Wednesday 6 November 2013

RAHSIA AMERIKA INTIP INDIVIDU DI MALAYSIA DIDEDAH


ULASAN PENTING - Berita rangkaian perisikan Amerika Syarikat membuat intipan ke atas pemimpin-pemimpin beberapa buah negara, termasuklah Malaysia bukanlah suatu perkara yang mengejutkan kepada kami.

Di lembah Asia, negara pro-Amerika seperti Australia dan sebenarnya Singapura mempunyai instrumen yang sangat berkesan untuk melakukan intipan ke atas negara kita. (Huraian detail kemudian).

Amerika menuduh ejen perisikan Israel iaitu Mossad sebagai dalang di sebalik semua ini. Namun kita harus ingat, FBI dan CIA khususnya mempunyai pelbagai instrumen dan tangan-tangan halus di sebalik semua isu ini, khususnya di Malaysia.

Satu contoh, seorang bekas Pengarah Operasi CIA iaitu (diringkaskan dengan huruf R.B.) mendedahkan penubuhan sebuah NGO yang melibatkan Anwar Ibrahim adalah operasi covert CIA yang bekerjasama dengan sebuah negara di Timur Tengah.  

CIA pernah bersembunyi di sebalik syarikat petroleum yang berpengkalan di sebuah neggara di Timur Tengah. Nama-nama seperti bekas Ketua Biro Visa Amerika Syarikat di Arab Saudi yang saya sebut Mr. M.S.), Bekas Peguam Persekutuan Amerika Syarikat yang saya ringkaskan sebagai Mr. M.W.) dan seorang ejen CIA yang saya ringkaskan sebagai P.E. Juga Joe Trento (Penulis Buku Sejarah Gelap CIA) adalah individu yang mengetahui cerita di sebalik isu ini.



Gred Palast mendedahkan, selepas peristiwa 11 September 2001, pihak FBI telah menyiasat individu-individu muslim Amerika Syarikat yang dianggap ‘terrorist’. Antaranya Abdullah Bin Laden dan Omar Bin Laden (dari keluarga Bin Laden) yang menetap di 3411, Silver Maple Place, Virginia, Amerika Syarikat.

Walaupun Abdullah Bin Laden disyaki ‘terrorist’, tetapi FBI telah diarahkan oleh Washington untuk menghentikan siasatan mereka tanpa memberi alasan yang konkrit. 





Menurut BBC News, sebuah NGO yang melibatkan Anwar Ibrahim adalah merupakan projek rahsia di antara Jabatan Negara Amerika Syarikat, CIA dan sebuah negara di Timur Tengah.

Springman mendedahkan, CIA mengarahkan beliau untuk meluluskan visa-visa kepada kumpulan Islam yang dipimpin oleh Osama Bin Laden, dari sebuah negara di Timur Tengah ke Amerika Syarikat untuk menjalani latihan bersama dengan CIA. 

Selepas itu kumpulan Islam itu dikembalikan semula ke negara Timur Tengah tersebut untuk membantu tentera mujahidin Afghanistan memerangi Rusia. Latihan kumpulan Islam oleh CIA diadakan di Virginia, Amerika Syarikat. 

Anda carilah apakah kaitan Anwar Ibrahim dengan NGO-NGO yang berpusat di Virginia?

NGO-NGO ini telah membantu kepada kumpulan pengganas Hamas pemimpin Khaled Mash'al dalam persidangan globalisasi yang diadakan di Timur Tengah. NGO ini juga membantu membiayai pemberontakan Kashmir menentang India, menyifatkan ia sebagai pembebasan pergerakan.

Selepas peristiwa 11 September 2001, NGO ini telah diletak dibawah penelitian FBI. Kad kredit pakar radiologi, Dr Al Badr al-Hamzi telah ditemui di kalangan harta benda perampas. NGO ini  juga dinamakan dalam tuntutan mahkamah trilion dolar oleh keluarga mangsa 9/11.

