Showing posts with label GST. Show all posts
Showing posts with label GST. Show all posts

Thursday 28 November 2013

Jemputan ke Seminar dan Soal Jawab GST untuk Anda Semua Sabtu Ini!


Umum tahu, dalam pembentangan Bajet 2014 oleh PM Najib pada 25 Oktober 2013 lepas, telah diumumkan bahawa GST (goods and services tax) sebanyak 6% akan menggantikan sistem cukai sedia ada bermula 1 April 2015. Pelbagai reaksi masyarakat yang dapat dilihat selepas pengumuman ini, baik yang positif mahupun negatif. 

Walau bagaimanapun, tidak kurang juga terdapat pihak yang mula menyebarkan maklumat salah berkenaan GST dengan niat mempengaruhi rakyat agar membenci kerajaan yang kononnya terlalu zalim kerana melaksanakan GST. Yang sedihnya, ramai di antara kita yang (maaf cakap) kurang pengetahuan tentang GST memilih untuk mempercayai dakyah pihak ini. 

Jadi, APA SEBENARNYA GST? Masih belum terlambat untuk kita menambah ilmu dan membuka minda mengenai GST.

Oleh itu, anda semua dijemput menghadiri program berikut:


 SEMINAR DAN SESI SOAL JAWAB PENERANGAN RASIONALISASI SUBSIDI: APA ITU GST?

TARIKH: 30 NOVEMBER 2013 (SABTU)

MASA: 8.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI

TEMPAT: DEWAN KELAB SULTAN SULAIMAN, KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR


Program ini adalah anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Pendaftaran bermula pada 8.30 pagi dan kehadiran anda perlu disahkan sebelum hari program diadakan. Sebarang pertayaan boleh diajukan ke sekretariat di nombor 019-3591000 atau 019-9130000.

Ayuh ambil peluang ini untuk membetulkan tanggapan yang salah tentang GST. Jangan biarkan pihak tidak bertanggungjawab meracuni pemikiran kita.


Wednesday 13 November 2013

SANTAI PROMO GST


Mymassa mengucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di atas inisiatif menerangkan apa itu GST kepada rakyat Malaysia. Memang tidak dinafikan kartun penerangan sebegini sedikit sebanyak boleh memadamkan kerisauan dan keraguan rakyat terhadap GST.

Namun lebih baik lagi pihak yang berkenaan menyebarluaskan lagi pemahaman mengenai GST kepada rakyat melalui pertemuan dan penerangan secara lebih kerap agar kebaikan GST dapat mendominasi minda dan jiwa rakyat yang dahagakan informasi yang sahih dan tepat dari sumbernya. Ini kerana kebanyakkan rakyat masih kabur mengenai GST apatah lagi jika pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memesong pemahaman rakyat agar pihak mereka sentiasa dianggap hero dan pejuang rakyat. Walhal mereka sebenarnya adalah perosak-perosak masyarakat.

Seperti kata pepatah; kalau sakit gigi berjumpalah doktor gigi, jangan jumpa lawyer. Kalau nak tahu pasal GST, bertanyalah kepada yang arif dan pakarnya agar kita tidak tersesat dengan dakyah dan fitnah yang berpanjangan.



Klik gambar untuk besarkan

Sebar-sebarkan maklumat di atas...anda berhak tahu kebenaran agar tidak mudah diracuni oleh keraguan dan pembohongan yang tiada asasnya.


Sumber: MyMassa

Tuesday 29 October 2013

Isu #GST: Anwar yang Terlebih Dahulu Cadang Pelaksanaan GST

Infografik yang memperlihatkan Anwar mengumumkan cadangan pelaksanaan GST ketika menjadi Menteri Kewangan:



Jadi kenapa bantah GST sekarang? Jelas pembangkang memanipulasi isu GST untuk kepentingan politik mereka sahaja.

Thursday 23 May 2013

Pemimpin Tinggi DAP Sahkan #GST Tak Akan Membebankan Rakyat.

Cuba tengok apa yang dipaparkan di blog salah seorang pemimpin tinggi DAP.


Kalau tak percaya boleh tengok keseluruhan penerangan mengenai GST yang ada di blog Ngeh Koo Ham.




















Masih tak percaya? Boleh semak sendiri di sini : http://ngehkooham.blogspot.com/2010/03/kesan-gst.html

*Mohon rakan-rakan sebarkan slaid ini melalui blog, facebook dan twitter supaya rakyat lebih faham mengenai GST. Terima kasih kepada Ngeh Koo Ham kerana berani menyatakan kebenaran.


MyMassa