Friday, 6 April 2012
PKR + PAS + DAP = Kerajaan Sampah
Setelah 3 tahun di Selangor....
Kerajaan PKR + PAS + DAP hanya melonggok sampah. Kalau hal sebegini pun tak dapat nak diuruskan, macamana nak mentadbir negara?
Yang pasti, mereka memang paling pakar bila menuding jari!
Thursday, 5 April 2012
Pencapaian BN Selepas 3 Tahun
*Klik pada gambar untuk saiz lebih besar.
Apa yang Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib dah buat?
- Klinik 1 Malaysia.
- Kedai rakyat 1 Malaysia.
- Skim Perumahan 1 Malaysia.
- Amanah Saham 1 Malaysia.
- Bantuan Rakyat 1 Malaysia.
- Baucar Buku 1 Malaysia.
- Dan banyak lagi bantuan dan kemudahan demi rakyat Malaysia...
Apa yang PAS PKR DAP buat?
- Anjurkan perhimpunan haram.
- Sokong program seks bebas Seksualiti Merdeka.
- Ketepikan isu murtad.
- Bina lebih banyak gereja dan kuil.
- Luluskan lambakan rumah urut.
- Amalkan politik gangsterisme.
- Menipu rakyat.
- Amalkan ungkapan "Konspirasi UMNO" bila kantoi.
- Dan beribu lagi penipuan dan kezaliman terhadap rakyat Malaysia.
Bukti dah ada, jelas dan nyata.
Ayuh Selamatkan Selangor!
Tolak PAS PKR DAP!
Tuesday, 3 April 2012
Tahniah PAS, Sebuah Gereja Di Kawasan Majoriti Melayu Islam
Penduduk Bandar Puncak Alam yang terletak di Kawasan Parlimen Kuala Selangor (Dr.Zulkifly Ahmad - PAS) yang mempunyai lebih 95% penduduk Melayu, tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan sebuah mini Gereja (Chapel) berhampiran dengan kawasan mereka. Lokasi gereja berkenaan adalah di Jalan PPAJ 1/1, Bandar Puncak Alam.
Apakah tujuan gereja ini dibina?
Siapa pula yang membenarkan gereja tersebut beroperasi di kawasan majoriti Melayu Islam?
Motif mereka cukup jelas, apabila tertulis perkataan "Pembaktian Dalam Bahasa Malaysia" menerangkan siapakah golongan sasaran doktrin Kristianisasi ini. Pembaktian bermaksud ibadah, atau upacara, atau khutbah. Ia juga berhubung kait dengan upacara pembaptisan. Bahasa mudahnya, proses kristianisasi. Menyelusuri peristiwa "bersejarah" di dalam kawasan yang dikelilingi dengan majoriti Melayu ini, apakah ia dibangunkan berdasarkan kenyataan sokongan Ahli Parlimen Kuala Selangor terhadap pluralisme agama?
Tentunya gerakan ini secara strategiknya melihat kebarangkalian penerimaan dari kuasa politik, dan sokongan PAS serta YB Dzul Ahmad terhadap penggunaaan kalimah Allah menyerlahkan lagi kemungkinan ini yang akhirnya menjadi kenyataaan. Hubungan haram di antara PAS dan Ambiga semakin menunjukkan perubahan yang "menarik" di perjalanan politik PAS. Gereja yang menggunakan bahasa Melayu kini sudah ada di Kuala Selangor atau lebih tepat, di kawasan kejiranan orang Melayu beragama Islam.
Ambiga adalah pejuang murtad tersohor, dengan kes murtad Lina Joy sebagai tapak perjuangannya yang kemudian membuat tuntutan melampau terhadap Islam melalui gerakan IFC. PAS pula bersekongkol dengan Ambiga. Lebih menarik, rakyat dihidangkan dengan kenyataan bahawa dari YB Dr Dzul Ahmad bahawa PAS sudi menerima bukan Islam untuk mengisi Timbalan Presiden.
