Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Sunday 28 April 2013

[Video] Terbaik #GE13: Masyarakat Tiong Hua Bersama Ah Jib Gor! #PRU13 #VoteForBN #BetterNation #TolakPR


Masih ada harapan mereka dari kaum Cina untuk memberikan sokongan padu kepada BN PRU ini, terutamanya kepada kepimpinan Dato' Seri Najib Razak atau Ah Jib Gor. Kredit kepada blogger Pecah Palak Mikir, jom layan video ini dulu:




Hidup Ah Jib Gor! Jom like Facebook Ah Jib Gor pula.
Semoga masyarakat yang belum sedar tu, sedarlah. Pakatan tahu sembang saja. Janji bulan bintang sebelum PRU tanpa memikirkan dengan teliti cara pelaksanaan semua tu sekiranya menang nanti. Dalam isu janji mereka memansuhkan tol, kita dah boleh nampak secara tiba-tiba mereka kecut perut dan akhirnya berkata “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya” (baca lagi di sini). Nampak tak sikap flip-flop mereka? Jangan biarkan mereka musnahkan keamanan yang telah kita bina bersama selama ini!

BN for 



Thursday 25 April 2013

Calon BN #GE13: Calon Gombak Setia Datuk Said Anuar Kantoi Pulak Dah! #PRU13 #BN #BetterNation

Berikut RMK kongsikan beberapa gambar Datuk Said Anuar turun padang bermesra bersama masyarakat tempatan di pasar Taman Seri Gombak pagi tadi.






Sambutan nampaknya memuaskan. Bagus.


Ok. Siapa sebenarnya Datuk Said Anuar ni? Berikut merupakan sedikit sebanyak mengenai beliau, nukilan blogger GombakGempur:


Kepada mereka yang mungkin pengundi Gombak yang menetap di luar kawasan Gombak tidak berapa mengenali beliau sekiranya mereka ini bukan anak jati Gombak, tetapi kepada anak jati Gombak atau mereka yang menetap di Gombak, nama Datuk Said Anuar Said Ahmad merupakan tidak asing lagi kerana beliau memang sepenuh masa berkhidmat di Gombak. Orangnya peramah dan mudah di ajak berbual dan senang didekati baik anak muda mahu pun yang tua. Loghat Minang beliau memang tidak dapat dipisahkan, ialah anak jati Gombak bersuku Minang.

Setelah berjaya dalam bidang perniagaan beliau telah terjun kedalam arena politik Gombak seawal usia lingkungan pemuda lagi  untuk mencurah bakti kepada orang kampong beliau di Batu 9 Gombak. Kemudian dek ketokohan beliau, beliau telah terpilih untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Seterusnya beliau bekerja dan mencurahkan bakti kepada rakyat di Gombak dan parti UMNO hingga lah kini beliau telah diamanahkan tanggung-jawab dalam kepimpinan UMNO Bahagian Gombak selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak.

Dilahirkan pada tanggal 9hb April 1962 dan merupakan salah seorang anak Gombak yang berjaya dalam bidang perniagaan sebelum menceburi bidang politik. Seorang yang amat menitik beratkan soal pendidikan dan ilmu, dan beliau walaupun dalam kesibukan dalam urusan perniagaan dan berkhidmat kepada rakyat dan UMNO beliau sempat menamatkan Ijazah Sarjana (master) di Universiti Islam Antarabangsa pada 2007.

Seterusnya beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menjadi Penyelaras Pembangunan Pusat BN DUN Gombak Setia bermula dari 2008 hinggalah akhirnya nama beliau di pilih sebagai Calon Barisan Nasional DUN Gombak Setia N17 untuk Pilihanraya yang Ke-13 ini.

Nak tahu lebih lanjut pasal Calon BN DUN Gombak Setia (N17) Datuk Hj. Said Anuar bin Said Ahmad ini? Jom Saksikan VT ini dan jom Klik link-link dibawah ini.


MARI KENALI CALON BN DUN GOMBAK SETIA N17 PART 1  

GOMBAK!!!GEMPUR!!! MARI KENALI CALON BN DUN GOMBAK SETIA (N17) PART 2 

GOMBAK!!!GEMPUR!!! MARI KENALI CALON BN DUN GOMBAK SETIA (N17) PART 3 


Alhamdulillah, Datuk Said Anuar memang berjiwa rakyat orangnya.

Jadi, apa yang kata kantoi tadi??

Kantoi sebab beliau terbukti berkaliber untuk menjadi wakil rakyat DUN Gombak Setia lah! Haha jangan marah!

Apa pun, kita doakan agar kemenangan berpihak kepada Datuk Said Anuar dan BN dalam PRU13 ini, insyaAllah.

Wednesday 24 April 2013

GEMPAR #GE13!: BALAI RAYA BN DI SEKINCHAN TERBAKAR! ADAKAH PERBUATAN KHIANAT?

Pagi tadi rakan RMK kirimkan beberapa keping gambar yang menunjukkan kesan terbakar pada bahagian dinding luar Balai Raya Parit 9, Sungai Leman, Sekinchan, Kuala Selangor.





Semalam heboh isu letupan di ceramah BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pagi ini pula, kesan terbakar jelas kelihatan di balai raya BN di Sekinchan pula. Apa maksud ini semua??


