMNO tidak terlibat.  Ini bukan style UMNO untuk menang pilihanraya sebab UMNO tak tahu pergerakan pemimpin PAS berkenaan pun.  Yang tahu hanyalah orang-orang berkaitan dengan dia.

Lama dah pemimpin berkenaan berjuang dalam PAS, dah bertanding berapa pilihanraya pun malah pernah jadi Exco Kanan negeri Terengganu, kenapa pula sekarang baru UMNO nak jatuhkan dia dengan cara ini?

Tak masuk akal dan tak logik langsung.

Dengan status pemimpin berkenaan sebagai antara penggerak usaha untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dulu, apa nak hairan kalau PKR terlibat dalam kerja-kerja macam ini.

Sebab itu kita yakin ini kerja orang dalam parti dia jugak.  Orang yang mengidam untuk menguasai PAS dari dalam.  PAS penting sebab sokongan akar umbi parti ini paling kuat antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan haram.  DAP dengan PKR pun tak punya gerak kerja sekuat PAS.

Antara sebab kenapa PAS masih relevan dalam Pakatan walaupun sering buat kenyataan yang memburukkan lagi Pakatan, ialah sebab inilah (akar umbi kuat).

Perkembangan terbaru yang menarik, PAS sekarang sedang main lagu lama untuk nafikan kaitan pemimpin berkenaan dalam video tersebut.  Pagi-pagi buta lagi ada media pro Pakatan yang mengambil kenyataan isteri pemimpin berkenaan dan buat penafian.

Dia sendiri pun tak tengok lagi video itu, portal berita berkenaan dah heret bini dia pulak.

Ini modus operandi yang biasa pembangkang setiap kali berhadapan dengan isu yang macam ini. Sama macam kes Anwar, seret Wan Azizah dulu.  Agaknya firma-firma penasihat yahudi yang dibayar untuk menasihati Pakatan ini bagi nasihat yang sama jugak untuk handle kes macam ini.


Sumber: TWH

Friday, 12 April 2013

Edisi 'Chill': Pendekar Mustar Masuk PAS


Ini COBAANNN~

KOMEN MUSTAFA ALI TERHADAP SKANDALNYA


Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam - Mustafa

Harakahdaily,12 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar)berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai video lucah yang diedarkan.

Dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Harakahdaily, Mustafa berkata, "Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan."

Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah yang disebarkan melalui beberapa blog Umno sejak lewat petang semalam.

Ulasan dalam blog itu mengatakan, kononnya ia dibuat oleh rakan PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR.








KENYATAAN MEDIA

Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan.


Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung.


Sumber: Harakah Daily




DAH CUAK?