Pada bulan Mei 2004 , NGO ini telah beroperasi di luar pejabat Jamal Barzanji, yang terlibat dengan sebanyak tujuh organisasi yang diserbu oleh ejen-ejen persekutuan yang berkaitan dengan pembiayaan pengganas.

Pemimpin Institut Antarabangsa Pemikiran Islam (IIIT) termasuk Anwar Ibrahim yang merupakan pengasas IIIT adalah di bawah jagaan NGO ini yang diberikan dana, dimonitor, diremute control, dan sekaligus diintip sepanjang masa oleh CIA.

Pada tahun 2007, pemimpin-pemimpin Indonesia dikatakan diintip oleh CIA dan agensi perisikan Amerika, yang berpusat di Australia. 

Apakah kamu fikir FBI dan CIA tidak mengangggu Presiden negara jiran kita pada tahun 2013 ini?

Kita bersyukur, Allah SWT memelihara kita semasa PRU13 di mana Anwar Ibrahim, manusia yang diikat kakinya, dikunci akalnya, dijel pergerakannya, ditapis mulutnya oleh Amerika/CIA/FBI tetapi akhirnya gagal dan tewas. Maka janganlah kamu terkejut dengan kata-kata ini, I support all efforts to protect the security of the state of Israel”.



Sumber: MyMassa

Tuesday 29 October 2013

Isu #GST: Anwar yang Terlebih Dahulu Cadang Pelaksanaan GST

Infografik yang memperlihatkan Anwar mengumumkan cadangan pelaksanaan GST ketika menjadi Menteri Kewangan:



Jadi kenapa bantah GST sekarang? Jelas pembangkang memanipulasi isu GST untuk kepentingan politik mereka sahaja.

Wednesday 23 October 2013

Bukti Bergambar : Hanya Dengan Menjadi Ahli PAS, Anda Akan Mudah Dapat Tanah Di Selangor.

Satu penyelewengan yang perlu rakyat Selangor tahu.



Lihatlah bagaimana anak Selangor ditipu oleh PAS. Hanya dengan menjadi ahli PAS, anda akan dipermudahkan untuk mendapat tanah di Selangor walaupun anda bukan lahir di Selangor.

Tanah milik anak negeri dijadikan umpan oleh pembangkang untuk meraih sokongan. Akhirnya, anak Selangor akan merempat di bumi sendiri.

MyMassa masih ingat, dahulu anak Selangorlah paling bertuah semasa BN memerintah. Dari segi pelajaran, mereka mendapat kemudahan Yayasan Selangor. Setiap insentif Kerajaan Negeri, anak kelahiran Selangorlah yang dapat dahulu.

Tapi pembangkang tahu mereka takkan dapat undi dari anak jati Selangor. Mereka tahu bahawa ramai anak Negeri Pantai Timur, Utara dan Selatan menetap di Selangor mencari rezeki. Sebab itulah segala kemudahan anak Negeri Selangor telah dieksploitasi untuk meraih undi pemastautin dari negeri lain.

MyMassa berpandangan sudah tiba masanya DYMM Sultan Selangor masuk campur dalam hal tanah. Janganlah sampai semua tanah telah tergadai kepada anak Negeri lain sehingga tiada yang tinggal untuk anak jati negeri sendiri seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

*Mohon maklumat ini disebarkan kepada anak-anak jati Negeri Selangor.


Sumber: MyMassa

Monday 23 September 2013

Komunis Bong Kee Chok vs Chin Peng, Warganegara vs Persona Non Grata @NajibRazak @ZahidHamidi @NazriAziz - MYMASSA

sumber : Mymassa


Sekarang ni masih lagi panas isu Chin Peng. MyMassa tak kisah kalau pembangkang mainkan isu ini. Tapi MyMassa pelik bila ada pemimpin MCA memperjuangkan isu Chin Peng.

