Thursday 9 May 2013

PERHIMPUNAN HARAM PR DI STADIUM KELANA JAYA: PDRM BUKA KERTAS SIASATAN #TolakPR



1. Pihak polis akan memanggil penganjur perhimpunan yang dijalankan di Stadium Kelana Jaya semalam.

2. Ia berikutan notis yang singkat diberikan pihak penganjur kepada pihak polis tidak mengikut kehendak sepertimana yang ditetapkan di bawah seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dimana pihak penganjur perlu menghantar notis kepada pihak polis 10 hari daripada tarikh perhimpunan yang hendak dijalankan.

3. Dalam sidang media Ketua Polis Selangor pada hari ini telah mengulas lanjut tindakan pihak penganjur mengadakan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya sehingga menimbulkan rungutan serta aduan dari pengguna jalan raya dan masyarakat setempat pada malam semalam.

4. DCP Dato’ Hj Tun Hisan berkata pihak polis menerima notis daripada pihak penganjur sekitar 12.20 tengah hari namun pihaknya telah menyarankan kepada penganjur supaya perhimpunan tersebut ditunda pada tarikh yang lain supaya nampak adil kepada masyarakat setempat dimana pihak polis dapat memaklumkan kepada mereka berkaitan perhimpunan yang hendak diadakan.

5. Walaubagaimanapun,ada kumpulan-kumpulan tertentu meneruskan perhimpunan tersebut sehingga melanggar undang-undang dibawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

6. Ekoran daripada perhimpunan tersebut telah menyebabkan kegusaran masyarakat dan kesesakan lalu lintas di beberapa tempat sekitar Kelana Jaya dan lebuh raya yang menuju ke stadium.

7. Perkara ini berlaku akibat kedegilan pihak penganjur meneruskan perhimpunan berkenaan. Sekiranya notis disampaikan awal, pihak polis akan memberikan nasihat yang sewajarnya berdasarkan kapasti stadium dan kedudukan tempat letak kereta yang boleh menampung peserta perhimpunan.

8. Dalam pada itu, pihak polis telah mengenal pasti beberapa kesalahan yang dilakukan dalam perhimpunan antaranya seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dimana ucapan-ucapan yang berbaur hasutan dimana seramai 28 orang penceramah telah dikenal pasti melakukan kesalahan dibawah seksyen yang dinyatakan. Selain itu, seksyen 124 B Kanun Keseksaan iaitu aktiviti yang memudaratkan domokrasi berparlimen dimana boleh dihukum dengan penjara selama 20 tahun.



Sumber: Polis Selangor


RMK: Padan muka puak-puak ni. Buat kacau saja. Harap akan ada tangkapan. Baru dorang tau langit tinggi rendah. Dari awal dah jangka dorang akan buat kacau. Sebab itu je cara yang dorang tahu. Kesian.



2 comments:

  1. Adoiiii...siasat lagiiiii....bila nak selesaiiii nieeeee...

    ReplyDelete
  2. ala tektik ANUwar N Lick Kid Sial spring. wat rally banyak2 bagi rakyat benci, polis benci lpas tu upah org cederakan diri dia. lpas tu tuduh kerajaan rancang. puak2 junub dia pon memberontak serang org ramai mcm org meroyan. tercetus lah benda yg Lick Kid Sial impikan sambil tersenyum dia berkata 'happy anniversary 13th" Penang as a "Gift". cayala. elok tangkap cepat2 si gila tu sblum dia nekad. skrg dia g mana pon tak selamat, byk ceti yahudi,pope,singapore dan tokey2 cina nak 'bancuh' dia buat key chain. Selamat menyambut hari "Pensyarah" aljuburi. Prjuangan busukmu dilaknat Allah.

    ReplyDelete