Nampaknya semakin ramai datang untuk mendengar pendedahan Hasan Ali tak kira di mana saja jelajah ini diadakan. Ramai yang dah tak tahan dengan penipuan Pakatan Haram gamaknya. Antara isu yang ditimbulkan malam tadi adalah berkenaan LGBT, kalimah Allah dan juga perpecahan dalam PAS. Semoga siri pendedahan ini diteruskan dengan istiqamah dan berjaya membuka mata mereka yang masih degil nak menyokong pembangkang.
Apa dah jadi dengan PAS? Parti memperjuang Islam KONONNYA. Tapi bila ada kes murtad, terus kata tak penting!
Ini ke golongan yang mengaku ulama?
Ini ke golongan yang berangan nak tubuhkan negara Islam? Eh silap, negara KEBAJIKAN. Maklumlah, DAP kan tak setuju negara Islam. PAS macam biasa melutut ikut telunjuk DAP.
Nampaknya, memang benar kata-kata Dr Hasan Ali yang PAS kini dah penuh dengan parasit-parasit yang lebih utamakan kuasa. Demi kuasa apa jua boleh digadai, termasuklah akidah dan kesucian agama Islam.
DAMANSARA 2 April - Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk
Dr. Hasan Mohamed Ali mengecam tindakan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr.
Abdul Rani Osman yang mengambil pendirian tidak menghantar sebarang
wakil Parti tersebut di peringkat Negeri untuk menonton Video yang
mengesahkan berlakunya gejala murtad seperti yang didakwanya itu.
Hasan Ali menjelaskan, beliau kesal dengan kenyataan Dr. Rani yang
tidak mahu melayan isu yang beliau bangkitkan akan tetapi menganggap
lebih banyak isu yang lebih penting untuk diketengahkan di Negeri ini
seperti soal Rasuah.
Beliau mendakwa isu Murtad merupakan soal Akidah yang tidak boleh
ditolak ansur dan setiap Pemimpin Islam apatah lagi yang lahir dari PAS
seperti Dr. Rani wajib memastikan isu ini dijadikan masalah utama dalam
membangunkan sesebuah Negara.
Video yang telah dirakamkan itu telah dipertontonkan beberapa wakil
wartawan yang hadir ke rumahnya di sini sebentar tadi menampilkan
beberapa bukti dan pengakuan unsur gejala murtad sedang berleluasa di
Negara ini terutamanya di Selangor.
Dr. Rani sebelum ini menjelaskan PAS Selangor tidak akan melayan
pelawaan Hasan Ali untuk hadir menonton video berkaitan bukti isu
tersebut kerana menganggap ianya tidak releven dibangkitkan bekas Exco
Selangor itu.
“Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu
layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak
berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah.Kita pandang isu ini isu
kecil sahaja, bagi Pas Selangor,ini (pendedahah video) tidak penting."
katanya kepada wartawan Sinar Harian berkenaan hal tersebut.
Turut menolak jemputan Hasan Ali termasuklah dari pihak PKR Selangor
menerusi kenyataan Shuhaimi Shafiei yang mendakwa pimpinan Negeri tidak
mahu terlibat dengan cerita ‘seinci jadi sejengkal dan sekaki’ seperti
yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu.
Sudah lah PAS! Isu kecil kepala hotak korang!
Bila libatkan akidah dan agama, mana pendirian? Apa guna serban berlilit kat kepala kalau akidah pun nak kompromi.
Agaknya kalau Pakatan pembangkang dapat kuasa nanti, murtad dihalalkan? PAS pun menikus je.