Pokok pangkalnya, Chin Peng tak dapat diterima kerana dia bukanlah warganegara Malaysia. Telah ditawarkan pengampunan dan kewarganegaraan sebanyak dua kali, dan kedua-duanya ditolak Chin Peng. Bila nak mampos baru nak terhegeh-hegeh memohon. Malangnya ketika itu, tawaran telah ditutup. Sebagai warganegara asing, Chin Peng adalah PERSONA NON GRATA (orang yang tidak diterima) bagi Negara Malaysia.

Mungkin bagi rakyat di Semenanjung, Chin Peng merupakan pengganas Komunis yang tak dapat dilupakan keganasannya. Tapi bagi di Sarawak, pengganas Komunis bukan Chin Peng tetapi seorang lelaki Cina bernama Bong Kee Chok.

Bong Kee Chok mengetuai Partai Rakyat Kalimantan Utara atau PARAKU telah mengganas di Sarawak. Namun, PARAKU telah berdamai dengan kerajaan Sarawak pada 21 Oktober 1973 dengan menandatangani Perjanjian Sri Aman. Dek kerana perjanjian itu dibuat di Simanggang, maka nama daerah tersebut ditukar kepada Sri Aman pada tahun 1974.

Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Rahman Yaakub bersama Bong Kee Chok tandatangan perjanjian Sri Aman

Apa bezanya Ketua Pengganas PARAKU dengan Ketua Pengganas Parti Komunis Malaya? Kedua-duanya pengganas. Kedua-duanya adalah individu yang bertanggungjawab menggulingkan Kerajaan. Kenapa Bong Kee Chok diterima manakala Chin Peng ditolak?

Jawapannya kerana Bong Kee Chok adalah warganegara manakala Chin Peng bukan warganegara. Bong Kee Chok selepas menandatangani Perjanjian Sri Aman telah sanggup menerima tawaran Kerajaan manakala Chin Peng menolak tawaran tersebut. Oleh kerana Chin Peng warganegara asing, maka Kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk mengklasifikasikan Chin Peng sebagai PERSONA NON GRATA. Manakala sebagai warganegara, Bong Kee Chok mempunyai hak sebagai warganegara yang termaktub dalam Perlembagaan.

MyMassa harap selepas ini pemimpin MCA faham situasi sebenar Chin Peng. Dia bukanlah warganegara Malaysia. Mengapa perlu Kerajaan menerima seorang yang bukan warganegara ditanam di sini? MyMassa juga berharap agar pemimpin politik bertegas seperti Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menerangkan sebab utama Chin Peng ditolak kerana dia bukan warganegara.


KUALA LUMPUR - Kerajaan mengesahkan ketua pengganas komunis, Chin Peng yang meninggal dunia dalam buangan di sebuah hospital di Bangkok, Thailand kelmarin bukan warga negara Malaysia sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semakan teliti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu bukan sahaja tiada sijil kelahiran bahkan tiada sebarang dokumen berkaitan kerakyatan negara ini.
Beliau berkata, hal tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said.
Satu sumber keselamatan pula memberitahu, upacara khas bagi mayat Chin Peng, 89, akan bermula Jumaat ini sebelum ia dibakar pada Isnin depan di satu lokasi dekat Bangkok.

Mari kita lihat bagaimana pula AMANnya kehidupan Bong Kee Chok selepas menerima tawaran sebagai warganegara.

Sumber : http://skuad69.blogspot.com/2009/05/bong-kee-chok-ketua-paraku-di-sarawak.html

Bong Kee Chok bukan sahaja boleh hidup dengan aman, malah boleh duduk di sebelah Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak dalam satu pertemuan di rumah Tun Abdul Rahman.

Sebagai penutup, kalau ada pihak yang bertanya kenapa Chin Peng tak diterima di Malaysia, jawablah seperti ini:
CHIN PENG BUKAN WARGANEGARA DAN PERSONA NON GRATA BAGI KERAJAAN MALAYSIA.

*Sebar-sebarkan.