Cakap-cakap politik "mencalonkan" Ambiga sebagai sekutu yang paling layak. Pendedahan gerakan murtad oleh Hasan Ali dianggap "perkara kecil berbanding banyak lagi perkara besar" oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr. Rani Osman. Maka, tidaklah menjadi satu masalah untuk Gereja ini wujud di kawasan kejiranan 95% Melayu Islam. Kebetulan, lokasi gereja berbahasa Melayu ini berjiran dengan DUN Meru. Wallahuallam!
Dikhabarkan 'khutbah' mereka akan dibuat dalam bahasa Malayu. Inilah jasa terbesar YB Zulkifly Ahmad, salah seorang daripada golongan pluralisme agama Anwarista, selama 4 tahun menjadi Ahli Parlimen Kuala Selangor. Masa menang hari tu pun dia 'berkhutbah' di dalam gereja di Kuala Selangor. Elok sangatlah waktu nak kalah dalam PRU13 ini beliau memberikan 'khutbah' yang terakhir.. sebelum berambus.
Sumber: Ocean's 13.
Tahniah PAS. Inilah parti yang mendabik dada kononnya memperjuang Islam. Apa yang kita nampak hasil "perjuangan" PAS ialah pertambahan jumlah Gereja dan pertambahan jumlah umat Islam yang murtad.
Tolak PAS! Tolak DAP! Tolak PKR!
Selamatkan Selangor!
Monday, 2 April 2012
Parti ISLAM Se-Malaysia: "Video Murtad Tak Penting"
Astagfirullah....
Apa dah jadi dengan PAS? Parti memperjuang Islam KONONNYA. Tapi bila ada kes murtad, terus kata tak penting!
Ini ke golongan yang mengaku ulama?
Ini ke golongan yang berangan nak tubuhkan negara Islam? Eh silap, negara KEBAJIKAN. Maklumlah, DAP kan tak setuju negara Islam. PAS macam biasa melutut ikut telunjuk DAP.
Nampaknya, memang benar kata-kata Dr Hasan Ali yang PAS kini dah penuh dengan parasit-parasit yang lebih utamakan kuasa. Demi kuasa apa jua boleh digadai, termasuklah akidah dan kesucian agama Islam.
Menurut KLPOS:
DAMANSARA 2 April - Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali mengecam tindakan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abdul Rani Osman yang mengambil pendirian tidak menghantar sebarang wakil Parti tersebut di peringkat Negeri untuk menonton Video yang mengesahkan berlakunya gejala murtad seperti yang didakwanya itu.
Hasan Ali menjelaskan, beliau kesal dengan kenyataan Dr. Rani yang tidak mahu melayan isu yang beliau bangkitkan akan tetapi menganggap lebih banyak isu yang lebih penting untuk diketengahkan di Negeri ini seperti soal Rasuah.
Beliau mendakwa isu Murtad merupakan soal Akidah yang tidak boleh ditolak ansur dan setiap Pemimpin Islam apatah lagi yang lahir dari PAS seperti Dr. Rani wajib memastikan isu ini dijadikan masalah utama dalam membangunkan sesebuah Negara.
Video yang telah dirakamkan itu telah dipertontonkan beberapa wakil wartawan yang hadir ke rumahnya di sini sebentar tadi menampilkan beberapa bukti dan pengakuan unsur gejala murtad sedang berleluasa di Negara ini terutamanya di Selangor.
Dr. Rani sebelum ini menjelaskan PAS Selangor tidak akan melayan pelawaan Hasan Ali untuk hadir menonton video berkaitan bukti isu tersebut kerana menganggap ianya tidak releven dibangkitkan bekas Exco Selangor itu.
“Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting." katanya kepada wartawan Sinar Harian berkenaan hal tersebut.
Turut menolak jemputan Hasan Ali termasuklah dari pihak PKR Selangor menerusi kenyataan Shuhaimi Shafiei yang mendakwa pimpinan Negeri tidak mahu terlibat dengan cerita ‘seinci jadi sejengkal dan sekaki’ seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu.
Sudah lah PAS! Isu kecil kepala hotak korang!
Bila libatkan akidah dan agama, mana pendirian? Apa guna serban berlilit kat kepala kalau akidah pun nak kompromi.