[KEMASKINI 2.00 petang]


Tuesday 23 April 2013

Panas #GE13: SOKONGAN LUAR BIASA PENGUNDI INDIA BUKTI ZUL NOORDIN MAMPU RAMPAS SHAH ALAM #SayangiSelangor



Datuk Seri Najib Tun Razak yakin pengundi India di kawasan Parlimen Shah Alam sudah menerima dan menyokong calon Barisan Nasional (BN) Datuk Zulkifli Noordin pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri berkata ada di antara masyarakat India yang sampai telah mencium Zulkifli.

"Soal cakap 10 tahun dulu, Zukifli sudah meminta maaf dan orang India terima dan cium dia," katanya dalam ucapan ringkas ketika melawat Pusat Daerah Mengundi Seksyen 18 Timur di sini Isnin. Gambar Zulkifli dicium oleh seorang pemuda India pada hari penamaan calon tersebar luas apabila dimuatkan di facebook.

Turut mengiringi dalam lawatan Najib petang ini ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Zulkifli.

Pada 1 April, Zulkifli memohon maaf kepada penganut agama Hindu dan mengakui pernah membuat ucapan yang mempersenda agama itu tetapi beliau telah mengakui kesilapannya kerana ucapan itu telah dibuatnya 10 tahun lalu ketika beliau masih berada dalam PAS.

Najib berkata semangat tinggi yang ditunjukkan oleh para pekerja parti dalam jentera pilihan raya BN Shah Alam boleh membantu BN merampas kembali kerusi Parlimen Shah Alam serta dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik dan Batu Tiga dari tangan pembangkang.

Jentera BN perlu berusaha keras merampas kembali Selangor pada PRU13 dan ia adalah penting bagi BN kerana sebahagian besar kekayaan negara bertumpu di negeri itu.

"Kerajaan Selangor telah menghalang projek loji air Langat 2 dan kita akan menghadapi masalah air bersih jika kita tidak ambil alih Selangor ini.

"Demi perjuangan negara, kita akan berjuang habis-habisan," katanya disambut sorakan gemuruh oleh jentera BN Shah Alam.

Najib turut berikrar untuk menjaga kebajikan orang India di kawasan Shah Alam dan akan memenuhi permintaan mereka.

Hujan lebat semasa lawatan Perdana Menteri tidak menghalang penduduk di Seksyen 18, daripada keluar beramai-ramai untuk mendekati dan beramah-mesra dengan Najib.

Sebahagian daripada mereka tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing untuk mendengar sendiri ucapan dan nasihat Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor.

Seorang anggota Pergerakan Puteri Umno dari cawangan Seksyen 18 Timur, Nurul Aqmal Mohd Amin berkesempatan memotong kek sempena hari jadinya ke-25 sambil disaksikan Najib dan Rosmah pada acara itu.

Najib dan Rosmah turut menjamu selera bersama penduduk tempatan pada akhir lawatannya itu.

Pada sidang akhbar kemudiannya di sebuah hotel di sini, Najib berkata Zulkifli sudahpun berjuang untuk isu melibatkan kaum India seperti Sekolah Tamil, dan kuil di Shah Alam dan rakyat sudah mula menyokong beliau.

"Berbanding dengan PR (pakatan pembangkang), mereka musnahkan tujuh kuil di Selangor, macam mana itu tidak jadi isu besar...tidakkah itu lebih serius, tamparan lebih hebat kepada penganut Hindu?," kata beliau.


Terbaik #GE13! Calon #BN Parlimen Selayang, Calon DUN Kuang Berjiwa Rakyat dan Diterima Masyarakat Muhibbah! #BetterNation

Pagi tadi, calon BN Parlimen Selayang, Datuk Donald Lim Siang Chai dan calon DUN Kuang Datuk Abdul Shukur Idrus turun padang sekitar Pekan Batu Arang. Mereka telah melawat pasar pagi serta beberapa kedai berhampiran. Jom layan gambar-gambar ni:









Lihat saja ekspresi muka penduduk tempatan yang calon-calon kita lawati. Masyarakat berbilang kaum, semuanya gembira berjumpa pemimpin mereka dan menerima kunjungan tersebut dengan hati terbuka. Alhamdulillah, ini juga satu kemenangan buat BN Selayang. Semoga dapat dikekalkan momentum ini sehingga hari mengundi nanti...







...Bukan seperti kempen Nurul Izzah yang tidak mendapat sokongan. Hihihi





BN for 


Monday 22 April 2013

Terkini #GE13: Masyarakat Sri Muda, Shah Alam Terima Kehadiran Dato' Seri Najib dengan Semangat Baru

Beberapa gambar DS Najib ketika turun melawat penduduk Sri Muda petang tadi.




Gigih pemimpin kita ini. Dari pagi turun berjumpa rakyat Selangor. Beginilah pemimpin berjiwa rakyat. Ayuh terus kita berikan sokongan padu kepada beliau PRU ini.

BN for


Terkini #GE13: Dato' Seri Najib Dapat Sokongan Penuh NGO-NGO di Hulu Klang, Gombak

Sekitar lawatan mesra DS Najib di Hulu Klang, Gombak.







Anak perempuan DS Najib hadir memberikan sokongan
Wakil Najib Razak Club
Calon DUN Hulu Klang, Datuk Raman


Anak lelaki DS Najib, Nor Ashman
Artis Liza Abdullah turut berkempen




BN for


Terkini #GE13: Ramah Mesra Dato' Seri Najib bersama Penduduk di Greenwood, Gombak

Selepas bertanya khabar penduduk Selayang pagi tadi, DS Najib menyinggah pula ke Greenwood, Gombak untuk bertemu rakyat di sana.












BN for