Thursday 19 September 2013

Chapter 1: DECEPTION BY LIM FAMILIES TO REIGN POWER IN DAP (ENG/BM)


As I wrote yesterday [see here], today is the day that mark the starting grid for me to expose fraud done by Lim Dynasty in DAP. As for today, I would like to share with you how Lim Dynasty manipulate DAP constitution to reign power.

Since 1968, DAP falls under Lim Kit Siang controlled . He was then a Secretary General or National Chairman of DAP. Under DAP organisation, Secretary General holding the absolute power. The same concept practised by PKM (Parti Komunis Malaya) where the secretary general was Chin Peng.

These is the first manipulation done by Lim Kit Siang on DAP Constitution to ensure he and his dynasty reign absolute power in DAP. 

DAP doesn’t have divisional centre in every parliamentary constitution area unlike other political parties. DAP only have branch.

These branches divided into 2 groups:

i) Certificate A branch
ii) Certificate B branch

Secretary General has the absolute power to determine certification class of each branch. Members of branches granted with Certificate A only qualified to attend DAP National Congress and to cast their votes for CEC election. While branches with Certificate B only qualified to attend DAP National Congress as an observer and has no right to cast their votes.

All pro Lim Dynasty branches will be given Certificate A which allows them to cast their vote. Branches that identified as none supportive of Lim Dynasty will be given Certificate B and they did not have the right to vote. Not necessary Certificate A branches will always be A. When branch has been identified as none supportive, secretary general will change the certification to B according to their supportiveness level at any time and at all caused.

An old Chinese proverbs saying that  "no horse can wear two saddles".

These is the second manipulation done by Lim Kit Siang on DAP Constitution to ensure he and his dynasty reign absolute power in DAP. 

DAP Constitution which were formulated by Lim Kit Siang himself also stated that eligible voting members can’t determine who they vote for National Chairman , Deputy National Chairman , Vice National Chairman , Secretary general and Other post. They only allowed to vote 20 candidates which compete to fill CEC.

When the result of 20 winning candidates as CEC announce , the 20’s will have a meeting among themselves to determined Chairman , Deputy Chairman , Secretary General and other post. They were ask to vote openly before Lim Families. When dealing with this situation, all elected CEC members best described as a cow with pricked nostrils and they have to choose Lim Kit Siang or Lim Guan Eng as Secretary General which is the most powerful post in DAP.

Anybody who opposed , will never be a candidate for Malaysia General Election and sharing the same fate as Lee Lam Thye, Wee Choo Keong and over 100 more members which already being sacked from DAP.

Almost 50 years Lim Kit Siang not just manipulate DAP Constitution but he himself manipulate representative attendance to DAP National Congress and votes counting  for CEC to ensure that he himself or his dynasty will continue to lead DAP.

Kit Siang knew that the journey for him in DAP is already reaching the end. He has to ensure that the survival of his dynasty in DAP will survive and last forever. Lim Guan Eng as Secretary General and Lim Hui Ying as Penang DAP Secretary. Lim Kit Siang also fully aware that his son Lim Guan Eng not as smart and cunning as he is in politics and not a favourable leader among DAP top benchers. All this happened because of his arrogances and foolishness thus reflecting the CEC 2012 scandalous issue. Lim Guan Eng is not as smart and cunning as his old man on vote manipulation that finally leads to a disastrous issue in DAP. 

Lim Guan Eng foolishness causing Lim Kit Siang cracking his head thinking on strategies to kick out a group of people in DAP called 5 Tiger. This group will give a tremendous problem and threat to him and future of his dynasty in DAP.

Who is the 5 Tiger and why Lim Kit Siang has to slaughter them?

Catch the next chapter soon.


PEMBOHONGAN KELUARGA LIM MEMPERTAHANKAN KUASA DALAM DAP

Seperti yang saya tuliskan semalam [lihat sini], hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.


Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.

Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.

Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.

i) Cawangan sijil A
ii) Cawangan sijil B

Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.

Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.

Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.

Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.  Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.

Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai  anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.

Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.

Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.

Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.

Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?

Berjumpa dalam episod yang akan datang.