Agaknya kalau Pakatan pembangkang dapat kuasa nanti, murtad dihalalkan? PAS pun menikus je.
Nauzubillah!
Kerajaan Selangor Galak Maksiat?
Sekarang Menteri Besar Selangor, Khalid
Ibrahim, menjadi exco hal agama Islam. Barangkali PAS tidak melaung “takbir”
lagi sebab kerajaan PKR yang ditunggani DAP sudah jadi “orang agama” pula untuk
mentadbir hal ehwal Islam di Selangor. Orang Melayu Selangor tahu Khalid tidak
ada pengetahuan agama yang cukup untuk menghalalkan dia jadi exco agama.
Sebenarnya
pengetahuan agama tidak penting untuk menjadi exco agama. Anwar pun bukan
melalui didikan agama tapi jadi pejuang Islam, imam, membaca khutbah dan yang
lebih memeranjatkan orang Melayu jadi homoseksual pula. Kalau penasihat PKR
seorang homoseks yang berpura-pura menjadi pejuang Islam mengapa mesti terkejut
kalau
Menteri Besar yang menjadi ahli ekonomi juga menjadi exco agama?
Sejak
Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan Selangor Khalid dianggap menjadi pak turut
DAP. Yang merancangkan berbagai kegiatan politik, ekonomi, sosial dan
sebagainya ialahTony Pua, Teresa Kok yang banyak main peranan di belakang
layar. Oleh kerana Dato Dr Hassan dipecat dari PAS maka mudahlah DAP membuat
berbagai kegiatan untuk mengembangkan agama Kristian di kalangan orang Melayu
kelak. Lebih banyak orang Melayu, yang daif dan miskin, akan meminta bantuan
dari berbagai NGO Kristian. Teresa Kok adalah seorang evangalist Kristian yang fanatik.
Orang
Melayu di Selangor tidak lupa bagaimana Teresa Kok meminta ahli-ahli masjid
jangan membuat bising mengganggu tidur orang bukan Melayu dalam kawasan
berdekatan dengan masjid. Bila cerita ini disiar dalam Utusan Malaysia dia menyaman Utusan kononnya buat fitnah. Ini stail
politik DAP yang juga menjadi stail Anwar Ibrahim. Tanpa Dr Hassan Ali dalam exco Negeri
mudahlah bagi Teresa Kok dan lain-lain pengembang Kristian menjalankan kempen
secara terbuka dan diam-diam untuk memurtadkan orang Melayu kelak.
Ingat peristiwa kegiatan Kristian yang cuba
memurtadkan beberapa orang Melayu, lelaki dan perempuan, untuk menghadiri
upacara agama Kristian di gereja Damansara Utama? Siapakah yang tegas dan keras
membantah tindakan Kristian itu? Dato’ Dr Hassan Ali. Apa reaksi menteri besar
Khalid Ibrahim? Dia bukan menyokong tindakan Dr Hassan dan Jabatan Agama Islam
Selangor yang melancarkan serbuan ke
gereja itu tetapi sebaliknya menganggap tindakan majlis agama itu keterlaluan
pula.
Inilah manusia yang memegang exco
agama Islam sekarang. Setelah pemimpin PAS yang
memperjuangkan Islam, bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu disingkir dari
parti dan hilang jawatan exco agama, iaitu Dato’ Dr Hassan Ali, maka janganlah
terkejut di bawah Khalid Ibrahim agama Kristian dan agama-agama lain begitu
rancak berkembang di kalangan orang
Melayu tanpa sekatan.
Walaupun
Sultan menjadi ketua agama Islam namun baginda terpaksa mendengar nasihat dari
Menteri Besar. Sultan tidak boleh memilih siapa saja dari kalangan ADUN Selangor menjadi exco agama. Kuasa perlantikan exco di bawah menteri besar.
Oleh sebab menteri besar di bawah telunjuk DAP orang Melayu berasa bimbang
dengan sikap menteri besar yang lemah, tidak mempunyai semangat Islam yang kuat
dan menjadi pak turut semata-mata kepada desakan dan mainan politik DAP.
Anwar Ibrahim pernah membuat kenyataan
melalui BBC dan blog Malaysiakini bahawa
undang-undang homoseks yang ada sekarang sudah lapuk, perlu dihapuskan dan
digantikan dengan undang-undang yang membolehkan mereka yang berminat
mengadakan hubungan sejenis diberi kebebasan
atas dasar suka sama suka.
Walau pun perbuatan seks sesama jenis
dilaknati Allah dan juga dilarang oleh agama-agama lain tetapi Anwar dan DAP
menganggap undang-undang mengenai homoseks yang Anwar diheret ke mahkamah itu
bertentangan dengan hak asasi manusia. Justeru itu mesti dihapuskan. Anwar dan
DAP berpendapat hak individu mesti bebas dari apa-apa sekatan sekali pun
termasuk mengadakan hubungan sesame jenis!
Walau
pun masyarakat Melayu membangkang cadangan Anwar yang hendak menghalalkan
homosek nampaknya Anwar tidak peduli bantahan dari orang Melayu. Malah bantahan
kawan-kawannya dalam ABIM pun dia tidak peduli. Anwar kini lebih berani dan
lebih biadab lagi menentang Islam yang melarang perbuatan terkutuk itu. Dia
tidak insaf dan bertaubat tetapi sebaliknya menggalakkan perbuatan terkutuh itu
melalui cadangan penghapusan undang-undang homosek sekarang yang dianggap
menyalahi hak asasi manusia.
Besar
kemungkinan dia akan mengarahkan menteri besar Selangor untuk menggubal
undang-undang menghalalkan hubungan seks sejenis atas dasar suka sama suka khas
untuk negeri Selangor. Kalau ini berlaku banyaklah penggemar-penggemar seks
sejenis, lelaki dan perempuan, melampiaskan nafsu serakah mereka di Selangor
kelak.
Anwar
hendak menunjukkan kepada DAP dan bukan Islam bahawa dia seorang pemimpin Islam
liberal. Tujuannya juga untuk membuktikan kepada puak-puak Kristian dan Yahudi
yang menyokong dan membantunya selama ini bahawa dia sudah berjaya
memecah-belahkan orang Melayu yang beragama Islam bilamana dia memperlekehkan PAS tanpa memberi fortfolio Islam kepada wakil parti itu.
Nampaknya rancangan sulit Yayasan Konrad
Adenuer yang ditubuhkan oleh Parti Kristian Demokrat Jerman yang memberi
bantuan kewangan berjuta-juta ringgit kepada Anwar sejak zaman kepimpinannya
hingga sekarang sudah memberi hasil. Anwar yang menjadi boneka Kristian dan
Yahudi sudah berjaya dalam misinya untuk memecah-belahkan masyarakat Melayu
Islam melalui dasar liberalismenya di
bidang agama.
Soalnya
apakah PAS yang diperlekehkan Anwar yang memberikan fortfolio agama kepada
menteri besar akan bertindak keluar dari Pakatan rakyat atau kekal sebagai tembukut di tepi gantang? Nik
Aziz dan Hadi Awang tidak berani membantah dan membuat kenyataan membela PAS.
Terpulang kepada ahli-ahli PAS sendiri untuk bertindak mendesak pucuk pimpinan
keluar dari Pakatan Rakyat kerana Anwar dan DAP menghina parti mereka.
Mereka
yang faham dengan sendiwara politik Anwar tidak akan memilih Pakatan Rakyat
dalam PRU 13 yang bertujuan hendak
menghapuskan ketuanan Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan
Raja- raja Melayu terancam. Umum berpendapat Pakatan Rakyat menjadi boneka
kuasa asing yang dipimpin Anwar Ibrahim. Mereka yang ingin keharmonian kaum,
perpaduan dan kemakmuran akan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan yang
memerintah kerana apa yang mereka nikmati sejak Merdeka hingga sekarang adalah
hasil dari kebijaksanaan pemimpin UMNO yang tetap mempertahankan ketuanan
Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Dipetik dari Siri Rencana Yahya Ismail.
Subscribe to:
Posts (Atom)